@ Kenapa Ibu Selalu Shopping di Tesco?

Friday, January 2, 2009

Kenapa Ibu selalu shopping di Tesco? Selain sebab harga murah, dekat dengan rumah, parking free, selalu dapat coupon discount...ialah sebab Tesco ada troli untuk baby. Kat Giant Ibu dah tengok..takde..tempat lain tak tahu sebab jauh dari rumah. Oleh kerana ada troli spesel ni tak payahla Ibu nak usung stroller Ammar tu..(bawa stroller tak muat nak letak barang dapur pulak..huhu)..

Ammar lagi suka duduk dalam troli ni..mungkin pemandangan lebih luas kot banding dari dalam stroller..kalau duduk dalam tu..baik je..tengok sana..tengok sini..Salah satu perkara yang Ayah wajib buat kalau pergi Tesco ialah ambil gambar Ammar atas troli Tesco..

Jeng..jeng..Ammar dalam troli Tesco..tapi sekarang Ammar dah makin besar..tengok tu..dah tak muat..terlebih-lebih kakinya..perangai pun dah terlebih2..huhu..

8 kawan BabyIbu berkata-kata..:

Mrs.R @ Emi said...

giant mahallllll...

Jiey^Mien said...

Comel betul Ammar ni.. Geram tgk! Jiey suka gi Cr4 sbb dekat umah.. Tp brg2 basah, mmg tesco lg murah rsnya..

Elyn said...

ammar cute je duk lam troli tu....

Queen Mother said...

Ya betul. TESCO je ada trolley tu

Salam
Mama Liya & Sha

mama zharfan said...

carrefour (wangsa maju) pun ada trolley mcm tu...masa my boy kecik2 dulul, selalu jugak letak dia kat dlm trolley tu, siap tertido2 lagi ;)

Mama Safiyyah said...

mama pun suka shopping brg dapur kat tesco....

me n de alisha said...

tesco harga dia resonable sikit...yelah ada price cut....

Zanna_MamaBatrice said...

patut ler ibu suka bw ammar shopping kat tesco erk
tp mmg mudah kan trolley camtu
x yah nak sibuk nak tolak stroller sekali....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Widget By Devils Workshop