http://www.alicewonders.com BabyIbu

Wednesday, February 10, 2010

@ KP Cendol

Ini memang cendol yang best. Kat mana? Err bukan kt KL la. Ini kat Kuala Pilah. Ibu ambil masa balik raya dulu. Tempat wajib singgah my MIL. Rasanya? Memang sodappp.

Isy terliur pulak bila teringat


Ha ramai tak ramai orang beratur

Ayah posing sikit (Ayah terpaksa jadi model bidan terjun sebab model asal (Ammar la tu) dah tertidur)..hehe

Read more...

Tuesday, February 9, 2010

@ Doa Seorang Isteri

Dapat dari one of my friend. Saje nak share di sini. Mari kita amalkan demi menjadi isteri yang mithali.

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim

Kau ampunilah dosa ku yang telah ku buat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan


Ya Allah

Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya­ suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya..suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu maka berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Tetapi Ya Allah...

Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlan aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaan Mu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu..
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya..
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan..
Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suami ku menyintai kesesatanKau pandulah aku untuk menarik dirinyakeluar dari terus terlena

Ya Allah...

Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap membuat keputusan..
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri..
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berikanlah aku petunjuk ke arah rahmat Mu Ya Allah
Sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu..
Aku buta tanpa bimbinganMu..Aku cacat tanpa hidayahMu..Aku hina tanpa RahmatMu..

Ya Allah

Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMuKerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu

Ya Allah Ya Tuhanku...

Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati, Isteri yang dikasihi, Isteri yang solehah, Isteri yang sentiasa di hati..

Amin, amin Ya Rabbal Allamin..

Read more...

Monday, February 8, 2010

@ Bila HP rosak

HP Ibu rosak. Rosak software pula tu. Tensennya. Banyak sebab Ibu tensen:
  1. Banyak contact number hilang
  2. Habis hilang gambar Ibu tangkap untuk update kat blog
  3. Habis message Ibu simpan untuk rujukan hilang
  4. Paling tensen sebab kena beli baru (baru je beli spec last week..kopak2)
Pendek kata..cedihh. Huhu. Kalau beli baru Ammar dah tak boleh kacau handset Ibu lagi tau. Huhu.

Read more...

Sunday, February 7, 2010

@ My love stories..

Dapat tag daripada Nurul..lama tak kena tag ni..

1) First time jumpa your hubby bila dan kat mana?
Tahun 2001 time lepas final exam di tempat main bowling di Angsana. Ibu datang dengan kawan-kawan Ibu dan Ayah dengan kawan-kawan Ayah. Kebetulan salah seorang kawan Ibu classmate Ayah. Disebabkan tempat full time tu kami pun main beramai-ramai.

2) Love at first sight?
Emm sikit-skit la. Since Ibu suka Chinese look, masa first nampak Ayah tu tup tap la juga. Ayah rileks je. Lepas jumpa tu esoknya start cuti semester. Masa semester baru buka barulah Ayah approach.

3) Who is he when the first time you met him?
Pelajar tahun satu di UTM atau dikenali sebagai budak tahun 83 (padahal batch kami tahun 82) yang dapat kalkulus 100 (gila ke hape huhu).

4) How long it takes for him to ask you out for a date?
Date? Dalam dua minggu juga. Tapi before tu ada la Ayah datang jumpa kat rumah sewa dan sembang melalui telefon.

5) First place dating?
Emm kalau budak UTM dating mestilah pergi CS (City Square rasanya) 

6) How he proposed?
Proposed? Emm Ayah hantar PIL terus ke rumah my parents. Then terus tetap tarikh. Bila dapat tahu rasa macam mimpi. Tergezut. Keke.

7) Special date with your hubby?
19/6/2001 - Declare couple
1/6/2007 - Akad Nikah
23/4/2008 - Dapat Ammar

8) Changes that he asked you to do?
Kurangkan aktiviti lagha. Huhu. Dulu Ibu suka sukat berapa besar shopping compleks, karaoke dan tengok wayang. Sekarang tengok wayang kat rumah je la. Tu pun kena tunggu Ammar tidur.

9) What is about him that you love so much?
He knows how to handle me, sangat setia (Ibu sangat kuat jeles ok) dan pandai ambil hati Ibu (paling lama Ibu boleh marah Ayah ialah satu jam sahaja - huhu)

10) What is about him that you wish he would change?
Emm jadi romantik lebih skit..keke..(tapi dah kenal Ayah dekat 9 tahun, Ibu tahu memang takde harapan - takpe Ayah, Ibu terima seadanya)

11) You will lose your mind and crack your head when he..
Berleter..huhu

12) You will smile through your eyes for the whole day when he..
Belikan hadiah yang best macam hari tu. Keke. Em takdelah..Ibu akan tersenyum bila Ayah tersenyum. Bila Ayah susah hati Ibu pun susah hati.

