@ My Baby Boy

Saturday, April 26, 2008

Alhamdulillah..

Kami telah dikurniakan baby lelaki pada 23/4/2008 9.26 pagi.



Update cite nanti yer..still in recovery process..chayok2..

@ Im Counting..1,2..err..

Tuesday, April 22, 2008

Emm last Sunday, pergi check up dengan Dr. Kamarulzaman. Dengan confirmnya..Ibu akan diadmit ke wad pada pagi Rabu ni..perasaan? excited..cuak semua ada..

Em sekarang dah semakin tidak ada daya..even nak update blog pun..apa pun di kesempatan ini (macam raya pula)..Ibu mengambil kesempatan meminta maaf andai ada terkasar bahasa tersilap kata pada semua. Doakan Ibu dan Baby semoga selamat..Aminn.

@ Hospital Bersalin

Thursday, April 17, 2008

Emm Ibu dah suruh Mama survey hospital bersalin mana yang berpotensi di Kedah ni (area Jitra/Alor Setar)..so Mama cadangkan Pusat Rawatan Mahsuri (PRM) dan Kedah Medical Centre (KMC). Bukan tak nak pergi hospital kerajaan..tapi alang-alang insurance company Ayah memang cover maternity n Ayah dulu pernah ada pengalaman tak menarik kat hospital kerajaan (masa Ayah accident patah tangan)..makanya kami sebulat suara pilih private juga.

Pada hari Sabtu (12/4), selepas breakfast di pasar pagi Jitra (market kata org Kedah - Ibu makan roti canai telur, nasi lauk n pulut durian - Ayah kata melantak tak ingat..heh) kami (Ibu, Ayah n Mama) pergi ke PRM. KMC kena pergi esok sebab hari Sabtu KMC cuti.



Emm lepas daftar nama semua..Dr pun panggil..Dr. Annuar namanya..baik je dr ni..handsome plak tu..kira okla cara die berbual pn ramah dan sabar menerima soalan dr Ayah n Mama..lepas timbang berat..Dr pn scan..tiba2 Dr baik hati pula buka yang scan 4D..uiks..Ibu suka..tapi kepala Baby mengiring..nampak sipi2 je..Dr kata Baby dah besar..jadi susah nak tengok..

Em kira so far Ibu puas hati..siap buat lawatan ke bilik n nursery Baby..takdelah mewah tapi selesa (itu yang pentingkan?). Ada 3 dr kat sini..Dr Annuar, Dr. Amimah dan Dr. Zarina. Jadi Dr bagi tarikh 25/4 untuk operate. Harga pula untuk operate dalam RM4k. Kalau normal dalam RM 1k++ je. Charge check up RM 48 inggit je. Kebanyakan orang di Jitra suggest kat sini untuk bersalin. Em k..Ayah pn kata ok..cuma kami still nak wat research di KMC pula esok. Alang2 dah balik kata Ayah.

Esoknya kami pun pergi ke KMC. Kononya pukul 8 dah nak pergi..sbb KMC ramai orang (dekat Kedah..KMC ni ala2 specialist la, hospital private paling glamour) tapi pukul 9.30 pagi baru sampai. Mula2 nak jumpa Dr Kang (Kawan MIL suggest Dr ni)..tapi Mama cadangkan Dr. Kamarulzaman (dengar cite Dr ni islamik).



Masa sampai tu..kami dapat giliran ke enam..Dr pula masuk pukul 10.30 kata nurse tu. Adoi..dah le Ayah nak gerak awal..maklumlah die nk drive sorang2 dari Kedah ke KL (cian Ayah)..tapi dah memang rezeki Baby..tak sampai 10 minit..nampak Dr tu masuk..nurse panggil suruh test air kencing..pas tu tanya nurse..lambat lagi ke? Nurse kata awak next Dr dah panggil..Alhamdullilah..

Emm Dr ni ok..ramah..bila nak check tu..die pegang kaki, tangan (check bengkak), check jantung n leher (for tiroid)..pastu die pegang2 perut (macam bidan plak - dr sebelum ni scan je). Dr kata Baby ok semua..cuma kedudukan je breech..Dr check air ketuban..katanya air ketuban just nice je..memang tak cukup untuk Baby pusing..lepas tu Dr kata uri pn dah matang..so tunggu Baby matang (which is in week 37 - which is today)..dah boleh ceaser..tapi die bagi tarikh 20/4-23/4 (tarikh pembedahan Dr la ni).

