@ Fisher Price Idaman Hati Ibu

Saturday, March 29, 2008

Inilah toys Fisher Price yang Ibu nak..tapi takde..takpelah Baby nanti kita cari tempat lain k..

Fisher Price Ocean Wonders Aquarium Crib Toy



Fisher Price Aquarium Mobile

@ Shopping at Mattel Warehouse Sales

Hari Jumaat (28/3) Ayah pergi Mattel Warehouse Sales di Dataran Hamodal. Ayah bab2 belikan Baby toys memang Ayah suka. Niat nak cari toys untuk play pen baby je. Toy yang gantung2 tu or yang ada bunyi2. Ibu tak ikut memandangkan Ayah pergi naik motor je. Malam tu siap plan dengan Ayah (since Ibu baca forum warehouse lepas2 macam ramai orang je) apa nak buat. Warehouse open at 10am jadi Ibu suruh Ayah pergi awal sikit..siap ajar Ayah taktik mengaut dan membeli (ni kesan selalu baca forum la ni..haha).

Pagi tu Ayah gerak dalam 9.15 (sebenarnya dah lewat daripada perancangan..huhu). Ayah kata nasib baik naik motor, kawasan tu teramatlah jammed. Sape yang naik kereta susahla juga dan parking pun susah dapat. Ayah betul2 sampai kat tempat tu pukul 9.50 am. Ayah kata masa naik lif tu die nampak dah ada orang turun dengan plastik barang. Aisey..nampaknya diorang buka pintu awal ni.

Ayah masuk2..huhu..barang Fisher Price dah habis (itu je yang Ibu n Ayah target-yang lain tak minat). Ayah kata die tak tahu nak buat apa..takkan nak balik tangan kosong. Masa tu ramai tengah menapis/sort barang2 nak beli kat tepi2. Ayah pun tunggu mana tau ada yang tak nak.

Setelah penat berpusing2..hasilnya Ayah dapat juga 2-3 barang untuk Baby. Itupun Ayah kutip atas lantai hasil tapisan yang orang tak nak. Ada untuk 6 bulan..untuk setahun ke atas pun Ayah beli je. Jadilah daripada takde langsung. Ayah tanya salesman tu esok ada tak lagi barang Fisher Price..diorang kata itu last stok..barang sikit saja. Kira rezeki la. Tak tahu harga sebenar berapa sebab survey yang lain beli yang lain..hehe..tapi rasa murah dari harga supermarket la.









Dua yang atas tu RM 50, yang macam donat tu RM 20 dan yang kecil2 tu satu RM10. So semua RM 140. Takpe kalau tak guna boleh buat kasi hadiah untuk sepupu2. Kalau MIL tahu mesti kena bebel ni..hehe.

@ Minggu 33

Friday, March 28, 2008

Kejap je dah masuk minggu 33..tak lama je lagi boleh jumpa Baby. Baby pn makin besar. Kick Ibu makin kuat dan kadang-kadang Ibu boleh rasa Baby sedu. Emm semakin dekat nak bersalin ni banyak perubahan Ibu rasa..

1-Makin kuat berpeluh-cepat panas padahal dulu takde elektrik pun Ibu tidur pakai selimut.
2-Kaki selalu cramp-Bukan kaki je, punggung pun cramp (boleh ke camtu..heh).
3-Pelupa-semakin menjadi-jadi pelupanya..camna nk study lagi ni..(tp lepas bersalin ok balik kan?..)
4-Clumsy-Ni yang paling kronik. Semua benda Ibu pegang nak jatuh..dahle tak boleh tunduk2..bila masak tu..semua benda nak jatuh ke lantai..tensen2..

Hari Sabtu, Ibu pergi check up kat Pusrawi. Macam biasa check berat (dah 52kg-paling berat dalam sejarah ni), urin, tekanan darah..semuanya ok. Bila sampai part scan..kepala Baby still kat atas..Ibu tak terkejut sebab mmg rasa kepala Baby kat pusat ni. Dr kata kalau anak first dan still tak pusing masa ni..harapan nak pusing tipis skit (realistik pula dr ni..huhu). Ni position Baby sekarang.



