@ Konvokesyen Ibu

Thursday, September 25, 2008

Akhirnya Ibu konvo juga..sepatutnya tahun lepas dah boleh grad..tapi disebabkan banyak rintangan (masalah fakulti)..baru tahun ni settle..masa kahwin tu Ibu dah submit tesis apa semua..bila pregnant Ammar 5 bulan barula Viva (huhu..lama kan?)..dah nak bersalin baru lah mesyuarat senat lulus..
So pada 9/8/2008..Abah n Mama turun KL untuk bersama-sama pergi konvo..agak sedih sebab Ayah tak dapat join sebab kaki sakit..just ambil gambar je sebelum pergi..takde feeling apa-apa sangat..maklumlah dah kali kedua pun..lain la masa konvo degree dulu..berkobar-kobar..
Apa pun terima kasih banyak2 pada Dr Azuraliza dan Dr Zulaiha yang banyak membantu dan pada sahabat-sahabat perjuangan di UKM ni..Rumi, Sha, Zen, Ani, Izan, Nurul, Mai, Kak Ju, Anis, Kak Ros..emm bestnya zaman belajar..(teringat pula masa di UTM dulu - lagi ronggeng)..zaman bujangku..eh dah melalut..apa-apa pun ni gambar konvo hari tu..

Posing b4 bergerak..Ayah posing menahan kaki yang sakit

Senyum..

Ani..Yana..Kak Ju..Izan tak nampak pulak..


Me and Rumi

Opy..Mama..Yana..Abah n Ammar

Tunjuk apa tu?

@ Makanan Untuk Bayi

Sekarang rajin buat research pasal makanan untuk bayi. Tak sabar nak bagi Ammar makan sebab kesian tengok die terliur setiap kali tengok Ibu dan Ayah die makan. Sekarang asyik nak makan tangan Ibu je. Walaubagaimanapun Ammar kena sabar ye..seeloknya bayi 6 bulan baru boleh makan tau. Perut Ammar belum kuat lagi. Lepas ni boleh makan macam baby kat bawah ni.



Berdasarkan pembacaan, ada bayi yang mula makan (weaning) lebih awal..iaitu dalam usia 4 bulan..ini bergantung kepada keperluan bayi itu sendiri..kalau lepas minum susu pun asyik menangis lapar..boleh consult paed untuk start weaning. So rasanya Ammar boleh sabar kot lagi sebulan..Ibu pulak tak sabar..heh. So kat sini nak share laman web yang menarik mengenai pemakanan untuk bayi (good info tentang cara penyediaan makanan dan sebagainya)..



@ Malaysias Dairy Products Not Banned

Wednesday, September 24, 2008

Takut juga bila baca berita pasal susu ni..so buat research sikit..maklumlah..bukan baby je..ibu n ayah pun minum susu juga kan?

klik gambar untuk lebih jelas

Setakat ni..produk yang dibanned ialah “White Rabbit Creamy Candy”dan “Yili Brand Choice Dairy Fruit Bar Yogurt”..


Untuk lebih maklumat boleh hubungi: 03-8883-3503



p/s: membuktikan susu ibu tetap yang terrrrbaikkk..:) tapi kalau Ibu demam..Ammar kena juga sipi2..huhu..

@ New Routine

Monday, September 8, 2008

New routine? Em sekarang Ibu dah keje (part time je - Rabu dan Khamis)..jadi rutin Ibu dan Ammar pun berubah sikit..dah tak boleh main golek2 atas katil sampai tengah hari lagi..hehe..

First day pergi kerja rasa sayu je nak tinggalkan Ammar..tinggal kat MIL..muka Ammar pun sedih je..sekarang baru faham perasaan Ibu2 yang bekerja..sedih tinggalkan anak, tapi nak buat macam mana..tanggungjawab lain pun kena laksana juga..mula-mula macam tak nak kerja tapi fikir-fikir better kerja..takdela otak berkarat sangat (asyik tengok Anakku Bukan Anakku - heh)..nnti nak sambung susah pulak..

Sekarang dah masuk 2 minggu..Ammar dah pandai..bila kena bangun awal mesti menangis2..tau2 je nak kena tinggal..nasib baik MIL pandai pujuk..pagi2 bawa Ammar pergi jalan-jalan jadi takdela Ammar meragam sangat..cuma bila nak tidur Ammar still cari 'ngee' die..

Hari lain rutin kami still macam biasa..cuma sekarang kena curi-curi masa buat kerja (itu sekarang jarang update blog - tak sempat)..selalu malam lepas Ammar tidur..alhamdulillah sekarang Ammar tidur malam nyenyak..cuma selalu time sahur die jaga sekejap..lepas tukar diaper dan minum susu..Ammar tidur balik..

Takpelah Ammar..kena le belajar..nanti bila Ibu dah kerja betul2..kena tinggal Ammar..harap-harap time tu MIL sudi jaga..tak sampai hati nak hantar kat orang lain..mesti sepanjang hari asyik fikir Ammar je..pergi kerja yang sekejap cuma tu pun asyik terbayang2 Ammar..kena tabah Ibu..chayokkkk!!

