@ This is what we're doing now......

Thursday, October 30, 2008




Very funny and very true..hehe
credit to dLa

@Jadual Pemakanan

WHO mencadangkan agar memberi susu ibu secara eksklusif sehngga bayi berusia 6 bulan. Setelah 6 bulan, anak dapat diperkenalkan dengan makanan pejal pertamanya. Makanan pertama sebaiknya hanya satu rasa saja dan dipilih jenis makanan yang mudah dicerna dan tidak menimbulkan risiko alergi, seperti bubur susu, pisang atau betik.

Jadual Pemakanan Bagi Si Kecil Usia 6-8 Bulan

Usia

Jenis Makanan

6-7 bulan

· Susu ibu mengikut keperluan atau susu formula sehari 3-4 kali 150-180 ml

· 1 kali bubur susu (Nestle/Rusk) + 1 kali buah + 1 kali bubur nasi

7-8 bulan

· Susu ibu mengikut keperluan atau susu formula sehari 3-4 kali 180-210 ml

· 1 kali bubur susu (Nestle/Rusk) + 1 kali buah + 1 kali bubur nasi

@ Bersedia untuk makan?

Tips Tanda-tanda Si Kecil Sudah Bersedia Menerima Makanan Pejal

  • Mampu menahan kepala agar tetap tegak.
  • Menunjukkan perhatian terhadap makanan.
  • Mulai membuka mulut saat sudu mendekati mulut.
  • Mampu menelan makanan pejal.
  • Memalingkan muka apabila kenyang.
Ammar bersedia la Ibu..cepat la suap..nyum2..

Disarankan memberi makanan pejal kepada bayi 6 bulan ke atas..kalau lebih awal..sila rujuk ke paed anda..(ada bayi nak makan awal)..selalunya kalau dah 4 bulan bayi dah boleh mula diberi makanan selain susu (ni paed Ibu yang cakap)..tapi bergantung pada bayi..but for newborn till 3 months..jangan lagi ya..sabarrr...

@ Nestle Infant Cereal

Sesuai bagi pertama kali memberi makanan pejal kepada bayi.



@ Ammar Mula Makan

Masa Ammar 5 bulan lebih dah mula campurkan NESTLÉ® Infant Cereal dalam susu. Sedikit je bagi dia biasakan. Mula-mula Ibu cuba yang trial pack Ibu dapat pergi Expo Parenthood dulu. Ammar nampaknya suka. Paling dia suka NESTLÉ® Infant Cereal Brown Rice. Formulanya: 4oz air+2 skop susu+1 skop Beras Merah.

Bila dah masuk 6 Bulan, Ibu mula bagi Ammar makanan pejal. Alhamdullilah, Ammar selera makan. Cuma biasala..sibuk nak suap sekali, nak capai sudula, nak sembur2..macam-macam..selalu bagi sebelum mandi..biar dia comot2..lepas tu baru mandi..dan seterusnya tidur..baru Ibu boleh buat kerja..hehe..

Selalu Ibu bagi NESTLÉ® Infant Cereal Brown Rice, Mila Rusk, Heinz Teething Rusks (ni untuk Ammar gigit2) atau bubur Ibu masak sendiri. Bubur tu nanti diblender atau dlilenyek..campur dengan kentang, lobak atau ikan bilis.

Ammar nak suap sendirila Ibu..
SedapnyaBaru perasan kamera..

@ Legging / Baby Legs

Tuesday, October 28, 2008

Oleh kerana Ammar banyak romper yang takde kaki tu, Ibu pun mula find out about legging atau baby legs ni. Kesian die bila masuk kereta atau di shopping kompleks. Sejuk je Ibu rasa.

What is Legging a.k.a Baby Legs?

It is a garment covering the leg (usually extending from the knee to the ankle) .


Functions
  • Serve as light weight sun protection
  • Make diapers changing easy
  • Keep legs warm
  • Protect soft knees from harsh surfaces
  • Promote independence while potty training
  • Fun & funky fashion accessory
  • Ideal for sports, playgroups, and dance class
  • Comfortable alternatives to tights
  • A good arms warmers for all
Ibu jumpa laman web Baby Legs dan sangat berkenan dengan design ni:


Cari punya cari..jumpa beberapa laman web..jenama Baby Legs ni dijual dalam dua harga..harga standard dalam RM55 manakala ada beberapa laman web dalam harga RM17 ke RM25..tapi limited la stok dan design..pilih punya pilih..Ibu pun beli (mesti la yang harga lebih rendah tu kan..he)..daripada laman web Intan Payung..


