@ Pneumokokol

Wednesday, August 27, 2008

Semalam pergi bawa Ammar untuk suntikan Pneumokokal. Suntikan ini sebenarnya optional tetapi bila Ibu buat reasearch rasanya eloklah ambil. Mencegah lebih baik daripada mengubati..betul tak? Ammar kena ambil lagi dua dos masa umur 6 dan 7 bulan. Ibu tak ambil serentak dengan suntikan wajib sebab takut demam..lagipun kesian Ammar. Suntik di Klinik Chua (dekat rumah) dengan kos RM280. Boleh tahan harganya patut kerajaan tak bagi subsidi. Takpe Ammar..demi Ammar berapa pun takpe.

Sedikit info mengenai Pneumokokal (Pneumococol)

Pastinya ramai ibu bapa tertanya-tanya, bagaimana demam panas boleh menyebabkan sawan sehingga boleh berlaku cacat pendengaran, terencat akal atau mungkin membawa maut? Jawapannya, ia berpunca daripada penyakit pneumokokal. Penyakit pneumokokal (PnD) merupakan punca penyakit dan kematian utama yang kini semakin disedari di seluruh dunia. Penyakit ini menjadi punca kematian lebih sejuta bayi dan kanak-kanak setahun.

Apa itu Pneumokokal

Pneumokokal berlaku disebabkan jangkitan kuman pneumokokus atau streptokokus pada organ di dalam tubuh. Selepas bakteria pneumokokus menyerang dan ‘menakluki’ saluran pernafasan atas, ia boleh disebarkan secara setempat atau memasuki aliran darah atau cecair serebrospina (csf) dan menyebabkan pelbagai penyakit.

Sekiranya jangkitan berlaku pada bahagian atas salur pernafasan yang menyebabkan bakteremia (jangkitan kuman dalam darah), sepsis (keracunan dalam darah), meningitis (jangkitan bakteria dalam membran tulang belakang atau otak) dan pneumonia. Jika kuman streptokokus merebak dari dalam hidung ke bahagian atas saluran pernafasan, ia menyebabkan pneumonia (radang paru-paru), otitis media akut (radang pada bahagian tengah telinga) dan sinusitis (radang dalam hidung).

Jika ia tidak dirawat atau gagal dirawat, penyakit pneumokokal boleh menyebabkan kehilangan pendengaran, masalah pembelajaran, gangguan pertuturan, lumpuh kecacatan otak dan kadangkala maut.


Gejala (Pelbagai mengikut penyakit)

Agak sukar dikenalpasti kerana gejalanya seperti demam, berasa seram sejuk dan batuk berbeza mengikut jenis penyakit dan tidak khusus. Lazimnya pengesahan dibuat menerusi ujian rapi seperti x-ray atau ujian makmal. Secara umumnya:
  • Bakteremia (jangkitan darah) - Demam panas, tidak selesa, jangkitan saluran pernafasan (boleh berlaku atau tidak)
  • Meningitis - Demam, sakit kepala yang teruk, mual, muntah, cirit-birit, tengkuk menjadi kejang, fotofobia (menjadi sensitif kepada cahaya).
  • Pneumonia - sawan secara tiba-tiba, pernafasan menjadi cepat dan sukar, sakit dada, menggigil, batuk, demam panas.
  • Otitis media akut (jangkitan telinga) - Telinga berasa sakit, tidak selesa dan kadangkala mengalami masalah pendengaran seketika.
  • Sinusitis - Demam, selesema dan batuk.
Cara Sebaran

Bayi baru lahir sehingga berusia 24 bulan menghadapi risiko paling tinggi kerana kandungan antibodi pneumokokus yang rendah. Kanak-kanak yang dihantar ke pusat penjagaan pada waktu siang juga mungkin dijangkiti kerana lebih terdedah kepada bakteria dalam persekitaran pusat jagaan tersebut. Kuman disebarkan kepada kanak-kanak melalui pelukan dan ciuman oleh ibu bapa atau orang dewasa yang mengalami selsema. Ia kemudian disebarkan kepada kanak-kanak lain melalui bersin atau batuk. Selain kanak-kanak, mereka yang HIV positif dan mempunyai sistem imunisasi lemah seperti perokok dan warga emas turut mudah dijangkiti.

