@ Pureen Warehouse Sales - 29/11

Sunday, November 30, 2008

Disebabkan Ibu berada di Kedah..jadi mestila tak dapat pergi itu Pureen Warehouse Sales. Tapi itu tidak mematahkan semangat Ibu yang membara ini..hehe..Ibu hantar Ayah dan MIL untuk pergi serbu. Kata Ayah..Ayah sampai pukul 9.40 pagi..orang dah start bayar..antara komen Ayah pasal Pureen Warehouse Sales kali ni:
  • Orang tersangatlah ramai
  • Harga naik sedikit daripada yang lepas
  • Baju cantik tak banyak (banyak baju harian)
Emm memang budget baju harian pun..sebab Ammar tukar baju kerap (jenis badan kuat berpeluh) dan baju lama banyak yang dah senteng (singkat)..pastu belikan untuk mak saudara sekali..habis juga la RM 150 kata Ayah.. kali ni tak dapat la komen lebih2 sebab bukan empunya diri yang pergi..tanya banyak-banyak kat Ayah..tahun depan tak nak pergi lagi kang..sapa yang rugi?..hehe..so cuci mata sajalah ye..(Ibu pun tengok gambar je..barang kat Kl nun ha)..

Baju dan seluar

Toiletries (sangat suka brand Pureen sebab die wangi dan long lasting - penting untuk Ammar supaya sentiasa wangi waktu dipeluk cium orang - padahal bucuk masam)

Hasil borong Ayah dan MIL

@ Balik Kampung

Oh penatnya hari ni..pagi tadi pergi Klinik Keluarga..ada problem sikit kat muka..sekali pergi ramai gila yang beratur..sampai kat luar klinik pun ada (sungguh glamer klinik ini)..jadi nampaknya minggu depan jelah pergi..

Lepas tu balik Perlis..lepak umah Mak Cik Na..pergi kenduri..lepak balik umah Mak Cik Na..Ammar suka dapat main dengan Cu Da die (my cousin)..tunggu Abah balik daripada Langkawi..rupa-rupanya bertolak daripada Langkawi 5.30..dekat pukul 7 malam baru sampai..

Cu Da Ammar

Kampungku

Lepas Maghrib..bertolak ke rumah Mak Long..sembang punya sembang..pukul 10.30 malam baru balik..lepas terus survey untuk hotel kawan-kawan Ayah di Jitra..12.30 pagi baru settle..aduh penat..emm yang bestnya..jap gi Ayah sampai..ni tengah tunggu Ayah..Ammar pun dah terjaga..tak nak tidur balik..tunggu Ayah juga agaknya..Ammar..Ammar..

@ Online Photo Printing

Saturday, November 29, 2008

What is online photo printing?
Online photo printing services allow you to upload your digital photos directly to the service website and get them printed. Once printed, the prints will be delivered to your doorstep, saving time for the more important things!


eoe Online at www.eoe.com.my is an online photo portal filled with lots of fun and excitement for users. Other than a wide range of photographic products available for online shopping, users are also able to order for prints online instantly and conveniently. Online photo printing is such a convenient way to get your photos printed and it is a norm in the US and the UK but it’s still not that popular in Malaysia as yet.

Why online photo printing with eoe Online?

eoe Online lets eoe Online members upload digital photos conveniently and place print orders easily. eoe Online also produce high-quality prints, offer low per-print prices, charge reasonable shipping costs, deliver prints quickly and provide additional services, such as photo gallery and photo greetings.



eoe Online provides easy ordering process with only 3 easy-to-follow steps.



eoe Online Promotion



With each 4R print at only RM0.30 (current promotion) and free delivery* for orders above RM35.00, you’ll get your money worth! No additional charge! Not forgetting the time you saved traveling too! So why wait? Click here

@ Gizi Penting untuk Usia 6-12 Bulan

Friday, November 28, 2008

Pada usia 6-12 bulan, pola makan anak harus mengikuti piramid makanan. Semakin tinggi piramid semakin sedikit jumlah makanan yang diperlukan.

Piramid Makanan

Berikut urutannya dari paling bawah ke paling atas:

  • Sumber karbohidrat, yakni roti, jagung, nasi, cereal, dan sebagainya, perlu dimakan sebanyak 1-3 kali/hari @ 1 mangkuk kecil.
  • Sumber vitamin, mineral dan serat , iaitu sayuran sebanyak 1-2 kali/hari sekitar 25-50 g mentah manakala buah-buahan dimakan sebanyak 1-2 kali/hari sekitar 25-75 g.
  • Sumber protein iaitu ASI sebanyak 2-3 kali/hari. Sumber protein yang lain sebanyak 1-3 kali/hari.
  • Bila perlu, berikan sumber lemak sebanyak 1/2 sudu teh.

@ Tabahkn Hatimu

Ibu sangat respect pada isteri-isteri yang mengandung tanpa suami disisi. Sama ada suami kerja jauh, bercerai ataupun sudah tiada. Dalam keadaan badan yang tidak sihat, emosi yang tidak stabil dan perlukan perhatian, mereka-mereka ini tabah menghadapi hari demi hari. Ibu rasa tanpa Ayah disisi semasa Ibu mengandung dulu..mesti Ibu selalu menangis..Ibu ini cembeng (kuat menangis) orangnya..huhu

Salah seorang kenalan Ibu, suaminya meninggal dunia (Alfatihah) semasa dia sedang sarat mengandung. Ibu berkata..cekal sungguh hati akak..kuat semangat akak..katanya pula..masa itu..Allah kuatkan hati..tak tahu mana datangnya semangat dan kekuatan itu..dan Alhamdullilah sekarang anaknya dah pun 3 tahun..PHD pun dah nak siap..Allah lancarkan urusannya yang lain..betullah agaknya..Allah menguji pada orang yang mampu terima ujiannya..

