@ Ya Allah Selamatkanlah Kami

Wednesday, April 9, 2008

Ibu buat research pasal breech baby..bila baca artikel ni..buat Ibu cuak n takut pula..huhu..Ya Allah..selamatkanlah bayiku dan mudahkanlah kubersalin..Aminn

Bayi Songsang

By: Miey Ahmad

Masalah Bayi Songsang oleh Prof Dr Azizan

Lebih 90% bayi dilahirkan dalam kedudukan normal iaitu kepala keluar dahulu. hanya sebilangan kecil mungkin berkedudukan luar biasa sama ada songsang (breech) atau melintang (tranverse lie).

Pada peringkat awal kehamilan, adalah biasa sekiranya kedudukan bayi tidak stabil dan sentiasa berubah-ubah atau berpusing-pusing di dalam kelongsong kandungan yanng dipenuhi cecair amnion.

Apabila mencapai 8 bulan atau 34 minggu kehamilan, barulah bayi akan berkedudukan tetap iaitu kepala ke bawah menghala ke arah pintu rahim dan saluran peranakan. Hanya sebilangan kecil sahaja yang berkedudukan luar biasa sehingga saat tiba untuk dilahirkan. bayi songsang akan menyebabkan punggung atau kaki keluar dahulu. Risikonya, kerumitan ini boleh merosakkan otak dan saraf bayi akibat kekurangan oksigen dan boleh membawa kepada kematian.

Punca Bayi Songsang

Ini merupakan satu petanda bahawa bayi yang dilahirkan ini tidak cukup bulan atau pra matang. Oleh itu tarikh akhir putaran haid ibu perlu disemak semula. Jika semua benar, bayi masih juga berkedudukan luar biasa ini bermakna bayi mengalami kecacatan seperti saiz kepala melebihi saiz biasa atau mengalami kecacatan lain. Ia boleh dikenal pasti melalui ujian ultrasound atau x-ray. Songsang juga dikaitkan dengan faktor kandungan air dalam rahim berlebihan (polihidramnion) atau berkurangan (oligohidramnios).

Bentuk rahim yang ganjil seperti uterus bikornu atau uterus septate mempunyai bentuk rahim seperti bercabang atau mempunyai sekatan di tengah-tengah. keadaan ini boleh menyebabkan keguguran diperingkat awal, kelahiran pra matang dan juga bayi songsang. Rahim yang kendur akibat kerap beranak dan otot-otot perut yang kendur akibat kurang bersenam selepas bersalin juga menyumbang kepada masalah bayi songsang.

Masalah uri ke bawah juga boleh menyebabkan bayi melintang. Rongga punggung adalah laluan penting untuk membolehkan kelahiran bayi. Ada wanita yang mempunyai rongga punggung yang sempit secara semulajadi. Ini menyebabkan bayi songsang kerana kepalanya tidak boleh memasuki rongga tersebut. Penyakit seperti tuberkulosis (batuk kering), kecederaan atau kemalangan yang melibatkan tulang rongga punggung boleh juga menimbulkan masalah ketika hamil.

Article Source: http://www.mengandung.com/tips

Sumber: Prof Dr Azizan Hj Ismail

12 kawan BabyIbu berkata-kata..:

kinna said...

byk2 la berdoa..ofis mate sy pon lahir bayi songsang gak..alhmdulillah selamat..pk positif,k..byk2 jln2 supaya mudah bersalin

AnasDila said...

yana,jgn risau sgt...abang saya dulu,mama saya lahirkan dia songsang juge..degil...tak mo pusing...InsyaAllah selamat..doa byk2,minta suami buat solat hajat ke..saya dalam perut mama saya pun songsang,bila time mama saya nak beranak sgt,baru saya pusing,bagus tak saya? (puji diri sendiri lagi pulak...hehehe)

p/s::mudahan2 baby selamt dan yana juge.

azzamoro said...

waa..menakutkan seh baca. Babe doc ko ckp per? bile nak scan lg? ko cam rase baby x turun2 lg ker? papepun aku doakan ko selamatla. Jgn pk bukan2 ok..

nazuha said...

yana, takyah risau2 sgt. Selalu pujuk2 baby soh dia pusing. InsyaAllah everything ok. emm.. nati dah bersalin, baby sape jaga? Kota dmsara susah la nak cari baby sitter. ada nak rekomen mane2 tak?

Yana said...

kinna, dila
tq 4 your support..muah2

azza
aku check up malam ni..penentuan..haha..nnti aku update cite..rasa cam tak turun..kepala still kat atas ni..

nazuha
rasa jaga sendiri dulu (since keje dari rumah)..kalu nk cr baby sitter nnti yana tanyakan mak mertua (mak mertua dok seksyen 6)..die tahu mn yang elok..nnti yana update..

Elyn said...

i'allah.... jgn terlalu risau sgt... x baik tuk kesihatan... thanks coz share info tu

yantz said...

Sumga smue nyer selamat..sy pon dulu baby sonsang gak..sampe lahir pon baby xmo pusing..so lahir secara ceaser...jgn takut sbb skg teknologi dah moden..hope fully ibu dan anak sehat ok...

- cinta_lestari

aNnAsUeJiE said...

sabar ye...jgn risau...semuanye musti selamat...berdoa byk2 k~?! :)

CT said...

d important is doa n tawakal..:)

asmaa said...

yea,kekadg wkt pegnen kita tak tahu ape akan jadi pd kedudukan bby dlm perut semua itu kuasa allah s.w.t...
samada ia songsang, melintang @ lain-lain...

mcm saya,semasa pegnen ank ke3 mengalami plasenta privia (uri dibawah)terfikir jgk,mcmana boleh jadi mcm nie, pegnen sblm nie ok jerk...tp itu semua ketentuan illahi, redha jerk...

:)

Zanna_MamaBatrice said...

rajin betul yana search info2 berguna ni kan..
and thanks for sharing

teringat kes my friend
baby songsang...tp masa nak lahirkan....doc2 pelatih sibuk dok check bukaan pintu bagai...at last....tertarik keluar tali pusat baby.....bergegas terus masuk operation room...x pasal2 jer...nasib baby ok w/pun after that about 4 or 5 second jugak ler xde degupan jantung...if anything happened..x tahu ler macam mana...udah ler 1st baby

Mama Safiyyah said...

bagus ibu, rajin research.....patutla boleh ada masters and phD :-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Widget By Devils Workshop