@ Hari Sabtu Yang Ibu Suka

Thursday, April 3, 2008

Pada hari Jumaat lepas, my MIL ajak pergi One Utama. Ayah malas nak pergi..tapi Ibu mewakili Ayah..mengatakan YA pada MIL..hehe (sebenarnya Ibu yang nak jalan2)..tapi sebelum tu dah pujuk Ayah pergi BabyJaya kat Uptown. BabyJaya ada sales daripada 15/3 sampai 13/4 ni.

So pada pagi yang indah itu..kami pun berangkat. Pergi ke BabyJaya dulu..banyak juga barang-barang die rupanya (first time pergi) tapi takde la murah sangat. Niat di hati nak beli botol susu MAM tu..tapi MIL cadang beli Avent..Ayah pun suruh beli Avent since Avent ada discount..MAM best buy je..so beli la botol susu kecil Avent ni..(dalam hati nak MAM tu juga - tapi nanti2 beli - tengah survey botol susu Tupperware juga ni). Maka Ibu pun beli:



Lepas tu singgah kejap dekat Anakku di Uptown..tapi takde apa yang menarik..kain rentang 70%..tapi kat mana 70% pun Ibu tak tahu. Jadi tak beli apa-apa kat situ. Kemudian terus pergi OU. Sampai kat sana teman MIL pergi kedai die (kedai emas le). Hehe..Ayah ada belikan Ibu something (nanti Ibu cerita lain post - Ibu suka sangat).

Kemudian jalan-jalan kat kedai-kedai baby kat situ. Banyak yang tengah buat sales..Ibu singah kedai Pepe..Bebe..apa la pulak nama die Ibu tak ingat. Beli sehelai baju untuk Baby. Saiz new born since takde baju cantik untuk Baby saiz kecil. Dapat 50%.



Dalam tak nak beli..Ibu singgah pula FOS. Beli lagi romper (Beli 2 RM16)..Ibu ambil 4 helai tapi lain-lain saiz. Isy2 Ibu ni. Tambahla Ayah yang membayar..suka je Ibu. Lepas tu nampak Reject Shop (ada baca blog romper situ cantik dan murah)..tapi kali ni Ibu tahan..takut MIL bising..huhu. Ibu hanya pandang Reject Shop sayu2.



Hehe..tapi takpe Ibu dah puas hati..lepas tu g makan kat Kenny Rogers..nyum2..lupa nak ambil gambar sebab lapar sangat time tu..lepas makan Ibu jalan memang dah teramat slow (kaki dah sakit plus kenyang teramat)..terpaksa Ayah tolak dari belakang (haha-kronik kan). Lepas shopping barang dapur kat Giant (Tesco lagi murah)..kami pun balik. Macam biasa balik pada shopping Ibu sure pengsan satu petang. Penat le katakan.

7 kawan BabyIbu berkata-kata..:

CT said...

i like saturday too

Mama_Aqish said...

same la botol susu dengan Aqish...botol avent ni tahan lama & tahan lasak....leh pakai lama tak yah nak selalu berganti je...walapun harganyer mahal sedikit tapi berbaloi...

miela77 said...

salam daku dtg lagi...x biasa lg dgn avent nie...nak try gak la...

eezah said...

brape henggit botol tu?

Mama Safiyyah said...

mmg reject shop best beli baju2 baby....

Zanna_MamaBatrice said...

wah...
dlm ngikut2 tu
byk gark habuan utk ammar yerk

me n de alisha said...

wah seronok nyer berjalan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Widget By Devils Workshop