Ammar wearing his legging

Lain-lain laman web:

Baby Sasha N Mom

THE BABY LOFT
momscutekids-shop

Baby Damia

My bestfriend..Diyana a.k.a Donat telah selamat melahirkan baby Damia..bertambah sorang lagi geng Ammar..Tahniah Donat dan family...tak sabar nak jumpa Damia..







Nama
Damia Aleya Bt Khairul

Waktu Kelahiran
24 Oktober 2008
8.38 Pagi

Tempat Kelahiran
Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Star, Kedah

Berat/Tinggi
3.09 kg
50 cm

@ Ammar: 5 Months

Emm..Ammar dah makin besar..waktu ni Ammar masih control hensem lagi bila amik gambar..masam je..pastu asyik hisap jari..satu lagi..masa nak tukar bulan..suka sangat menangis malam..menangis macam kena pukul..bila Ayah dukung bawa jalan baru diam..huhu..nasib baik sekarang Ammar dah baik..dah tak nangis2..maintain macam tu ye sayang..boleh Ibu n Ayah tidur lena..






@ Never Shake Your Baby

Friday, October 24, 2008

Dapat email daripada Yus..takut bila baca..masa mula-mula Ammar lahir dulu memang ada baca pasal jangan goncang baby ni..jadi ambillah sebagai pedoman..jangan sesekali 'shake' your baby ok..


December 4th, 2007, Jessica Sherwood had to do something no mother should ever have to do.

At 2:29 pm Jessica made a very tough, but the right decision to take her little 3 month old daughter off life support.

In memory of little London Marie, i thought id start a little forward..
Jessica had a message that i want every one to know.. This is what Jessica said:

"If anyone has kids, make sure that you keep them with you the whole time. Don't give then to anyone that you don't trust. Trust me, I thought that I trusted Josh. But now as of December 4, 2007 at 2:29 AM, she is gone. My one & only baby . & He is going to pay FOREVER, even if he gets out of jail scott free, he will be dead no matter what. & To all my friends that know London , I am very angry & upset that I lost the love of my life, my babygirl. She died on her three month birthday .

London had six fractured ribs, both of her legs were fracture, & her brain was so damaged that if she were to live she would be a vegetable
So I did what was right & what was best for her & took her off life support

That's what you call Shaken Baby Sydrome [SBS]"

For those of you who dont know what Shaken Baby Syndrome check out the facts ;

-Shaking, jerking and jolting can cause blood vessels in the head to tear or burst.

Shaken Baby Syndrome is the shaking of an infant or child by the arms, legs, or shoulders with or without impact of the head.

This trauma can result in bleeding and brain injury with no outward signs of abuse

Often frustrated caregivers feel that shaking a baby or small child is a harmless way to make the child stop crying. However, a baby's brain and blood vessels are vulnerable to whiplash motions, such as shaking, jerking, jolting, and impact.

The neck muscles of an infant or small child are weak, so the child's head is relatively heavy and the neck cannot support the stress of shaking or impact

-Shaking a very young child, with or without impact of the head, can cause irreversible brain damage, blindness, cerebral palsy, hearing loss, spinal cord injury, seizures, learning disabilities, and even death.

It is tragic that healthy, intelligent babies are suffering these disabilities simply because their caregivers don't know about the dangers associated with Shaken Baby Syndrome. An estimated 1,200 to 1,400 cases of Shaken Baby Syndrome (SBS) occur each year in the United States. Only 1 out of 4 babies dies of Shaken Baby Syndrome

HOWEVER, the other three babies will need ongoing medical attention for the rest of their short lifespans


London in the hospital

London after she passed



If you have any heart at all, you would forward this.


@ Adikku Si Photographer

Thursday, October 16, 2008

Dalam keluarga Ibu..sebelah Abah memang ada darah seni skit..Abah pandai melukis (melukis potret dan sebagainya), boleh gubah-menggubah..apa2 yang berkaitan artistik serah je..pasti boleh buat..masa kecil-kecil dulu (lupa nak cakap..Ibu langsung la tak mewarisinya..lukis semut pun mau berkali padam..huhu)..asal kerja rumah kelas lukisan je..mesti Abah tolong buatkan..lukisan pemandangan (Abah draw halus2 kat kertas lukisan pastu kat sekolah lukis balik je- hehe kecik2 dah pandai auta)..beg kertas..cop2 guna ubi kentang..lekat kertas kat belon/cawan..semuanya Abah la mastermind..Ibu cuma pelaksana sahaja..

