@ Minggu 33

Friday, March 28, 2008

Kejap je dah masuk minggu 33..tak lama je lagi boleh jumpa Baby. Baby pn makin besar. Kick Ibu makin kuat dan kadang-kadang Ibu boleh rasa Baby sedu. Emm semakin dekat nak bersalin ni banyak perubahan Ibu rasa..

1-Makin kuat berpeluh-cepat panas padahal dulu takde elektrik pun Ibu tidur pakai selimut.
2-Kaki selalu cramp-Bukan kaki je, punggung pun cramp (boleh ke camtu..heh).
3-Pelupa-semakin menjadi-jadi pelupanya..camna nk study lagi ni..(tp lepas bersalin ok balik kan?..)
4-Clumsy-Ni yang paling kronik. Semua benda Ibu pegang nak jatuh..dahle tak boleh tunduk2..bila masak tu..semua benda nak jatuh ke lantai..tensen2..

Hari Sabtu, Ibu pergi check up kat Pusrawi. Macam biasa check berat (dah 52kg-paling berat dalam sejarah ni), urin, tekanan darah..semuanya ok. Bila sampai part scan..kepala Baby still kat atas..Ibu tak terkejut sebab mmg rasa kepala Baby kat pusat ni. Dr kata kalau anak first dan still tak pusing masa ni..harapan nak pusing tipis skit (realistik pula dr ni..huhu). Ni position Baby sekarang.



Dr bagi lagi 3 minggu sampai minggu ke 36..kalau memang tak turun lagi..dr bagi tiga option:
1- bersalin normal (keluar punggung dulu-tapi risiko baby lemas)
2- c-sect
3- urut pusingkan baby (tapi dr kata 50-50 je n berisiko untuk baby)

Dr cadangkan Ibu operate sebab itu yang paling selamat. Huhu..cuak Ibu..berpeluh sekejap mendengar. Kalau memang kena operate..Ibu bercadang balik Kedah awal..bersalin kat sana. Senang Mama Ibu nak jaga.

Mula-mula Ibu menangis juga takut kena operate (Ibu ni memang penakut hospital)..tapi Ibu banyakkan baca pengalaman orang bersalin c-sect ni..jadi sekarang dah ok skit. Deep down Ibu berharap anak Ibu ini sempat berpusing lagi. Tiap-tiap malam Ayah sapukan minyak selusuh sambil doakan Baby berpusing.

Satu malam tu..tengah2 tidur..Ibu terjaga..rasa kepala Baby kat tepi perut dan badan die bergerak2 (macam vibrate2). Ibu kejut Ayah..sapukan minyak dan kasi semangat Baby nak pusing (chayok Baby chayok!!). Dalam setengah jam Baby gerak2 dan pusing2. Kesian Ibu rasa. Ibu kata kat Baby..kalau Baby dah tak boleh takpele..rehat..nanti cuba lagi. Dalam 5 minit kepala Baby naik atas balik dan terus diam je. Tidur..penat agaknya. Kesian Baby Ibu ni.

Apa-apa pun sekarang Ibu redha. Cara macam mana pun takpe janji Baby Ibu ni selamat. Itu yang paling penting kan..Semoga Allah memudahkan Ibu bersalin dan Baby Ibu dilahirkan dengan selamat, sihat dan sempurna..Aminn.

7 kawan BabyIbu berkata-kata..:

kinna said...

lom turun lg ke kepala bb? jln byk2, gi window shopping ke..insyaAllah bb turun nti..

CT said...

ya la kan...yg penting anak tu sihat..x sabarnye nak baca kisah bersalin...

asmaa said...

tak kisah mcmana pun...yg penting baby sihat walafiat...

Mama_Aqish said...

rajin tol yana searh internet cara info2 cenggini ek

Zanna_MamaBatrice said...

x sabar kan yana nak tunggu baby keluar....
mmm......ammar mmg nak c-sec tu yana

Mama Safiyyah said...

yg terbaik untuk ibu dan baby.....

miela77 said...

daku kipas da pusing 5 pun panas lagi...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Widget By Devils Workshop