Last week, baca paper pasal Nora Danish..gambar dia pregnant..tabah sungguh hati..pregnant tanpa seorang lelaki bergelar suami..pula tu dengan media dan orang ramai yang memerhati..

Gambar Nora Danish di majlis rumah terbuka Sazzy Falak..grabbed from Opy..

Nampak sedih je muka die..apa-apa pun..semoga Allah kuatkan semangat dia dan semua Ibu-ibu di luar sana..Aminnn

@ A Moment With Your Kakiis

A Moment With Your Kakiis? Bukan Kaki tau..Kakiis..Apa itu Kakiis? Kakiis ni merupakan laman web yang sediakan satu fungsi di mana kita boleh wujudkan satu kumpulan kawan-kawan (contohnya geng satu sekolah or satu univ)..kemudian melalui kumpulan tu..kita boleh berinteraksi secara berkumpulan sama ada hantar mesej, gambar atau aktiviti yang boleh dicapai melalui komputer atau telefon bimbit. Nak tahu lebih lanjut layari Kakiis.com..

Kenapa post kali ni pasal Kakiis..saja-saja masuk contest disamping dapat mengenang kembali gambar kenangan di UTM dulu (gambar time masih ramping)..

Berdiri..Iza dan Yana..Separa duduk..Rumiey dan Donat

Ini gambar kenangan di Balai Cerap UTM bersama bestfriends Ibu. Sebenarnya banyak lagi geng Ibu..tapi takda pula gambar yang cantik-cantik nak hantar masuk contest ni..hehe. Hmm teringat lagi zaman pergi CS naik bas 255..lepas tu kongsi beli nasi dan lauk pada waktu pokai..macam-macam la..panjang kalau nak cerita. Apa-apa pun luv u all..muah2

p/s: macam bestla function Kakiis ni..nanti Ibu godek-godek..sekarang tengah godek LISP..tolongggg...

@ Telentang dan Kemudaratannya

Thursday, November 27, 2008

Just nak share info..untuk panduan bersama..

Kesan sekiranya anak sering ditelentangkan:

1. Bahagian belakang kepalanya akan menjadi leper.
2. Mengurangkan ruang untuk anak membesar.
3. Mudah mengalami masalah kembung perut.
4. Jika muntah,bahan dari muntah boleh menyebabkan tercekik.
5. Jari-jarinya lambat dibuka.
6. Bayi tidak mudah menembungkan matanya untuk fokus jarak dekat.
8. Mudah gemuk.
9. Lambat bergerak, lambat melunjur dan kurang suasana meneroka.

Kaedah-kaedah Yang Perlu Diamalkan

1. Tidurkan anak dalam posisi mengiring ke kanan
2. Tiarapkan anak (masalah SIDS tidak seharusnya timbul kecuali bagi keadaan2 yang tertentu)- dada bayi sudah cukup kuat utk ditiarapkan..tiada kesan keatas dadanya.
3. Anak tidak perlu dibedung. Ia menyukarkan pergerakannya dan terpaksa ditelentangkan.
4. Gunakan tilam yg nipis. Tilam yang nipis lebih selamat dan anak dapat merasa tekanan lantai.
5. Tilam perlu dibungkus dengan kain kain cadar cotton yang boleh diikat.
6. Anak tidur tanpa menggunakan bantal kepala.
7. Boleh didukung sekali sekala. Tetapi harus sering dilepaskan untuk ia bergerak bebas diatas lantai.
8. Waktu jaga, letakkan diatas lantai dalam posisi meniarap.
9. Kurangkan penggunaan buaian. Ini akan menyebabkan anak merasa terperangkap.
10.Jangan riba sehingga ia merasa terperangkap dan susah utk bergerak dan meneroka.
11.Untuk memudahkan anak mula meniarap, letakkan diatas dada kita sejurus selepas dilahirkan.
12.Pastikan lantai bersih dan tidak mempunyai barang yang bahaya atau mencederakan anak.
13.Keterangan perlu dibuat kepada datuk dan nenek agar mereka faham dan yakin akan perkara2 ini.

@ Corelle & Corning Ware Stock Clearance

This post is dedicated for Zue..hehe..jom Zue..shopping beli pinggan mangkuk..

Location: The Atria Shopping Centre

Date: 19 to 21 December 2008

Time : 10am to 7pm

Brands Offered

Corelle, Corning Ware, Visions, Pyrex



P/s: Pernah pergi sekali with MIL..memang murah-murah..boleh dapat up to 50%..ada yang dijual set dan ada yang dijual satu-satu..tapi time tu beli bekas kuih pyrex je..sebab takde tempat nak simpan pinggan banyak2..maklumlah umah cinonet..

@ Ammar dan Damia

Dua hari lepas pergi melawat Damia..my bestfriend's daughter..nampak Ammar dah besar pula bila dok sebelah Damia..emm teringat masa Ammar pantang dulu..cinonit camni gak..sekarang dah besar dan aktif..sekejap je masa berlalu..

