@ Antoo Fighter

Tuesday, December 2, 2008

Filem arahan Azizi 'Chunk' ini dibuat menggunakan teknik CGI (hampir 70 %). Filem ini yang berunsurkan komedi dan seram mampu membuatkan anda semua ketawa sepanjang menonton filem ini. Bagi Ibu (Ibu tengok versi awal)..ceritanya ringan dan menghiburkan. Teknik CGI yang dihasilkan sepenuhnya oleh anak muda Malaysia membanggakan. Tahniah buat seluruh tenaga produksi!!

Antoo Fighter

Sinopsis Antoo Fighter

Kisah bermula apabila Sekumpulan Makhluk dan Hantu-hantu di zaman dahulu yang diketuai Drakulat Van Listerooy kembali mengganas dan bermaharajalela di zaman ini selepas mereka terlepas dari kurungan dan tangkapan kumpulan Penentang Jembalang pada zaman dahulu. Setelah terlepas dari kurungan, mereka mengembara ke merata tempat dan membawa mereka semua ke Kuala Lumpur. Menara KL dijadikan markas mereka untuk bertapak bg menakluk negara di samping membebaskan "Lord Sharon" iaitu anak syaitan. Dalam usaha membebaskan Sharon, Drakulat dan semua rakannya berusaha mencari seorang gadis yang telah terpilih menerusi keturunan darahnya, iaitu “Delyla” , di mana darahnya dipercayai mempunyai kuasa dan dapat dijadikan korban untuk dipersembahkan kepada “Lord Sharon” supaya dapat bebas ke bumi.

Dalam pada itu, Kehadiran kumpulan Drakulat dapat dirasai oleh Pak Din (salah seorang Antoofighter terakhir pada zaman 50an). Antoofighter merupakan kumpulan rahsia yang telah wujud sejak bermulanya alam dan dunia dimana 5 orang manusia akan terpilih untuk menjaga dunia daripada kuasa kuasa jahat setiap 60 tahun.Siapakan 5 waris terbaru penentang hantu-hantu ini...? Bagaimana mereka terpilih..? Mampukah mereka menumpaskan Drakulat dan semua rakannya yg semakin kuat dan berkuasa..? Apa yang terjadi kepada negara...? Jom tengok di pawagam yang berdekatan dengan anda..

Kenapa kali ni entri pasal Antoo Fighters?

Sebab-sebabnya

1. Image Box (yang buat filem ni) merupakan tempat Adik Ibu (Pak Ngah Ammar) bekerja..so ni sebagai sokongan..klik sini untuk lebih gambar..

Pak Ngah dengan trofi Antoo Fighter (Oskar award 2008 bagi visual effect terbaik, 3D animation terbaik dan costume terbaik)

2. Salah seorang pelakon utama..Nurfazlin Azmi (sebagai Tasha) merupakan kawan sekelas Ibu semasa di UTM..

Lin..yang tengah bercakap tu

3. Kerana..kerana..Ibu peminat tegar cerita Melayu..haha..penyokong industri filem Melayu ni..

Para Pelakon Utama

7 kawan BabyIbu berkata-kata..:

lovelymummy said...

wa...lin pn dh jadik artis ek skang...movie ni ke dia belakon.cm dh lama jek filem ni.sbb penah terbaca dlm friendster dia dlu..hehe...yana silap orgla,saya lin jugak..not pn yana..hihihi..dlu classmate ngan mukhlis,ur hubby.

BabyIbu said...

ha ah..movie ni la..rasanya lama dah tahun 2005/2006 dulu..lin eh..muka familiar..nama tak tahu..maklumla brapa ramai batch kita tu..hehe..dulu ktf ke ktc?

asmaa said...

eehh...ada ker citer nie dulu...x 'berperasaan' lah plak...dah semakin maju dlm industri nie..

Mama Safiyyah said...

tak minat citer mcmni

miela77 said...

Best ke cite nie? x dapek tengok la..

azzamoro said...

sampai skarang tak tengok lagi citer ni..

Zanna_MamaBatrice said...

bagus yana
sapa lagi nak sokong industri filem kita kalau bukan kita kan....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Widget By Devils Workshop