So Ayah kata 20/4 ni check dulu..then decide tarikh..Ayah tanya pasal kos..kata Dr kalau c-sect dalam Rm 5k (without complication)..kalau ada apa2 kn tambah la..em ok puas hati..lepas tu Dr suruh test darah sebab last test bulan Disember tahun lepas..kira dengan Dr ni nampak lebih detail cara die periksa. Bayaran untuk check up RM 58. Kira murah la banding dengan KL. Ayah ingat tadi dah ratus2 sebab KMC ni ala2 macam Damansara Specialist (Ayah pernah kena RM 700 sekali check).

Kesimpulan

Kos
PRM - lebih ekonomi
KMC - agak tinggi

Kepakaran
PRM - Dr kat situ bagus tapi apa2 jadi still perlukan pakar dari tempat lain
KMC - Semua jenis dr pakar ada (Untuk bersalin pun ada 4 Dr pakar)

Kemudahan
PRM - Sederhana
KMC - Kemudahan lengkap..ada ICU. NICU semua

Jadi kesimpulannya..Ayah n Ibu pilih KMC..maklumlah nak c-sect..kalau normal tak kisah sangat..takpelah Ayah..kalau kena mahal kita tong2 lah ye..Baby punya pasal..lagipun kita menyimpan untuk anak juga kan..jadi..sekarang tengah berjaga2 sebab Dr kata mulai hari ini bila2 masa boleh turun tanda..sbb both uri n baby dah matang..tak sabar ni tunggu minggu depan tapi at the same time cuak juga..Sekarang tgh banyak2 berdoa semoga semuanya selamat..Aminn..

@ Going Home

Wednesday, April 16, 2008

After check up hari Khamis hari tu (10/4/08)..n confirm Baby still breech..Ibu pun ambil keputusan balik Kedah. So hari Jumaat tu sibuk packing2 barang. Barang Ibu, barang Ibu selepas bersalin nanti, barang keje (lap top/fail2 - macam rajin je),barang Baby, beg hospital..kiranya penuh satu kereta (itupun tak bawa balik car seat dan playpen). Ibu tarik semua barang (nak angkat dah tak leh nak tunduk2)ke ruang tamu..separuh nyawa la juga..siap berehat2 sekejap after angkat satu barang..bukan apa nanti senang Ayah balik terus bawa turun barang masuk kereta. Sambil2 tu goreng karipap n popiah segera untuk bekalan perjalanan..(gigih Ibu ni)..huh huh *semput*...



Petangnya selepas Ayah balik kerja..kami pun bertolak. Singgah di Pusrawi ambil surat laporan semua. Dr tanya kenapa tak deliver kat sini je..Ibu pun cakap sebab nak pantang kat Kedah..Dr kata pas operate boleh terus balik..emm takpelah Dr..barang semua dalam kereta dah..heh..kemudian kami pun bergerak ke Kedah..

Huh..sungguh lenguh n sakit belakang Ibu..maklumlah 5 jam perjalanan..dah habis posisi tukar..siap ada bantal sendal la..emm perut dah besar..ekjas camane pun sama je..kami singgah makan kat Restoran Nasi Kandar Pelitra kat Juru..sungguh sedap sekali..sampai tegak2 badan Ibu ni..maafle gambar takde sebab Ayah lupa bawa balik lens die (body kamera bawa, lens tinggal). Sampai rumah dalam pukul 1 pagi camtu..mama n abah tunggu..

Seronoknya dapat balik rumah..sejak dah kahwin tak boleh balik selalu macam bujang2 dulu..tapi sedih nanti jauh2 ngan Ayah..sapela nak tolong sapu lotion, urut badan, potong kuku, potong ""..huhu..emm esoknya kami mulakan aktiviti survey hospital..next post eh..dah semput n lenguh badan ni..huhu...

@ Hadiah Dari Pak Ngah Opy

Tuesday, April 15, 2008

Jeng jeng jeng..Baby dapat hadiah dari Pak Ngah Opy (adik Ibu) dan Auntie Ain (buah hati si Opy)..Ibu yang terlebih suka..nanti Baby tido dalam ni tau..