Damia dan Ammar (Ammar dah nak nangis..takut ngn Damia ke Ammar?)

Cantikkan buaian Damia? (Gambar Auntie Rumija amik masa majlis berendoi)

Damia dalam buaian

Ammar pun tumpang tidur dalam buaian Damia..hehe..sama besar dengan buaian tu ha..

@ I love No 7

Wednesday, November 26, 2008

Tag lagi ye..oh Ibu suka no 7..

7 ciri wanita/lelaki idaman anda
  • Tinggi
  • Putih (nak anak putih)
  • Chinese Look
  • Beriman
  • Mesti lebih bijak/pandai
  • Kuat bersukan (tak nak anak kaki bangku cam Ibu die)
  • Boleh buat Ibu ketawa
7 wanita/lelaki yang pernah anda minati sepanjang hidup
  • Anak Dr Azizan Homeopathy (Examo tu)..kuess2..pecah lubang ni..masa form two dulu
  • Crush dengan member baik
  • Shah Rukh Khan (haha..)
  • Josh Harnett
  • Anuar Zain
  • Hans Isaac
  • My Hubby (forever n ever)
7 perasaan sekiranya keluar dengan seseorang yang anda minati**
  • Nervous nak mampus
  • Berdebar-debar
  • Sangat happy
  • Cuak pun ya
  • Makan tak lalu (kes control ayu ni)
  • Semua serba tak kena
  • Bunga2 matahari..menghiasi..hatiku ini..kuang kuang
7 tempat istimewa yang ingin dilawati bersama pasangan anda**
  • Tanah Suci
  • Cameron Highland (tempat honeymoon dulu - dekat je pun)
  • Bali
  • Pulau Maldives
  • Paris
  • Taj Mahal
  • Sebenarnya..asal bersama..balik Kedah pun ok je..hehe
7 barangan/sesuatu istimewa yang mungkin akan anda hadiahkan pada pasangan anda
  • Jam tangan Tag Heier (betul ke eja ni..)
  • Kereta Golf GTI (btul ke camni? ayok)
  • Kasut Adidas
  • Laptop baru
  • Hdset baru
  • Baby Gurl
  • More babies..
7 tajuk lagu yang akan anda nyanyikan untuk pasangan anda

Err..skip boleh tak..tak pandai la bab lagu2 ni..

Tag 7 rakan yang anda mahu mereka buat PERIHAL 7 ini
Ibu tag 14..ganti yang kat atas tu..hehe..

Rumiey
Donat
Suzen
Azza
Nana
Yus
Zue
Mirah
Nazuha
Mama aqish
Ibu rayyan
Jiey Mien
Nurul dhia
Supermummy





@ Nak beli toys murah?

Nak beli permainan murah? Stroller, bouncer atau car seat dengan harga murah? Heh..macam iklan pula bunyinya..seperti yang ibu-ibu semua ketahui..barang-barang baby sekarang boleh tahan harganya..permainan Ammar pun lagi mahal daripada baju seluar Ibunya (hukhuk)..ari tu masa cari bouncer/rocker tuk Ammar..jumpa dua website ni..kalau korang nasib baik boleh dapat barang baru dengan harga lebih murah..







Tapi itula..kena rajin sikit menjenguk..so far tak bernasib baik lagi..asal menjenguk je mesti dah reserved or sold..nasib badan..

p/s: Ibu dah add kat shopping list..mana tau ada rezeki Ammar..tgh aim jumperoo..(btul ke eja ni?)

@ Pesanan Untuk Ayah


Ibu dan Ammar balik kampung..tak sabar nak jumpa Ayah Raya Haji ni..

Custom Post it Note Graphic

@ Toys for baby

Tuesday, November 25, 2008

Mainan pertama yang dibeli untuk baby (tagged by Tiara)

Toy 1: Miracles and Milestones 3-in-1 Gym


1. Brand: Fisher-Price

2. Time of Purchase: Sebelum lahir

3. Function:
Untuk simulasi pergerakan baby. Ammar belajar pegang..cuit-cuit. Ammar suka sebab mainannya warna-warni, banyak tekstur dan bunyi.

Toy 2: Freddie the Firefly

Toy 2 & Toy 3

1. Brand: Lamaze

2. Time of Purchase: 2 months

3. Function:
When babies are first born, they see in black and white. This is why Freddie strikes a balance between bright, high contrast patterns that help stimulate baby's vision, and bold solid colors that give baby's eyes a place to rest. Sounds like squeak, clink, and crinkle also help stimulate and develop baby's auditory skills. Finally, Freddie's large, friendly eyes invite baby to focus and stare at a single object, which can help calm baby while supporting healthy eye development.

Toy 2 : Teething Tail Fish

Sassy Teething Tail Fish
1. Brand: Sassy

2. Time of Purchase: 4 months

3. Function:
Textured surfaces and a water filled fin makes the Teething Tail Fish perfect for soothing sore gums. Bright colored, the Teething Tail Fish invites baby to soothe sore gums during teething on the many textures surfaces. Refrigerate this teether and the water filled fin provides the perfect amount of cooling for teething babies.

4. Semua toys dibeli sendiri oleh Ayah..:)(Ayah sangat suka beli toys)

Tag

Sebagai balasan Ibu nak tag..Azza (kalau dah kena abaikan yer) Nana, Yus, Kak Su dan sesiapa yang nak buat..silakan..