Dr bagi lagi 3 minggu sampai minggu ke 36..kalau memang tak turun lagi..dr bagi tiga option:
1- bersalin normal (keluar punggung dulu-tapi risiko baby lemas)
2- c-sect
3- urut pusingkan baby (tapi dr kata 50-50 je n berisiko untuk baby)

Dr cadangkan Ibu operate sebab itu yang paling selamat. Huhu..cuak Ibu..berpeluh sekejap mendengar. Kalau memang kena operate..Ibu bercadang balik Kedah awal..bersalin kat sana. Senang Mama Ibu nak jaga.

Mula-mula Ibu menangis juga takut kena operate (Ibu ni memang penakut hospital)..tapi Ibu banyakkan baca pengalaman orang bersalin c-sect ni..jadi sekarang dah ok skit. Deep down Ibu berharap anak Ibu ini sempat berpusing lagi. Tiap-tiap malam Ayah sapukan minyak selusuh sambil doakan Baby berpusing.

Satu malam tu..tengah2 tidur..Ibu terjaga..rasa kepala Baby kat tepi perut dan badan die bergerak2 (macam vibrate2). Ibu kejut Ayah..sapukan minyak dan kasi semangat Baby nak pusing (chayok Baby chayok!!). Dalam setengah jam Baby gerak2 dan pusing2. Kesian Ibu rasa. Ibu kata kat Baby..kalau Baby dah tak boleh takpele..rehat..nanti cuba lagi. Dalam 5 minit kepala Baby naik atas balik dan terus diam je. Tidur..penat agaknya. Kesian Baby Ibu ni.

Apa-apa pun sekarang Ibu redha. Cara macam mana pun takpe janji Baby Ibu ni selamat. Itu yang paling penting kan..Semoga Allah memudahkan Ibu bersalin dan Baby Ibu dilahirkan dengan selamat, sihat dan sempurna..Aminn.

@ Ayah di Osaka

Monday, March 24, 2008

Ayah selamat pulang dari Osaka pada Ahad minggu lalu. Ayah kata sana mahal-mahal belaka..food, transport..semua2 mahal. Lagi best pergi US..barang murah2. Ayah kata sana banyak baju Baby cantik-cantik tapi semuanya kain tebal. Kalu Baby pakai mau berpeluh..lebih-lebih lagi kat Kedah nanti. Jadi Ayah sempat belikan sehelai je baju untuk Baby dan satu frame gambar/magnet untuk letak gambar Baby kat peti ais.





Kat sana, selain Osaka Ayah banyak pergi jalan-jalan kat Kobe, Kyoto. Pergi Universal Studio, Aquarium, Muzium n Castle. ayah pergi shopping dekat Rinku Premium Outlet tapi shopping tak best sangat sebab bukan musim sales. Ibu pun dapat baju dua helai..tapi saiz S..entah padan ke tak pas bersalin nanti Ibu pun tak pasti..huhu..

Ni ada gambar kedai baju baby Ayah ambil. Geram tengok..lebih-lebih lagi kalau baby Girl.



@ Gathering

Hari Maulidur Rasul..Ibu n Ayah pergi melawat Auntie Reen..ada tragedi yang tak diingini berlaku (tak dapat Ibu ceritakan disini). Sepatutnya ada gathering makan-makan hari itu kat The Curve tapi takpele akhirnya makan-makan diadakan dirumah Reen je (yang penting suma bersama-sama kan?).

Ibu tak dapat ulas banyak2..cuma perkara ni menyedarkan Ibu yang apa-apa pun boleh berlaku tanpa kita jangka. So kita kena sentiasa berhati-hati.

So back to the gathering..yang terlibat adalah kawan-kawan baik Ibu masa kat UTM dulu..Rumi, Reen n Fairun, Azza n Apiz, Kak Ina n The Mint, Lela n Yani (ramai lagi tak datang disebabkan masalah2 jarak dan masa)..dulu konon2 geng rumah budak cantik..tapi sekarang semua dah terkeluar kategori (except yang bujang2 tu)..hehe.

Sambil makan2 (order Domino Pizza - sedap nyum2)..semua sibuk mengupdate berita terkini hiburan sensasi. Lebih-lebih lagi sekarang..ramai yang mengandung..musim mengawan kata Auntie Rumija. Apa nak wat..tahun lepas musim kahwin..tahun ni musim beranak lak..semua subur-subur nak wat camne..hehe.