Cara Mencegah

Tidak seperti jangkitan bakteria lain, masalah PnD tidak dapat diatasi dengan pengambilan antibiotik. Banyak kes menunjukkan antibiotik tidak berjaya menentang serangan pneumokokus. Pneumococcal Conjugate Vaccine (PCV7) adalah vaksin pertama dan satu-satunya yang mampu mencegah penyakit pneumokokal dikalangan bayi dan kanak-kanak berusia kurang daripada 24 bulan. Vaksin PCV7 membantu melawan penyakit melalui fenomena penggantian ke atas tujuh sterotaip kuman pneumokokus iaitu 4, 6B, 9V,14, 18C, 19F dan 23F. Ia memberikan memori kepada sistem imunisasi dalam tubuh untuk melawan bakteria ini apabila ia memasuki tubuh.

Vaksin ini sudah wujud dan diperkenalkan di negara industri. Masalahnya ia agak mahal terutama di kalangan masyarakat negara membangun di Asia. Tambahan pula ia belum dimasukkan ke dalam program imunisasi kebangsaan di kebanyakan negara Asia seperti Filipina, Indonesia dan Malaysia

Kos Suntikan

Hingga kini vaksin berkenaan boleh didapati pada harga antara RM280 hingga RM320 untuk satu dos. Dos bergantung kepada umur.

Sumber (Halina Mohd Noor; Nor Afzan Mohamad Yusof)

@ Baby Pouch

Friday, August 22, 2008

Dah lama mencari Baby Sling/Pouch..banyak yang cantik2 seperti di littlepods, kasihkusayangku, fabulousmom.com, littlewhiz.com..sudah lama survey tapi still confuse sebab tak nampak depan mata..

Perbezaan Antara Baby Sling dan Baby Pouch


Baby Sling


Pros
Satu saiz sahaja, senang untuk disesuaikan dengan bayi, sesuai untuk breastfeeding
Cons
Perlukan sedikit latihan untuk membiasakan diri, memakan ruang dalam diaper bag, agak panjang, ada ring (ada yang tak suka - Ibu antaranya)

Baby Pouch

Pros
Senang digunakan, ringan, streamlined look
Cons
Agak sukar nak fit betul-betul dengan bayi, perlukan saiz mengikut badan

Jadi selepas cuba kedua-duanya Ibu memilih..


My Lovely Closet - Reversible Baby Pouch (Pink/Navy)-RM69.00

Comfortable and looks so beautiful to carry your baby or toddler this way. It's easy, fun , baby would love it, mommy and daddy would love it too. No aches and pains on the back while carrying baby in a pouch. Easy to use, no buckles, rings or adjustments to be made and can be worn in different ways to carry a baby or toddler up to 13kg. it is compact and can fit in easily in diaper bags.You only need one size to carry baby from newborn to toddler. The different carrying positions will accommodate a growing baby in the same sling.Fabric used is soft and comfortable and provides just the right amount of stretch to cradle baby snug and secure. Easy to care for and machine washable.


Ayah n Ammar testing..hehe

@ Jalan-jalan di Expo Parenthood 2008

Hari ni nak pergi Expo Parenthood..Ammar macam tahu je..awal die bangun..tapi Ayah kata Ammar kena tinggal..huhu..tinggal dengan MIL sebab nak cepat..maklumlah hari ni kan hari Jumaat..

Ammar buat muka sedih nak kena tinggal

Sempat berposing (pergi awal..pintu pun tak buka lagi)


Ramai tengah menunggu


Bila pintu buka..semua berpusu-pusu masuk..found out banyak booth yang menarik..ada Huggies, Pureen, Pigeon, Bebe dll dan dari kedai online seperti theloft, fabulousmom dll..kira memang meriah..pelbagai produk untuk anak dan ibu boleh didapati..Ibu sampai pening tengok banyak sangat booth dan orang (kawasan booth sempit sedikit)..

Huggies Booth

Ibu Shopping

Ibu dan Ayah pusing-pusing dulu tengok apa ada..Ibu banyak tengok barang untuk Ibu iaitu nursing wear dan breastpump..akhirnya Ibu beli

1. Nursing tops (fabulousmom booth) - Buy 1 get 1 (kira 50%)

2. Baby Pouch (fabulousmom booth) -RM 59 (NP: RM 69) -beli ni sebab pouch yang paling murah (tetapi berkualiti) berbanding yang lain (yang lain RM 100 lebih)

3. Botol NUK (2 for RM25) - Ayah suka botol die

4. Madela Mini-e Breastpump - mula-mula nak beli Madela Swing..tapi bincang punya bincang ini pun jadila since Ibu pun kat rumah je..dapat sangat murah iaitu Medela: Mini Electric Breast Pump + Cooler Carrier = RM428..found out kat Internet pun after sales RM600++. Kira sesiapa nak beli Madela bolehlah pergi..Madela Swing RM600+ sekali dengan Cooler Carrier juga..