Mainan pertama yang dibeli untuk baby

Syarat-syarat:

1. Mesti toys yang dibeli sendiri

2. Tak kira barang murah / branded / no brand

3. Apa function toys tuh

4. Umur baper beli toys tuh

@ Cover Magazine

Ecehhh..berangan lebih..hehe..layannnnnn...








MagMyPic.com





@ Pregnant Time

Tagged from Kak Eina..pregnant time..

1. Berat sebelum mengandung
42 kg

2 .Berat terakhir mengandung sebelum bersalin
54 kg

3. Berat selepas abis pantang
45kg..sekarang balik ke asal 42 kg (tapi kawasan tertentu spare part macam tak turun pun..huhu)

4. Apa yang korang suke makan mase mengandung?
Emm..kek coklat..nasi ayam..ayam masak halia..air kelapa..erkk apa lagi eh..

5. Hospital mana anda bersalin?
Kedah Medical Centre..di Alor Star Kedah..

6. Tunjukkan gambar anda masa pregnant.....at least 5 keping

Masa 5 bulan

7 bulan

37 Minggu (Pagi sebelum bersalin - sungguh sembab mukaku)

errkk..3 jelah ye..gambar lain tidak berapa sesuai untuk tayangan umum..heh:)


Tag
Nana, Yus, Nazuha, mama aqish, ibu rayyan, Jiey Mien, nurul dhia dan supermummy!! Jom tengok balik rupa anda ketika pregnant dulu....

@ Ammar: 6 Months

Monday, November 24, 2008

23 November lalu Ammar genap 7 bulan..ini gambar-gambar Ammar semasa 6 bulan..Ammar sekarang tengah belajar nak merangkak..chayok2 anak Ibu..









@ Baby Warehouse Sales

Hujung tahun ni macam biasa..banyak la sales kan..sales sana sales sini..so ni sedikit info pasal sales barang baby..

1. Pureen Warehouse Sales


Date: 29 - 30 November 2008
Time: 10am to 6pm
Products: Baby Diapers, Baby Apparels, Baby Toiletries, Baby Accessories, INCO Adult Diapers, Adult Toiletries, Sanitary Pads, Maternity Pads, Kids Toiletries
Brands:Pureen, Pride ‘N’ Joy, Basic, Tracia Toiletries, Biogrow, Dr Mist, Winnie The Pooh
Address: Summit Company (M) Sdn Bhd, Lot 6 Jalan 19/1, 46300 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia (Tel 603 7628 8888)
Comment: Wajib pergi..baca sini..

2. Pedypac Warehouse Sales

Date: 27/11 - 7/12 2008
Time: 9 am tp 6 pm
Product: Baby Walker, ToloCar, Swing Car, Tricycle, Rocking Horse, Scooter, Play Pen, Stroller, Car Seat, Baby Gate, Bicycle and more
Address: Lot 10797 Lebohraya Petai, Pandamaran, 42000 Port Klang (Tel 603 3165 0910)

Mybbstore Sales

Date: 22 November to 4 January 2008
Products: Baby & Toddler Toys, Strollers, Baby Bottles, Breast Pump, Sterilizer, Baby Cot and more
Brands: Phillips Avent, Fisher-Price, Lamaze, Safety 1st, The First Years, Graco, Prince Lionheart, Kiddopotamus, Goldbug, Luvable Friends, K’s Kids, Bumbo Baby Sitter Seat, VTech baby, Leap Frog, Thermos, Munchkin, Nuby, Lollipop, Bumble Bee Bedding and many more
Address:MyBBStore.com

@ Ammar and his Kuek Kuek

Ammar baru baik demam bergolek dengan kuek kuek

Akhirnya Ammar dapat juga Itik kuek kueknya..Ibu beli kat Tesco (thanks semua untuk info - tiap-tiap minggu pergi Tesco tapi tak pernah pergi belek tempat toys tu)..Ammar suka betul..habis dijilatnya..tapi kalau ditekan (nanti kan ada bunyi tu)..Ammar takut..bak kata Ayah..Ammar ni nampak macho tapi hati bunga..hehe..

@ Alhamdullilah

Sunday, November 23, 2008

Alhamdullilah..Ammar sudah baik sepenuhnya..risau sangat Ibu bila Ammar demam macam ni..maklumlah ni first time Ammar demam..suhu naik sampai 40++ darjah celcius..mestilah Ibu risau..Tok Mama dan Tok Abah siap turun KL lagi..Doktor cakap Ammar tak kena infection..demam ni mungkin sebab nak tumbuh gigi..kata Doktor bayi berusia 6 bulan ke atas..selalu demam sebab nak tumbuh gigi..

Apa-apa pun Ibu bersyukur sangat-sangat Ammar dah baik sepenuhnya..dah boleh senyum-senyum..main-main..dan sekarang tengah nak belajar merangkak..tertonggek2..sayang Ammar..muahhh

p/s: terima kasih kepada semua yang mendoakan Ammar..muah2 u too..

No Blog Posting

Thursday, November 20, 2008

No blog posting for today..Ammar demam..sangat panas..semalam mencecah 40 darjah celcius..harap semua doakan Ammar selamat ya..

Terima Kasih

Yana aka BabyIbu

@ Tanda Lahir

Wednesday, November 19, 2008

Apa dia tanda lahir ?

SECARA umum, tanda lahir pada bayi yang baru dilahirkan bukan masalah besar. Ia jarang berlaku tetapi mungkin mengejutkan ibu bapa yang selama ini tidak pernah terfikir, bayi mereka lahir dengan tanda di leher, muka atau belakang tengkuk.