The First Years Close & Secure Sleeper



The First Years Close & Secure Sleeper allows you to feed, soothe, monitor, and bond with your baby throughout the night with the reassurance that baby is snug, secure, and comfortable next to you in your bed. Designed to be easily portable for on-the-go convenience, you can also use the sleeper in the crib to help ease baby's transition from your bed to the crib. Our patented Airflow' design allows air to circulate around baby. Built-in nightlight makes it easy for you to check on baby during the night.





Ini memmang ada dalam wish list Ibu (Ibu yang beri cadangan bernas ini pada Pak Ngah..kuang2). Kenapa Ibu suka? Sebab nanti senang Baby tido atas katil dan senang bawa ini je untuk travel..tak payah tilam2 bagai..kan Baby kan..k..say thanks to Pak Ngah n Auntie Ain..:)

@ Infant Shoes

Em walaupun Ibu sudah tidak boleh jalan2 shopping..memandangkan kesaratan Ibu dan tahap kelajuan perjalanan Ibu yang teramat slow..Ibu shopping online pula..(sebenarnya lepas geram tak leh pergi Pureen Waehouse Sales)..haha..Tq to zakiah from spendcity..mudah berurusan dengan die ni.

Ini Infant Shoes yang Ibu beli untuk Baby (beli saiz besar konon bleh pakai bila besar sikit-alasan Ibu yang nk juga shopping even dari rumah..huh)..Satu ala2 kasut sukan (macam kasut Adidas Ayah) n satu lagi kasut sandal biasa..





Dan satu lagi untuk sepupu Baby..Adriana Najah yang comel..(takde gambar..Ayah tak bawa kamera time tu)..

@ Minggu 36

Thursday, April 10, 2008

Lagi 28 hari..excited..cuak..semua ada..emm Baby pun semakin aktif..Ibu pula rasa badan semakin berat..kaki pun dah bengkak..perut n b***** semakin gatal2..

Tadi check up dengan dr..emm yes..my baby still breech..this time Ibu sudah kuat..Ibu pasrah dan redha..ceaser pn ceaser la..janji Baby Ibu selamat..bak kata dr..kalau baby first..memang diorang akan operate..maklumlah dah mengandungkan 9 bulan..jadi tak nak amik risiko..

Dr kata lain2 semua ok..Ibu ok..Baby ok..berat Ibu naik 2 kg..jadi 54kg..dr kata berat ok..dr ukur2 baby..pn ok juga..berat Baby 2.2kg..nmpaknya memang Baby Ibu ni comel je..dr scan..Baby incomplete breech..Ayah kata Baby bersilat..heh


# credit to home4birth.com

Ayah told dr yang kami nak balik Kedah..dr kata sini pun boleh operate..pas 2 hari boleh balik..tapi Ibu tanya kawan2 yang lain..diorang kata kalau normal pn sakit juga..yelah 6 jam kan perjalanan..kalau operate kn rehat seminggu dulu baru balik..so Ibu tetapkan keputusan nak deliver kat Kedah juga.

So..esok Ayah dan Ibu akan bertolak ke Kedah..balik awal sikit nak survey dan buat appointment hospital sana..tadi dah jumpa PIL..bgtau kata nak balik n minta maaf semua..malam ni nak start packing (itula tak nak packing awal2)..sebab esok pas Ayah balik kerja terus gerak..kalau Ayah boleh awal..so awalla la gerak..

Emm semua doakan Ibu n Baby eh..klah nak kemas2 barang sikit..maklumlah buat kerja macam kura2 sekarang..huhu

@ Ya Allah Selamatkanlah Kami

Wednesday, April 9, 2008

Ibu buat research pasal breech baby..bila baca artikel ni..buat Ibu cuak n takut pula..huhu..Ya Allah..selamatkanlah bayiku dan mudahkanlah kubersalin..Aminn

Bayi Songsang

By: Miey Ahmad

Masalah Bayi Songsang oleh Prof Dr Azizan

Lebih 90% bayi dilahirkan dalam kedudukan normal iaitu kepala keluar dahulu. hanya sebilangan kecil mungkin berkedudukan luar biasa sama ada songsang (breech) atau melintang (tranverse lie).