5. Topi Ammar - kesian asyik kena panas

++Dapat banyak free gift untuk Ammar - Ibu suka..hehe

Hasil belian

Selain aktiviti shopping..banyak aktiviti lain seperti talk dan competition..tapi Ibu tak dapat nak stay lama-lama sebab dalam pukul 12 lebih dah nak kena balik..Ayah nak sembahyang Jumaat..tak sempat nak beli 2, 3 barang yang aim nak beli..konon nak patah balik tapi tak sempat..takpelah next time..kesimpulannya? sesiapa yang ada masa pergila expo ni..byk info yang boleh didapati..selain duit terbang melayang2..hehe (kalau guna apa salahnya kan Ayah? :P)

@ Pacifiers?

Thursday, August 21, 2008



Apa pendapat korang tentang penggunaan pacifiers? elok ke untuk baby? tengok Ammar sekarang asyik hisap jari je..nak belikan satu tapi mak mertua kata tak elok..




@ Hytex Warehouse Clearance

Wednesday, August 20, 2008


Date
Weekends Only from 23 Aug - 28 September 2008

Time
10am to 6pm

Location
Lot 25 Jalan E1/5
Kawasan Perindustrin Taman Ehsan
Kepong
52100 Kuala Lumpur (Tel 603 6273 2323)

Products Offered
Children Apparels
Issue
American Atheletes
Tenderly
Disney
DIsney Babies
Looney Tunes
Loone Tunes Babies

Harap Ayah nak pergi..tapi hari tu keluar tv pasal kilang Hytex ni tak bayar gaji pekerja..Ayah macam tak nak pergi..huhu..

@ Balik Kampung

Minggu ini tak sempat nak berblog..penat balik kampung belum hilang agaknya..minggu lepas Ayah takde migration..jadi pada hari Selasa kami decide nak balik Kedah..niat nak balik tu sebab Ibu nak check wound operation kat KMC dan nak berurut (badan lenguh2)..lagipun raya ni giliran balik kampung Ayah..itu yang balik sekejap Kedah sebab minggu lain Ayah kena migration weekend..sedih la Ammar tak dapat balik Raya nanti..huhu..
Khamis pagi dalam pukul 7 kami bertolak..nasib baik Ammar baik je tidur dalam car seat die..kalau tak mau patah tangan Ibu nak riba sampai ke Kedah..sampai dalam pukul 12.30 tgh..terus ke KMC..alhamdullilah Dr. Kamar kata takde apa-apa yang nak dirisaukan (kadang-kadang wound Ibu berdarah)..bahagian dalam semua ok..Ayah pun ambil kesempatan check kaki Ayah yang injured main bola..dr kata ada urat terkoyak dan darah beku..jadi Ayah kena rehat (Ayah tensen tak boleh main bola-hehe)..
Sepanjang 3 hari di Kedah banyak betul aktiviti..dahla kat sana tersangatlah panas..Ibu hampir-hampir demam (nasib baik sempat kebah)..Ammar pula berpeluh2 sampai basah lencun dan asyik meragam..yalah Ammar seronok sangat ramai orang layan die bawa jalan2..lepas tu tak nak tidur..bila dah penat sangat dan lapar mula la meraung..isy2..tak suka betul Ibu bila Ammar meraung..tak tau nak buat apa..nasib baik Mama n Abah ada pujuk Ammar..
Hari Sabtu ada kenduri rumah Mak Cik Na di Perlis (maaf takde gambar Ayah tak bawa balik kamera)..pergi sekejap je sebab Ammar asyik meragam..mungkin sebab banyak sangat berjalan kot buat die tak selesa..itulah ingat nak balik seminggu tapi Isnin Ayah kena standby pula..tak dapat nak cuti..takpelah Ammar balik sekejap pun jadilah dari tak balik langsung..
Pagi Ahad bertolak balik..Aiman (my brother) ikut balik..alhamdullilah Ammar dalam kereta memang baik..rasa sedih nak balik..kalau dulu time bujang..sebulan sekali mesti Ibu balik kampung..sejak kahwin ni susah la sikit..nasib baik Mama rajin naik KL..kalau tak mesti dah nangis dah..huhu..harap-harap Mama turun time bulan puasa..nak makan lauk Mama masak..huhu (dah ada anak pun ngada lagi..)