Ibu gerak dari sana awal juga sebab Ayah ada game dan Mak Su Tiqah dah tertido2 menunggu kami berborak (janji ngan die nak pergi belikan baju). Ni ada sedikit gambor dari gathering.



Geng Ibu Mengandung (Aza, Yana, Kak Ina)..Donat sorang lagi tapi tak datang sebab tengah mabuk..em semua duduk senget2 je..susah nak ekjas..tak leh nak maintain ayu dah..huhu..



Apa-apa pun semoga Reen tabah menghadapi dugaan. Kami sentiasa ada disisi. Luv u all a lot..Muah2..

@ Baby Arissa

Ingat nak bawa Mama pergi melawat Kak Ija (my cousin) kat Damansara Perdana sebab Mama nak jumpa baby Arissa. Sekali Kak Ija msg cakap nak datang rumah pagi tu. So Kak Ija datang dalam pukul 11 camtu. Lama juga borak-borak sambil main-main dengan Arissa. Sekejap je dah 5 bulan dan pandai meniarap.

Bila tengok Arissa tak sabar tunggu Baby keluar..mesti best boleh main-main n peluk-peluk Baby. Tak lama je lagi kan Baby? Emm Ayah ada ambil gambar Arissa. Geram tengok..aktif sangat.



@ Minggu Yang Sibuk

Em lama tak mengupdate blog..bz sket coz nenek,uncle n auntie (my mom n adik2) datang melawat. Banyak cite tak diupdate tapi pak ngah Opy bawa kamera g opis pula ari ni. Jadi tak leh nak tempek gambar2 lagi.

Em last week bz siapkan kerja ra..yelah takut terberanak awal pula..maklumlah Ayah lahir masa 8 bulan..Ibu pula lahir 2 minggu awal. Jadi dah mula prepare apa-apa yang patut n siapkan kerja2 yang tertangguh.

Hari Maulidur Rasul..nenek datang (isy..macam tak glamer la panggil nenek..kan mama kan?). Saja nak melawat Ibu n Baby..disamping membawa barut, air selusuh, minyak selusuh, air zam-zam dan minyak untuk Baby. Nanti Ibu post gambar..tak sempat nak ambil lagi.

Malam Khamis tu bawa jalan-jalan kat The Curve dan beli barang dapur kat Tesco. Lepas tu Pak Ngah belanja makan kat Dataran Sunway. Makan sup campur, daging merah, ayam goreng kunyit, sup sayur dan telur dadar. Nyum2..sedap Baby kan? Ibu makan sampai tegak badan2..hehe.

Esoknya bawa pergi OU..tengah sales le katakan..Ibu tak beli barang sangat..cuma beli nursing bra je. Pak Cik Aiman n Mak Su Tiqah le borong sakan. Pastu Mama belikan kitaorang hadiah sorang satu (dah tua-tua pun nak hadiah lagi..hehe). Ibu dapat handbeg, Ayah dapat kemeja dan stoking comel untuk Baby.

Pagi Sabtu hantar Mama balik kat Hentian Duta..maklumlah Ahad tu kerja (Kedah kerja Ahad..). Emm seronok ramai-ramai macam tu..kalau dulu masa belajar..sebulan sekali balik rumah..sekarang dah tak boleh..nasib baik pregnant jadi Mama n Abah datang melawat sebulan sekali. Boleh manja-manja sket..hehe.

@ A Little Preview From Osaka

Wednesday, March 12, 2008

Hari Sabtu lepas..Ayah pergi Osaka. Masa Ibu tolong kemaskan barang Ayah rasa sayu je. Maklumlah Ayah pergi lama juga dan this time Ibu pun tak berapa sihat. Nasib baik Pak Ngah Opy Baby ada kat umah. Jadi dapat temankan Ibu. Hari Ahad tu Ayah sampai..Ayah kata (sms) Ayah pergi jalan-jalan dekat Aquarium..gambar nanti balik tengok sama-sama. Ayah hantar 3 keping gambar untuk Ibu n Baby. Buat lepaskan rindu. Ini salah satu gambar Ayah send..comel kan?