Tanda lahir boleh terjadi sebelum dia dilahirkan atau selepas kelahiran. Sebenarnya tidak ada cara menghalang tanda lahir. Ia juga bukan disebabkan genetik tetapi bagaimana ia terjadi tidak dapat dipastikan secara khusus.

Kebanyakan tanda lahir akan hilang apabila kanak-kanak berusia lima atau sembilan tahun tetapi ada juga tanda lahir yang bersifat dramatik dan menyebabkan masalah kosmetik dan kemungkinan ia adalah tanda barah.

Jenis tanda lahir

1) Tanda lahir merah

Ia disebabkan salur darah yang berada dekat dengan permukaan kulit. Ia juga dikenali sebagai ‘vascular birthmarks’ (tanda lahir vaskular). Tanda lahir jenis ini boleh dibahagikan kepada dua jenis; macular dan hemangioma.

Macular - Ia juga dikenali sebagai ‘stork bite kisses’. Ia biasanya muncul di belakang tengkuk dan sangat biasa bagi bayi baru lahir. Tanda lahir begini tidak memerlukan rawatan khusus kerana pada kebiasaannya ia akan hilang dengan sendirinya.

Hemangiomas - boleh dibahagikan kepada beberapa jenis. Satu daripadanya ‘strawberry hemangioma’. Tanda lahir ini selalunya berwarna merah cerah dan kelihatan menonjol pada permukaan kulit. Ada sesetengah ‘strawberry hemangiomas’ akan hilang dengan sendirinya apabila kanak-kanak itu mencecah usia lima tahun. Tetapi kebanyakan strawberry hemangiomas akan hilang pada usia sembilan tahun.Satu lagi jenis hemangioma yang kelihatan di bawah kulit. Ia dikenali sebagai ‘cavernous hemangioma’. Warnanya agak berlainan dan ia tidak boleh hilang dengan sendirinya.Port-Wine Stains - satu lagi jenis hemangiomas. Ia tidak tertonjol atau tidak berada di bahagian dalam kulit. Port-wine stain biasanya berwarna seakan-akan ungu bercampur merah atau merah gelap. Ia biasanya kelihatan di bahagian tengkuk atau muka.

2) Tanda lahir pigmen

Ia merujuk kepada sebahagian kecil kulit yang warnanya berbeza dengan warna kulit dominan. Tanda lahir ini juga selalu dirujuk sebagai ‘cafe-au-lait’ kerana selalunya ia lebih gelap dari kulit dominan. (erk..macam Ammar ke?)

Tanda lahir begini kadang kala boleh dikaitkan dengan penyakit keturunan yang menyebabkan pertumbuhan tisu saraf. Jika tanda begini kelihatan pada anak anda, pertimbangkan untuk membawanya berjumpa pakar. (erkkkk??)

Satu lagi tanda lahir yang lebih dikenali sebagai tahi lalat. Tahi lalat muncul selepas bayi dilahirkan dan selalunya ia tidak mengundang masalah. Tetapi jika ia membesar, kemungkinan ia adalah tanda barah. (erkk..Ammar ada juga kat bontot..tapi tak le membesar..kena tanya Paed la macam ni..huhu)

Kaedah Rawatan

Jika tidak mendatangkan sebarang masalah, tanda lahir sebenarnya tidak perlu dibuang. Tetapi jika ibu bapa berpendapat sebaliknya, kebanyakan pengamal perubatan mengakui program rawatan biasanya lebih berkesan ketika masih kanak-kanak. Bagaimana pun ia bergantung kepada usia pesakit, saiz tanda lahir dan kedudukannya.

Amalan biasanya yang dilakukan adalah dengan rawatan laser. Bagi kebanyakan tanda lahir seperti hemangiomas dan port wine stain misalnya boleh dirawat menggunakan rawatan laser, Intense Pulsed Light (IPL) yang menawarkan kesan lebih baik dan kekal.

Kaedah rawatan ini biasanya akan mengenal pasti saluran darah yang mengembang di bawah permukaan kulit bagi menghapuskan akar tanda lahir. Ia tidak menyakitkan dan hanya mengambil masa sekitar 30 minit dan kadang kala rawatan susulan diperlukan.

Sumber:Berita Harian

@ Apa Kat Telinga Ammar Tu?

Mula-mula Ibu ingat kotor ke daki ke..selalu Ibu lap-lap..siap tonyoh dengan toner lagi nak kasi hilang..bila dah masuk 3 bulan baru perasan..rupa-rupanya itu tanda lahir Ammar..

Tanda lahir

@ Ada bibik?

Rumahku ada bibik..hehe..bukan Ibu upah tau..dapat free untuk seminggu..haha..Mak Teh pergi Cuti-cuti Malaysia dan meninggalkan bibiknya di rumah Ibu..

Kak Tamin cari Ammar..heh

Nama bibik..Kak Tamin (anak-anak Mak Teh selamba panggil kicap Tamin)..orangnya sangat rajin..Ibu tak suruh pun..die lipat kain..sapu sampah..kemas dapur (ke die tengok serabut sangat rumah ni..haha)..

Paling best tentulah Ammar..satu hari Kak Tamin mendukungnya..bila Kak Tamin letak je Ammar panggil-panggil..Ibu pun Ammar dah tak heran..Ayah bagitau Kak Tamin jangan dukung sangat..nanti Kak Tamin takde..jenuh Ibu dibuatnya..