@ What to Expect: The First Year

Wednesday, August 13, 2008

Buku parenting yang Ibu selalu baca sebagai panduan:




Title:
What to Expect: The First Year

Author:
Murkoff, H. ; Eisenberg, A. ; Hathaway, S.

Price:
RM 44.00 *



What to Expect the First Year adalah buku rujukan yang komprehensif untuk bayi baru lahir sehingga berusia 12 bulan. Buku ini memperuntukkan satu bab bagi setiap bulan dalam tahun pertama bayi. Melalui buku ini, Ibu dapat mengetahui milestone bagi setiap bulan dan menjawab persoalan2 yang bermain difikiran. Contohnya bila Ammar jarang buang air besar..so Ibu risau..bila baca buku ni Ibu baru tahu yang memang ada bayi yang jarang buang air besar. Jadi Ibu bagi 5 bintang untuk buku ni..

@ Expo Parenthood ke 4

Tuesday, August 12, 2008


The Exhibition :
4th Parenthood Expo 2008


Venue :
Hall 1 & 2


Date :
22th - 24th August 2008


Time :
10:30am - 9:00pm


Admission :
Entrance is FREE


Major Exhibit :
- Fitness & Slimming Beauty Services
- Maternity & Children's Clothing and Accessories
- Medical Biotechnology & Management of Infertility Services
- Natural Nutrition Food for Weaning Babies & Organic Toddler Formula Products
- Diaper, Furniture and Toy Retailers
- Infant & Toddlers Safety Products
- Breastfeeding & Mommy's Groups
- Early Education Products
- Financial & Insurance Institution



Harap boleh pergi..boleh tengok breastpump, barang baby dan dapatkan tips-tips penjagaan baby. Ada sesiapa pernah pergi?

@ Development Stages From 0-6 Months

Friday, August 8, 2008

Atas permintaan Kak Eina..baby development daripada 0 hingga 6 bulan..next time Ibu download yang 6 bulan onwards pula..untuk lebih jelas klik disini

http://rapidshare.com/files/135618862/DEVELOPMENTSTAGES0to6mths.pdf.html


@ Luahan hati

Baru dapat balik lap top kesayanganku..lepas ni baru boleh blog sakan..yelah takde keje kan..tunggu Ammar tido pastu leh bertenet..sedih sangat hard disk lap top dah crash..memang apa pun tak dapat diselamatkan..gambar2 (ini yang paling sayang), bahan-bahan tesis, isy pendek kata semua benda lah dalam lap top tu..sekarang ni nak start research mau terkial-kial..huhu..hubby marah sebab tak back up benda-benda penting..tesis ada la backup tapi yang lain takde..huhu..sangat sedih tau..lap top tu sangat berjasa..pakai daripada tahun 2005..
Sekarang ni tengah banyak baca pasal breastfeeding..lately br start full bf..sebelum ni campur..tengah semangat..kebetulan bulan ni bulan penyusuan pula..heh..mcm kena je..sekarang tengah survey pasal breast pump..nnti kita review..
Esok mama n abah datang..maklumlah anak kesayangan mereka ni nak konvo sabtu ni..konvo bawa anak le nampak gaya..hehe..emm kalau ikut tengah tahun lepas dah abis settle tapi bulan 3 tahun ni baru settle mesyuarat senat..lambat betul..nak pakai baju apa eh? berat badan memang maintain (lebih 2kg je daripada b4 pregnant - eloklah since daku pun badan sekeping)..tapi shape dah lari..banyak baju kurung kain tak lepas..huhu..nak pakai bengkung takut sebab kadang-kadang perut rasa ngilu lagi..
Satu lagi..sekarang ni tengah confuse..mama n my MIL sibuk suruh start kerja (kalau nak kerja RA or lec kat private memang takde masalah) tapi hubby tak kasi pulak (isy..syurga bawah tapak kaki suami ni..)..alasan suruh jaga Ammar buat sementara waktu..emm memang suka duduk rumah dan jaga Ammar tapi bila dengar syarahan pasal kena kerja ni tension juga..pastu bila tengok member2 kerja..jeleslah..huhu..
Jadi buat masa ni tengah nak tenangkan hati dua-dua belah pihak..nak start cari bahan for my Phd sambil cari sponsor..budget hujung tahun nak start..tengah nak cari tajuk..poning2..otak dah berkarat sebab asyik tengok tv..anakku bukan anakku lah, soleha, ezora..itu pandailah..kuang-kuang..come on yana semangat2..
Apa-apa pun sekarang yang utama adalah Ammar..sementara tak kerja ni baik hayati masa dengan Ammar sepenuhnya..Ammar dah pandai panggil Ibu tau (berkat hari-hari train)..tapi bila lapar panggil ngee juga..dah pandai main2..nak berborak je kerjanya..bila tengah masak..Ammar pun sibuk panggil Ibu..bu..bu..hehe..sayang sangat Ammar..

