@ Doa Syifa

Friday, January 30, 2009

Salam..just nak kongsi info..amalkan selepas solat..


P/s: Good news my dear readers!!..BabyIbu akan menganjurkan satu contest..bermula daripada 1 Februari 2009..Hadiahnya sangat menarik..sponsors from gin&Jacqie..tungguuuuuu!!!

BabyIbu aka Yana

@ Notis Daripada McDonald's Malaysia

Semalam Ibu dapat this notis...


Erk nampak tak?..malas nak menaipkannya semula. Jadi kita boleh g makan prosperity balik la eh? Macam tu ke? Any comment?

@ TOYS-4-RENT

Wednesday, January 28, 2009

Last week, Ibu sibuk dok godek Internet..nak beli mainan untuk Ammar kononnya..hehe..mainan apa? tunggu eh..next post Ibu cerita..dalam sibuk dok godek tu..Ibu jumpa laman web ni..


Tagnya..So why buy when you can borrow? Nama laman web tu TOYS-4-RENT ..so dari nama pun dah tahu kan laman web ni untuk apa..emm Ibu tak tahu pula ada servis macam ni kat Malaysia..laman web ni quite menarik..banyak produk berkualiti..fisher price..playskool..cuma sama ada konsep ni diterima atau tidak..itu yang menjadi persoalannya..


Bagi Ibu..memang betul pun apa yang ditulisnya..barang permainanan yang baik untuk perkembangan baby ni banyak dan mahal-mahal pula tu..bila main..sebulan dua je tahan..pastu dah bosan nak mainan lain..or baby dah besar so perlukan toys lain for the next step..makanya permainan yang mahal itu akan dibungkus simpan atau diberi hadiah pada sepupu-sepupu or adik-adiknya..

Jadi melalui servis mereka..bolehla anak kita nak merasa toys yang mahal-mahal tu..erk ini bukan kedekut ye..ini mungkin cara berjimat yang sesuai sempena kegawatan ekonomi..hehe..tapi itula..konsepnya itu mungkin susah nak diterima ramai walaupun usaha mereka itu murni..sewa yang dikenakan tu pun kena tengok-tengok juga..berbaloi ke tak..apa-apa pun tepuk dada tanya selera..

P/s: Ibu tepuk-tepuk wallet yang makin kempis..huhu

@ Tag Azam Baru dan Telatah Anak

Hutang tag tahun baru..erkk Tahun Baru Cina..kira tahun baru la juga kan..hehe

NYATAKAN 3 AZAM/HARAPAN BARU UNTUK BABY/BAKAL BABY :

1. Nak didik Ammar supaya suka membaca/belajar

2. Nak kasi Ammar tembam sikit
3. Nak jadi Ibu yang terbaik untuk Ammar

NYATAKAN 3 AZAM/HARAPAN BARU UNTUK SUAMI TERCINTA :

1. Nak rajin-rajin masak untuk Ayah

2. Nak jadi isteri solehah dan dengar cakap (Ayah kata Ibu ni degil..huhu)

3. Nak jadi Isteri yang lebih baik

NYATAKAN 3 AZAM BARU/HARAPAN UNTUK DIRI SENDIRI :

1. Nak jadi muslimah yang lebih baik
2. Nak tumpukan perhatian pada keluarga
3. Nak belajar bahagikan masa dengan lebih cemerlang gemilang

NYATAKAN 3 AZAM BARU/HARAPAN UNTUK KERJAYA:

1. Nak mulakan PhD (budget siap dalam 2 tahun..haha)
2. Nak settlekan kerja mengikut masa yang Ibu jadualkan (selalu tersasar)
3. Nak siapkan LISP tu..tak larat lagi nak mengadap..huhu

SILA upload 3 keping gambar anak anda DAN sekeping gambar anda bersama anak yang the latest punyer (tahun 2009) bagi yang pregnan lom ada baby upload gambar dengan husband k.(WAJIB) - Done



Pastu tag kawan2 yang rapat..ermm yang ni Ibu pass kot since sekarang dah nak masuk bulan 2..haha

@ Ammar 9 Months


23hb Januari Ammar genap 9 bulan..sekejap je masa berlalu..daripada Ammar merah dan kecil (baik dan diam..heh)..sampaila dah besar panjang aka dah pandai buli Ibu die ni..huhu..
  • Ammar dah pandai suruh Ibu dukung la..bawa keluar la..banyak betul signal die..
  • Ammar dah pandai sebut tata..lala..mama..
  • Ammar dah pandai memanjat bertatih sikit-sikit..
  • Ammar dah tumbuh gigi..
  • Ammar dah pandai memilih orang..
  • Ammar dah pandai duduk baik2..dengar Ibu baca buku..
  • Ammar dah pandai senyum simpul..senyum nakal..sengih kerang busuk..

