Aqiqah ialah sembelihan binatang an‘am yang dilakukan kerana menyambut kanak-kanak yang baru dilahirkan sebagai tanda kesyukuran kepada Allah subhanahu wata‘ala.
Sabda Rasullullah sallallahu ‘alayhi wasallam:
كُلُّ غُلاَمٍ رَهِيْنَةٌ بِعَقِيْقَتِهِ تُذْبَحُ عَنْهُ يَوْمَ سَابِعِهِ , وَيُحْلَقُ وَيُسَمَّى .
Maksudnya:
"Setiap bayi itu tergadai dengan ‘aqiqahnya. Disembelih untuknya pada hari ketujuh dan dicukur kepalanya dan diberi nama."
(Riwayat Abu Daud)
Hukum Aqiqah
- Hukum aqiqah itu adalah sama dengan ibadah qurban iaitu Sunnat Muakkad kecuali dinazarkan menjadi wajib.
- Anak lelaki disunatkan dua ekor kambing dan perempuan memadai dengan seekor kambing. Sementara seekor lembu atau unta dibahagikan kepada 7 bahagian, dua bahagian bagi seorang anak lelaki dan satu bahagian bagi seorang anak perempuan.
Waktu Disunatkan
- Waktu melakukan aqiqah adalah dari hari kelahiran kanak-kanak itu sehinggalah ia baligh. Masa yang paling afdhal untuk melakukan aqiqah adalah pada hari ketujuh kelahiran kanak-kanak tersebut.
Syarat Sah Aqiqah
- Berniat aqiqah ketika menyembelih.
- Binatang ternakan berkaki empat iaitu kambing, biri-biri, kibas, lembu, kerbau dan unta.
- Memenuhi syarat-syarat sembelihan.
- Tidak terdapat kecacatan pada binatang tersebut
- Binatang yang hendak disembelih sudah cukup umur.
Perkara Sunat Semasa Aqiqah
- Berdoa semasa hendak menyembelih.
- Menyembelih ketika matahari sedang naik.
- Daging aqiqah digalakkan supaya tidak disedekah dalam keadaan mentah, bahkan disunatkan dimasak terlebih dahulu. Tujuannya ialah untuk bertafa’ul (menaruh harapan baik) terhadap keelokkan perangai dan budi pekerti anak yang diaqiqahkan.
- Semasa memotong daging disunatkan supaya jangan dipecah-pecahkan tulang binatang aqiqah itu, bahkan disunatkan supaya mengasingkan tulang-tulang itu mengikut sendi-sendinya. Ini bertujuan untuk bertafa’ul (menaruh harapan baik) terhadap tulang anak itu nanti tidak pecah dan tidak patah sebagaimana tidak pecah dan tidak patahnya tulang-tulang binatang aqiqah itu.
- Memasak daging aqiqah dengan cara lemak manis dan tidak pedas untuk dihidangkan kepada tetamu.
- Sunat bagi orang yang beraqiqah memakan sebahagian kecil daripada daging binatang yang diaqiqahkan, selagi mana aqiqahnya itu bukan aqiqah wajib (aqiqah nazar) atau aqiqah kerana wasiat.
Hikmah Aqiqah
- Tanda kesyukuran diberikan kekuatan oleh Allah s.w.t. untuk menjalankan syariat Islam dan dianugerahkan anak
- Menggalakkan amalan sedekah.
- Melepaskan penghalang pada bayi dalam memberi syafaat kepada orang tua mereka
- Sebagai mengikuti sunnah Rasulullah.
- Mengukuhkan semangat persaudaraan dalam masyarakat.
- Membuang sifat kedekut, bakhil dan tamak dalam diri.
- Memulakan kehidupan seorang bayi dengan amalan yang baik
- Membiasakan berkorban bagi orang tua
Kenduri Aqiqah Ammar dilakukan di Jitra, Kedah. Masa tu Ibu still berpantang..sabar jelah..tak tahan tengok semua makan sedap2..Ibu makan sup Ikan Haruan dan ikan kering je..
Untuk Aqiqah Ammar, dua ekor kambing termasuk upah sembelih dan masak harga dalam 1k (ini harga di Kedah dan tak termasuk makanan yang lain-lain)..
Untuk Aqiqah Ammar, dua ekor kambing termasuk upah sembelih dan masak harga dalam 1k (ini harga di Kedah dan tak termasuk makanan yang lain-lain)..
Lauk daging Aqiqah..gambar kambing tak sempat ambil..hehe









15 kawan BabyIbu berkata-kata..:
good info lah yana.. farees belum akikah lagi ni.. ntah biler nya nk buat.. huhu!
good info...
anak saya dah aqiqah masa 4 bulan
Tq for the info...
Anak2 ku stil x wat aqiqah lagi...huhuhu
Maybe tunggu wat korban terus la...
bagusnyer maklumat nie...dapat menambahkan lagi pengetahuan...tq
a good info...Alisha pun tak buat akikah lagi ....kalau belah mulut dan botakkan kelapa tu sudahlah...
kak yayah aqiqah kat sini, adik yan aqiqah kat mekah.....family baba yg uruskan.....makan sekampung! alhamdulillah....
alhamdulillah
ammar pun dah aqiqah
batrice umur setahun baru berpeluang nak buatkan aqiqah dia...tu pun tumpang majlis kawen pakcik dia
ammar tecik2 lagi dah Aqiqah....bagus info yana ni berguna untuk smeua
good info...thanks for sharing
salam...
cahya tompang kopipes info nih yer... :)
ibu..kedah katne?maria skrg dok pening nak cari bidan kat area alor star..ibu ada kenal sape2 tak?
ibu..kedah katne?maria skrg dok pening nak cari bidan kat area alor star..ibu ada kenal sape2 tak?
babyibu... sy nk mntk kebenaran la ambik post awk n tepek kt blog sy...slalo sgt fmily sy keliru pasal akikah n korban...
Post a Comment