@ Bisul?

Tuesday, August 5, 2008

Kesian Ammar..kepala die selalu naik macam bisul..dr kata bukan..tapi kalau dah sampai keluar isi (nanah dan darah..bisul le kan?)..ni dah kali ketiga naik..tak larat jumpa dr..macam-macam ubat tapi still tak berkesan..kesian Ammar sakit..kalau tengah masak dan nak pecah mesti meragam..abis lapik tidur kena isi tu..huhu..kesian anak Ibu..

Tengah membesar
Baru lepas pecah..

@ Pureen Warehouse Sales

Monday, August 4, 2008

Pagi tadi pergi Pureen Warehouse Sales..pergi naik motor dengan Ayah..mula-mula Ayah tak nak pergi lepas tu my MIL offer nak jaga Ammar baru ayah setuju..ingat nak bawa kamera untuk ambil gambar kat situ tapi bila fikir-fikir nanti susah pulak nak beli barang (kamera ayah jenis slr - d80)..so tak jadilah..

Sampai dalam pukul 10.30 pagi..masa tu dah ramai orang..Ibu target nak beli baju Ammar..katanya kat sini boleh dapat murah-murah..nak buat baju basahan sebab dah banyak baju Ammar ketat dan sendat..

Ibu dan Ayah pun terus menuju ke arah clothing section..mak aii..ramai gilos orang..ada banyak baju dalam bakul/raga..ada rm1, 3, 4, 5, 7..dan seterusnya. Kebanyakan baju untuk bawah 2 tahun dan banyak baju untuk girls. Nak msg cousin n kawan ibu pasal warehouse ni tapi dua-dua tinggal handset..huhu. Selain tu ada juga kasut (rm3), stoking (rm5), tuala, selimut dan bedding items. Tapi bagi Ibu harga barang-barang lain takde le murah..kalau sales pun boleh dapat.

So Ibu target baju yang rm1 dan rm 3..yang rm1 banyak seluar..yang rm3 puas hati..banyak baju..cuma kalau nak cari satu set payahla..kena mix n match la skit..orang ramai tapi takdela berebut-rebut..semuanya memilih secara berhati-hati dan berhemah..berhati-hati tu sebab ada ramai kanak-kanak dan moms to be..takut pula berlaga perut nanti..Ibu dah rasa dulu..heh

Selepas pilih-pilih..Ibu dan Ayah pun buat tapisan kedua dekat tepi..ramai yang macam dah berkelah kat tepi tu..memilih baju-baju..yelah nak kena tengok kotor ke koyak ke..saiz apa..hasilnya dapatla satu raga..stok untuk Ammar sampai 6 bulan ke atas..hehe..lepas tu Ibu pergi letak balik baju yang direject ke bakulnya (berhemah tak Ibu ni :))..

Then barulah Ayah dan Ibu ke section2 lain..banyak barang murah..rm1, 2, 3..ada botol susu, set makan, nursing pad (Rm15..berbaloi beli sebab kat tesco rm20), breast pump, diapers, toiletries..kiranya sesuai la kalau ibu-ibu mengandung anak pertama shopping..serba serbi ada..

Sibuk dok tengok2 barang baru perasan line untu bayar sudah panjang mak datuk..Ayah masuk barisan dan Ibu tengok-tengok apa yang berbaloi beli..ends up Ibu sambar baby wipes (rm8), head to toe (silap tak ambil dua..sangat wangi), lotion dan pencuci baju A-B-D (rm10). Barang-barang ni takdela murah sangat..kira murah skit daripada luar tapi saja ambil nak tinggalkan kat rumah MIL disamping nak test power.