@ TheLilCaliph.com Contest

Thursday, January 22, 2009

TheLilCaliph.com merupakan kedai online yang menjual produk untuk Ibu dan baby. Sempena tahun baru 2009, TheLilCaliph.com telah melancarkan contest untuk blogger-blogger.

Tarikh Pertandingan
1 Januari 2009 sehingga 31 Mac 2009

Yang paling menarik..Hadiahnya ialah


GRAND PRIZE merupakan percutian 4H3M ke PHUKET ATAU BALI (Pilihan Anda!). Dan 2 bloggers akan memenangi percutian 3H2M ke LANGKAWI, REDANG ATAU TIOMAN ISLAND.

Untuk maklumat lanjut layari:

@ Woman Versus Man

Wednesday, January 21, 2009

What goes through your mind when someone says "Let's go for a drink"?


Dapat ini from dLA..ia membuatkan Ibu terpikir betapa kompleksnya pemikiran kita perempuan ni kan..nak buat macam mana anugerah Allah..ada baiknya..ada juga buruknya..
Contohnya kalau nak g jejalan..

Situasi A: Ibu
Ibu termenung kejap pikir apa nak buat..bagi Ammar makan..bagi Ammar mandi..siapkan barang Ammar (diapers, susu, mainan..erk apa lagi..makanan)..siap baju Ibu (pilih nak pakai baju apa..matching dengan tudung..nak bawa handbag mana..iron baju)..mandi..pastu Ammar nangis..kasi nyusu jap..siap..check dapur..check elektrik..

Situasi A: Ayah
Ayah mandi..siap2..pastu..jom Ibu..

eceh senangnya hati..pastu bebel kata kita ni lambat..kadang-kadang on the way turun lif pun dok congak2 kot2 ada yang tertinggal..ada yang terlupa..itula agaknya perempuan makin nampak berusia dan lelaki pula maintain je muda..aii nasibla..

@ Link to a blog/website

Dedicated to Mama Aqish ..


1. Highlight tulisan yang nak dilink..

Contoh..BabyIbu



2. Klik button Link


3. Masukkan alamat url ke blog/website yang dikehendaki




4. Tara..dah siap..


Terima kasih..harap dapat membantu..:)

@ FOS Kids and Teen

Tuesday, January 20, 2009

Ibu suka pakaikan Ammar sleepsuit (betui ka nama dia ni?)..rasa macam Ammar terlindung je bila tidur..maklumlah Ammar bila tidur selalu ke kanan ke kiri..kalau selimutkan mesti selimut ke mana-mana perginya..

Ibu survey harga kat kedai sehelai dalam belas-belas ringgit juga..sebab tu Ibu suka pergi FOS Kids and Teen kat OU. FOS ni baru buka juga dalam hujung tahun lepas rasanya. Kat sini selalu jual sleepsuit murah. Romper pun murah.

Ha..yang longgok-longgok tu sleepsuit and rompers. Harganya tak ingat la pulak..tapi Ibu beli 3 helai sleepsuits harga RM18..kalau rompers 2 helai RM11. Kainnya berkualiti..corak pun cantik.

Ibu beli 3 helai kat Ammar sebab sleepsuits yang lama (beli kat FOS juga) dah tak muat..Ammar dah makin tinggi..ok Ammar..posing sikit...