Pasal beli baju/kain raya pun sama..dari kecil semua Abah yang pilih..jadi banyak baju Ibu abstrak2 belaka masa sekolah dulu..itu yang dah besar ni asal nak beli kain asyik confuse saja..kalau dulu berkenan satu baju tapi Abah cakap tak cantik..mesti tak beli punyalah..kalau Abah cakap cantik (walaupun hati rasa macam pelik je)..mesti beli..

Abah (kanan) dan Pak Lang

Dalam kami adik beradik..Opy yang banyak mewarisi bakat2 seni ni..daripada kecil..suka sangat melukis..Dragon Ball la apa la..die melukis di mana-mana sahaja (di buku sekolah, buku teks..asal jumpa kertas)..itu yang dulu selalu kena marah..Alhamdullilah..bila makin besar..memang bakat seni yang dia warisi..bawa rezeki padanya..

Kebelakangan ni..die menceburi bidang photography pula..mula2 tu..masa baru mula beli kamera..banyak juga yang Ibu komen (bab komen bu memang pandai)..gambar kelabu la..pecah la..sekarang alhamdullilah dah expert pun adikku sorang ni..kalau dulu Abah yang jadi jurukamera sekarang tugas Opy pula jadi jurukamera keluarga..untungkan..hehe

Opy with Ammar

Gambar masa konvo

Daripada suka-suka..sekarang buat part time ambil gambar weddng, open house dan macam-macam event..takpele masa muda ni la nak kerja keras..tak gitu? nak tengok gambar die ambil..click sini! Promote sikit - sapa nak ambil gambar sebarang event bolehla contact die tapi lepas office hour la (kang bos die marah lak)..hehe..

@ Gambar Raya

Monday, October 13, 2008

Semalam masa tengah kemaskini gambar-gambar dalam lap top..terperasan dua gambar raya ni..saja upload skit..(gambar Ammar dengan baju melayu yang comey - siap lipat2)..



@ Selamat Bertunang Amirah

Selepas pulang dari rumah Azza..kami pun bergerak ke rumah Amirah..hari ni Amirah bertunang..Tahniah Mirah!!

Sampai dalam pukul 6 lebih..tinggal Yus je setia menanti..Anan dah balik..majlis pun dah habis..tinggal makan-makan je...

Tema majlis ialah warna pink..Mirah nampak sangat cantik..boleh la rekemen kawan die yang make up ni..makan pun sedap..dalam pukul 7..kami pun bertolak balik..(nasib baik rumah Mirah dekat je..)..

Apa-apa pun.. Selamat Bertunang Mirah..selamat menempuh alam baru..semoga sentiasa berbahagia..


Selamat Bertunang

Hantaran

Hazmer, Yus, Mirah n Alisha

Us with Mirah

P/s: Tak sempat ambil gambar tunang Mirah..maklumlah sampai pun lambat..hehe

@ Azza Open House

Sunday, October 12, 2008

Hari Sabtu baru ni Azza buat open house. Hampir-hampir tak pergi sebab Ayah kerja malam..balik pagi jadi Ayah cakap tak larat nak pergi..huhu..Ibu pujuk2..kek coklat dah beli dan lagipun lama tak jumpa diorang (bulan puasa tak sempat buat gathering - semua bz)..

Sampai tengah hari..baru Ayah cakap ok..yeye..kesian kat Ayah tapi hati nak pergi sangat jumpa budak2 ni..dengan syarat balik awal..oklah..keluar dalam 2 lebih...singgah umah MIL ambil kek..baru keluar dari tol kd..aisey hujan lebat pula..jammed tak yah cakap..kul 4 baru sampai..

Nasib baik masa kat sana hujan lebat jadi takdelah Ayah ajak balik awal..kali ini ramai juga ada..kira yang dok area Selangor/KL ada..sempat le gossip2..update citer..makan2..Ammar macam biasa..pergi jalan memang die good boy..ada Airyll (sekejap je dah besar) dan Aira (satu-satunya bunga idaman)..

Dalam 5.30..Ayah dah bagi isyarat..heh..so lepas amik2 gambar n bagi2 duit raya..kami pun berangkat pulang..

Cepat2..
dah nak balik ni..


Senyumm..
CC Junior

Ammar, Aira n Airyll

@ Win a Free Handbeg

Saturday, October 11, 2008


Handbag Planet is almost here. To celebrate the October 15, 2008 launch, they are giving away a free handbag every hour for 24 hours on the day of the launch. Their high fashion, trendy handbags are inspired by popular designer brands and priced between $30 and $80. Check them out:


After signing-up in one easy step below, you can select the handbag you would like to win. There's absolutely no catch - this means no shipping/handling fees or credit card required. Yes, it's really that simple!