Pada peringkat awal kehamilan, adalah biasa sekiranya kedudukan bayi tidak stabil dan sentiasa berubah-ubah atau berpusing-pusing di dalam kelongsong kandungan yanng dipenuhi cecair amnion.

Apabila mencapai 8 bulan atau 34 minggu kehamilan, barulah bayi akan berkedudukan tetap iaitu kepala ke bawah menghala ke arah pintu rahim dan saluran peranakan. Hanya sebilangan kecil sahaja yang berkedudukan luar biasa sehingga saat tiba untuk dilahirkan. bayi songsang akan menyebabkan punggung atau kaki keluar dahulu. Risikonya, kerumitan ini boleh merosakkan otak dan saraf bayi akibat kekurangan oksigen dan boleh membawa kepada kematian.

Punca Bayi Songsang

Ini merupakan satu petanda bahawa bayi yang dilahirkan ini tidak cukup bulan atau pra matang. Oleh itu tarikh akhir putaran haid ibu perlu disemak semula. Jika semua benar, bayi masih juga berkedudukan luar biasa ini bermakna bayi mengalami kecacatan seperti saiz kepala melebihi saiz biasa atau mengalami kecacatan lain. Ia boleh dikenal pasti melalui ujian ultrasound atau x-ray. Songsang juga dikaitkan dengan faktor kandungan air dalam rahim berlebihan (polihidramnion) atau berkurangan (oligohidramnios).

Bentuk rahim yang ganjil seperti uterus bikornu atau uterus septate mempunyai bentuk rahim seperti bercabang atau mempunyai sekatan di tengah-tengah. keadaan ini boleh menyebabkan keguguran diperingkat awal, kelahiran pra matang dan juga bayi songsang. Rahim yang kendur akibat kerap beranak dan otot-otot perut yang kendur akibat kurang bersenam selepas bersalin juga menyumbang kepada masalah bayi songsang.

Masalah uri ke bawah juga boleh menyebabkan bayi melintang. Rongga punggung adalah laluan penting untuk membolehkan kelahiran bayi. Ada wanita yang mempunyai rongga punggung yang sempit secara semulajadi. Ini menyebabkan bayi songsang kerana kepalanya tidak boleh memasuki rongga tersebut. Penyakit seperti tuberkulosis (batuk kering), kecederaan atau kemalangan yang melibatkan tulang rongga punggung boleh juga menimbulkan masalah ketika hamil.

Article Source: http://www.mengandung.com/tips

Sumber: Prof Dr Azizan Hj Ismail

@ Packing Bag Baby

Monday, April 7, 2008

Memandangkan dah masuk minggu ke 35, Ibu dah start packing barang-barang untuk di bawa ke hospital in case emergency. Barang Ibu dan barang Baby semua dah siap dalam beg. List hospital bag Ibu dah post tadi. Senarai barang tu depends on hospital juga..ada yang dah sediakan semua. Tapi Ibu prepare je..biar lebih dari kurang. Takdele Ayah tercari2 nanti.





Ini air selusuh, air zam-zam dan minyak selusuh. Start dari 8 bulan Ibu dah sapukan minyak selusuh kat perut. Air selusuh nak beranak baru minum.





Ini barang-barang Baby yang dipack. Em tapi stoking kuning tu dah tukar. Ibu masukkan stoking biru. Mama kata Baby baru lahir tak elok pakai barang2 warna kuning (petua orang tua2 - ikutkan je). Gambar last tu barang Baby n Ibu yang sudah siap di packing.

@ What to pack in your hospital bag?

So..this is Ibu hospital bag's list:

BABY
Baju & Seluar - 2
Mittens & Booties - 2
Receiving Blanket/ Blanket – 1
Towel/Small towel- 1
Sock -1
Barut - 1
Napkin - 1
Diaper - 1p
Baby Wipes
Minyak Telon/Minyak Yuyi
Toiletries
Feeding Bottle -1

IBU
Baju (btg depan) – 2
Kain Batik - 2
Towel - 1
Sweater - 1
Stoking - 2
Nursing Bra - 2
Nursing Pads - 2
Panty - 3
Disposable Panty - 1p
Maternity Pad - 1p
Slipper
Toiletries(Berus gigi/Sikat/Sabun)
Air/Minyak Selusuh/Air Zam-zam
Plastic Bag
Minyak Hijau
Kad Hospital (Insurance Card/GL Letter)

Extra
Car Seat
Book/CD/AlQuran/Camera

@ Diaper Bag

Ibu survey2 diaper bag yang cantik (boleh dipakai 2 in 1). Kiranya barang Ibu n Baby boleh masuk sekali and at the same time cantik dipandang. Ada satu Ibu berkenan sangat. Tapi harganya..mak ai..bukan sekali..dua kali..tapi beribu kali Ibu kena fikir.

