@ Inspirasiku..

Friday, February 27, 2009

Hmm..dah dua hari tak berblog..tengah kejar dateline nak apply grant..huhu..hari ni nak cerita pasal saya punya inspirasi masa mula-mula terjebak dengan dunia blogging..

Masa tu alkisahnya saya tengah pregnantkan Ammar dan bekerja sebagai surirumah..hehe..jadi masa yang terluang agak banyak since saya agak kemalasan dan tidak berdaya untuk buat kerja rumah (malas yang lebih..haha)..saya hanya layan internet je hari-hari cari info pasal pregnancy dan baby ni..

One day..saya cari pasal Pusrawi Kota Damansara (sebab nak check up kat situ)..saya termasuk la dalam satu blog ini..rasa menarik je baca pengalaman kisah die pregnant (time pregnant kami lebih kurang sama)..rupa-rupanya kami ni tinggal satu apartment aka satu building lagi..kecil kan dunia (tapi sampai sekarang tak dan nak p sembang-sembang..dulu rajin terjumpa kat lif sekarang dah lama tak jumpa..kan zuha kan)..inilah blognya...



then saya start hopping dari satu blog ke blog..masa tu saya jumpa..Anasdila, emi, elyn, tiara, kinna..(semua kami tengah pregnant time tu)..hehe..siap boleh jumpa emi kat warehouse mydear lagi..hehe..

Apa-apa pun berblog ni buat saya dapat lebih ramai kawan..dapat lebih banyak ilmu dan pengalaman..kiranya sekarang kalau orang tanya apa hobi? Saya dengan bangga akan jawab..blogging..hehe..peace..

P/s: Siapa pula inspirasi anda?..jomflashback balik..

P/ssss: Masih ada 2 hari untuk join BabyIbu giveaway..minggu depan nak pilih winner..saya hari-hari dok kerling beg hadiah korang tu..cantik no...

@ Boy or Girl?

Tuesday, February 24, 2009

38 Fun Ways to Guess Your Baby's Sex

It's a boy if:

You didn't experience morning sickness in early pregnancy - False
Your baby's heart rate is less than 140 beats per minute - True
You are carrying the extra weight out front - True
Your belly looks like a basketball - True
Your areolas have darkened considerably - True
You are carrying low - True
You are craving salty or sour foods - Salty, Yes
You are craving protein -- meats and cheese - Only Chicken
Your feet are colder than they were before pregnancy - True
The hair on your legs has grown faster during pregnancy - Tak check pula
Your hands are very dry - True
Your pillow faces north when you sleep - Tak ingat
Dad-to-be is gaining weight, right along with you - Ayah diet
Pregnancy has you looking better than ever - True (perasan..hehe)
Your urine is bright yellow in color - True
Your nose is spreading - True
You hang your wedding ring over your belly and it moves in circles - Tak buat pun
You are having headaches - False
You add your age at the time of conception and the number for the month you conceived and the sum is an even number - Malas nak buat

It's a girl if:

You had morning sickness early in pregnancy
Your baby's heart rate is at least 140 beats per minute
You are carrying the weight in your hips and rear
Your left breast is larger than your right breast
Your hair develops red highlights
You are carrying high
Your belly looks like a watermelon
You are craving sweets
You are craving fruit
You crave orange juice
You don't look quite as good as normal during pregnancy
You are moodier than usual during pregnancy
Your face breaks out more than usual
You refuse to eat the heel of a loaf of bread
Your breasts have really blossomed!
Your pillow faces south when you sleep
Your urine is a dull yellow color
You hang your wedding ring over your belly and it moves from side to side
You add your age at the time of conception and the number for the month you conceived and the sum is an odd number

Source:iVillage

P/s: Mungkin betul or mungkin tidak..based Ibu punya..okla..70% ada betulnya..lain orang lain tandanya..so anda macam mana? kena tak?

@ Safety Gate

Since Ammar dah ada kepakaran mengeksplore (aduh rosak bahasa) rumah..Ibu terpaksa la pasang safety gate kat dapur..kalau tak abis dapur dikemasnya..mula-mula nak beli di kedai..dah survey..dalam seratus lebih juga le harga..kalau sales boleh dapat murah sikit..

Tapi satu hari grandma Ammar (my MIL) pergi jualan garaj..dibelikan Ammar safety gate (style kayu punya) dua buah..satu RM10 je..pastu beli toys (brand fisher price) pun Rm10..kasut Rm1..kira rezeki Ammar la..inila dia safety gate Ammar (abaikan je panorama belakang tu ye)..


