@ Gathering di Hari Kristmas

Wednesday, December 31, 2008

Cerita amik gambar kat the Curve dah letak..cite makan kat Absolute Thai kat Ikano pun dah post..sebab utama yang pergi sana belum cite lagi..kenapa Ibu pergi sana? Sebab pergi gathering..kira penutup untuk tahun 2008 ni..gathering budak-budak exUTM..

Kali ni yang join Ibu, Rumija, Reen, Azza, Yani dan Lela..tak lupa Airyll ysng comei..sekejap je dah besar..sepatutnya Kak Eina pun join tapi cancel last minit kena balik kampung..tak dapatla jumpa Aira..

Kami sampai dalam pukul 1 macam tu..lepas makan-makan dan sedikit meeting di Absolute Thai..kami shopping beramai-ramai di Branded Outlet..Azza gerak dulu sebab nak jumpa Ayah die..lepas tu Ibu g beli barang da[ur di Tesco (maklumla parking kat Tesco)..pastu semua ke rumah Ibu..lepak-lepak sampai pukul 6 petang..so bila next perjumpaan? next yearlah ye..

@ Camy Babyland

Last Friday pergi Kedai Camy kat Dataran Sunway..tujuannya nak cari puting MAM untuk Ammar..suka beli kat sini sebab salesgirl die sangat helpful..sekali ada sales sampai 1 Januari..banyak juga stroller, car seat and FP bouncer yang tengah sales..

Camy Babyland
Add Image
Iklan Sales

@ Absolute Thai

Tuesday, December 30, 2008

Masa cuti Christmas..kami semua pergi makan di Absolute Thai dekat Ikano Power Centre..tempatnya cantik..sesuaila nak lepak lama-lama dengan baby apa semua..makanan pula..dah namanya Absolute Thai mestilah makanan Thai kan.Ibu makan..apa ke nama tak ingat..Ibu ingat makanan tu no 35 je (punya le panjang aka pelik nama makanan sampai tak ingat)..hehe..


Tapi bagi Ibu, Ibu tak berapa serasi la makanan die..biasa-biasa je tak padan dengan harganya yang ehem2..kami makan 3 orang kena RM68..huhu..better pekena nasi kandaq lagi best..

Address: G-20, Ground Floor, Ikano Power Centre, Mutiara Damansara
Tel: +603 7729 8708

p/s: Agaknya Ibu ni selera orang kampung agaknya..huhu..

@ Selamat Menyambut awal Muharram

Sunday, December 28, 2008

SELAMAT MENYAMBUT AWAL MUHARRAM 1430H buat semua umat Islam...



Semoga tahun baru ini membawa keberkatan kepada semua...Amin

Daripada
Ayah, Ibu dan Ammar

@ ToyWiz 2009 Clearance Sale

Toywiz akan mengadakan ToyWiz 2009 clearance sales Branded Toys sehingga 70%



Date: 3 to 4 January 2009

Time:11am to 6pm

Location: 3rd Floor Amcorp Mall (same row as Mc Donald’s, beside Koran Restaurant)

Brands Offered: Mattel, Hasbro, Takara Tomy, Ban Dai, McFarlane Toys, Neca, Kotobukiya, Sideshow Collectibles, Spawn, Lego, Hotwheels, Barbbie, Sota Toys

For more information: www.toywizard.net

p/s: Blog about this and the first 30 earlybirds will receive a free mystery toy from Toywiz Malaysia! Click Here
p/s: Jom shopping toys..Ibu nak pergi..ada barang Mattel tu...Ayahhhhhh....hehe

@ Walker Ammar

Kata Dr..apabila baby dah berusia 6 bulan..baby sudah boleh didudukkan kerana tulang belakangnya/pinggangnya sudah tegak..so oleh kerana Ammar pun dah masuk 8 bulan..Ibu pun sudah masukkan Ammar dalam itu walker..baru 2 minggu..mula-mula Ammar gostan ..pastu jalan mengiring ala-ala ketam..sekarang baru pandai ke depan..


