@ Ammar: 3 Months

Tuesday, July 29, 2008

Ammar dah masuk 3 bulan pun..berat 6.4kg (agak susut sekarang)..pergi cucuk dekat Pusrawi..alhamdullilah Ammar tak demam ke apa. Ammar pun makin aktif dan pandai main. Sekarang die dah pandai sebut "Ibu"..hari2 Ibu train..kalau tak panggil Ibu.."ngee"..heh..meniarap tak pandai lagi..Ayah tengah train Ammar supaya boleh meniarap..tapi Ammar macam takut jek..
Rambut Ammar dah dibotakkan sebab ada macam bisul (dr kata ruam tapi ada isi) kat belakang kepala die..satu lagi Ammar ni susah berak la..4-5 hari sekali baru berak..kesian die..Ada sesiapa ada tips?

Ammar tengah berfikir

Ni baru nak main

Saya nak keluar jalan-jalan


control hensem

senyum Ammar

@ Baby Azza n Apiz

Monday, July 28, 2008

Pada 22hb Julai 2008..Azza telah selamat melahirkan baby boy..Airyll Hazz (betulke eja cam ni?) pada pukul 8.03 pm di UMKSC..





Baby Azza n Apiz


Jadi pada 23hb Julai Ibu and the club telah sepakat untuk pergi melawat baby Azza di rumahnya. Kami berkumpul di restoren Soho di Bandar Baru Bangi untuk sesi makan-makan dahulu kerana Auntie Lin puasa. Nasib baik Ammar tak meragam time ni..tapi kena kasi habuan la jugak..heh..Makanan die not bad..yang tak puasa pun makan macam orang puasa gak..lapo..





Makan2



Ibu n Ammar


1, 2, Senyumm..Ayah takde sebab Ayah tukang ambil gambarnya


Selepas sesi makan-makan selesai..kami pun bertolak ke rumah Azza..setelah sesat dua tiga kali maka sampailah ke rumah Azza..comelnya Airyll..teringat Ammar time baru lahir dulu..


Lin n Ayoy dari Melaka (Ammar tumpang posing)






Hadiah untuk Airyll


Ibu, Ammar n Airyll


Airyll tengah tido



Azza, Lin, Ibu, Reen, Rumi n Yani

Setelah borak-borak dan menyusu Ammar seround..kami pun berangkat pulang..Azza akan pulang ke Batu Pahat untuk berpantang Sabtu ni..selamat berpantang Za..dan selamat menempuh alam ibu bapa..

@ First Touch

Ibu semangat untuk bangun dan jalan untuk tengok anak Ibu..mula-mula semangat nak berjalan ke nursery (nursery agak jauh dari bilik Ibu)..bila berlatih macam nak pitam terus tak jadi..terpaksa la guna kerusi roda since badan Ibu tak kuat lagi..emm masa ni dah decide nak letak nama Mohd Ammar yang bermaksud berbudi tinggi, alim, murah hati, kuat.



Kaki Ammar yang comei


Cian anak Ibu


Ibu first time angkat Ammar..macam tak percaya Baby dalam perut Ibu dah keluar



Sayang anak Ibu..

Baby Ibu..Mohd Ammar bin Mukhlis

@ Pengalaman Bersalin - Last Part

Thursday, July 24, 2008

Lepas balik ke bilik..Ibu rasa lemah tapi masih boleh senyum2..cuma rasa ngantuk2 sikit sebab bius kot..tapi Ibu tak boleh tidur..sibuk bercerita dekat Ayah dan mama pengalaman masa kena operate..


Dalam pukul 11 pagi Ayah dah sibuk nak turun bawah tengok Baby..Ayah pun turun dengan Mama..nak azankan Baby..Ibu tak sabar tunggu Ayah balik..nak tengok gambar Baby..





Baby first pic..2 jam selepas dilahirkan..


