@ Minggu 30

Friday, February 29, 2008

Semalam Ayah bacakan Baby surah Luqman..Ibu duduk tepi Ayah sambil usap-usap Baby. Mood tak berapa baik. Baru balik dari check up. Dr zul kata semuanya normal cuma position Baby masih tak turun. Kepala Baby masih di atas. Dr kata kalau sampai minggu 34 tak turun ada kemungkinan kena c-sec. Huhu..terus Ibu rasa down.

Ibu contact Auntie Una (die dr kat sg petani-ibunyer best friend time sekolah)..Auntie Una kata still ada masa Baby berpusing. Harap-harap macam tulah eh. Ibu dan Ayah doakan Baby turun ke tempatnya. Sekarang Ibu banyak baca surah Mariam..untuk mudahkan bersalin. Selalu cakap dengan Baby..pujuk kasi pusing dan mudahkan Ibu bersalin nanti.

Berat Baby dah 1.4kg..dah besar Baby Ibu ni..patut tendang makin kuat. Ibu sekarang semakin kurang tenaga..nak berjalan pun slow bukan main. Sakit belakang pun menjadi-jadi. Nasib baik Ayah banyak tolong Ibu buat kerja rumah. Kalau tak makan luar le hari-hari. Orang kalau pregnant selera makan besar tapi Ibu ni kurang pula..seminggu dua ni tak lalu makan nasi. Last2 masak bubur makan dengan ikan bilis..pastu banyak makan buah. Takut pula Baby tak cukup zat.

Emm kalau masa mula-mula dulu tak rasa feel sangat..(sebab tak rasa Baby gerak lagi dan morning sickness teruk)tapi sekarang ni rasa very2 close dengan Baby. Kadang-kadang tengok gambar baby dalam majalah boleh tersenyum sorang2..terbayang tak sabar tengok Baby sendiri..kadang-kadang bila baca-baca kat forum/blog pasal baby..siap boleh menangis..sayu semacam. Ayah tak bagi Ibu menangis..katanya nanti Baby pun kuat menangis. Betul juga..:P Tak elok tension masa pregnant nanti berjangkit dekat Baby.

Disebabkan mood down, semalam siap mimpi2 lagi. Tak nak cerita mimpi apa sebab mimpi sedih sangat. Apa-apa pun sekarang Ibu banyak berdoa untuk Baby dan mudahkan Ibu untuk bersalin nanti. Hope everything will be fine. Amin..

@ Shopping at MyDear

Thursday, February 28, 2008

Hari ni pagi-pagi lagi dah bertolak ke My Dear warehouse sales. Ayah siap ambil cuti separuh hari. Niat cuma satu..nak beli car seat for infant. Dah survey2..paling murah pun rm160. Baca kat forum kata warehouse sales kat My Dear boleh dapat murah. Lagi pun car seat infant ni nak pakai sekejap je.

Selepas sesat2 sikit area puchong tu, sampai dalam pukul 9.30. Ramai juga orang masa tu. Barang pun banyak. Paling banyak stroller..best tengok sebab banyak pilihan dan harga pun murah..ini untuk display item..dalam range rm 30 - rm 150. Tapi takde niat lagi nak beli sebab ingat lepas bersalin baru beli. Tengok dekat area car seat takde yang menarik. Tanya uncle yang jaga kat situ, dia pun roger2..katanya kejap lagi datang barang lagi.

Ibu dan Ayah pun jalan2..beli comforter (rm 20 - murah rm 10) dan mainan untuk baby Kak Ija. Barang kat dalam gudang pun banyak..barang baru dan boleh dapat dalam 20-30% discount. Car seat infant pun ada (yang rm 269 dapat rm 200). Tapi Ibu rasa tak berbaloi. Lepas tu keluar balik..tengok2 car seat tu dah datang dan dah ada orang ambil..waa waa..cantik juga car seat warna biru tu..huhu..Ibu pun tunggu mana tau ada lagi. Tanya uncle tu cakap dah takde. Sob..sob..