Apa-apa pun terima kasih Mak Teh..boleh Ibu buat LISP Ibu dengan aman damai sikit..kena chayok-chayok..emm apa pun seronok bila surirumah ada bibik ni.."senangnya dalam hati..kalau ada bibik hari-hari" (macam lagu P. Ramlee tu..)..ditujukan untuk Ayah..:P

@ Tag lagi

Tuesday, November 18, 2008

what is your DESKTOP background?

Gambar Ammar baru lahir..



Oh Kak Eina..lama tak borak-borak ngn Kak Eina..balik Kedah tak Raya Haji ni?

@ Mendorong Perkembangan Otak Bayi

Berikut adalah perkara yang dapat dilakukan untuk mendorong perkembangan otak bayi pada setiap usia pertumbuhan.

Daripada lahir sehingga usia 4 bulan

Membaca, membuat wajah-wajah lucu atau aneh, menggeletek badan bayi, menggerakkan benda-benda didepan mata bayi misalnya bola warna terang, menyanyikan lagu sederhana dengan ungkapan yang diulang-ulang, menceritakan apa saja yang akan Anda dan bayi Anda lakukan.

Umur 4 bulan sampai 6 bulan

Bantu bayi anda memeluk boneka haiwan, membina sesuatu (contohnya blok plastik), dan membiarkan bayi anda merobohkannya, main musik dengan irama yang berbeza, tunjukkan buku dengan warna-warna yang terang, biarkan bayi anda meraba benda dengan tekstur yang berbeza.

Umur 6 bulan sampai 18 bulan

Bercakap dan berinteraksi riak muka untuk meningkatkan hubungan antara bunyi dan kata, tunjuk orang-orang dan benda-benda yang rapat dan ulangi nama, menyanyikan lagu dengan ungkapan berulang dan gerakan tangan.

Umur 18 bulan sampai 24 bulan

Bermain pengenalan sederhana. Contohnya dengan menunjukkan kereta berwarna kuning atau bunga berwarna merah. Atau letakkan 3 benda di depan anak anda dan katakan kepadanya “Ambilkan saya…” bercakap secara langsung kepada bayi anda sebanyak mungkin; perkenalkan alat tulis kepada anak anda, misalnya krayon, kertas. Tanyakan ‘dimana’ dan ‘apa’ ketika membaca untuk anak.

Umur 24 bulan sampai 36 bulan

Beri pujian dan dorongan jika anak anda melakukan keterampilan motor secara baik. Dorong imaginasi anak dengan mencadangkan cara-cara baru dengan menggunakan permainan, bantu anak memasukkan aktiviti-aktiviti hidup nyata ke dalam permainan. Misalnya pura-pura bercakap di telefon. Jika membaca, libatkan anak anda ke dalam cerita dengan mengajukan pertanyaan, menunjuk perkataan sambil membacakan kepada anak anda. Dorong anak untuk mengenali kata-kata pada halaman buku atau bunyinya.

Sumber Dr. Irwan

@ Ammar Membebel

Sejak balik dari BBQ hari tu..Ammar dah pandai bercakap aka membebel..kalau dulu Ammar suka menjerit je..sekarang dah pandai buu..baa..bla-bla..agaknya masa pergi BBQ itu hari..Ammar belajar daripada Ardini kot..lama juga Dini bercerita kat Ammar itu ini..ramah betul anak dara sorang ni..bagus Ammar..thank you Ardini yang cumill..

Inilah Ardini..

Dini bercerita kat Ammar

Faham ke Ammar?




@ Surah Semasa Mengandung

Tambahan kepada amalan surah yang diamalkan semasa mengandung..ini surah yang Ibu amalkan..

Dari 0 hingga 3 bulan

Surah Yusuf

Untuk memperoleh anak yang cantik rupa dan cantik akhlak..waktu ini paling sesuai kerana fetus baru membentuk..

Dari 4 hingga 6 bulan

Surah Luqman

Untuk memperoleh anak yang cerdik akal dan cerdik jiwa..

Dari 7 hingga 9 bulan

Surah Maryam

Untuk memudahkan ibu bersalin..

Ammar dalam tu..teringat masa mengandung..rindu Ammar dalam perut Ibu..

@ Costume Baby

Monday, November 17, 2008

Ada sesiapa tahu kat mana nak beli costume baby camni? Nak beli untuk Ammar..Cute sangat...pernah nampak dulu tapi tak ingat laman web mana..cari pun tak jumpa..huhu..

Costume Spiderman
Costume Superman

Paling suka yang ni..comel bangat!!

Credit: Pics grabbed from costumecraze.com

@ BBQ

Last two weeks (dah macam ayam BBQ post ni..dimarinated lama-lama..heh)..ada gathering SMSPP (SCIPP-nama barunya)..organizernya adalah Puan dLa..themenya BBQ + Potluck..masing-masing bawa food..yang join kali ni dLa n hubby, Zue n hubby, Yus n hubby, Ernie n hubby dan Ibu n Ayah..tidak lupa junior2 yang menceriakan majlis Alisha, Dini dan Ammar.

Ibu sampai dalam pukul 8 lebih..masa tu sesi bakar-membakar dah mula..antara makanannya ayam BBQ (5 ekor ayam), beef + lamb + sotong + udang, nasi goreng (yummy2), triffle, agar-agar milo, salad, corns dan potatoes.

