@ Minggu 29

Sunday, February 24, 2008

Em pejam celik, pejam celik..dah 29 minggu dah. Badan pun lenguh sana..sakit sini. Perut pun dah makin besar dan jalan pun dah kengkang-kengkang..heh. Em Baby makin kuat menendang. Sekarang nak tido pun susah, baru nak terlelap kena kick..huhu. Selalu pujuk2 supaya Baby jangan nakal2 n Ibu boleh tido. Tapi jarang Baby dengar cakap..mau pukul 3-4 pagi baru terlelap.

Beg hospital Baby dah siap..beg Ibu je belum..nanti Ibu post barang-barang yang Ibu dah beli. Beli serba satu je buat syarat tapi kira semua dah lengkap except barang besar2 macam baby cot dan stroller. Baju pun baru 5 pasang..cukupla..kalu emergency nanti Ayah boleh belikan. Ibu dah ajar Ayah macam mana nak beli barang-barang lepas bersalin nanti. Nak beli banyak2 takut membazir pula..lagipun tak elok beriya sangat orang kata.

Hujung bulan ni nak pergi check up. Harap-harap Baby dah pusing ke bawah. Last check kepala Baby still kat atas. Kalau Baby tak turun ada change kena C-Sec. Huhu tak nak. Ibu penakut bab-bab hospital ni. Dulu masa kena cucuk leher nak ambil sampel tiroid pun macam nak pengsan. Pergi facial pun kalau diorg buat pelik2 boleh sesak nafas (banyak betul fobia Ibu ni). Sekarang dah rasa sakit2 kat bahagian bawah..rasa pedih..orang kata pedih tu sebab rambut baby kat bahagian tu. Betul ke? Harap-harap betul la ye..amin..

"Ya Allah, aku mohon padamu peliharalah anakku selama di dalam kandungan dan jadikanlah dia sihat sempurna, cerdik berakal serta beramal soleh. Ya Allah lahirkan ia dari kandunganku dengan kelahiran yg mudah dan sejahtera."

amiin ya Rabbal-Alamiin
.

9 kawan BabyIbu berkata-kata..:

msapi said...

harap2 kepala baby pusing ke bawah. dapat ibu bersalin di KL.

aZLiNa said...

hi yana.
dah abih shopping ekk?
k.ina doakan bb yana pusing on time..
bb buashhh kan.. hehe.. sama la k.ina pun... kadang2 rasa dia punya kaki mcm tgh stretch.... rasa siku die.. =)
x sabar nk tgk bb...

aZLiNa said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Ibu Baby said...

Dah le sket2..hehe..itula rasa macam die buat tai chi ada..silap hari macam tengah boxing..

CT said...

hmmm apelah agaknye citer seterusnya ya...continuing my reading

asmaa said...

time mcm nie baby dah byk buat pergerakan...kkdg seronok...kkdg memenatkan...

Mama Safiyyah said...

mcm2 perasaan masa ngandung....

Zanna_MamaBatrice said...

amin.........
kejap jer........
ammar x sabar nak keluar tu
tu yg dok kick ibu selalu yerk

miela77 said...

moga2 daku merasa tendangan baby kali nie... untung ko yana... masa baby qis x merasa dia menendang...melonjak je..dah berdiri dlm perut...sbb tu skrg x nak duduk...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Widget By Devils Workshop