@ Pemeriksaan Bulanan Ibu Mengandung

Tuesday, September 2, 2008

Dapat info daripada kawan - kita kongsi bersama ya..


Lawatan Pertama

Memastikan serta mengesahkan kehamilan. Biasanya doktor akan terus memberikan due date atau tarikh anda akan dijangka bersalin. Biasanya kalau anda tidak dapat memastikan bila tarikh akhir haid, ujian ultrasound akan dilakukan untuk memberikan jangkaan bersalin yang lebih tepat.


Ammar yang belah kanan tu (tak nampak lagi - heh)

Lawatan Kedua

Biasanya selapas minggu ke 12 kehamilan, doktor akan meraba uterus @ bayi dalam kandungan anda yang sedang membesar bagi menentukan samada bayi anda membesar secara normal atau tidak. Masalah utama kebanyakan ibu pada masa ini ialah loya, muntah-muntah serta sering pitam.


Lawatan Ketiga

Biasanya usia kehamilan masuk minggu ke 20, Selain pemeriksaan asas, anda akan menjalani ujian PIH (Pregnancy Induced Hypertension) iaitu pemeriksaan terperinci untuk melihat kesihatan ibu. Ujian-ujian tersebut termasuklah:

* Air kencing

* Tekanan darah

* Berat badan

* Ujian darah ( diambil dari vena pada lengan ibu)

* Ultrasound (mengesan masalah kecacatan bayi dalam kandungan)

Lawatan Keempat

Usia kehamilan masuk minggu ke 24. Ibu akan menjalani ujian asas berikut:

* Air kencing

* Tekanan darah

* Berat badan


Lawatan Kelima

Usia kehamilan masuk minggu ke 28. Selain pemeriksaan asas, ibu akan diberikan suntikan ATT (Anti Tetanus Toxoid) Pertama. Ini adalah bertujuan untuk membantu ibu hamil membentuk antibodi yang cukup untuk melindungi dirinya dan bayi daripada kuman yang mudah dijangkiti sebagai contoh melalui luka dan sebagainya.

Lawatan Keenam

Usia kehamilan masuk minggu ke 32. Pada masa ini ujian asas dan suntikan ATT (Anti Tetanus Toxoid) Kedua akan dilakukan ke atas anda.

Lawatan Ketujuh

Usia kehamilan masuk minggu ke 34. Ujian ultrasound akan dilakukan bagi memastikan kedudukan kepala bayi, uri, berat serta saiz bayi.

Lawatan Kelapan Dan Seterusnya Lawatan Seminggu Sekali

7 kawan BabyIbu berkata-kata..:

Ibu Emir said...

i really hope i can get through this again. dah lame rasenyer mencube.. anyway.. feel free to visit www.ibuemirshoppingcentre.blogspot.com

thanks ya

CT said...

:)

miela77 said...

daku check up every weeks...coz UTI..sedey tul

Mama_Aqish said...

tu filem ammar masa dalam perut ker???masa kiter ngandung dulu pun kita ada amaik filem gambo aqish dalam perut

asmaa said...

seronok dpt lihat kat scan bby dlm perut...

Zanna_MamaBatrice said...

bab2 buat pemeriksaan nie yg selalu boring
boring menunggu
kekadang boring kena marah ngan nurse...keh keh keh
tu pun kalau ada masalah lerr

Anne said...

Suntikan tetanus tu buat tangan kebas. Hari tu drive sendiri gi klinik,nasib baik tak jauh ngan office..Kebas!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Widget By Devils Workshop