Ayah kata jom la kita pergi warehouse Anakku..mana tau ada murah..Ibu pun angguk (tak berapa ikhlas..). Masa Ayah beratur bayar..Ibu pergi lagi kat uncle tu..tanyakan die ada lagi tak car seat..die roger2 lagi..pas tu die kata kejap lagi sampai..Ibu pun tunggu lagi tepi tu..rasanya ramai yang cari car seat infant tu..laku betul..

Sambil menunggu..tengok walker kat depan..emm murah juga dalam rm20-50. Ibu kata kat Ayah..alang-alang dah datang beli je satu..rm 30 je pun. Cantik2 juga Ibu tengok. Tiba-tiba nampak ada orang datang bawa car seat. Cepat-cepat suruh Ayah pergi ambil kat orang tu..ye ye..akhirnya dapat satu. Ayah pun check2 condition die. Ok la..a little bit kotor dan die punya button for hood dah takde..tapi yang lain ok. Siap ada tapak untuk letak dalam kereta.

Ayah kata ok dah cantik..harga rm 50..murah tu..pas tu sambung pilih walker dapat rm 30. Ok..Ibu dah puas hati..niat hati dah tercapai..jom Ayah balik. Masa tu dalam pukul 11. Balik rumah ingat nak ambil gambar dulu. Tapi Ayah dah sibuk buka dan pasang. Lepas tu terus lap-lap dan basuh lapik2 dia. Makanya lain kali baru boleh ambil gambar sebab sekarang tengah bergantung kat penyidai.

Walaupun orang cakap tak boleh beli barang baby banyak2..tapi dah murah beli jelah..mana nak dapat kan? So far kalau sape2 yang nak beli stroller, buggy, car seat..dan tak kisah beli yang display..memang sangat2 murah. Katil (play pen) ada juga tapi time tu yang ada kurang memberangsangkan. Mungkin awal sangat diorang baru angkut stok. K..nnti dah ambil gambar..akan Ibu upload. Em petang ni ada check up dengan dr. Till then.

Ni gambar walker macam Ibu beli (yang warna oren) tapi musical board tu takde. Ada mainan kecil je dua.

@ Sesi Mencuci Baju

Wednesday, February 27, 2008

Orang kata baju Baby baru beli kena basuh dulu..yelah takut yang jenis tak tahan..nanti gatal2 pula. So weekend hari tu, Ayah n Ibu buat operasi basuh baju Baby (Ayah yang buat banyak..heh). Basuh pakai NappiKleen beli kat JJ hari tu. Em bau die wangi sangat..bau bayi..masa nak sidai kain tu rasa macam nak menangis pula..excited tunggu Baby keluar dan pada masa yang sama takut pun ada juga. Dah le bau die macam Baby dah pakai baju tu..syahdu lak rasa. Baju pula comel2..lebih2 lagi mittens n booties die..kecilnya..takut hilang pulak..Semua baju dah Ibu lipat n simpan elok2 dalam laci Baby. Almari Baby takde lagi so sekarang tumpang almari Ibu Ayah dulu eh. Sayang sangat Baby..:*



@ Warehouse Sales

Tuesday, February 26, 2008

WAREHOUSE SALES THIS WEEK

1. MY DEAR 28/2 - 9/3

No 34 Jalan Meranti Jaya 10, Meranti Jaya Industrial Park, 47100 Puchong, Selangor (Tel 603 8060 0093)
www.mydear.com.my



2. ANAKKU 28/2 - 2/3

LOT 10449, JLN NENAS, BATU 4 1/2,
KG JAWA, KLANG. TEL : 03-57678822



3. LITTLEWHIZ 1/3 - 2/3

12, Jln Setia Impian U13/4G, Section U13, Setia Alam, Shah Alam

4. METROJAYA 1/3 - 23/3

Banyak pula warehouse sales. Baru tadi kata dah cukup..em tengokla kalau Ayah nak pergi apa salahnya kan?..:p

@ Shopping at Jaya Jusco

Em ari Rabu last week Ibu n Ayah pergi Jaya Jusco One Utama..masa tu ada Baby Fair yang Jcard tu tak mula lagi. Tapi alang-alang dah pergi..n kebetulan tak ramai orang malam tu..Ibu fikir shopping jelah. Dengan berbekalkan checklist Ibu..kami bershopping dengan jayanya..hehe. Ayah siap beli toy lagi untuk Baby..malam tu RM300 jugak le habis..huhu.