Walker yang Ammar naik ni beli kat Warehouse Pureen..RM30 jek..murah kan? tapi itula..takde mainan kat meja walker tu..Ibu nak belikan Ammar walker camni..tapi Ayah kata membazir jek..pakai jelah apa yang ada tu..uhuk..bukan membazir..kesian Ammar tadak mainan..kalau bagi mainan lain..mesti dia baling ke bawah..penat Ibu kutip..


Pinjam gambar walker Airyll jap

Kebaikan naik walker..Ammar boleh jalan-jalan sendiri..satu rumah dipusingnya..agak selamat sebab risiko terhantuk kepala di meja atau lantai berkurangan..kelemahan pula..penat Ibu nak kejar satu rumah ni..pastu Ammar pula rajinn tolong Ibu kemas umah..tolong buka laci apa bagai..huhu..

@ Malaysian Online Baby Shops

Saturday, December 27, 2008

Ibu jumpa satu blog direktori mengenai kedai online untuk baby/children. Banyak juga kedai online yang tersenarai kat sini. Tak habis lagi Ibu jalan-jalan (macam kat shopping complex lak..hehe)..so just nak share info dengan semua..lawatilah..Malaysian Online Baby Shops

@ Merry Christmas di The Curve

Friday, December 26, 2008


Semalam ada gathering di The Curve. Selalu time Christmas mesti cantik diorang hias-hias. Ramai giler orang semalam. Nak jalan pun berlanggar bahu. Nasib baik Ammar tak buat perangai sangat. Tak sempat pun nak jalan-jalan kat kedai baby kat situ..pergi Branded Outlet je dekat Ikano..lupa pulak nak amik gambar..sibuk shopping..

Shopping baju untuk Ibu dan Mak Su je..kat Ammar beli stoking je..baju Ammar macam dah overdose Ayah kata..banyak baju baby gurl kat situ..geram tengok..lagipun tengah sales kan..tersangat la ramai orang..maklumalah kat Branded Outlet tu boleh dapat baju branded dengan harga lebih murah..best tau..hehe (ayat pancing)..

@ Tukar Susu

Ammar sekarang breastfeed+ formula milk..kenapa campur? Nak buat macam mana..kalau tak kurus le baby Ibu sorang ni..pernah sekali Ammar tak nak formula milk..terus badan susut..susu Ibu ada tapi tak banyak kot (agaknya sebab Ibu ni jenis kurang makan..uhu). Satu lagi maybe sebab lepas lahir..Ammar terus diberi susu formula..lepas tiga hari baru dapat breastfeed Ammar (Ibu caesar dan bilik nursery punyala jauh..huh).

Masa lahir..Ammar minum Snow..lama jugala Ammar minum Snow sampai usianya 3 bulan..susu Snow ni bagusnya badan baby jadi sihat aka chubby. Tapi masalah dengan susu Snow ni badan Ammar jadi panas (naik ruam) dan membuang seminggu sekali (kesian Ammar).

Masa risau pasal kes membuang yang sangat jarang itu..Ibu dapati puncanya mungkin susu tak sesuai..jadi Ibu pun buat research pasal susu ni..yang ramai beli Enfalac A dan S26 Gold (hasil interbiu kawan/sedara Ibu dan Ayah). Jadi lepas tu tukar ke S26 Gold..

Sekarang sebab Ammar dah lebih 6 bulan..Ammar minum Promil Gold pula..kira susu susulan la..harga pun murah sikittt..

Ni adalah susulan susu Ammar lepas ni..rasanya stick susu ni je kot sebab Ammar macam sesuai dengan susu ni..


Tips Nak Tukar Susu
(copy paste from somewhere..tak ingat pula dari mana sourcenya)...

Hari 1-3
Teruskan susu sekarang untuk susuan 1, 2 dan 4. Beri susu baru pada susuan ke 3.

Hari 4-6
Teruskan susu sekarang untuk susuan 1 dan 4. Beri susu baru pada susuan ke 2 dan 3.

Hari 7-10
Teruskan susu sekarang untuk susuan pertama sahaja. Beri susu baru pada susuan ke 2, 3 dan 4.

P/s: Hati-hati lihat sekiranya ada ruam muncul atau jadual membuang berubah..takut susu baru tak sesuai

jadi..Selamat mencuba!

@ Kenapa Ibu selalu turun Penang?