@ Tudung Ekin

Kalau sebelum ni Ibu selalu pakai tudung instant aka tudung Indon..sekarang Ibu addicted dengan tudung Ekin pula..Mak Su selalu kata Ibu dah macam orang Indon pakai tudung macam itu..belasah jelah..indon pun indon la..kenapa Ibu suka pakai tudung macam gini?
  1. Mudah dipakai..sarung je
  2. Tak payah nak berkerongsang..berlilit bagai..
  3. Mudah dijaga
  4. Tudung mudah jadi..yelah nama pun sarung kan..
  5. Murah..:p

Maklumla sejak jadi Ibu ni..takde masa sangat nak pakai lelawa..tak sempat nak lilit2..memanjang tak jadi je..Ayah pula kalau keluar laju je..mana Ibu nak sedia Ammar, barang Ammar..nak siap Ibu lagi..hukhuk..so buat masa ni..ini solution yang paling ideal..


Collection Tudung Ekin Ibu..

Murah je beli kat pasar malam..ada sehelai RM10 ada 2 helai RM15..belasah jelah..janji mudah dipakai..cantik? biar apa orang kata..Ibu rasa cantik je (Oh abaikan ayat ini)..kuang-kuang

P/s: Ibu hutang 4 tag..adoila..nanti ye Ibu buat..

@ Bekalan Makanan Ammar

Monday, January 19, 2009

Ammar sekarang sudah kurang minum susu..banyak makan je..makan banyak dan kerap makan..agaknya gabungan Ayah (makan banyak) dan Ibu (makan kerap)..hehe..

Jadi..disebabkan sekarang MIL jaga Ammar waktu Ibu pergi kerja..haruslah Ibu sediakan stok makanan yang sewjaranya..


1. Bubur nasi - Ibu masak untuk stok 2 hari dan simpan dalam freezer..nasi+ kentang/carrot+ikan bilis..lepastu blender..lepas ni nak campur ayam pula dan sayur-sayur lain..

2. Puree Apple..untuk makan petang..potong kecil..rebus sekejap lepas tu blender..

3. Nestle Cereal (ada 3 perisa..bagi selang-selang)

4. Roti Gardenia yang coklat/kismis..Ammar suka roti tu..buat snek Ammar since Ammar tak berapa suka biskut rusk ('terpaksala' Ibu makan biskut tu..kuang2..feberet sejak kecil..hehe)

@ Happy Belated Besday To Ibu..

Sunday, January 18, 2009

Happy besday to me..happy besday to me...!! Betapa sibuknya Ibu sekarang sampai kat diri sendiri pun boleh wish Happy Belated Birthday!!..Huhu..Ibu punya besday hari Sabtu..17 Januari 2009..genapla umur Ibu..2* tahun..hehe..ceh..takde makna nak rahsia2..genapla umur Ibu 27 tahun..Alhamdullilah..

Birthday kali ni..biasa je..takde kek..takde celebrate2..just dapat wish from my family..a few best friends (tq kerana masih mengingati my birthday)..hadiah? heh..nanti Ibu update lain..maleh nak godek gambar..malam tu Ayah belanja Ibu makan nasi kandar..celebrate la tu konon..hehe..(sebenarnya hari tu tak masak..huhu)..

Wish? Em semoga Allah permudahkan urusan kami sekeluarga dalam menempuh liku-liku kehidupan ini..murahkan rezeki..dan semoga Ammar menjadi anak yang baik..Aminnn..

P/s: Teringat kalau dulu-dulu..ada suprise birthday...ada kek bagai..(uh..adakah bermakna Ibu sudah semakin tua? huhu)
P/s: Tengah study untuk kelas esok..ngantuk2...nak tidur dengan Ammar..huhu

@ Muslim vs Jewish: The Power of Knowledge

Thursday, January 15, 2009

(Dapat email..)

A very interesting piece of information or shall I say advice to be shared.

Happy 1430 Hijria.
Happy? But situations in the Muslim world is still sad as it was 500 years
ago since we relaxed our quest for knowledge. Because of that influence and
power shifted to the Christian world - and have remained there ever since.
The figures are speaking themselves very loudly but we refuse to listen.

Some thoughts - Extracts of speech by Hafez A.B. Mohamed. Director-General,
Al Baraka Bank.

Demographics:
-World Jewish population: 14 million
Distribution: 7m in America
5m in Asia
2m in Europe
100 thousands in Africa
-World Muslim population: 1.5 billion
o Distribution: 1 billion in Asia/Mid-East
400m in Africa
44m in Europe
6m in the Americas

o Every fifth human being is a Muslim.
o For every single Hindu there are two Muslims
o For every Buddhist there are two Muslims
o For every Jew there are 107 Muslims

Yet the 14 million Jews are more powerful than the
entire 1.5 billion Muslims...