Laman web Diaper Beg (Sila cuci mata):
Diaperbags.com
thelilcaliph.com

Ini lah yang Ibu suka:

JP Lizzy Mocha Mint Classic Tote



Harga: RM429.00 (Huh)

Microfiber wipeable fabric
Wipeable liner
Magnetic closure
Coordinating changing pad, cosmetic bag & wristlet
Large zippered interior pocket
2 open interior pockets
2 adjustable interior bottle pockets
2 exterior side pockets
Metal feet

Dimensions: 12"h x 14"w x 6"d
Color: Brown

(credit: thelilcaliph)

Hmm..nampak gayanya..Ibu kena cari handbag besar jelah..boleh juga masuk barang Baby..tak baik membazir..kan Ayah kan..(Ayah angguk laju2..:))

@ MP3 For Baby

Thursday, April 3, 2008

Apa ni?

Audio Steno AU231

Smart Style and Design
Easy to Use, One Hand Operation
Flexible Storage Capacity
Performance and Environmental



Last week Ayah pergi Low Yat dan belikan Baby MP3 Apacer ni. MP4 kat rumah dah rosak dan warantinya entah ke mana. Emm..untuk apa Ayah beli MP3?

1-Ibu sekarang makin semput nak membaca Al-Quran panjang2..jadi bila Ibu berehat, Ibu letakkan headphone pada perut jadi Baby boleh dengar bacaan Al-Quran

2-Petua nak kepala baby turun: letakkan bunyi-bunyian pada bahagian bawah perut jadi baby akan pusing ke bawah (betul ke ni?) - Kita hanya berusaha kan..?

@ Majlis Perkahwinan

Cerita2 pasal Baby..lupa nak cerita perkahwinan Ibu dan Ayah. Majlis akad nikah dan persandingan dilangsungkan di Jitra Kedah. Emm akad nikah berlangsung pada 1/6/2007 pada pukul 9 malam. Dengan dua kali lafaz (lafaz pertama dijawab "Saya Setuju" -ala2 "I Do" - sungguh omputih laki ku ini).

Selepas ijabkabul, sesi tandatangan (banyak woo sampai lenguh)


Sesi menyarung cincin (nasib baik tak nmpak black n white die..haha)

Sesi fotografi atas katil (berlatih kata jurugambar)

Keesokannya, 2/6/2007, berlangsung pula majlis persandingan. Majlis persandingan berlangsung dengan lancar dan meriah. Walaupun tersangat la penat kugagahkan diri tersenyum manis (ecehh) sebab bukan selalu jadi artis kan. Terima kasih pada kawan-kawan yang datang dari jauh kerana sudi hadir memeriahkan majlisku ini.

Ketibaan pengantin lelaki (huh..panas terik time ni) - tq to my flower girl yang comey2

Sesi nak bersanding

Sesi makan beradap (aku beradap..mukhlis je yang makan)

Petang tu pula ada sesi fotografi outdoor..time tu baru lepas hujan..habisla kasut n kain pak andamku kena selut..

Senyum jangan tak senyum

Bila nak abis ambil gambar ni..lapar..

Pada 10/6/2007 pula adalah majlis bertandang sebelah pihak lelaki..diadakan di Kota Damansara..tq pada semua yg datang..


Ketibaan Pengantin

Makan Beradap

Kenangan terindah dalam hidup Ibu dan Ayah. Kehadiran Baby menguatkan lagi ikatan kami. Semoga Allah sentiasa merahmati keluarga kita Baby. Amin.


@ Hari Sabtu Yang Ibu Suka

Pada hari Jumaat lepas, my MIL ajak pergi One Utama. Ayah malas nak pergi..tapi Ibu mewakili Ayah..mengatakan YA pada MIL..hehe (sebenarnya Ibu yang nak jalan2)..tapi sebelum tu dah pujuk Ayah pergi BabyJaya kat Uptown. BabyJaya ada sales daripada 15/3 sampai 13/4 ni.