Thursday, December 25, 2008

Kenapa Ibu selalu turun Penang?

1. Banyak tempat jalan-jalan..shopping...

Market Chow Rasta

2. Makanan sedap..isykk..terliur pula..

Nyum-nyum

3. Ibu lahir dan dibesarkan di sana..jadi ramai kawan masa kecil di sana..

Bestfriend Ibu time kecil..Ida Kunik

Ibu dok sini time kecil-kecil..

4. Yang paling penting ialah sebab Mak Angkat Ibu di sana (kat Gelugoq)..Ibu panggil Mak..sebab dulu Mak mengasuh dari kecil sampai umur 5 tahun sebelum Ibu pindah ke Jitra..

Mak dan Ammar

@ Pertandingan Bayi Comel 2009

Wednesday, December 24, 2008

Majalah Pa & Ma telah menganjurkan Pertandingan Bayi Comel 2009..jadi marilah ramai-ramai kita memeriahkan kotak pos Pa & Ma..untuk maklumat lanjut silala beli Majalah Pa & Ma ye..

Tarikh tutup: April 2009
Perlu hantar 2 keping gambar close up baby

Thank You

@ Coach Anyone?

My MIL minta tolong jualkan beg Coach..kawan MIL belikan tapi MIL tak berkenan..

Pandangan Depan

Pandangan Dalam

Pandangan Belakang

NEW COACH SIGNATURE BAG
RM950.00

- Buckle front with magnetic snap closure
- One large Exterior Slip pocket
- TWO OPEN INTERIOR MULTI-FUNCTION POCKET, ONE ZIP CLOSURE POCKET
- Dimensions: 13" (L) x 3” (W) x 9”(H)

Sesiapa berminat boleh email Ibu di..liyanashuib@yahoo.com..

p/s: Ibu berkenannnn...sangaaattt..tapi tak mampula..hehe...

@ Ada apa kat tangan Ammar?

Tuesday, December 23, 2008

Ari tu Kak Eina ada tanya..apa kat tangan Ammar? So inilah dia..

Apa ke nama benda ni..brand Sassy..actually untuk lekat di playpen tapi Ibu lekat kat tangan Ammar..senang..kalau mainan lain Ammar pegang kang jatuh sana sini..yang ini confirm tak jatuh punya..bagus kan..heh

@ Kuasa Allah - 18SG

Peringatan! Kandungan di bawah mengandungi gambar 18 SG..kalau tak sanggup jangan tengok..Ibu tak bertanggungjawab kot-kot ada yang muntah or pengsan atau yang sewaktu dengannya..peace!!

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Subhanallah ........... Dengan kuasa allah ...........

Ibunya mati di gilis tapi babynye tercampak keluar dari dalam perut ......

Masih hidup dalam keadaan sihat wal-afiat ............ ..

Maha suci allah ............ .

Innalillahiwainnail lahirajiuun. ......... .



Emel dari Liza

@ Free Photo Editors

Disebabkan ramai yang bertanya..di sini Ibu senaraikan antara perisian percuma yang boleh digunakan untuk mengedit gambar digital:

1. Photoscape- Ibu guna yang ini untuk gambar-gambar dalam kotak tu




3. Paint.NET








5. Picasa - boleh digunakan bersama Picasa Web Album

Jadi bolehla cuba mana satu yang anda suka. Ibu suka guna Photoscape sebab senang (walaupun namanya orang IT tapi tak suka guna Adobe Photoshop dan yang sewaktu dengannya..huhu).

Terima kasih.

@ Chow Rasta

Monday, December 22, 2008

Dua tiga hari ni..Ibu dilanda penyakit malas hapdet blog..penat je rasa badan ni..itu yang cerita 2 minggu lepas pun tak abis cerita lagi..Ayah kata cerita pun dah basi..huhu..

K..sambung cerita kat Penang..hari kedua tu..konon nak mandi swimming pool..tapi disebabkan malamnya pergi melantak tak hengat kat Nasi Beratur, Line Clear dan Sup Hameed..semua liat nak bangun..lepas sembahyang subuh..semua tarik selimut balik..alih-alih kat pukul 10 baru nak bangun..nak mandi pun dah panas Ammar..huhu

Selepas semua siap..kami bertolak ke Market Chow Rasta..tempat ni kat area Penang Road juga..lepas ronda-ronda tempat kain (banyak juga kain dijual kat sini)..kami singgah makan cucur udang, cendol dan ais kacang kat gerai dalam tu..memang tempat wajib singgah kalau pergi Chow Rasta..sedaappp...