Kebanyakan barang asas yang penting-penting macam receiving blanket, bath tub, toiletries (yang travel punya je), hooded towel, towel, cotton buds, baby manicure set, nasal aspirator, changing mat, baby wipes (pureen), napkins, nappy liner, diaper rash cream, and nappy kleen (sabun basuh baju). Pastu toy fisher price (yang harganya 1/3 dari semua barang ibu beli..huhu - nasib baik Ayah yang bayar semua ;)). Untuk ibu..nursing pad (washable/disposible) je. Ni gambar first round shopping.



Ibu n Ayah bercadang nak pergi lagi JJ OU pada hari Sabtu sebab ada barang yang tak sales masa Baby Fair tapi ada sales masa JCard Privelege Day. Semangat2. Ayah kata time shopping semangat je jalan..kalau time lain slow mak datuk..hehe :).

Kebetulan hari Jumaat Ibu pergi UKM ada meeting dengan lecturer, time tu Ayah pula ada meeting kat Cisco dekat dengan KL Sentral. Masa time balik tu saja mesej Ayah, nak tak singgah JJ kat Midvalley (punya tak sabar nak shopping). Rupa-rupanya Ayah punya meeting tak habis lagi so Ayah suruh Ibu singgah dulu..Ibu pun apa lagi..tanpa banyak soal turun kat Midvalley. Penat nak berjalan tak payah cakap..tapi shopping punya pasal..kugagahkan diriku ini..chaiyok2.

Ibu terus masuk Jaya Jusco..malas nak pusing tempat lain..jimat tenaga..pastu baru perasan..checklist kesayangan Ibu tertinggal kat rumah. Aisey..mula la Ibu tercangak2 kat JJ tu sorang2. Mesej Ayah, Ayah kata lambat lagi. So Ibu pun jalan keliling setiap rak kat situ n catat apa yang Ibu nampak tak beli lagi..hehe (takde keje kan?). Time tu pun takde orang. Aman je rasa. Salesgirl pula asyik tanya nak beli apa..yelah asyik belek itu ini tapi tak amik apa-apa pun. Dah dekat setengah jam Ayah tak sampai-sampai lagi..nasib baik Puan Donat telefon. So nampak le macam bz skit..hehe. Lama gak borak2 update cite.

Lepas habis gayut, Ibu pun pergi la ambil bakul. Ibu letakkan bakul tepi rak..pastu pusing2 sambil amik barang nak beli. Siap ada sorang salesgirl (pangkat akak2 la) teman sambil suggest barang mana yang elok n berbaloi beli..hehe. Dapat le free gift 2,3 barang sebab apa die suh beli semua Ibu amik je..heh. Barang kat sini lagi murah pada JJ OU (mungkin sbb JCard dah start).

Dalam setengah jam baru Ayah datang..Ayah tapis-tapis barang Ibu beli..hehe..yang tak tau guna pun ada..kuikui. Pastu kitaorang beli set bantal and beli baju 2 pasang. Senarai barang Ibu beli kat sini: baju 2 pasang, mittens & booties (3 set), socks, hat, bibs, breast pump (pureen), feeding bottle 2 oz, baby pillow & bolster set, mosquito net, blanket, cotton balls, baby comb/brush, disposable diaper, napkins, safety pin, and maternity pad (pureen).