Ayah kata barang kat sana semuanya mahal. Sekali makan dekat kedai mamak kena RM60..nasib baik ada bawa food dari sini..tak tahulah cukup ke tak. Em k apa-apa pun Ibu dan Baby doa Ayah selamat balik..Muah2

@ Mattel Warehouse Sales



Date
28 to 29 March 2008

Time
28 March - Fri : 10am to 7pm
29 March - Sat : 9am to 5pm

Location
2nd Floor Dataran Hamodal
Jalan Bersatu 13/4
Section 13
46200 Petaling Jaya

Branded Toys Offered
Mattel Toys
Barbie
Hot wheels
Matchbox
Scrabble
Pictionary
Fisher Price
Sesame Street
Barney

Nak pergi ke tak nak pergi Mattel Warehouse Sales ni ? Macam best..emm tanya Ayah dulu la...:) Ayah suka beli toys ni..

@ Hari Mengundi

Monday, March 10, 2008

Pagi Sabtu, 8 Mac 2008..Ibu temankan Ayah pergi mengundi dekat Sek Ren Kota Damansara Seksyen 6 (betul ke nama camni?). Ibu tak mengundi tahun ni sebab nama Ibu nun di Kubang Pasu Kedah. Terlupa nak tukar alamat. Dulu ingat lagi pergi mengundi dengan Puan Donat..siap dapat RM 50..hehe.

Masa pergi mengundi.. Ayah siap pakai logo parti 'ops undi adalah rahsia'. Ibu suruh buka nanti kena tahan pula. Nasib baik Ayah buka betul2 depan tempat nak masuk tu. Ramai gila pancing undi..yang kelakarnya ada yang siap offer Ibu wheelchair. Cess..macam la Ibu ni dah tak larat jalan. Kelakar Ibu dengar.

Em keputusan dah keluar..negeri tercintaku dah ditadbir oleh PAS..tapi Kubang Pasu/Jitra still bawah BN. Tak nak komen banyak2 sebab Ibu pun tak mengundi..dan nnti boleh membawa kepada terover komen. Nanti panas pulak Baby dengar..heh. Klah apa-apa pun sama-samalah berdoa semoga kepimpinan baru dapat membawa perubahan yang baik kepada Malaysia. Amin..

@ Accident Perut

Hari Jumaat lepas..pergi dengan Ayah ke Tesco beli barang2 dapur dan barang2 makanan untuk Ayah bawa ke Osaka. Sebelum tu singgah ke The Curve..masuk butik Anakku lagi (orang yang jual pun dah kenal). Ibu beli head support jenama Lollipop dan sehelai baju untuk Baby. Lepas tu siap daftar membership lagi. Konon-konon nanti boleh redeem point.



Lepas tu terus g Tesco..punya la ramai orang..Ibu n Ayah pun sibuk mencari2 makanan untuk Ayah bawa..cari jenama Brahim (ada gulai, ayam masak merah)..dalam sibuk2 tu tiba2 Ibu terlanggar (ke org tu langgar Ibu..tak pasti pula) troli kat perut. Aduh..sian Baby..dah le kepala Baby boleh rasa kat pusat..risau Ibu..nasib baik sakit sekejap je..

Balik malam tu risau juga sbb Baby kurang aktif..tp Ibu rasa should be ok sbb Baby kan dalam placenta yang tebal..so sepatutnya takde pape. Nasib baik malam tu borak2 dengan Baby..dah gerak2 balik macam biasa..huh lega Ibu.

Esoknya masak sibuk bersiap2 nak temankan Ayah pergi mengundi..accident lagi. Langgar dinding pulak..aiseyman. Kesian Baby. Ibu dah tak boleh nak budget sebab ada extra pula kat depan ni. Ayah kata anggap le macam bawa keta..kena budget lebih skit..kena ada lajak supaya tak berlanggar. Em Ibu cuba..tp Ibu bawa kereta pun accident juga..macam mana le..huhu.

Masuk hari ni dah 4 kali accident lagi..semalam langgar sink n pintu pula. Ibu pun dah risau. Kena more careful after this. Kesian Baby Ibu..nasib baik aktif je kalau tak mau Ibu g buat check up. Ok Baby..jangan risau..Ibu janji to be more..more careful. Muahhh.