Why..?

Here are some of the reasons.

Movers of Recent History
o Albert Einstein - Jewish
o Sigmund Freud - Jewish
o Karl Marx - Jewish
o Paul Samuelson - Jewish
o Milton Friedman - Jewish

Medical Milestones
o Vaccination needle: Benjamin Ruben - Jewish
o Polio vaccine: Jonas Salk - Jewish
o Leukaemia drug: Gertrude Elion - Jewish
o Hepatitis B: Baruch Blumberg - Jewish
o Syphilis drug: Paul Ehrlich - Jewish
o Neuro muscular: Elie Metchnikoff - Jewish
o Endocrinology: Andrew Schally - Jewish
o Cognitive therapy: Aaron Beck - Jewish
o Contraceptive pill: Gregory Pincus - Jewish
o Understanding of human eye: G. Wald - Jewish
o Embryology: Stanley Cohen - Jewish
o Kidney dialysis: Willem Kloffcame - Jewish

Nobel Prize Winners
In the past 105 years, the 14 million Jews have won 180
Nobel prizes whilst the 1.5 billion Muslims have achieved only 3 Nobel
winners.

Inventions that changed History
o Micro-processing chip: Stanley Mezor - Jewish
o Nuclear chain reactor: Leo Sziland - Jewish
o Optical fibre cable: Peter Schultz - Jewish
o Traffic lights: Charles Adler - Jewish
o Stainless steel: Benno Strauss - Jewish
o Sound movies: Isador Kisee - Jewish
o Telephone microphone: Emile Berliner - Jewish
o Video tape recorder: Charles Ginsburg - Jewish


Influential Global Businesses
o Polo: Ralph Lauren - Jewish
o Coca-Cola: - Jewish
o Levi's: Levi Strauss - Jewish
o Starbuck's: Howard Schultz - Jewish
o Google: Sergey Brin - Jewish
o Dell Computers: Michael Dell - Jewish
o Oracle Computers: Larry Ellison: - Jewish
o DKNY: Donna Karan - Jewish
o Baskin Robbins: Irv Robbins - Jewish
o Dunkin' Donuts: Bill Rosenberg - Jewish


Influential Policy-makers/ Politicians
o Henry Kissinger , US Sec. of State - Jewish
o Richard Levin, President Yale University - Jewish
o Alan Greenspan , US Federal Reserve - Jewish
o Joseph Lieberman , US Senator - Jewish
o Madeleine Albright , US Sec. of State - Jewish
o CasperWeinberger , US Sec. of Defence - Jewish
o Maxim Litvinov , USSR Foreign Minister - Jewish
o David Marshal , Singapore Chief Minister - Jewish
o Isaac Isaacs, Gov-Gen. Australia - Jewish
o Benjamin Disraeli, British Statesman - Jewish
o Yevgeny Primakov, Russian PM - Jewish
o Barry Goldwater , US Politician - Jewish
o Jorge Sampaio, President of Portugal - Jewish
o Herb Gray, Canadian Deputy PM - Jewish
o Pierre Mendes, French PM - Jewish
o Michael Howard, British Home Sec. - Jewish
o Bruno Kriesky, Austrian Chancellor - Jewish
o Robert Rubin , US Sec. of Treasury - Jewish


Global Media Figures
o Wolf Blitzer, CNN - Jewish
o Barbara Walters, ABC News - Jewish
o Eugene Meyer , Washington Post - Jewish
o Henry Grunwald, Time Magazine - Jewish
o Katherine Graham , Washington Post - Jewish
o Joseph Lelyeld, New York Times - Jewish
o Max Frankel, New York Times - Jewish

Global Philanthropists
o George Soros - Jewish
o Walter Annenberg - Jewish

Why are they powerful and why are Muslims powerless?