Sedappnya..

Emm borak-borak sambil makan..biasala..ada saja cerita terkini hiburan sensasi..hehe..makanan pun semua sedap..tak tahula berapa kali ulang makan..sampai tegak badan kekenyangan..bergilir-gilir dengan Ayah entertain Ammar..siap ada buat lawatan ke belakang rumah dLa tengok tupai (erkk..tupai ke?..)..

Mula-mula Ammar macam biasa tunjuk macho..lama-lama tak tahan..mula la buat soprano..baru semua tahu betapa tingginya pitch Ammar..hehe

Ammar ..

Borak punya borak..dah pukul 1 lebih rupanya....hehe..semua tak sedar..patutla baby2 semua dah tunjuk perangai..sebenarnya ajak mak ayah balik..tapi mak ayah tak paham2..hehe..apa-apa pun thanks to dLa and family..nanti kita buat lagi ye..sampai rumah dekat pukul 2 pagi..balik semua terus tidur kepenatan dan kekenyangan..alhamdullilah..

P/s: Pics grabbed from Zue..Thanks Zue

@ Kena Tag

TAG 1 oleh Dila

Ermm dah pun buat sebelum ni..pasal Diaper Bag..btw..Dilaa..nak juga beg camtu..nanti dah start jahit habaq no..

TAG 2 oleh Kak Eina

1. take a recent picture of you or take a picture of yourself right now.
Gambar paling last amik petang tadi masa balik daripada kenduri..


2.Don't change your clothes, don't fix your hair...just take a picture.
Yalah..sungguh comot..muka masing-masing dah penat..

3.Post that picture with NO editing.
Tak edit..main upload je

4. Post these instructions with your picture.
Err..

Tag 10 people to do this
Sesiapa yang sudi silakan...geng Ibu suma dah ditagged oleh Kak Eina..hehe

@ Petua Ransang Anak Belajar - 2

Saturday, November 15, 2008

Sambungan daripada Petua Rangsang Anak Belajar 1

10. Gunakan masa menukar lampin sepenuhnya. Gunakan waktu itu untuk mengajar bahagian badan atau pakaian.

11. Beri kata kunci. Jika anda berkata; “Mak nak buka lampu ni,” sebelum menekan suis, si kecil itu diajar sebab dan akibat sesuatu perkara.

12. Beri kejutan. Sesekali, gembirakan bayi dengan meniup muka, tangan atau perutnya perlahan-lahan sambil melihat reaksinya.

13. Sediakan banyak tisu. Jika bayi suka bermain dengan tisu, biarkan. Dengan hanya beberapa sen, ia boleh dijadikan alat mainan deria yang boleh direnyuk dan digosok. Sorokkan mainan kecil pada bawah tisu dan biarkan dia mencari.

14. Baca buku berulang kali. Saintis mendapati bahawa bayi semuda lapan bulan dapat belajar mengenali turutan dalam cerita jika dibaca dua atau tiga kali berturutan serta membantunya mempelajari bahasa.

15. Main sorok-sorok yang boleh membuatkannya ketawa. Bayi belajar bahawa objek boleh hilang dan muncul kembali.

16. Main dengan warna. Pilih satu warna dan suruh si bayi cari objek lain yang sama warna sewaktu berjalan atau menaiki kereta bersama. Kemudian, suruh dia memilih warna untuk anda pula mencarinya.

17. Biarkan dia bermain dengan makanannya. Apabila anak sudah boleh makan, hidangkan makanan dengan tekstur berbeza termasuk kacang pis dimasak, bijirin, pasta atau cebisan daging dikisar. Dia dapat berlatih mencubit dan meneroka deria rasanya.

18. Jangan lupa rehat. Luangkan masa beberapa minit sehari dengan hanya duduk atas lantai bersama bayi tanpa muzik, cahaya terang serta mainan. Biarkan anak meneroka dan lihatlah ke mana dia membawa anda.

@ Petua Ransang Anak Belajar - 1

Friday, November 14, 2008

PAKAR perkembangan bayi percaya tahun pertama kehidupan bayi merupakan tempoh utama berlakunya proses pembelajaran. Tidak perlu muzik klasik, alat pembelajaran bahasa atau kad imbas untuk merangsang otak bayi atau kanak-kanak. Alat pembelajaran terbaik baginya ialah individu di sekeliling si kecil itu.

Bercakap, menyanyi dan ketawa bersama antara interaksi harian yang lebih penting. Namun, kadangkala memang sukar memikirkan cara baru merangsang anak kecil (terutama sekali apabila si ibu atau bapa tidak tidur malam kerana meredakan tangisannya..huhu).

Berikut antara aktiviti menarik (berdasarkan sains) yang disarankan:

1. Bertentang mata. Ambil peluang ketika mata si kecil terbuka luas dan lihat dalam-dalam anak matanya. Bayi kecil dapat mengenal wajah pada awal usia malah setiap kali dia merenung individu di hadapannya, dia sedang membina memorinya.

2. Bercakap-cakap dengannya. Walaupun reaksi yang di berikan rupa keliru dan hairan, cuba berhenti sebentar di antara ayat untuk menggalakkan bayi memberi reaksi. Lama-kelamaan, dia akan dapat menangkap rentak perbualan dan mengisi ruang kosong yang dibiarkan senyap itu.