@ Amalan Semasa Mengandung

Saturday, March 8, 2008

Banyak amalan-amalan yang elok diamalkan semasa mengandung. Ibu cuba yang terbaik demi Baby walaupun semput nak habiskan satu2 surah. Maklumlah nafas pun makin pendek. Ini buku yang Ibu beli..senang baca yang ini je sebab banyak surah yang elok diamalkan ada dalam buku ni:



Kalau nak dengar online..klik sini

Al Quran Explorer


Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah

* Saidul (penghulu) Istighfar
* Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3 : 8-9)
* Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3 : 38 )
* Doa agar anak mengerjakan solat (Al-Quran Surah Ibrahim, 14 : 40-41)

* Surah Al-Fatihah (Untuk terang hati dan kuat ingatan)
* Surah Maryam (Untuk memudahkan ibu bersalin)
* Surah Yusuf (Untuk memperoleh anak yang cantik rupa dan cantik akhlak)
* Surah Luqman (Untuk memperoleh anak yang cerdik akal dan cerdik jiwa)
* Surah Yaasin (Untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat)
* Surat Toha (Semoga bayi lembut hati)
* Surah Al-Nahl (Untuk melahir anak yang berdisplin)
* Surah Hujurat (Untuk memperbanyakkan susu ibu dan anak bersifat berhati-hati)
* Surah Al-Taubah (Untuk membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat)

Selain daripada surah dan doa, terdapat beberapa perkara yang elok diamalkan agar anak yang dilahirkan sejahtera dan berakhlak mulia. Antaranya:

1. Banyak mengingati Allah SWT dengan memohon ampun dan taubat supaya Allah SWT akan mengampunkan segala dosa yang telah dilakukan selama ini dan seterusnya akan membersihkan hati dari perasaan yang tidak baik. Dengan ini juga diharap anak yang bakal lahir nanti bersih hatinya dan ibu dapat bersalin dengan tenang dan selamat

2. Banyak melakukan ibadat, membuat kebajikan dan meninggalkan segala larangan agama. Perempuan hamil dituntut memperbanyakkan amal ibadat seperti sembahyang sunat, puasa sunat terutama Isnin dan Khamis serta sentiasa menjaga syariat. Bukan sahaja isteri, suami juga dituntut sama.

3. Sentiasa berakhlak baik. Ibu-ibu yang sedang mengandung harus lebih banyak bersabar, bersikap baik dengan jiran, menghormati ahli keluarga dan teman-teman. Tingkah laku yang baik akan mempengaruhi sikap anak yang bakal lahir.

4. Sentiasa tenang dan gembira. Keadaan emosi yang tenang dan bahagia merupakan rangsangan kepada pembinaan otak seterusnya kelahiran bayi yang sihat, terangsang, pintar dan cerdas.

Aminn

@ Minggu 31

Thursday, March 6, 2008

Em dah masuk minggu 31. Gambar kat bawah ni masa 6 bulan..my first maternity dress daripada Auntie Rumija. Masa ni nak pergi kenduri. Ramai orang cakap tak nampak macam pregnant sebab badan tak naik. Perut pun tak besar sangat.



Isy2 korang tak tahu..pinggang daripada 23/24 dan berkembang dengan jaya sehingga 35 (currently). Berat naik 9 kg so far..pecah rekod..tak pernah2 berat cecah 50kg. Sape nak tengok Yana chubby skit..time nilah..hehe.

Sekarang banyak berehat je kat rumah sebab badan pun selalu sakit-sakit..nasib baik ada tukang urut free..hehe. Baby pun aktif bergerak2 cuma Baby tak turun lagi sekarang. Tengah amalkan petua2 supaya Baby turun ni. Hari2 pujuk Baby..bacakan surah Luqman kasi die dengar cakap.

Em..minggu ni Ayah kena pergi Osaka seminggu..jadi Baby kena baik2 temankan Ibu k. Kalau Baby baik nanti Ayah belikan gift untuk Baby. Ok Baby? Baik Baby Ibu ni..Muahh2..

@ Wish List

Wednesday, March 5, 2008

1. Baby Closet/Drawer
2. The First Years: Close & Secure Sleeper



3. Stroller - Mak teh kata nak sponsor - alhamdullilah
4. Nursing Pillow
5. Baby Carrier

P/s: Ayah baca mesti geleng kepala..hikhik..wish list je Ayah..bukan nak beli lagi..

@ Shopping at Anakku

Em gambar dah upload..so inilah alkisah pembelian playpen ni..