Here's another reason... We have lost the capacity to
produce knowledge.
o In the entire Muslim world (57 Muslim countries) there
are only 500 universities
o In USA alone, 5,758 universities
o In India alone, 8,407 universities

Not one university in the entire Islamic World features
in the Top 500 Ranking Universities of the World

o Literacy in the Christian world - 90%
o Literacy in the Muslim world - 40%
o 15 Christian-majority countries' literacy rate - 100%
o Muslim-majority countries with 100% - None
o 98% in Christian countries completed primary education
o Only 50% in Muslim countries completed primary education
o 40% in Christian countries attended university
o In Muslim countries, a dismal 2% attended university
o Muslim-majority countries have 230 scientists per million
o The USA has 5000 per million
o The Christian world - 1000 technicians per million
o Entire Arab world - only 50 technicians per million
o Muslim world spending on R&D - 0.2% of GDP
o Christian world's R&D - 5.0% of GDP

Conclusions
The Muslim world lacks the capacity to produce
knowledge.

Another way of testing the degree of knowledge is the
degree of diffusing knowledge.
o Pakistan : 23 daily newspapers per 1000 citizens
o Singapore : 460 per 1000 citizens
o UK book titles per million is 2000
o Egypt book titles per million is only 17

Conclusion.. .
Muslim World is failing to diffuse knowledge.

Applying knowledge is another such test.
o Exports of high-tech products from Pakistan : 0.9%
o In Saudi Arabia : only 0.2%
o Kuwait , Morocco and Algeria : only 0.3%
o Tiny Singapore (4mil pop.) : 68% ...!

Conclusion.. .
Muslim world is failing to apply knowledge.

What do you conclude? No need to tell... The figures are speaking
themselves very loudly but we are unable to use the ears Allah gave us to
listen and eyes to let us see...


Advice
Please educate yourself and your children. Excuses like lack of money,
ability or opening are nothing more than that - excuses.
Always promote education, don't compromise on it. We hate to be weak,
illiterate and poor but are we too weak to give our children the
opportunity to break the curse?
Don't ignore your children's slightest misguidance from education... and
please, for Allah's sake, don't use your personal contacts to promote your
children in their
education. If they fail, let them because it will make them learn the
sweetness of success. Remember... if they can't do it now, they can't ever.

With knowledge comes power, and with it even the small can rule over the
big. We are world's biggest but sadly NOT strongest nation.

All we need is to identify and explore our inner selves. Insha-Allah, our
weapon to victory, our duty to spread God's words and our opportunity save
all humankind is best through knowledge, creativity, literacy... And
nothing else.

.... Wake up O khalifahs of the land ...

@ Tak Boleh Buat Kerja..

Hari ni hantar Ammar dekat mak saudara husband (Mak Teh)..selalu hantar kat MIL tapi once a week kena hantar kat Mak Teh sebab MIL nak operasi rumah..
Pagi tadi Ammar meragam..first time menangis masa nak hantar..sedih Ibu rasa..macam nak menangis pun ada...
Tadi Mak Teh call, katanya badan Ammar panas (uhuh)..isy pagi tadi rasa macam ok..takde pula rasa badan panas (kepala Ammar memang ya jenis panas)..Mak Teh cakap takpela..kalau apa-apa Mak Teh call..
Tapi Ibu kat opis ni dah tak senang duduk..rasa macam nak terbang balik..huhu..Ammar demam ke? Kesian anak Ibu..isy..tak aman dah hati ni..tadi dah call Mak Teh..Mak Teh kata ok sikit tapi Ammar selsema dan macam letih..adehhh..
Karang kalau call lagi Ammar still panas..Ibu tak kira..Ibu nak balik juga..lagipun hari ni takde kelas..kalau dok opis ni pun dah macam cacing kepanasan..takde hasil juga..huhu
Harapnya Ammar ok..Ibu takutla kalau Ammar demam..rasa macam Ibu nak kena sakit jantung..risau yang amat..Semoga Ammar tak apa-apa..Aminnnnnn

@ Mamy Poko Warehouse Sale

Mamy Poko Warehouse Sale

From RM25 onwards
One Day Only!
16 January 2009

Time
11am to 6pm

Products Offered
Mamy Poko Diapers at RM25

Location
Lot G.02 Ground Floor
KPMG Tower/Plaza IBM
Bandar Utama
[Next to One World Hotel

P/s: Jom beli..tahun ni boleh masuk contest MamyPoko balik kampung lagi..hehe

@ What makes a woman happy

Wednesday, January 14, 2009

Luahan hati seorang lelaki...