Tak sabar Ibu nak jumpa Baby..eh berbalik pada Ibu..sepanjang masa Ibu tak bangun..ada tiub untuk buang air dan tiub air masuk badan..menjelang petang bila ubat bius sudah hilang kesan..baru terasa sakit2..sakit kat tempat bedah tu takdele sangat cuma sakit dekat rahim (batu merian kata nurse)..Ibu tahankan aje sambil sibuk menghantar mesej kat kawan2..Ayah pun sibuk hantar mesej sampai rosak hand set..heh

Bila malam..huh..inilah waktu yang paling Ibu ingat..satu badan dah mula sakit (more pada sakit macam period pain yang teruk dan lenguh2 badan sebab baring banyak)..masa tu tak boleh bangun lagi..nurse takut muntah atau pening..Ibu tak ambil ubat tahan sakit sebab ada sorang nurse tu kata kalau boleh tahan tak payah ambil..jadi satu malam Ibu tak boleh tidur sebab sakit sangat..asyik gerak Ayah minta tolong urutkan..

Dalam 2-3 pagi macam tu nurse datang untuk salin pad..tak boleh gerak..nurse alih2 kan badan..sakitnya tuhan saja yang tahu..tiba2 rasa macam darah keluar segumpal..boleh rasa ketul2..Ibu bagitahu kat nurse..nurse kata kalau keluar darah beku tu nanti kurangle sakit..

Alhamdullilah lepas keluar darah tu ok skit..cuma badan lenguh sangat2..dalam pukul 6 nurse kata die nak buka saluran air kencing tu..alamak lepas ni kena bangunla..kalau tak macam mana nak buang air..Ibu cuba bangun..huhu..Ibu tak pernah rasa sakit macam ni..ayah n Mama tolong pegangkan..lama juga nak kuatkan diri tahan sakit untuk bangun..dah nak nangis ni..

Tiba2 darah meleleh kuar..Mama tiba2 lemah lutut..rupa-rupanya Mama tak boleh tengok darah..heh..tengah sakit pun nak tergelak sebab first time tengok org tak boleh tengok darah..Mama tekan button panggil nurse..so nurse n Ayah tolong Ibu bergerak ke toilet..huhu..very painful..rasa macam tegang sangat perut dan keras di kawasan jahit tu..lepas tu Ibu cuba jalan2 dekat hall..tapi sekejap je sebab rasa nak pitam..

Selepas sesi bangun duduk yang sangat la siksa itu..Ibu diberi minum air..pagi nanti baru cuba minum milo..lepas kentut baru boleh makan..Ibu dah lapar sangat..nasib baik paginya lepas Dr Kamar check dalam pukul 9 pagi camtu..Ibu pun kentut..siap sebut yeye lagi..lepas makan nak cuba jalan lagi..kasi hilang sakit2 badan..nak pergi jumpa Baby..

@ Pengalaman Bersalin - Part 3


sambungan


Sepanjang pembedahan Ibu banyak2 mengucap dan selawat..Ibu ni cepat nervous..jantung berdebar laju sangat..nak bernafas pun tercungap2..Ayah banyak bisik kasi semangat kat Ibu..Ayah kata.."Sikit lagi sayang..baby kita dah nak keluar"..Ibu pegang tangan ayah kuat2..


Tiba-tiba dengar suara Dr Kamar.."ok semua bersedia..baby dah nak keluar"..masa tu semua yang ada get ready untuk sambut kelahiran..kemudian rasa perut goyang2..macam ditarik2..dengar suara " kaki baby keluar dulu"..rasa badan bergegar sekejap..


Kemudian dengar Dr Kamar Iqamat..dr buka kain penghadang..dan Ya Allah..Ibu nampak baby Ibu. Masa tu masih diselaputi air putih2 (apa kenama? lupa lak ibu)..rasa sangat lega dan tak percaya..ayah bisik..cakap Baby kita dah lahir..dr kata baby boy..Ibu angguk2..takda kudrat n waktu tu tak nampak sangat..