So pada pagi yang indah itu..kami pun berangkat. Pergi ke BabyJaya dulu..banyak juga barang-barang die rupanya (first time pergi) tapi takde la murah sangat. Niat di hati nak beli botol susu MAM tu..tapi MIL cadang beli Avent..Ayah pun suruh beli Avent since Avent ada discount..MAM best buy je..so beli la botol susu kecil Avent ni..(dalam hati nak MAM tu juga - tapi nanti2 beli - tengah survey botol susu Tupperware juga ni). Maka Ibu pun beli:



Lepas tu singgah kejap dekat Anakku di Uptown..tapi takde apa yang menarik..kain rentang 70%..tapi kat mana 70% pun Ibu tak tahu. Jadi tak beli apa-apa kat situ. Kemudian terus pergi OU. Sampai kat sana teman MIL pergi kedai die (kedai emas le). Hehe..Ayah ada belikan Ibu something (nanti Ibu cerita lain post - Ibu suka sangat).

Kemudian jalan-jalan kat kedai-kedai baby kat situ. Banyak yang tengah buat sales..Ibu singah kedai Pepe..Bebe..apa la pulak nama die Ibu tak ingat. Beli sehelai baju untuk Baby. Saiz new born since takde baju cantik untuk Baby saiz kecil. Dapat 50%.



Dalam tak nak beli..Ibu singgah pula FOS. Beli lagi romper (Beli 2 RM16)..Ibu ambil 4 helai tapi lain-lain saiz. Isy2 Ibu ni. Tambahla Ayah yang membayar..suka je Ibu. Lepas tu nampak Reject Shop (ada baca blog romper situ cantik dan murah)..tapi kali ni Ibu tahan..takut MIL bising..huhu. Ibu hanya pandang Reject Shop sayu2.



Hehe..tapi takpe Ibu dah puas hati..lepas tu g makan kat Kenny Rogers..nyum2..lupa nak ambil gambar sebab lapar sangat time tu..lepas makan Ibu jalan memang dah teramat slow (kaki dah sakit plus kenyang teramat)..terpaksa Ayah tolak dari belakang (haha-kronik kan). Lepas shopping barang dapur kat Giant (Tesco lagi murah)..kami pun balik. Macam biasa balik pada shopping Ibu sure pengsan satu petang. Penat le katakan.

@ Botol Susu

Ibu dah survey botol susu untuk Baby. Beli satu dua dulu. Lepas bersalin baru tambah stok (since Ibu bercadang nak breastfeed dulu). Beli buat habuan minum air masak dan spare in case Baby perlukan botol susu.

Ada dua jenis yang Ibu tengah target:

MAM

MAM Care anti-colic bottle



Tupperware

TIWI Baby Bottle & Warmer Set
Comprises:
9oz Tiwi Baby Bottle Set* (2)
6.8cm(L) x 5.5cm(W) x 17.5cm(H)

Tiwi Baby Bottle Warmer** (1)
20.6cm(L) x 10.6cm(W) (without pouch) x 24.5cm(H)




Ibu baca kat forum kata dua-dua jenama ini elok makanya Ibu pun nak beli untuk Baby. Nak cuba yang MAM dulu since ada sales kat BabyJaya..yang Tupperware tengah tunggu Pn Reen (bestpren Ibu) survey.

@ Pureen Warehouse Sales

Products offered include:

Baby Diapers
Baby Apparels
Baby Toiletries
Baby Accessories
INCO Adult Diapers
Adult Toiletries
Sanitary Pads
Maternity Pads

Brands offered include:

Pride 'N' Joy
Basic
Tracia
Pureen
Dr Mist

* Master & Visa Credit Card accepted for purchases above RM150.


Time: 10am - 6pm

Venue:
Lot 6, Jalan 19/1
46300 Petaling Jaya

Tel: 603-7628 8888


Refer to cutting below for more information and map!



#credit to OfferNutz

Ibu nak pergi..tapi tak pasti dapat pergi ke tak..kalau baby pusing ke bawah bolehla kita pergi eh sayang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Widget By Devils Workshop