To make a woman happy; a man only needs to be :
1. a friend
2. a companion
3. a lover
4. a brother
5. a father
6. a master
7. a chef
8. an electrician
9. a carpenter
10. a plumber
11. a mechanic
12. a decorator
13. a stylist
14. a psychologist
15. a pest exterminator
16. a psychiatrist
17. a healer
18. a good listener
19. an organizer
20. a good father
21. very clean
22. sympathetic
23. athletic
24. warm
25. attentive
26. gallant
27. intelligent
28. funny
29. creative
30. tender
31. strong
32. understanding
33. tolerant
34. prudent
35. ambitious
36. capable
37. courageous
38. determined
39. true
40. dependable
41. passionate

WITHOUT FORGETTING TO:
42. give her compliments regularly
43. love shopping
44. be honest
45. be very rich
46. not stress her out
47. not look at other girls

AND AT THE SAME TIME, YOU MUST ALSO:
48. give her lots of attention, but expect little yourself
49. give her lots of time, especially time for herself
50. give her lots of space, never worrying about where she goes

IT IS VERY IMPORTANT:
51. Never to forget: * birthdays * anniversaries * arrangements she makes

Lelaki tidak perlukan semua spt list diatas untuk gembira...apa yang lelaki perlukan adalah..kasih, sayang, cinta, kesetiaan, kejujuran dan saling memahami dalam perhubungan..



P/s: erkk..adakah kita terlalu demand? teringat satu buku yang Ibu pernah hadiahkan untuk Ayah..Men Are from Mars, Women Are from Venus..


Buku ni banyak terangkan sifat berbeza antara lelaki dan perempuan..buku yang betul-betul bagus untuk kita memahami pasangan kita..banyak Ibu belajar daripada buku tu tentang bagaimana nak memahami sikap lelaki..but..ends up..Ibu jelah yang baca..Ayah baca (ke tengok je) dua tiga muka surat pertama je..uhuk..hampagas...takpa Ayah..Ibu faham..huhu

@ Ammar 7 Months

Sunday, January 11, 2009






@ Desktop Background Ibu

Friday, January 9, 2009

Ibu rindu sangat Ammar kat office..sebagai penawar hati..Ibu letak gambar Ammar banyak-banyak kat desktop background PC Ibu kat office...

Jeng-jeng

Ammar pelbagai Aksi

@ Kerja Baru

Thursday, January 8, 2009

Dah dua hari tak update blog..em tengah mengadjust diri dengan jadual baru..agak sibuk sekarang..cabel telefon tak bawa pula kalau tak boleh upload gambar..
Blog BabyIbu
Masih ada dua tag tak jawab..info pun lama tak letak..insyaallah lepas minggu ni semuanya under control balik..
Kerja
Masih struggle nak adjust..maklumlah banyak nak belajar..kena sambung PhD within 2 months..ayyok..tajuk pun tadak lagi..
Ammar
Alhamdullilah Ammar boleh adjust..cuma pagi-pagi Ammar meragam (tak tahulah sebab nak kena tinggal or sebab kena bangun awal or sebab kena mandi awal..hehe)..malam-malam sekarang dah pandai tidur peluk Ibu..kaki pun letak atas Ibu..tak padan dengan kecik..emm cian sayang Ibu..
Doa Permudahkan Urusan

رَبَّنَا ءَاتِنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا

Robbanaa aatinaa minladunka rohmataw wahayya lanaa min amrinaa rosyada

“Wahai Tuhan kami berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami (ini)”. (Q.S. Al-kahfi : 10)

@ Ammar Rindu...

Tuesday, January 6, 2009

Ammar rindukan Mak Su Tiqahnya (Ibu youngest sister)..maklumla..balik Kedah 3 minggu Mak Su jaga..lepas tu Ibu balik KL..Mak Su ikut juga (lepas habis exam SPM)..Mak Su main dengan Ammar..bagi Ammar makan..bawa Ammar jalan-jalan..gomol-gomol Ammar..

Lama juga Ammar duduk dengan Mak Su..bila Mak Su balik last week..Ammar tercari-cari..berjalan-jalan dengan walkernya gi ketuk bilik Mak Su..weii..weii panggil Ammar..takde orang la sayang..Mak Su dah balik Kedah...terkedip-kedip je mata Ammar..faham agaknya..bila Mak Su nak datang lagi ni..Ammar rinduuu...