Itu baru kisah penat membeli..nak balik pun satu cerita juga..rupa-rupanya Ayah parking kereta kat bangunan tepi KL Sentral. Setengah jam juga angkut barang-barang ke kereta. Tak kira bersesak dalam train lagi. Huh penat2. Yelah jalan pun macam kura-kura..lagi la lambat..siap nak berhenti berehat jap..semput2. Kira ini senaman untuk seminggu la ye..

Second round shopping pun habis dalam RM300 jugak..toing2. Baru barang kecil-kecil. Itupun beli serba satu je. Takpela Baby punya pasal. Hehe. Buat masa ni itu je kot shopping untuk Baby (tak tahule kalau nanti terbabas..heh)..yang lain lepas bersalin baru beli. Tapi baju rasa macam sikit sangat..huhu..tengokle macam mana (hehe..)..bulan 3 ni ada sales lagi kan? hikhik

@ Minggu 29

Sunday, February 24, 2008

Em pejam celik, pejam celik..dah 29 minggu dah. Badan pun lenguh sana..sakit sini. Perut pun dah makin besar dan jalan pun dah kengkang-kengkang..heh. Em Baby makin kuat menendang. Sekarang nak tido pun susah, baru nak terlelap kena kick..huhu. Selalu pujuk2 supaya Baby jangan nakal2 n Ibu boleh tido. Tapi jarang Baby dengar cakap..mau pukul 3-4 pagi baru terlelap.

Beg hospital Baby dah siap..beg Ibu je belum..nanti Ibu post barang-barang yang Ibu dah beli. Beli serba satu je buat syarat tapi kira semua dah lengkap except barang besar2 macam baby cot dan stroller. Baju pun baru 5 pasang..cukupla..kalu emergency nanti Ayah boleh belikan. Ibu dah ajar Ayah macam mana nak beli barang-barang lepas bersalin nanti. Nak beli banyak2 takut membazir pula..lagipun tak elok beriya sangat orang kata.

Hujung bulan ni nak pergi check up. Harap-harap Baby dah pusing ke bawah. Last check kepala Baby still kat atas. Kalau Baby tak turun ada change kena C-Sec. Huhu tak nak. Ibu penakut bab-bab hospital ni. Dulu masa kena cucuk leher nak ambil sampel tiroid pun macam nak pengsan. Pergi facial pun kalau diorg buat pelik2 boleh sesak nafas (banyak betul fobia Ibu ni). Sekarang dah rasa sakit2 kat bahagian bawah..rasa pedih..orang kata pedih tu sebab rambut baby kat bahagian tu. Betul ke? Harap-harap betul la ye..amin..

"Ya Allah, aku mohon padamu peliharalah anakku selama di dalam kandungan dan jadikanlah dia sihat sempurna, cerdik berakal serta beramal soleh. Ya Allah lahirkan ia dari kandunganku dengan kelahiran yg mudah dan sejahtera."

amiin ya Rabbal-Alamiin
.

@ Baby First Gift



Comel tak? Ini first gift Baby dapat dari Uncle Gerard. Uncle Gerard (best friend Ayah dari sekolah menengah) balik bercuti dari US and belikan present untuk Baby. Pandai pulak die pilih colour. Dia kata tak tahu nak belikan pink or blue..last2 die decide amik blue. Tapi takpe..kalau baby girl still ok pakai blue (lagipun ayah n Ibu memang suka warna biru ni), kalau boy pakai pink susah juga tu..hehe. Kira ini first baju Baby dalam simpanan Ibu. Boleh pakai g jalan2 nanti. :)

@ Baby Check List

Thursday, February 21, 2008

Banyak Ibu dapat senarai baby check list dari Internet n dari kawan2. So Ibu gabung suma n keluarla senarai yang boleh tahan panjangnya..huhu..Senarai nilah yang Ibu usung ke sana sini sampai nak hancur. So here is the check list :

Clothing

Baju Lengan Pendek - 4
Baju Lengan Panjang - 4
Seluar Pendek - 2
Seluar Panjang - 6
Baju Jalan - 2
Barut - 10
Handkerchief - 4
Romper - 3
Mittens & Booties - 6
Socks - 2
Hat - 1
Bibs - 1