Baby dibawa ketepi..dengar mulut baby disedut..kemudian terdengarlah tangisan pertama baby di dunia ni..masa tu rasa sebak sangat..aku dah jadi Ibu. .macam tak percaya..kemudian diorang mandikan baby (Ayah jadi reporter time ni..bisik2 apa yang diorang buat pada baby - kata Ayah mata baby dah pandai tengok sana sini)..


Dalam 5 minit..nurse letak Baby tepi Ibu..nasib baik dah bagitau Ayah suruh bagi spek time tu..pertama kali nampak muka baby yang selama ni dalam perut Ibu..Ibu bagi salam dan kiss Baby..tak dapat nak pegang..lemah sangat rasa masa tu..rasa air mata je mengalir sikit sebab rasa terharu sangat..


Kemudian Baby dibawa keluar..Ayah pun disuruh keluar..Dr nak jahit balik..masa Ayah bangun Ayah sempat tengok perut Ibu yang terbuka..besar juga Ayah kata..lepas tu Ibu dok sorang dala 20 minit macam tu..menjahit lagi lama daripada nak keluarkan Baby..maklumlah..perut kan 7 lapis..banyak tu nak jahit..


Selepas selesai..Ibu dibawa keluar..ada 2 orang nurse lelaki temankan Ibu kat tepi bilik operation tu..Ibu mula rasa pening dan nak muntah..nurse tu cakap memang biasa macam tu..Ibu muntah 2 kali..lepas tu rasa ok sikit..bila dah ok Ibu pun ditolak ke bilik..





Ini gambar Ibu kat bilik beberapa jam selepas pembedahan

@ Pengalaman Bersalin - Part 2

Wednesday, July 23, 2008

sambungan...

Setelah mengharungi satu malam yang penuh dengan kecuakan (pusing kanan tak boleh..kiri tak boleh..nak tido macam mana..otak fikir macam2)..Ibu pun bangun dalam pukul 5.15 pagi camtu..lepas sembahyang untuk kali terakhir sebelum bersalin..Ibu pun bersiap-siap..


Ibu dah siap (bengkaknya muka..huhu)



Tiba di KMC (Kedah Medical Centre) pada pukul 6.30 pagi..Ibu check in..ambil bilik single bangunan lama..Ibu memang nak bilik single..senang nanti Ayah atau Mama temankan tidur..takut dok hospital sorang2..lepas masuk bilik..borak2 dengan Mama..Ibu tengok Mama pun sama cuak dengan Ibu..




Dalam pukul 9.00 pagi..nurse dan Dr bius datang check..kemudian minta Ibu tukar pakai baju untuk pembedahan..huh..Ibu dah seram sejuk..Dr Kamaruzaman datang check n cakap semuanya ok dan Ibu akan dibawa ke bilik bedah..perasaan masa ni..Allah saja yang tahu..

Sebelum keluar bilik..nurse ada bagi makan ubat pil..untuk tahan muntah katanya..lepas telan Ibu terus baring atas stroller (ye ke nama stroller)..masa tu tak pakai spek jadi Ibu memang tak nampak apa2 (kerabunan yang teruk)..disebabkan terus baring pil yang makan tadi rasa melekat dekat leher..Ibu dah rasa tak selesa..

Ibu dibawa masuk operation room..sejuk mak datuk..menggigil Ibu dibuat..ada ramai orang..dalam 6-7 orang..ada nurse perempuan, nurse lelaki (diorang ni yang tolong alih2 Ibu ke meja operation), dr bius, dr baby..time ni Dr Kamar tak datang lagi..Ibu beritahu nurse kata tekak tak sedap..diorang pun bagi Ibu duduk..huh rasa selesa skit..kemudian diorg bagi bantal suruh peluk..best lembut bantal tu..tiba2..