3. Jika boleh, beri susu badan dan lakukan selama mana yang anda boleh. Berdasarkan fakta, kanak-kanak yang diberi susu badan mempunyai tahap kecerdasan tinggi.

Tambahan pula, susuan badan dapat merapatkan hubungan dengan bayi sambil menyanyi, bercakap atau membelai rambutnya.

4. Jelirkan lidah. Kajian menunjukkan bayi yang baru lahir semuda dua hari dapat meniru pergerakan wajah yang mudah – ia menandakan kaedah penyelesaian masalah pada awal usia.

5. Hasilkan buku binatang. Sekiranya melawat taman haiwan atau zoo, ambillah gambar haiwan kesukaannya untuk di jadikan album.

Kemudian, baca buku itu bersama si kecil sambil me namakan haiwan yang dikenali atau membuat bunyi dan cerita haiwan.

6. Geletek si bayi pada keseluruhan tubuhnya. Ketawa langkah pertama dalam perkembangan humor bayi. Per mainan seperti ‘cak cekur’ dan ‘labah-labah panjat perigi’ dapat mengajar anak menjangka apa yang bakal berlaku.

7. Tunjukkan perbezaan. Pegang dua keping gambar beberapa meter dari muka si kecil. Gambar itu seharusnya lebih kurang sama tetapi ada sedikit perbezaan (mungkin satu ada pokok dan satu lagi tiada).

Bayi yang masih kecil pun boleh melihat kedua-duanya dengan teliti dan mencari perbezaannya. Ini dapat membantu perkembangan dalam pengecaman huruf dan pembacaan apabila dia besar kelak.

8. Berkongsi pandangan. Bawa bayi berjalan-jalan dan beritahu semua perkara yang dilihat padanya. Cara itu boleh menyediakan bayi dengan sebanyak mungkin perbendaharaan kata.

9. Nyanyikan lagu untuknya. Kajian menunjukkan mem pelajari ritma muzik ada kaitan dengan pembelajaran matematik.

@ Tengok Wayang Free

Seperti yang Ibu bagitahu..Ibu dapat tiket wayang free..so hari Ahad lalu Ibu pergi tengok wayang cerita James Bond terbaru..Quantum Of Solace..thanks to GoMobile dan Nuffnang..

Asalnya nak pergi dating dengan Ayah..sekali Ayah ada liga..Ibu ajak Pak Ngah..Pak Ngah ada shooting pula..nak ajak Auntie Rumija..jauh plak..emm lepas tu Ibu buat keputusan tak nak pergilah..kemudian Ayah call MIL..sekali MIL nak join..emm so Ammar macam mana? Ingat nak tinggalkan dekat MIL..bawa jelah Ayah kata..emm disebabkan Ibu kureng percaya orang lain jaga Ammar except Tok Mama dan MIL..Ibu pun decide bawa Ammar sekali..

Em fikir-fikir macam kelakar pergi tengok cerita James Bond dengan MIL dan anak. Hentam sajalah tiket free kan..hehe..malas nak tulis panjang-panjang..so here is the story:

5.45 PM: Sampai di Cinileisure
6.00 PM: Nak ambil tiket tapi tak boleh lagi..jadi masuk bilik menunggu..
6.15 PM: Taklimat pasal GoMobile (akan diterangkan kemudian)
6.30 PM: Tiket wayang dan kupon untuk free pop corn dan pepsi diedarkan
7.00 PM: Sembahyang dulu (Ammar tertidur)
7.15 PM: Masuk wayang..ngam-ngam cerita start (Ammar terjaga daripada tidur)
7.17 PM: Cerita mula..sound sangat kuat (ke sebab lama tak tengok wayang..huhu)..
7.25 PM: Ammar baik..khusyuk tengok wayang..agaknya kagum dengan kebesaran skrin
7.50 PM: Ammar mula rimas..tegur-tegur orang belakang la..nak meloncat la..
8.00 PM: Mula menjerit-jerit
8.01 PM: Keluar ke hallway..kasi Ammar tengok iklam wayang kartun kat dinding
8.15 PM: Masuk balik (dah blur..apa jd ngan citer ni)
8.30 PM: Menjerit lagi..keluar balik..siap masuk wayang lain..jalan-jalan.
8.50 PM: Masuk balik..cerita pun dah nak habis :(
9.00 PM: Cerita tamat dan ada lucky draw (kasi Ammar hisap jari..supaya tak menjerit)

Haha..so tak dapatla nak komen banyak pasal cerita ni..Ammar ok tak menangis..cuma terlampau excited..menjerit-jerit..susu tak nak minum sebab nak tengok cerita punya pasal..ini Ibu grab from Munirah (Ibu tak bawa kamera..yelah mana beg Ammar lagi..Ammar lagi)..thank you gurl..

Ammar dan Ibu

Taklimat daripada GoMobile ..Ammar teruja tengok awek kaler2..

Apa itu GoMobile? Em tau kan PC Fair..so GoMobile ni macam PC Fair..but khas untuk handphone dan seangkatan dengannya..semua pengeluar telefon (Nokia, Motorola, Samsung..etc) dan operator (Maxis, Celcom etc) will be there. Jadi..sesiapa yang merancang nak beli handphone baru..bolehla pergi PWTC pada 20-23 November ini..

P/s: Kalau Ayah sudi..marilah kita pergi..nak cari handphone ada kamera la Ayah..senang nak berblog..kata Ayah.."tengoklah"..huhu macam idak je tu..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Widget By Devils Workshop