13) Complete below sentences, "My love towards my hubby is as big as..
dengan seluruh jiwa raga..

Ni gambar time tengah bercinta. Masa ni pergi Genting Highland rasanya dengan Puan Donat. Gambar scan tahun 2005. Mudanya rasa time tu. Hehe.


 Ibu nak tag semua readers BabyIbu..jom buat imbas balik kenangan time bercinta dulu..hehe..

Read more...

@ Dapat Adik

Em bukan Ammar ye dapat adik. Yang dapat adik ialah si Damia comel anak my best friend Puan Donat. Tahniah Na!! Lengkap sepasang. Ni gambar Ammar dan Damia masa jumpa kat Kedah dulu.

Ammar dan Damia

Ni ha gambar adik Damia, Daniel Ali namanya. Gambar Ibu ambil dari adik Donat, Ameng.

Muka Damia jugak ni

Tahniah! Korang ranking teratas ni, tak lama Azza follow. Lepas ni sape pula? Hehe..

Isy jeles pulak tengok orang dapat baby. Teringin jugak weh. Lebih-lebih baby gurl. Teringat rasa baby bergerak dalam perut. Sangat indah moments tu. Tapi bila teringat PhD. Tunggu jap la dulu. Huhu.

Read more...

Thursday, February 4, 2010

@ Sikit lagi nak siap ni..

Noted: Semua email pasal alamat pemenang BabyIbu Giveaway Ibu dah dapat. Minggu depan Ibu pos ye!!

Takde mood nak update blog. Tengah semangat buat literature review. Ingat senang nak cari mood mengarang ni. Bila semangat macam ni satu section boleh siap sekejap je. Kalau takk. Harammm. Satu patah pun tak de idea. Pening-pening. Literature review tinggal sikitttt lagi (second draft baru). Lepas settle literature review, kena submit satu jurnal pula. Doakanlah Ibu cepat siap ye.

Masalah Ibu sekarang ialah data collection. Susahnya nak minta orang jawab survey. Padahal Ibu punya domain budak postgraduate (Master dan PhD). Itu pun diorang tak paham pentingnya data collection. Berdasarkan sample, Ibu kena collect 200++ data. Tapi ini baru 80 something. Huhu penat rasanya. Klah nak sambung lagi. Chayoookkk.

Pesanan penaja: Lain kali bila ada orang minta tolong jawab survey, korang tolong la jawab. Kesian tau. Huhu.

Read more...

Wednesday, February 3, 2010

@ Lagi senarai pemenang BabyIbu Giveaway..

Senarai akhir pemenang BabyIbu Giveaway..

CuteMiut78
eezah
Imma
AkmaFaizal
Sherry
Idah

KEPADA SEMUA PEMENANG: Hadiah berupakan wristlets tajaan ToteBoutique. Sila emel nama samaran, nama penuh, alamat, dan no telefon kepada babyibu at gmail dot com. Tahniah dan terima kasih di atas sokongan anda. Ibu luv u all. Muah2.

Read more...

Tuesday, February 2, 2010

@ Hadiah dari Ayah - C lagi tuhhh

Sempena hari lahir Ibu ramai yang tanya apa hadiah Ayah kasi kat Ibu. Meh sini Ibu tunjuk sikit. Ingat tak sesi cuci mata tu dulu? Haa Ayah pesan hadiah kat kawan dia, En Safwan. Wahh Ibu suka sangat. Macam nak melompat pun ada. Terima kasih Ayah. Saaayannggg Ayah. Err Ibu tunjuk sikit jelah ye..cakk ini dia..


Baru sampai dari USA ni. Nampaknya C sayang kat Ibu betul tahun ni. Alhamdullilah. Rasanya tahun ni no more handbag for me (Yer kerrrr???? - keke)..

Read more...

Monday, February 1, 2010

@ Tahniah pada pemenang Cutest Baby Of the Planet!!

Ibu takdela tunggu sangat keputusan Cutest Baby of The Planet 2009 ni since Ammar tak masuk. Ibu dah pasrah bahawasanya anak Ibu yang sorang ni memang tak nak posing depan kamera. Asyik kontrol macho je Ammar eh. Hehe.

Askar kecik nak pergi berperang

Pemenang utama jatuh pada Khayra. Semua peserta sangat-sangat comel. Lagi senarai pemenang KLIK SINI. Tahniah pada semua pemenang!!. Dan tahniah pada MBP kerana berjaya anjurkan contest ni.

P/s: Ibu nampak Ziyyad, Ian dan Anis..clap..clap..Tahniah!!

Read more...

@ Tahniah kepada Pemenang BabyIbu Giveaway!!