"Bersedia puan, saya nak cucuk bius..lembutkan badan ye.."..hampeh..terkejut Ibu..bagilah warning dulu lain kali..boleh tahan sakit masa first bius..kemudian dr cucuk lagi kali kedua..time ni dah tak sakit sangat..kemudian Ibu dibaringkan..badan dah mengigil..nurse letak air panas kat dada..sebab badan Ibu terketar2..

Kemudian nurse pasang wayar2 kat badan ibu..tak tau le pulak apa since mata rabun dan badan pun terketar2 dah..masa itu Ibu nervous sangat2..nurse ke dr cina sorang tu cakap lembut2 dengan Ibu..tenangkan Ibu..cakap semuanya kan ok..masa tu kaki dah tak leh gerak..dr pegang perut pun tak rasa..kemudian dengar suara Dr Kamar masuk..die borak2 dengan Ibu..kasi Ibu tenang sikit agaknya..diorang pakaikan yang oksigen tu kat hidung..lagi Ibu rasa susah nak nafas..cuak lebih kot..

Lepas tu..Ayah pun masuk..Ayah pakai macam dr juga..hehe..nampak mata je..Ayah disuruh duduk tepi Ibu..so Ayah pun tak nampak apa Dr buat..Ayah pegang tangan Ibu kuat2..sebelah tangan lagi Ibu pegang tangan nurse..terketar2 tak payah cakap..

Kemudian pembedahan pun bermula..tong tang tong tang..dengar bunyi pisau ke gunting ke apa..lepas tu rasa macam ada tray kat bawah dada..diorg letak pisau kat situ sebab boleh rasa (rasa tapi tak sakit)..Ayah bacakan Ibu doa n kuatkan semangat Ibu..Ibu genggam tangan Ayah kuat2 dan cuba bertenang..

Bersambung lagi..

@ Pengalaman Bersalin - Part 1

Monday, July 21, 2008

Hmm bukan senang nak curi-curi masa menulis ni..ni ammar tengah tidur ngan Ayah die..ok mulakan dengan pengalaman bersalin Ibu..

Dr bagi tarikh 23/4/2008 (hari Rabu) untuk bersalin secara pembedahan..sepatutnya dr suruh check in (macam hotel pula) 22hb malam tu tapi Ibu tak nak..yelah buat apa nak duduk kat hospital tu lama2..lagipun kena bayar bukan free..dr kata ok cuma start pukul 12 malam Ibu kena start puasa..
Ayah tiba daripada KL pagi 22hb..Ibu amik kesempatan pusing2 satu Jitra cari makanan yang best2..Ibu makan moi sup, kfc, roti bakar/telur rebus kat kopitiam, nasi ayam lan, char koew tiow n pada pukul 11.45 malam Ibu makan burger ayam..hehe..huh sampai tegak2 badan..jalan pun Ayah kena tolakkkan badan..bukan apa..buat lepas ketagih..jadi takdelah teringin sangat time pantang nanti..hehe

Malam tu memang rasa berdebar-debar..buat sembahyang hajat n berdoa banyak2 agar segalanya selamat..Ibu siap nak tulis wasiat takut apa2 jadi kat Ibu (biasalah Ibu ni dramatik skit-kata Ayah)..tapi disebabkan badan memang sangat penat n kemalasan teramat untuk mengarang..Ibu minta maaf banyak2 kat Ayah sebelum tidur n pesan apa-apa yang patut..kena ketuk kepala sekali dengan Ayah (cess..org syahdu2 kena ketuk pula)..Ayah kata Insyaallah semuanya selamat..tapi Ibu cuak juga..huhu

Sepanjang malam memang tak boleh tidur..pastu teringat pernah baca kat mana tah..suruh cium kaki suami supaya senang bersalin..Ibu pun bangun cium kaki Ayah..nasib baik ayah tidur mati (penat teman Ibu makan agaknya)..pusing kanan salah..pusing kiri pun salah..asyik tengok jam..esok pukul 6 dah nak pergi check in..

Bersambung..(macam drama lak..ni ammar dah nangis kena la stop..)..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Widget By Devils Workshop