@ Adding Nuffnang Ads

Rasanya ramai dah tahu kan apa itu Nuffnang..Nuffnang ni ala ala syarikat pengiklanan untuk blogger..kiranya tempat menjana duit sampingan untuk para blogger..Ibu pun Nuffnanger jugak..itu yang dapat tengok wayang free dulu..hehe..

Bagaimana? Senang je..

1. Register kat Nuffnang
2. Di web Nuffnang..pilih Add Ad

3. Kemudian pilih sama ada nak letak leaderboard (A), Skyscraper (C) atau large rectangle (B)


4. Lepas pilih..copy code..
5. Buka blog anda..Dashboard-> Layout -> Page Elements
5. Add a gadget -> HTML/Javascript..paste code tadi yang anda copy

6. Save..tadaaa..dah siap..

@ Avillion Port Dickson

Monday, January 5, 2009

Dah masuk tahun baru tapi cerita pasal pergi Avillion Port Dickson bersama Mamy Poko tak buat-buat lagi..sibuk sikit sekarang plus malas nak pilih-pilih gambar..banyak sangat..emm mula-mula cerita sikitla pasal Avillion ni..ok tengok gambar sikit..

Em cantikkan? Gambar atas kiri tu lobby die..kira check in dan check out kat sini la..tempat ni memang sangat cantik..sesiapa nak pergi honeymoon tu sesuai la sangat..rasa tenang je rasa kat sini..

Kolam renang die ada tiga..aduh geram sangat..tapi tu la tak pandai berenang..baju renang pun tadak..pas ni kena beli yang baju renang muslimah tu..apa ke nama die..boleh la mandi2 dengan Ammar..yang gambar kanan bawah tu gambar SPA die..Ibu tengok dari jauh je..tak pulak pegi dekat..(tau tak mampu..huhu)...

Ini pula bilik kami..takle besar tapi sangat selesa..kalau pergi sekeluarga pun ok..ada dua katil..satu king dan satu queen..kami dapat water chalet..jadi boleh lepak-lepak kat balconi tengok laut..siap boleh memancing lagi..yang bestnya..bilik air dia....cantik sangat..

Keseluruhannya..tempat ni sangat cantik..banyak aktiviti yang boleh dilakukan..ada Pet Farm la..taman herba la..sesuai la nak pergi berehat-rehat..Ibu tak sempat nak hayati sangat sebab jadual agak padat..yang tak bestnya kat sini..nak parking kena seberang jalan..kesian Ayah jauh nak jalan..pastu satu lagi..nak ke bilik..banyak tangga..sangat la tak sesuai bagi yang beg banyak dan angkut stroller ni..mengah dibuatnya..servisnya pun kurang..mungkin sebab ramai orang kot...tapi pergi pun free kan..sebab free..Ibu bagi 4 setengah bintang...yeyyy

jadi sesiapa berminat nak pergi layari Avillion Port Dickson...

@ RM 50

Sunday, January 4, 2009

Dapat email daripada eoe Online pHoto Printing..

Hi,

Your RM50.00 blog review fee has been banked-in to your bank account. Please
find attached bank-in slip for your reference.

Yours sincerely,
Samantha Siah
eoe Online team
www.eoe.com.my

Alhamdullilah rezeki..boleh masuk tabung Ammar..duit ni Ibu dapat hasil review mengenai eoe..selain duit dapat gambar cuci gambar free lagi..

Buktinya...

@ Buku Baru 2009

Kali ni nak cerita pasal azam baru..buku baru 2009..sekejap je kan dah 2009..rasanya macam baru je kahwin..baru je dapat tahu kata pregnant..baru je lahirkan Ammar..alih-alih sekejap je Ammar dah besar..dah boleh merangkap..merayap..memanjat..'mengemas'..huhu

Eh..fokus..fokus..kali ni nak cerita pasal Ibu pula..biasala..sejak dah jadi mak orang ni..pusing-pusing cerita keluar pasal anak juga..cerita pasal beg keluar Ammar..cerita pasal tv keluar Ammar..cerita pasal masalah ekonomi dunia keluar Ammar..pendek kata semuala..ha tengok terbabas lagi..