Lepas makan-makan..kami singgah beli jeruk..kat sini jeruk paling best..fresh oo..boleh test2..ada macam-macam jeruk..jeruk pelam..jeruk buah pala..dan macam-macam lagi la..Mama beli untuk nak kasi adik-beradik..Ibu tak beli sangat..beli kat MIL jek..Ibu tak boleh makan sebab batuk tak baik-baik lagi..haih..sabar2..(padahal tadi melantak cendol..haha..sampai bila pun tak baik cam gini..huhu)..

@ Sesuwai ke?

Sesuwai ke? Apa yang sesuwainya? Emm semalam ada kenduri kat bawah apartment ni..daripada Jumaat dah ramai orang..pasang khemah..dapur semua bagai..kenduri ala kampung gitu..

Hari Sabtu malam..diorang pasang mic pula..adeh kuat bangat..mula-mula tu okla..baca-baca doa..ada marhaban sikit..kita pun bestla dengar..sampai tertidur Ammar..lepas tu dalam 9 pm lebih..diorang karaoke pula..adeh..suara dahla ke laut..Ammar sampai terjaga dari tidur..Ibu nak buat keje tak boleh..Ayah nak study lagila tak dapat..

Akhirnya kami turun bawah pergi main badminton..puas hati..alang-alang nak tidur pun tak boleh kan..

Ibu naik dulu sebab Ammar mengantuk dah..boleh tahan lama diorang berkaraoeke..masalahnya..apartment ni gabung dua..jadi bila pasang speaker kat tengah makanya sangat la bergaung..Ibu curi-curi amik gambar..tak berani amik terang-terang..ramai sangat orang kat bawah..

Hari Ahad pun sama..kuat betul..karaoke..nyanyi tak sedap..kalau pasang lagu ok juga..kesian Ammar..tidur pun tak aman..nasib baik dalam pukul 4 petang dah berenti..boleh Ammar tidur aman-aman..

Bagi Ibu..tak kisah la nak buat kenduri kat bawah tu..tapi hormatilah orang di atas ni..terutamanya yang ada anak kecil..pasang speaker kuat-kuat sampai sakit kepala mendengarnya..huhu..

p/s: Zuha? Sesuwai tak? huk..

@ Undilah Kami

This is a Sticky Mode Entry..Scroll Down For Updated Entries..

Ibu dan Ammar ada masuk MMPS Breastfeeding Photo Contest. Diharap semua sudi mengundi kami. Walaupun gambar Ibu bukan paling cantik di situ (tak aci la takkan nak antar gambar sensored kan..hehe)..tapi korang undilah juga eh..sayang korang..muah2..

Undi gambar ni tau..jangan undi yang lain pula..hehe

Sila layari http://pgmmps.wordpress.com/ untuk mengundi. Undi sekali sahaja. Undian bermula 22/12/2008 sehingga 14/1/2009.

P/s: Sapa yang ada dalam gambar tu wajib mengundi..peace!!

Terima Kasih..jasamu dikenang..
Ammar dan Ibu

@ Hytex Warehouse Sales

Saturday, December 20, 2008


20 December 2008 - 18 January 2009. Every weekend only!!!

Time
10am - 6pm

Location
Lot 25 Jalan E1/5
Kawasan Perindustrin Taman Ehsan
Kepong
52100 Kuala Lumpur

Products offered include:
All branded apparels

Brands offered include:
Children Apparels
Issue
American Atheletes
Tenderly
Disney
Disney Babies
Looney Tunes
Loone Tunes Babies

p/s: Dapat tahu darpada Mama Aqish..katanya baju cantik, kain berkualiti dan tebal..baju harga RM40 boleh dapat RM5, RM8 dan RM10. Geram ni..tengah pujuk ayah pergi tak lulus lagi..huhu

@ Spek Hitam

Thursday, December 18, 2008

Lately Ibu dapat penyakit malas update blog..huhu..penat dan sibuk skit..yang Mamy Poko pun tak sempat update lagi ni..ni cuci mata tengok Ammar pakai spek mata Tok Abah..abisla diorang ni buli Ammar..tapi Ammar maintain je..siap posing lagi..