@ Selamat Hari Raya

Friday, October 10, 2008

Belum terlambat rasanya nak mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua..maaf zahir batin ye..

Tahun ini beraya di Kuala Pilah (sebelah Ayah)..agak sedih sebab tak dapat balik Kedah (nak buat macam mana - dah kahwin kan)..maaflah Mama dan Abah tahun n tak dapat balik..sob sob..(feeling lebih sebab ini first time tak balik raya- nasib baik dah ada Ammar)..

Well sebenarnya raya di Kuala Pilah pun meriah juga..semua mak sedara balik..penuh rumah..makan pun best2 (masak kuning special)..cuma bezanya sini makan lemang n nasi himpit..kalau kedah ketupat palas..nyum2..

Pagi-pagi rayaIbu n Ayah siap untuk pergi sembahyang raya..Ammar tinggal dengan MIL..lepas sembahyang..call Mama n abah..minta maaf dan ucap selamat hari raya (sayunya)..kemudian ada sesi bergambar..Ayah jadi jurugambarnya..kemudian baru jalan2 raya..Ibu memang suka bab jalan2 ni..makan sedaapp..tapi tulah..banyak pula kena pantang makan..so makan sikit2 jelah..takut Ammar masuk angin pula..mau meragam..

Family Potret

Yang bestnya..tahun ni dapat kutip duit raya untuk Ammar..best rupanya..yelah dulu kutip untuk diri sendiri..tahun ni untuk anak pula..

Ammar dapat duit raya dari Pak Long


Tahun ni Ammar pakai baju Melayu cinonet..(thanks to Auntie Mija)..besar skit tapi lipat2 lengan n kaki seluar..ketayap pula beli kat Jalan TAR malam raya hari tu..taraaa...

Ammar posing

Em dua hari berturut2 berjalan raya..seronok..nasib baik tak panas sangat..Ammar pun bila jalan memang baikkk..cuma sepanjang kat Kuala Pilah..Ammar meragam time tidur..nak tidur menangis..bangun minum susu menangis..semua dah tensen..hehe..semua nak hantar Ammar ke reban ayam..Ammar tak heran..dijeritnya pitch paling tinggi..semua memang confirm tak dapat tidur punyalah..hehe..maaf ye kepada semua..peace!!

My Love..My Life

@ Ramadhan Gathering

Punyala malas sekarang nak update blog..yang Ramadan..Syawal baru up..hehe..

Ini gathering batch class of 99 SMSPP (sekolah menengah di Kelantan-lamanya tak pergi sana)..tarikh pada Ahad (7/9/08)..di Dewan Perdana Felda..makanan die memang best..berbaloi la RM46..sib baik ayah belanja..hehe..

Semua sekali yang datang 11 orang..dengan suami n anak2..rindu sangat..lama tak borak2 dengan diorang..actually diorang selalu je gather2..Ibu je jarang dapat peluang nak join..sekarang dah duduk KD ni bolehlah aktif balik..


Dari kiri: Azra (dah deliver pun baby - Tahniah!!), Amirah (bertunang esok - Tahniahh!!), Ibu, DLa, Yus n Alisha, Ida, Eyin, Ernie n Ardini)
Bawah: Suly n Ammar (Ammar suka ramai dukung), Nana n Fareez and Zue

Selepas berbuka puasa..kami borak2..update citer masing2..Ammar sangat baik time ni..maklumlah ramai Auntie2 yang mendukungnya..siap boleh terlelap dalam pangkuan Eyin lagi..Ammar seronok tengok ramai orang dan lampu yang cantik agaknya..semua sekali ada 5 orang junior: Alisha, Ammar, Ardini & Farees..dah tua rupanya kami ni..heh..

Makan, borak, makan, borak..dewan sampai dah kosong baru kami balik..puas hati..makan best..boleh borak2 dengan aman damai..(suami semua sibuk makan-jadi takdela ajak balik-hehe)..apa pun really2 miss u all..teringat zaman sekolah2 dulu..

Ammar n IbuAmmar n Ayah

P/s: TQ Auntie dLa, Auntie Ernie n Auntie Eyin for Ammar's gift
P/s: Nak cari HEM SMSPP: Puan Shamshiati (betul ke ejaan ni) - rindu sangat kat die
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Widget By Devils Workshop