Malam tu Ibu pujuk2 Ayah nak pergi warehouse sales anakku kat Klang. Ayah tanya Ibu, Ibu nak beli apa dekat situ. Ibu pun terdiam..takdelah specific nak beli apa-apa..cuma nak tengok kalau ada barang murah dan menarik..boleh la beli. Ayah kata kalau macam tu tak payahla..lagipun bukan dekat. Sob..sob..Ibu pun kata oklah (dengan sedikit sayu..) tapi Ayah kena janji esok pergi jalan-jalan kat The Curve (ada 3-4 kedai baby kat atas tapi semuanya mahal-mahal - saja pergi cuci mata).

Esoknya..sebelum menjalani rutin shopping barang dapur di Tesco..Ayah dan Ibu pun pusing-pusing kat The Curve..ada 2,3 kedai yang sales..tapi ehem ehem..lepas sales pun harganya masih boleh tahan. Kalah peti ais/washing machine kat rumah tu..

Lepas tu masuk butik Anakku..jalan-jalan cuci mata..pastu ada satu playpen ni..die display..harga RM199 (NP:RM 299). Takda le murah tapi berbanding yang lain Ibu rasa berbaloi. Disebabkan Abah n Mama Ibu (em kira atuk/nenek Baby) dah janji nak sponsor..Ibu pun call Mama tanya nak beli tak..sebab kalau nak cari kat Kedah pun harga dalam RM 300 juga (sebenarnya memang tak tahan nak beli). Mama kata ok..dan belikan sekali tilam die..nanti claim..

Nanti claim? Hehe..apa lagi..mula le pusing2 cari barang..Ibu beli play pen, mattress for play pen (safe n sound), comforter (lolipop), sarung cadar dan bantal (nak matching dengan comforter) dan changing matt sekali. Haha..Ayah pula excited cari kaler yang cantik nak matching.

Masa nak membayar sempat lagi capai baju 2 pasang (dapat 50%). So kira punya kira RM 400. Huhu..play pen dan barang lolipop (dapat 50% juga) kira puas hati. Yang mahalnya mattress tu (Rm 138)..huhu (menyesal pula beli awal-awal..bukan ada discount pun). Takpelah Ayah kata Baby punya pasal..lagipun selesa skit tido (nak tenangkan hati..). Kalau lepas ni nampak ada sales mattress ni confirm tension je Ibu..

Mattress yang..huh..



Baju


Comforter


Cadar


Sarung bantal dan bolster


Sarung je beli sebab bantal dah ada beli kat Jusco..suma beli colour UB-Blue..

So Ibu rasa cukup la setakat ini dulu..huhu..dah overdose..barang-barang asas lain pun dan ada cuma Ibu beli serba sedikit..lagi pun barang lain kat mana-mana pun ada jual dan harga tak lari banyak (macam pampers, toiletries..dll). Ini pun MIL dah bising beli awal..tapi Mama kata kalu murah apa salahnya..hihi..

@ Eh apa ni?

Monday, March 3, 2008

Hari ni penat sangat..pergi UKM untuk meeting..lunch kuar dengan Auntie Rumija sambil update2 story. Banyak kerja nak kena settle..report la..manuskrip la..kesian baby Ibu penat..sepanjang dalam komuter asyik menendang je..penat ke atau seronok agaknya naik komuter..

Eh2..apa ni? Heh..





Inilah hasil jalan-jalan kat the curve sabtu hari tu..hehe..emm esok Ibu cerita detaill hari ni dah penat sangat..till then..

@ Testing Car Seat

Inilah car seat beli kat My Dear. Very nice for Rm 50..hehe. Ayah dah siap cuci pun. Em masa Kak Ija (my cousin) datang dengan baby Arissa dah siap testing2 lagi. Ayah kata lulus2..







@ My Baby Boy

Sunday, March 2, 2008

My baby boy..
I'm awaiting anxiously for my baby boy.
It's like on your first date.
You are waiting anxiously for the girl to arrive.

My baby boy..
What would my baby boy look like.
Will he resemble his mom or his dad?

My baby boy..
It's 2 months till the expected delivery.
I can't wait to see my baby boy.

My baby boy..
I pray for your safety and the safety of Ibu.
May Allah bless you both.

~ Ayah ~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Widget By Devils Workshop