@ Foto Daripada eoeOnline

Wednesday, December 17, 2008

Ingat tak Ibu pernah cerita pasal eoeOnline ? eoe Online ni menyediakan perkhidmatan mencetak foto secara atas talian. Penggunaannya sangat mudah..lagi mudah daripada nak pergi kedai gambar hantar cuci..

Selepas Ibu review pasal eoe Online..Ibu ada juga review pasal eoe Online Bloggers Review Program..melalui program ni..anda hanya perlu review mengenai eoe Online dan akan mendapat cucian 50 keping foto 4R secara percuma dan RM 50. Bestkan?

Setelah submit gambar..dalam masa 3 hari sahaja Ibu dah dapat gambar percuma tu..lambat sikit upload sebab gambar tu sampai alamat di KL..Ibu kan balik Kedah lama..ni Ibu tunjuk sikit..


Gambar-gambarnya cantik..servis yang disediakan juga bagus, cepat dan boleh dipercayai. Murah pun murah. Lepas ni confirm Ibu cuci gambar guna eoe Online je. Sekarang tengah promotion 4R cuma 30 sen sahaja. Bolehla cuci gambar pergi Penang dan PD.

So sesiapa nak gambar free..bolehla join eoe Online Bloggers Review Program II..atau nak cuci gambar online..just go to eoe Online.

@ Back up Blog

Dengar ada blog yang kena remove..cuak Ibu..yelah sayang tau blog BabyIbu ni..jadi meh kita back up blog kita ye..Kita akan guna Fungsi Import and Export di Blogspot

Kegunaan Fungsi Import and Export ini:
  • Gabung dua atau lebih blog kepada satu.
  • Back up blog anda di hard drive anda sendiri
  • Pindahkan blog anda ke tempat lain contohnya WordPress
Macam-mana?

1. Pergi ke Settings | Basic tab..di section Blog Tools..ada Import and Export

2. Kalau nak back up..klik Export blog
3. Klik Download Blog..


4. Klik Ok..taraa..blog anda telah di back up..

@ Sup Hameed

Selepas pekena Line Clear..kami pergi kat Sup Hameed pulak..Sup Hameed ni pun kat Penang Road..perut dah penuh..macam ular sawa je rasa..uhuh..Ayah la dok promote sangat..order sup ayam dan sup kambing..cicah dengan roti..siap bungkus bawa balik sebab tak abis..

Komen Ibu: Sedap..supnya panas, sedap dan banyak isi..kira puas hati la..Ibu bagi 4 bintang

@ Nasi Beratur vs Line Clear

Tuesday, December 16, 2008

Selepas berehat-rehat..kami pun keluar nak jalan-jalan cari makan..masa tu dah pukul 11 malam..perut pun dah keroncong..Mama dan Abah tak ikut jadi Ammar pun tinggalla..

Muka ngantuk..Ammar tensen kena tinggal..

Mula-mula kami nak pergi makan di Nasi Beratur dekat dengan Masjid Kapitan Keling. First time nak pergi ni..Ayah dapat tahu daripada kawan cakap tempat ni best..sekali sampai-sampai..patutla orang panggil Nasi Beratur..memang beratur orang berbaris..adehh..dah la lapar..boleh tahan panjang barisan dia..

Komen Ibu: Tempatnya bersih, tempat duduk selesa, servis ok2 je, rasa makanannya sejuk jadi kurang ummp..Ibu bagi 3 1/2 bintang.

Lepas tu pergi Line Clear dekat Penang Road..ini merupakan tempat wajib pergi kalau Ibu ke sana..selain nasinya yang panas dan sedap (diorang masak tepi tu je)...satu lagi speciality dia adalah susu kambing..sedap macam Dutch Lady..hehe

Komen Ibu: Makanannya sangat sedap..mungkin sebab panas..kebersihan kurang sikit..tempat duduk ok..servis ok..Ibu bagi 4 1/2 bintang.