Pesanan Penaja :p
Suruh dok umah gatal nak kerja..pastu rindula itula..pot pet pot pet - suara Ayah sayup2 - peace Ayah..jangan mare..heh

@ My Best Friend 'Suprise' Birthday

Sunday, September 7, 2008

Best friend Ibu sorang ni dari zaman kat UTM dulu sampai la sekarang memang suka suprise birthday. Asal masuk bulan 8 je..loceng peringatan pun berbunyi..kesimpulannya memang kami takkan 'ter'lupa punyala besday die..siap ada special request lagi tiap2 tahun (kalau la korang tau apa special requestnya - heh). Kiranya asal masuk bulan 8, Ibu mula pening apa la nak disuprisekan budak ni..yela..dah 8 tahun buat suprise..idea pun dah kering..hehe..jangan mare cik rumija..

Jadi sempena besday yang ke 2*..kami pun plan nak buat suprise party kat rumah Ibu..tapi biasala lepas plan baik punya..boleh pulak tuan punya besday call cakap tak dapat datang..last2 terpaksa pecah lubang..tapi adale suprise kecil kek buah (kenangan masa di utm)..jadila miey kan..hehe

Kek Besday
Happy Besday!!
Ibu2..Kak Eina with Aira..Ibu with Ammar..
Camaraderie Club Member
Posing ramai2..senyum semua..
P/s: To CC member..masih hutang update di CC blog..nanti ya..

@ Free Huggies Ultra

Saturday, September 6, 2008


Huggies Club Members – Enter now for your chance to win!!
Five lucky Malaysian parents will win each a 3 months supply of Huggies Ultra Diapers.
Entering is easy so remember to come back each week to increase your chances of winning. Please note, only one entry per week will be accepted.
If you are already a Huggies Club member, remember to log in before entering this promotion.
Entries close on: 30 September 2008.

Daftar jadi ahli free saja..join jelah mana tau rezeki kan? heh

@ Pemeriksaan Bulanan Ibu Mengandung

Tuesday, September 2, 2008

Dapat info daripada kawan - kita kongsi bersama ya..


Lawatan Pertama

Memastikan serta mengesahkan kehamilan. Biasanya doktor akan terus memberikan due date atau tarikh anda akan dijangka bersalin. Biasanya kalau anda tidak dapat memastikan bila tarikh akhir haid, ujian ultrasound akan dilakukan untuk memberikan jangkaan bersalin yang lebih tepat.


Ammar yang belah kanan tu (tak nampak lagi - heh)

Lawatan Kedua

Biasanya selapas minggu ke 12 kehamilan, doktor akan meraba uterus @ bayi dalam kandungan anda yang sedang membesar bagi menentukan samada bayi anda membesar secara normal atau tidak. Masalah utama kebanyakan ibu pada masa ini ialah loya, muntah-muntah serta sering pitam.


Lawatan Ketiga

Biasanya usia kehamilan masuk minggu ke 20, Selain pemeriksaan asas, anda akan menjalani ujian PIH (Pregnancy Induced Hypertension) iaitu pemeriksaan terperinci untuk melihat kesihatan ibu. Ujian-ujian tersebut termasuklah:

* Air kencing

* Tekanan darah

* Berat badan

* Ujian darah ( diambil dari vena pada lengan ibu)

* Ultrasound (mengesan masalah kecacatan bayi dalam kandungan)

Lawatan Keempat

Usia kehamilan masuk minggu ke 24. Ibu akan menjalani ujian asas berikut:

* Air kencing

* Tekanan darah

* Berat badan


Lawatan Kelima

Usia kehamilan masuk minggu ke 28. Selain pemeriksaan asas, ibu akan diberikan suntikan ATT (Anti Tetanus Toxoid) Pertama. Ini adalah bertujuan untuk membantu ibu hamil membentuk antibodi yang cukup untuk melindungi dirinya dan bayi daripada kuman yang mudah dijangkiti sebagai contoh melalui luka dan sebagainya.

Lawatan Keenam

Usia kehamilan masuk minggu ke 32. Pada masa ini ujian asas dan suntikan ATT (Anti Tetanus Toxoid) Kedua akan dilakukan ke atas anda.

Lawatan Ketujuh

Usia kehamilan masuk minggu ke 34. Ujian ultrasound akan dilakukan bagi memastikan kedudukan kepala bayi, uri, berat serta saiz bayi.

Lawatan Kelapan Dan Seterusnya Lawatan Seminggu Sekali

@ Ammar: 4 months

Sekejap je Ammar dah 4 bulan..last check up masa ambil suntikan Pneumokokol beratnya 7.1kg..panjang 66 cm..update pasal Ammar

  • Dah pandai ketawa dengan kuatnya
  • Kuat bercakap (tah apa dibebelnya)
  • Makin pandai minta didukung/nak bermain
  • Baru boleh pusing/meniarap pun boleh cuma die memang tak nak buat
  • Tidur dah boleh pusing 360%
  • Makin suka hisap jari
  • Buang air besar dah ok (2 hari sekali)
  • Masalah: hidung asyik berbunyi - paed kata ok tapi rimas betul dengar

Ammar ambil gambar memang tak nak senyum: control hensem memanjang


Ammar tengok apa tu (with his Wan Tam)


Senyum2..tak juga senyum..huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Widget By Devils Workshop