Untuk baju n seluar saiz (New Born/Size 12/Size 14) - Campur2

Feeding

Breast Pump ISIS* - 1
Termos* - 1
Feeding Bottle 2 oz - 2
Teats (S) - 2
Bottle and Teat Brush - 1
Sterilizer* - 1
Bottle Warmer* - 1

Nursery

Baby Cot & Mattress* - 1
Baby Pillow & Bolster - 1
Baby Pillow & Bolster Case - 1
Mosquito Net - 1
Receiving Blanket - 1
Blanket - 1
Nursing Pillow* - 1

Bathing

Bath Tub - 1
Toiletries (Travel Pack)- 1p
Hooded towel - 1
Towel - 2
Cotton Balls - 1p
Cotton Buds - 3p
Baby Comb/Brush - 1
Baby Manicure Set - 1
Nasal Aspirator - 1

Diapering

Changing Mat - 1
Baby Wipes (Pureen) - 2p
Disposable Diaper
(Newborn) - 1p
Napkins - 2p
Nappy Liner - 1
Diaper Rash Cream - 1
Safety Pin - 1

Traveling

Stroller* - 1
Infant Carrier* - 1
Travel Bag - 1
Baby Sling* - 1
Secure Sleeper* - 1

Others

Nappy Kleen - 1
Bakul Baju Baby* - 1
Minyak Telon - 1
Gripe Water - 1
Album* - 1
Toy* - 1

Ibu Care

Socks - 2
Nursing Bra - 4
Nursing Pad (Washable) - 2
Nursing Pad (Disposible)- 1p
Maternity Pad (Pureen) - 2p
Disposable Panty - 3p
Nipple Cream - 1


* Beli kemudian

@ Jaya Jusco Baby Fair

Bulan ni memang budget nak start shopping barang-barang baby. Lagipun dah msuk 7 bulan. Kang lambat-lambat tak larat pulak. Dua tiga ari lepas..tgk kat laman web Jaya Jusco ada iklan Baby Fair. Terus contact Kak Eina sbb umah die dekat Jusco Taman Equine so mesti selalu pergi. Kak Eina cnfirmkan n cakap banyak barang. Apa lagi..Ibu start la pujuk2 Ayah nk pergi shopping. Ayah bz nak amik exam CCIE written die Jumaat ni so mungkin hujung minggu baru pergi.





Tiba-tiba semalam Ibu dapat tahu Ayah dah tunda exam sebab ada meeting. Hurray..Ibu pun ajak Ayah pergi malam tadi. Semangat Ibu nk shopping ni. Lepas Maghrib..Ibu n Ayah pun bertolak ke Jaya Jusco Bandar Utama (itu yang paling dekat). Luckily tak ramai orang pun. Senang nak survey-survey (maklumla still blur-blur apa nk beli walaupun bawa list sampai 2 page..hikhik).

Sampai sana terpandang banner-banner pasal Jcard Privilege Shopping Day. Dah confuse..mana yang murah..time Baby Fair ni ke or Jcard Privilege Shopping Day nanti. Abis suma salesgirl kat situ Ibu interview..rupa-rupanya ada barang yang murah time Baby Fair ni (especially yang letak kat kawasan Baby Fair) and yang dekat Baby department tunggu Jcard Privilege Shopping Day dapat 15% discount.



So alang-alang dah datang Ibu n ayah pun turun balik kat kawasan Baby Fair. Siap amik bakul nk borong. Tapi best sebab takde orang..so kami jalan dari kotak-ke kotak..siap leh belek2..bincang2..n discuss dengan akak salesgirl (yg banyak membantu bgtau bape less dapat). Baby pun baik je takde tendang2 time shopping (tau kot org nk beli barang kat die..heh). Apa Ibu beli nanti Ibu cite kat lain post..sebab semalam balik2 Ayah ada amik gambar barang-barang yang dibeli. So nanti upload gambar sekali.