Lepas tu Ibu pun beratur dengan Ayah. Puas hati walaupun line panjang tapi bergerak pantas..pengurusannya bagus..cashier pun ramai dan cekap. Kira punya kira semua kena RM 151..huhu..boleh tahan la..kira puas hati banyak dapat beli..jadi ni Ibu letak barang-barang yang dibeli (yang lain dah dtinggalkan kat rumah MIL). Kesimpulannya? Lain kali kita serbu lagi Pureen Warehouse Sales.


@ Meniarap

Ammar hisap jari

tengah buat apa tu sayang

kena meniarap rupanya

Ibu..cepat angkat Ammar..huhu

Ammar ni dah masuk 3 bulan tetapi masih tak pandai meniarap..bila dimeniarapkan mesti dia takut dan nangis minta diangkatkan..Ayah rajin kasi Ammar berlatih meniarap..exercise katanya..

@ Baby Checklist - Revised

Friday, August 1, 2008

Ini revised check list untuk best friend Ibu. Kiranya this time based on experience..

Clothing

Baju Lengan Pendek - 4
Baju Lengan Panjang - 4 - kalau rumah sejuk/kalau tak 2 pun cukup - tambah bj lengan pendek
Seluar Pendek - 2
Seluar Panjang - 6
Baju Jalan - 2
Barut - 10 - dapatkan 2 saiz
Handkerchief - 4
Romper - 3
Mittens & Booties - 8
Socks - 2
Hat - 1

Untuk baju n seluar saiz (New Born/Size 12/Size 14) - Campur2Kalau rumah panas..beli yang baju yang lubang-lubang..selesa baby pakai siang..

Feeding

Breast Pump* - 1 - Ibu beli yang Pureen Manual je buat masa ni
Termos - 1 - Ibu pun boleh guna masa kat hospital
Feeding Bottle 2 oz - 2
Bottle and Teat Brush - 1

Bergantung kepada nak BF or campur

Nursery

Baby Cot*
Mattress - 1
Baby Pillow & Bolster - 1
Baby Pillow & Bolster Case - 1
Mosquito Net - 1
Receiving Blanket - 1
Blanket - 1


Bathing

Bath Tub - 1
Toiletries (Travel Pack)- 1p
Towel - 2
Cotton Balls - 1p
Cotton Buds - 3p
Baby Comb/Brush - 1
Baby Manicure Set - 1
Nasal Aspirator - 1 - penting kalau baby selsema

Diapering

Changing Mat - 1
Baby Wipes (Pureen) - 2p
Disposable Diaper (Newborn) - 1p
Napkins - 2p
Diaper Rash Cream (Drapolene)- 1

Traveling

Stroller* - 1
Infant Carrier/Moses Basket* - 1
Diaper Bag - 1
Baby Sling* - 1

Others
Nappy Kleen - 1
Bakul Baju Baby* - 1
Minyak Telon - 1
Gripe Water - 1
Album* - 1
Toy* - 1

Ibu Care
Socks - 2
Nursing Bra - 4
Nursing Pad (Washable) - 2
Nursing Pad (Disposible)- 1p
Maternity Pad (Pureen) - 2p
Disposable Panty - 3p
Nipple Cream - 1

* Beli kemudian
- Tak perlu banyak2 sbb nanti dapat banyak hadiah:)

@ Baby Yus n Hazmer

Ini pula gambar baby Yus n Hazmer masa diorang datang melawat Ammar..Hana Alisha. Comey sangat..dah pandai guling-guling. Very active..Ammar tengok je sebab die tak boleh gerak2 lagi..itu siap kentut lagi kat Alisha (hilang macho Ammar)..heh



Ammar muka baru bangun tido..tengah control macho nampak awek..

Alisha

Alisha n Ammar dah nak sama besar

Comeynyer die..macam amoila

@ Baby Amal n Zul

Pada petang Ahad lalu, Amal dan Zul datang melawat Ammar. Diorang ni kawan Ibu dan Ayah di UTM..kira diorang ni first batch couple UTM yang berkahwin. Anak mereka Amni Zafirah dah pun 11 bulan..yelah masa pergi melawat Amni lahir dulu, Ibu pun tak mengandungkan Ammar lagi. Seronoknya tengok Amni dah besar..sangat aktif and comel sangat. Ni ada gambar Ayah ambil.


Amni geram tengok Ammar


Amni Zafirah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Widget By Devils Workshop