@ Korek Telinga?

Tuesday, November 11, 2008

Memastikan Telinga, Hidung dan Mulut Bayi Bersih

Tidak pasti bagaimana caranya membersihkan telinga, hidung dan mulut bayi anda? Nasihat siapa yang patut diikut? Ibu mertua? Atau doktor? Bagaimana pula dengan kawan-kawan yang telah mempunyai anak? Panduan di bawah mungkin dapat membantu.

Tahukah anda tahi telinga bukan kotoran.

Sebenarnya, ia menyebabkan telinga bayi anda sihat! Sebarang kotoran yang berlebihan akhirnya akan keluar dari telinga dengan sendiri.

Apa yang diperlukan adalah sedikit kapas, semangkuk air suam dan tangan yang lembut.

  • Lapkan bahagian atas dan belakang telinga bayi anda dengan tuala kecil yang lembap dan lembut atau bebola kapas.
  • Rujuk kepada pakar pediatrik jika terlalu banyak tahi telinga di dalam telinga bayi anda.
  • Jangan bersihkan bahagian dalam telinga bayi.
  • Jangan cuba membuang tahi telinga daripada telinga bayi menggunakan putik kapas. Apabila anda menggorek terlalu dalam, anda mungkin boleh mencederakan gegendang telinganya.
  • Jangan titiskan ubat telinga ke dalam telinga bayi melainkan jika disarankan oleh pakar pediatrik.

Tahukah anda?

Anda tidak perlu membersihkan bahagian dalam hidung kecuali jika dia mengalami selesema.

  • Lapkan bahagian luar hidung bayi anda dengan tuala kecil yang lembap atau tisu yang lembut.
  • Gunakan penyedut hidung untuk mengeluarkan hingus jika ia terlalu banyak di dalam hidung bayi anda. Jika hidungnya masih tersumbat, bawa bayi anda berjumpa dengan pakar pediatrik.
  • Jangan masukkan putih kapas atau tisu yang digulung ke dalam hidung bayi anda untuk mengeluarkan hingus.
  • Jangan gunakan kuku anda untuk membuang hingus yang sudah keras atau berkerak.


Tahukah anda?

Kebersihan mulut harus bermula dari kecil, malah sebelum gigi tumbuh.

  • Bersihkan gusi, lidah dan gigi bayi dengan tuala kecil yang basah dan bersih selepas bayi anda makan atau sebelum tidur.
  • Gunakan berus gigi bayi yang lembut apabila bayi anda menjangkau umur satu tahun. Gunakan ubat gigi sebesar kacang pis sahaja dan berus giginya sebelum sarapan dan selepas makan malam.
  • Bawa bayi anda untuk pemeriksaan gigi apabila umurnya mencecah satu tahun.Jangan biarkan bayi anda tidur sambil menghisap susu botol.
  • Elakkan daripada memberi bayi anda terlalu banyak minuman manis dan makanan ringan.

Sumber: Positive Parenting oleh Dr. Yong Junina Fadzil, Pakar Perunding Pediatrik

Erk? Ibu selalu korek telinga Ammar guna putik kapas..tapi takdelah korek dalam telinga..just bersihkan tepi-tepi telinga..setakat yang Ibu nampak..hari-hari Ibu bersihkan sebab tahi telinga Ammar ni jenis cair..kalau missed nampak kotor je..lagipun Ammar baik bila cuci telinga die..Ayah kata Ammar 'feel'..pas ni kena tukar pakai towel kecil la sayang..


Ammar baik je..serah diriSedap ke?

13 kawan BabyIbu berkata-kata..:

Anasfadilah said...

sebelum ini saya saya sanagt rajin membersihkan telinga dan hidung Ziyyad

saya amik putik kapas bersihkan hidung Ziyyad dan telingenye

amat lah saya tidak ketahui bahawa tidak boleh memasukkan sebarang objek ke hidung baby...huahuahua

p/s::penah sekali korek idung ziyyad,taik hidung macam org besau.hahaha

Mrs.R @ Emi said...

hahahahhah..mmg yer..saya pon sama...........

Elyn said...

ayoo betui ka x le pakai putik kapas?? erm time kasih ngan info itu... apa2 pun Wafiq ttp x ske org duk belek ngan tinge die. geli semacam mamat tu haihhhh

BabyIbu said...

dila..emi..
yana pn selalu buat..geram kalu tgk ada tahi telinga n tahi idung tu..huhu..patut dulu time pantang tuk bersihkan telinga ammar guna lampin je..

elyn..
wafiq geli tu..ammar feeling lebh..tp dung die marah..

oli said...

sy takut nak korek...takut tercucuk...so, husband saya yang selalu korek telinga or hidung anak

Mama_Aqish said...

korek telinga ni memnag best...cam kita gak bile korek telinga rasa cam stim je...kalo baby mesti dia sonok tengok aksi diorang bile telinganyer dikorek....tapi jangan korek dalam2...

Mama_Aqish said...

aqish sekarang dah pandai nak korek telinga sendiri..tapi kita tak galakkan takut tercucuk kena geegndang telinga plak...

miela77 said...

suka tgk baby qis muka syahdu bila mamanya korek telinga...

Mama Safiyyah said...

kakak mama suka betul bersihkan telinga anak2 sedara.....

Zanna_MamaBatrice said...

syok jer nengok muka ammar kena kerjakan ngan ibu dia...
feel yerk ammar

Puan Iza said...

bagus info nie...

Puan Iza said...

baiknya ammar...diam je bila ibu korek telinga ek....mesti syok rasa tu...hehehe

me n de alisha said...

ish bagus nyer Ammar senyap jew yer.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Widget By Devils Workshop