Kesimpulannya dah hampir 70% barang dah dibeli (mostly yang basic n kecil2). Baju kena beli lagi sebab semalam kat Baby Fair takde choice sangat. Hari Sabtu ni Ibu n Ayah nak pergi lagi Jusco. Cari yang 15% discount pulak kat Baby Department..haha..best betul shopping ni. Barang2 kat Jusco ni kira suma lengkap le n harga die pun reasonable. So nanti Ibu cite apa yang dah dibeli untuk Baby eh. Til then:)

@ Minggu 28

Sunday, February 17, 2008



Minggu ni minggu ke 28 Baby Ibu dalam perut ni. Sekejap je masa berlalu. Ibu masih ingat first time tahu Ibu pregnant guna pregnancy test. Tengok-tengok ada dua line..gembira, cuak suma ada bercampur baur. Mula-mula Ibu rasa takut..rasa belum bersedia..tapi Ayah sentiasa sokong Ibu kasi semangat. Lebih-lebih lagi masa Ibu baru 2 bulan..time tu bulan puasa..teruk sangat keadaan Ibu time tu..nasib baik Ayah ada. Ayah yang tolong Ibu buat semua..ayah masak..kemas umah..sidai kain..semua Ayah buat. Itu yang buat Ibu makin sayang kat Ayah ni.

Time tu selalu rasa macam nak menangis sebab morning sickness (bukan morning je..petang, malam pun sama..huhu) Ibu teruk. Dr kata sebab Ibu ada gastrik..Ibu puasa so itu yang Ibu makin teruk. Tapi Ibu gagahkan diri puasa..nanti Baby belajar puasa. Tapi itu dulu..sekarang makin hari..Baby makin besar..Ibu start rasa Baby gerak masa minggu ke 18..masa tu rasa macam rama-rama pusing dalam perut..sekarang ni Baby dah besar..dah rasa macam perut Ibu ni punching bag Baby je..hehe..Baby Ibu dah kuat n aktif..selalu tendang2 Ibu..rasa sakit sbb perut Ibu ni kecil je..kesian Baby Ibu takde ruang..jadi sakit pun sakitla..Ibu tahan..

Ibu selalu doakan Baby Ibu selamat lahir ke dunia ni..boleh Ibu jaga Baby..tak sabar tunggu kedatangan Baby.. Ayah pun tak sabar tunggu Baby lahir.. Ayah dah berangan nak beli stroller yang tayar besar utk Baby..nk bw jogging katanya..hehe..Baby kena kuat k n baik2 dalam perut Ibu..Ibu n Ayah sentiasa doakan semoga Baby lahir dengan selamat, sihat dan sempurna..Amin...

@ Determining Your Baby Gender

Friday, February 15, 2008

Banyak teori-teori pembentukan jantina yang ada. Ada yang nak anak lelaki dan ada yang nak anak perempuan. Ibu tak kisah sangat maklumlah anak first. Nanti yang kedua barulah bleh apply teori-teori ni kan. Heh..

Teori pembentukan jantina anak adalah seperti berikut.

Caranya:

1. Waktunya : Pada masa subur isteri kerana pada masa itu sel kelamin wanita dapat dibuahi sel kelamin lelaki.
2. Caranya : Lakukan persetubuhan dgn sebaik-baik dan sempurna. Setelah
selesai, isteri hendaklah tidur miring sampai bangun pagi. Jangan tidur telentang supaya letak air mani jatuh miring.
3. Hasilnya : Bila ingin anak lelaki, miring ke kanan dan jika
ingin anak perempuan miring ke kiri.

Ada teori lain, satu pendapat Dr. M. Zaky Syafi'i Beyk dari Iskandariah (Mesir) yang menyatakan dalam bukunya "Al Azmatus Zaujiyah wa'ilajuha"

"Berilah isteri makan vitamin B semenjak mula hamil hingga 8 bulan setiap hari 3 kali - 2 biji sekali. Memakan vitamin B akan menambah kesihatan dan kesuburan apalagi bagi ibu yang mengandung. Bila isteri makan vitamin B sebagai penambah zat makanannya yang biasa setiap hari, maka bayi yang akan lahir kelak, insyaallah lelaki. Teori ini amat praktis dan mudah dilakukan. Ianya bergantung kepada kita. Hasilnya akan dapat dirasai apabila telah mencuba.