Sesi pengumuman hadiah. Jeng-jeng (macam suprise je padahal pemenang sah-sah korang dah tau). Hehe. Ok Ibu umumkan ikut kategori ye:

TOP TEN MEMBERS - Berdasarkan TOP TEN MEMBERS yang berdaftar dengan Google. Ini cartanya (lanjutan dari contest sebelum ini):
  1. CuteMiut78
  2. eezah
  3. Imma


TOP COMMENTATORS - Berdasarkan siapa paling banyak komen. Ini cartanya:

  1. AkmaFaizal
  2. Sherry
  3.  Idah
Noted: Imma dan CuteMiut78 dah menang kategori lain (Rujuk syarat)



MOST REFERRALS - Berdasarkan siapa paling banyak refer ke BabyIbu.
Belum boleh umumkan pemenang. Kepada sesiapa yang tersenarai. Sila add banner di blog anda. Ibu akan semak semula pada 1hb Februari 2010 (hari ni) pukul 12 tengah hari. Jika orang diatas anda tidak letak banner maka anda berpotensi untuk menang.

Pemenang untuk kategori MOST REFERRALS dan pemenang random akan diumumkan selepas itu.
 
KEPADA SEMUA PEMENANG: Hadiah berupakan wristlets tajaan ToteBoutique. Sila emel nama samaran, nama penuh, alamat, dan no telefon kepada babyibu at gmail dot com. Tahniah dan terima kasih di atas sokongan anda. Ibu luv u all. Muah2.

Read more...

Sunday, January 31, 2010

@ Wonder Girls - Nobody

Tengah dok bloh hoping di blog Hanis Zalikha. Ibu terbaca entri pasal Wonder Girls. Since Ibu ni sangat la tak dengar radio, layan YouTube, tengok MTV hatta melihat rancangan nyanyian di TV semenjak ada Ammar ni makanya tiadalah Ibu tau sapa itu Wonder Girls. Tapi yang buat Ibu berminat nak tahu pasal mereka, selain lagu mereka yang catchy adalah sebab tarian mereka yang sangat cantik. Sangat lembut dan comelll.

Ibu Google dan dapat tahu pasal Wonder Girls ni. Top rupanya mereka ni. Artis Korea pertama masuk carta Billboard Hot 100. Banyak faktor mereka ni popular..lagu best, rupa cun dan boleh menari dengan sangat cute. Tak pernah tengok video klip mereka? Ini Ibu kasi tunjuk sikit..



Memang ramai yang gilakan mereka ni dan takzub dengan tarian mereka..bukan setakat perempuan..lelaki pun ada..


Budak-budak pun tak ketinggalan..


P/s: Teringat zaman kegemilangan Feminin dulu, Ibu pun suka menari ikut step diorang. Angin bayu membawa diriku sepintas lalu kuterkenangkanmu memori silam...
P/s2: Will check regarding the astrology..majalah takde kat Ibu sekarang ni..

Read more...

Friday, January 29, 2010

@ Astrologi Anak Anda

Ibu ambil dari Majalah Pa & Ma. In case korang tak beli ataupun beli tapi tak sempat baca. Tak tahula betul ke tidak Wallahualam. Just saje suka-suka.







Read more...

Thursday, January 28, 2010

@ Sunway Hotel Seberang Jaya

Kami sampai di Butterworth sekitar 12 tengah malam. Sampai-sampai pergi check in dulu di Sunway Hotel Seberang Jaya. Disebabkan bilik penuh kerana banyak sangat workshop dan seminar tengah berlangsung di sini, bilik kami diupgrade jadi suite. Orang tu tanya ok ke..oh adik sangat la takpe. Lagi tinggi upgrade lagi bagus. Keke.


Ruang Tamu


Ruang buat kerja..Internet free lagi..tu yang boleh update blog tu..


Gambar gelap pakai handset tu yang tak jelas


Ammar posing di katil


Swimming pool Ammar..asyik nak berendam je..



So far..memang puas hati duduk sini..layanan pun first class..makanan pun sedap..so kalau datang Butterworth boleh la stay sini..

Read more...

Wednesday, January 27, 2010

@ Key's Char Koew Teow

Kami sampai di Butterworth sekitar 12 tengah malam. Singgah makan dulu. Maklumlah Ayah drive direct so sangat lapar. Dekat dengan Sunway Hotel Seberang Jaya tu nampak ada char keow teow. Key's char keow teow namanya. Apa lagi singgah terus.


Ni la kedainya. Sorry pakai hand set je. Gambar sedikit hancur.


Nyum-nyum. Sangat sedap. Tapi still tak leh lawan char keow teow Bukit Mertajam kata Ayah.



Ammar pun suka. Nak..nak katanya.



Ayah tambah dua kali tu


Peace!! Ammar suka kedai ni. Lepas ni Ibu tunjuk gambar di hotel pula.

Read more...
Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP