Em ari Rabu last week Ibu n Ayah pergi Jaya Jusco One Utama..masa tu ada Baby Fair yang Jcard tu tak mula lagi. Tapi alang-alang dah pergi..n kebetulan tak ramai orang malam tu..Ibu fikir shopping jelah. Dengan berbekalkan checklist Ibu..kami bershopping dengan jayanya..hehe. Ayah siap beli toy lagi untuk Baby..malam tu RM300 jugak le habis..huhu.
Kebanyakan barang asas yang penting-penting macam receiving blanket, bath tub, toiletries (yang travel punya je), hooded towel, towel, cotton buds, baby manicure set, nasal aspirator, changing mat, baby wipes (pureen), napkins, nappy liner, diaper rash cream, and nappy kleen (sabun basuh baju). Pastu toy fisher price (yang harganya 1/3 dari semua barang ibu beli..huhu - nasib baik Ayah yang bayar semua ;)). Untuk ibu..nursing pad (washable/disposible) je. Ni gambar first round shopping.

Ibu n Ayah bercadang nak pergi lagi JJ OU pada hari Sabtu sebab ada barang yang tak sales masa Baby Fair tapi ada sales masa JCard Privelege Day. Semangat2. Ayah kata time shopping semangat je jalan..kalau time lain slow mak datuk..hehe :).
Kebetulan hari Jumaat Ibu pergi UKM ada meeting dengan lecturer, time tu Ayah pula ada meeting kat Cisco dekat dengan KL Sentral. Masa time balik tu saja mesej Ayah, nak tak singgah JJ kat Midvalley (punya tak sabar nak shopping). Rupa-rupanya Ayah punya meeting tak habis lagi so Ayah suruh Ibu singgah dulu..Ibu pun apa lagi..tanpa banyak soal turun kat Midvalley. Penat nak berjalan tak payah cakap..tapi shopping punya pasal..kugagahkan diriku ini..chaiyok2.
Ibu terus masuk Jaya Jusco..malas nak pusing tempat lain..jimat tenaga..pastu baru perasan..checklist kesayangan Ibu tertinggal kat rumah. Aisey..mula la Ibu tercangak2 kat JJ tu sorang2. Mesej Ayah, Ayah kata lambat lagi. So Ibu pun jalan keliling setiap rak kat situ n catat apa yang Ibu nampak tak beli lagi..hehe (takde keje kan?). Time tu pun takde orang. Aman je rasa. Salesgirl pula asyik tanya nak beli apa..yelah asyik belek itu ini tapi tak amik apa-apa pun. Dah dekat setengah jam Ayah tak sampai-sampai lagi..nasib baik Puan Donat telefon. So nampak le macam bz skit..hehe. Lama gak borak2 update cite.
Lepas habis gayut, Ibu pun pergi la ambil bakul. Ibu letakkan bakul tepi rak..pastu pusing2 sambil amik barang nak beli. Siap ada sorang salesgirl (pangkat akak2 la) teman sambil suggest barang mana yang elok n berbaloi beli..hehe. Dapat le free gift 2,3 barang sebab apa die suh beli semua Ibu amik je..heh. Barang kat sini lagi murah pada JJ OU (mungkin sbb JCard dah start).
Dalam setengah jam baru Ayah datang..Ayah tapis-tapis barang Ibu beli..hehe..yang tak tau guna pun ada..kuikui. Pastu kitaorang beli set bantal and beli baju 2 pasang. Senarai barang Ibu beli kat sini: baju 2 pasang, mittens & booties (3 set), socks, hat, bibs, breast pump (pureen), feeding bottle 2 oz, baby pillow & bolster set, mosquito net, blanket, cotton balls, baby comb/brush, disposable diaper, napkins, safety pin, and maternity pad (pureen).

Itu baru kisah penat membeli..nak balik pun satu cerita juga..rupa-rupanya Ayah parking kereta kat bangunan tepi KL Sentral. Setengah jam juga angkut barang-barang ke kereta. Tak kira bersesak dalam train lagi. Huh penat2. Yelah jalan pun macam kura-kura..lagi la lambat..siap nak berhenti berehat jap..semput2. Kira ini senaman untuk seminggu la ye..
Second round shopping pun habis dalam RM300 jugak..toing2. Baru barang kecil-kecil. Itupun beli serba satu je. Takpela Baby punya pasal. Hehe. Buat masa ni itu je kot shopping untuk Baby (tak tahule kalau nanti terbabas..heh)..yang lain lepas bersalin baru beli. Tapi baju rasa macam sikit sangat..huhu..tengokle macam mana (hehe..)..bulan 3 ni ada sales lagi kan? hikhik
Read more...