Ini pula Chinese Pregnancy Calendar untuk melihat jantina anak. Ibu dah tengok..rasanya so far sama dengan apa yang dr check..tapi tak tahulakan. Kita tunggu Baby lahir dulu.





p/s: Maaflah kecil skit. Ibu dapat dari email ni.

@ My Dear Warehouse Sales

Thursday, February 14, 2008

Warehouse sales atau jualan gudang untuk barangan baby memang Ibu tunggu2. Boleh Ibu beli barang untuk Baby dengan harga yang lebih rendah..Ibu ingat nak cari car seat untuk Baby. Ini warehouse sales yang Ibu dapat tahu:


My Dear Warehouse Sales

Date : 28 February to 9 March 2008
Time : 9am to 7pm

Products Offered

Baby Carrier
Baby Pram
Baby Stroller
Children Slides
and more

Location (Tel 603 8060 0093):

No 34 Jalan Meranti Jaya 10
Meranti Jaya Industrial Park
47100 Puchong
Selangor

www.mydear.com.my

@ Bahan Bacaan Semasa Mengandung

Wednesday, February 13, 2008

Em lepas tahu dah pregnant 2 bulan..terus ajak Ayah pergi MPH cari buku pasal baby. Semangat berkobar-kobar. Maklumlah anak first. Belek-punya belek akhirnya Ibu beli dua buku pasal pregnancy and baby. Ibu suka membaca malam-malam before tidur. So sampai sekarang koleksi bahan bacaan Ibu:

1. What to Expect When You're Expecting



What to Expect When You're Expecting is a pregnancy guide, now in its third edition, written by Arlene Eisenberg,Heidi Murkoff and Sandee Hathaway and published by Workman Publishing. Buku ni sangat bagus untuk ibu mengandung. Mempunyai maklumat megenai hampir kesemua masalah masa mengandung. It helps Ibu a lot going through pregnancy.

2. The Pregnancy Journal



Buku ini menerangkan apa yang berlaku kepada Ibu n Baby tiap2 hari. So bila Ibu baca, Ibu tahu apa yg jadi kat Baby Ibu arini. Proses pembesaran diterangkan hari demi hari. Buku ni dah jadi bahan bacaan tetap Ibu tiap-tiap malam.

3. Amalan Semasa Mengandung

Buku ini ditulis oleh Syahrin Jasah. Banyak menyediakan wirid-wirid yang boleh diamalkan semasa mengandung.

Kalau majalah pula, Ibu suka baca:

1. Majalah PA&MA



2. Majalah mami&baby

Kedua-dua majalah ini bukan sahaja pasal pregnancy malah parenting. Sangat bagus n sekarang tiap-tiap bulan tak pernah miss beli. Kesemua bahan bacaan ini banyak membantu Ibu sepanjang kehamilan ni.

Sekarang ni Ibu nak beli buku 40 Minggu Nan Indah pula. Buku ni terbitan Karangkraf, RM 8.90 je. Cuma sekarang takde masa nak cari, Ibu ingat nk order by pos je. Kalau dah dapat nnti Ibu updated.

@ Baby Ibu Journey Begins..

Tahun 2007 banyak meninggalkan kenangan manis buat diri Ibu. Ibu berkahwin dengan Ayah..mengandungkan Baby..dapat siapkan Masters..semuanya terjadi pada tahun 2007. Harap-harap tahun 2008 ni juga membawa tuah buat kita sekeluarga. Ibu dah lama nak buat blog tentang pengalaman Ibu mengandungkan Baby Ibu ni. Sekarang ni baru ada masa sikit. Tak sabar tunggu Baby Ibu.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Widget By Devils Workshop