Emm alhamdulillah..awal tahun baru ni bawa rezeki kepada Ibu..mulai Isnin Ibu dah start keje fulltime..dah tak jadi graduate housewife lagi..keje apa? tak payahla cite kan tapi keje ni merupakan batu loncatan ke cita-cita Ibu..Perasaan? Em macam mana nak cakap ye..dah setahun lebih jadi graduate housewife..dah 8 bulan bergomol kat rumah dengan Ammar..so..rasa berat hati tu sangat la ada..sangat2 ada..

Dulu..memang Ibu nak kerja balik..bukan bosan dok umah..dok umah sangat la best lebih2 lagi boleh bangun lambat (heh) dan bersama Ammar sepanjang hari..tapi deep down..Ibu ada cita-cita yang masih belum terlaksana..hajat yang belum kesampaian..tapi bila dah dapat kerja ni..lain macam pula rasa..rasa sayu..sedih pula bila tengok Ammar..nasib baik MIL sudi jagakan..jadi rasa terjamin la sikit..

Adeh..sedih la pulak..sejak dapat tahu nak keje balik ni..Ibu selalu peluk2 Ammar..kiss2 die..Ibu bagitau Ammar..jangan marah Ibu tau..Ibu pergi kerja..untuk Ammar juga..balik petang kita main sama-sama..malam Ibu janji tidur peluk Ammar..nanti Ammar renung je Ibu..lately Ammar suka buat perangai nak berkepit dengan Ibu je..agaknya Ammar tahu kot Ibu dah tak boleh selalu ngan Ammar macam dulu..huhu...

Harapnya Ammar faham..dan harapnya Ibu buat keputusan yang betul..Ayah dah pun merestui..semoga Allah permudahkan urusan kami sekeluarga..Amin..


Azam Ibu tahun ni ialah
  • Nak jadi Ibu yang lebih baik untuk Ammar
  • Nak jadi isteri yang lebih baik untuk Ayah
  • Nak mulakan PhD
  • Nak maintain blog BabyIbu walau sibuk macam mana pun

@ Development Stages From 6 Months Onwards

Friday, January 2, 2009

Dulu Ibu pernah upload baby development stages daripada 0 hingga 6 bulan..so ini yang 6 bulan onwards pula..untuk lebih jelas klik disini

@ Kenapa Ibu Selalu Shopping di Tesco?

Kenapa Ibu selalu shopping di Tesco? Selain sebab harga murah, dekat dengan rumah, parking free, selalu dapat coupon discount...ialah sebab Tesco ada troli untuk baby. Kat Giant Ibu dah tengok..takde..tempat lain tak tahu sebab jauh dari rumah. Oleh kerana ada troli spesel ni tak payahla Ibu nak usung stroller Ammar tu..(bawa stroller tak muat nak letak barang dapur pulak..huhu)..

Ammar lagi suka duduk dalam troli ni..mungkin pemandangan lebih luas kot banding dari dalam stroller..kalau duduk dalam tu..baik je..tengok sana..tengok sini..Salah satu perkara yang Ayah wajib buat kalau pergi Tesco ialah ambil gambar Ammar atas troli Tesco..

Jeng..jeng..Ammar dalam troli Tesco..tapi sekarang Ammar dah makin besar..tengok tu..dah tak muat..terlebih-lebih kakinya..perangai pun dah terlebih2..huhu..

@ Anakku Sales

Thursday, January 1, 2009

Dapat tahu Anakku buat sales..katanya banyak baju baby murah-murah..

Tarikh
1-4 Januari 2009

Masa
10 pagi - 8 malam

Tempat
Lot 4001-4005 Tingkat 4, Blok A,
Kompleks Sentral,
33 Jalan Segambut Atas.
Tel: 016-2013971

p/s: Ibu nak pergi ke tak nak..nak pergi ke tak nak..nak..tak nak...

@ Selamat Tahun Baru

Kami sekeluarga mengucapkan Selamat Tahun Baru..Semoga hari-hari mendatang membawa seribu sinar kepada kita semua..Aminn..




Dah dua kali ucap tahun baru ni..azam tak cite-cite lagi..em agak bz seminggu ni..maklumlah..cuti panjang kan..banyak agendanya..lepas ni kita cite sikit pasal azam tahun baru..kenapa kena ada azam? mestila kena ada..barulah maju ke depan..chalo-chalo..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Widget By Devils Workshop