Kalau nak dengar online..klik sini
Al Quran Explorer
Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah
* Saidul (penghulu) Istighfar
* Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3 : 8-9)
* Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3 : 38 )
* Doa agar anak mengerjakan solat (Al-Quran Surah Ibrahim, 14 : 40-41)
* Surah Al-Fatihah (Untuk terang hati dan kuat ingatan)
* Surah Maryam (Untuk memudahkan ibu bersalin)
* Surah Yusuf (Untuk memperoleh anak yang cantik rupa dan cantik akhlak)
* Surah Luqman (Untuk memperoleh anak yang cerdik akal dan cerdik jiwa)
* Surah Yaasin (Untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat)
* Surat Toha (Semoga bayi lembut hati)
* Surah Al-Nahl (Untuk melahir anak yang berdisplin)
* Surah Hujurat (Untuk memperbanyakkan susu ibu dan anak bersifat berhati-hati)
* Surah Al-Taubah (Untuk membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat)
Selain daripada surah dan doa, terdapat beberapa perkara yang elok diamalkan agar anak yang dilahirkan sejahtera dan berakhlak mulia. Antaranya:
1. Banyak mengingati Allah SWT dengan memohon ampun dan taubat supaya Allah SWT akan mengampunkan segala dosa yang telah dilakukan selama ini dan seterusnya akan membersihkan hati dari perasaan yang tidak baik. Dengan ini juga diharap anak yang bakal lahir nanti bersih hatinya dan ibu dapat bersalin dengan tenang dan selamat
2. Banyak melakukan ibadat, membuat kebajikan dan meninggalkan segala larangan agama. Perempuan hamil dituntut memperbanyakkan amal ibadat seperti sembahyang sunat, puasa sunat terutama Isnin dan Khamis serta sentiasa menjaga syariat. Bukan sahaja isteri, suami juga dituntut sama.
3. Sentiasa berakhlak baik. Ibu-ibu yang sedang mengandung harus lebih banyak bersabar, bersikap baik dengan jiran, menghormati ahli keluarga dan teman-teman. Tingkah laku yang baik akan mempengaruhi sikap anak yang bakal lahir.
4. Sentiasa tenang dan gembira. Keadaan emosi yang tenang dan bahagia merupakan rangsangan kepada pembinaan otak seterusnya kelahiran bayi yang sihat, terangsang, pintar dan cerdas.
Aminn









19 kawan BabyIbu berkata-kata..:
salam..
mana sy nk dptkan buku tu ye?
dh cari a few shops, takde... :(
hope sis can help me..
thanks
salam..buku tu pn saya beli kat pasar malam..cr kt kedai buku tk jumpa..cb try tgk kt kedai buku kecil or gerai buku di pasar malam..
hai..saya tetamu baru blog puan..
saya suke bace entry2 puan..n this entry is very useful for me..rasenye nak cari gak la buku tu..coz saya bakal melangkah ke alam ibu..hehehe
Tq for visiting..emm buku ni memnag bagus..senang..pergi mana2 boleh bawa..btw tahniah ye Hernee..amalkan dari awal tau..
nampaknye belum rezeki saya nak jd mcm babyibu.. saya baru je miscarriage 16/12 ari tu.. dugaan..
salam...
hai babyibu,..sy sdg cari info utk di amalkan di awal kehamilan ni. Tuk mendapatkan zuriat yang baik dari segala segi. kehamilan sy baru berusia 2 bulan, setakat ni sy belum beli apa2 buku panduan lg, cuma sy kerap search info melalui internet..
TQ di atas info yg puan berikan...
really good info..
good info utk mereka yg pregnant
kalau kawan i ada pregnant akan beritau pasal ni :)
good info...kalau preggy nanti leh refer sini balik...
terima kasih info tersebut
Salam..babyibu ni housewife ye?Sekadar bertanya..suka baca blog babyibu
sama la yana kiter masa pregnan dulu pun banyak baca dari buku amalan yang bagus ketika ngandung ni....rupenyer banyak ek...tu la kalo tak baca confirm tarak tau punyer
amin...
salam saya baru disini...harap dapat berkongsi pengalaman dgn akak2 puan2 semua...wife sayer 3 kali keguguran..dan alhamdulillah baru2 ni dia disahkan mengandung 2 bulan...tang besnyer kat dia, dia ok jer tapi sayer yang pengsan akibat alahan yang teuk, mengidam nak makan mcm2.
e1@tgm
iwan_pertamatkd@yahoo.co.uk
www.pertamataekwondo.blogspot.com
Thank you for sharing.
terima kasih ibu for sharing.. saya pregnant 7 bulan.. anak sulung. info dari ibu amat membantu. terima kasih :>
ai...saya mohon share yea...now baru preggy 6 weeks...suka sbb dpt tau ilmu waktu mengandung..tq...semoga kita sama2 mendapat berkat...:-)
info yang bagus..
Post a Comment