Tapi lain orang lainla lidahnya kan..apa-apa pun kami semua pulang kekenyangan..Alhamdullilah..


@ Leisure Cove

Kami bertolak agak lewat sebab Abah kerja..sampai di Leisure Cove dalam pukul 6 petang dah pun..Leisure Cove ni di Batu Feringgi..daripada Ibu kecil sampai sekarang mesti tidur sini kalau ke Penang..bilik ala-ala apartment gitu jadi selesala ramai-ramai..2 bilik, 2 bilik air, kat ruang tamu ada sofa cum katil dan dapur..boleh masak apa semua..this time special skit..sebab Ibu dapat tidur di master bedroom..haha..special case sebab ada Ammar..satu lagi bilik katil kembar..kang bolos pulak Ammar tengah-tengah tu..hehe

Sampai-sampai semua pengsan..ingat nak pergi Pesta Pulau Pinang..tapi sebab semua tak larat..tidur jelah..huhu

@ Rumahku Syurgaku

Monday, December 15, 2008

Banyak sangat cerita tak diupdate..tak tahu nak mula daripada mana..emm start dari Kedahla ye..Ibu bertolak ke Pulau Pinang pada hari Rabu lepas..sedih tau nak tinggalkan rumah..walaupun boleh balik bila-bila masa..tapi feelnya lain..rasa seronok sangat dapat balik kampung lama-lama..kalau dulu boleh balik lama time cuti semester..sekarang tunggu raya/kenduri/cuti umum baru boleh balik..huhu

Ingat nanti tengah tahun depan nak buat macam ni lagila..balik Jitra 2-3 minggu..hehe..itupun kalau Ayah kasi..ye la..kesian Ayah sorang-sorang kat Kl ni..so inilah rumahku syurgaku di Jitra..

@ Lif Rosak

Sunday, December 14, 2008

Sepanjang menetap di apartment ni..

Kali pertama lif rosak
Hari pertama pindah masuk..Ibu dan Ayah best-best shopping barang rumah..yelah baru first time masuk rumah..excited la..penuh satu kereta kami borong..alih-alih lif rosak..10 kali juga turun naik mengangkat barang..huhu

Kali kedua lif rosak
Dalam banyak-banyak hari..hari ni la lif tu nak rosak..jenuh Ibu dan Ayah mengangkat barang..balik daripada Pord Dickson terus pergi beli barang dapur kat Tesco..penuh satu kereta dengan beg, stroller, hadiah2 (ehem2), wardrobe baru (beli kat Tesco), barang-barang dapur..tak kira Ammar lagi tu..dahla penat..kena mengangkut barang ke tingkat 4 tu pula..mengah-mengah..

Mengapakah harus lf tu rosak di saat kami memerlukan..? dugaan...huhu..

P/s: Tak nak amik gambar lif tu..merajuk..huhu

@ Ammar Kena Marah

Alkisah..ada sepupu Ibu..namanya Hana..umur setahun..Ammar berkenan betul dengan kasut Hana..asyik dok usik-usik kasut Hana..maklumlah kalernya cantik..Hana senyap je..sabar-sabar..sekali Ibu Hana dukungla Ammar..jeles agaknya..menjerit-jerit Hana kat Ammar..apa lagi Ammar pun sebek..pastu nangis..alahai kesian anak Ibu..tula sapa suruh usik Mak Su Hana..hehe..

@ Aidiladha 2008

Saturday, December 13, 2008

Walaupun selalunya raya haji tidaklah semeriah raya puasa (sebab tak ramai yang balik..maklumlah cuti pun sehari je)..namun bagi Ibu raya haji kali ini sama meriahnya dan sama indahnya dengan raya puasa..sebabnya? yelah sebab Ibu raya dengan famili Ibu..di kampung Ibu..masa raya puasa dulu raya di kampung Ayah..meriah tu meriah..tapi lain la skit..takde Mama..takde Abah..feeling pun lain..

Opy, Mama, Abah n Ammar, Mak Tok, Ibu, Ayah, Tiqah dan Aiman

Senyum..

Dah seminggu raya..takde mood pula nak cerita banyak2..hehe..nak tengok lebih gambar dan cerita..klik sofimohd..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Widget By Devils Workshop