Selalu kalau Ibu buat kerja kat dapur..Ammar akan tunggu Ibu kat tepi pagar ni sambil main mainan di walkernya..Ammar akan tunggu la sampai kerja Ibu habis..ok model Ibu..posing sikit..



P/s: Jangan ditanya di mana jualan garaj tu..Ibu pun tak pernah pergi..kalau Ibu pergi harus kuborong semua..huhu

P/s lagi: Ibu tak dapat pergi Jcard kat Midvalley tu..keje banyak...huhuhu



@ All About My Pregnancy

Friday, February 20, 2009

Menjawab tag dari Dila..

1. WAS YOUR FIRST PREGNANCY PLANNED?

Nope..accident..eceh..

2. WHAT WAS YOUR SECOND CHOICE NAME FOR YOUR OPPOSITE GENDER NAME?

Kalau dapat girl nak letak Nur Arina..err Nur Aisyah pun sedap gak..adeh..nak baby girl...

3. WHAT WERE YOUR REACTIONS?

Alhamdullilah happy sangat..tapi macam tak percaya pun ada gak..mengandung aku ni? haha

4. HOW OLD WERE YOU?

At that time 25 years old..

5. HOW DID YOU FIND OUT YOU WERE PREGNANT?

Actually masa tu tak miss period pun lagi..but tiba-tiba b****t membengkak..so Ibu teringat tanda-tanda mengandung..pastu biasalah kecoh pergi beli pregnancy test (Ibu kecoh sikit sebab at that time Ibu ada ambil ubat yang tak boleh makan kalau pregnant)..siap beli 4 tau..macam-macam jenis..lepas test tu..jeng jeng..tengok dua line..happy ada..blur ada..sebab Ibu ni bangsa overexcited..esok buat test tu lagi..macam best tengok dua line tu..haha (Ayah bebel sebab benda tu mahal)

6. WHO DID YOU TELL FIRST?

Ayah la..sebab Ayah tunggu depan toilet..

7. DID YOU WANT TO FIND OUT THE SEX?

Yes..senang nk get ready..

8. DUE DATE?

13/5/2008

9. DID YOU HAVE MORNING SICKNESS?

Yup..masa first trimester..sangat teruk..tapi yang best Ibu puasa penuh..

10. WHAT DID YOU CRAVE?

Takde apa-apa..gatal-gatal minta macam2 kat Ayah ada la..teringin je..haha

11. WHO/WHAT IRRITATED YOU THE MOST?

Part tak selesa nak tidur dan part asyik kencing ja..tensen..

12. WHAT WAS YOUR FIRST CHILD'S SEX?

Boy

13. DID YOU WISH YOU HAD THE OPPOSITE SEX ?

Tak..tapi kalau gi supermarket tengok baju girls tu teringin juga..hehe

14. HOW MANY POUNDS DID YOU GAIN THROUGHOUT THE PREGNANCY?

Pounds..adeh..13 Kg je..

15. DID YOU HAVE A BABY SHOWER?

Takde..showerkan baby adala..haha


17. DID YOU HAVE ANY COMPLICATIONS DURING YOUR PREGNANCY?

Masa 5 bulan ada turun darah sikit..maybe sebab buat p****k kot..hehe..

18. WHERE DID YOU GIVE BIRTH?

Kedah Medical Centre

19. HOW MANY HOURS WERE YOU IN LABOR?

em setengah jam keluarkan Ammar..40 minit jahit itu perut..

20. WHO DROVE YOU TO THE HOSPITAL?

Ayah

21. WHO WATCHED YOU GIVE BIRTH?

Dr, nurse dan lain-lain dalam 7 orang and Ayah

22. WAS IT NATURAL OR C-SECTION?

C-Sect sebab Ammar songsang

23. DID YOU TAKE MEDICINE TO EASE THE PAIN?

Wajib la..bius separuh..ala-ala mamai gitu..

24. HOW MUCH DID YOUR CHILD WEIGH?

3.25 kg (Sama cam Ziyyad)

25. WHEN WAS YOUR CHILD ACTUALLY BORN ?

23/4/2008..pukul 9.20 pagi..

26. WHAT DID YOU NAME HIM/HER?

Mohd Ammar bin Mukhlis


27. HOW OLD IS YOUR FIRST BORN TODAY?

Dah 9 bulan 3 minggu..sekejap je kan..


28. WOULD YOU DO IT AGAIN?

Yup..next time nak beranak normal pula and kalau boleh nak girl..tapi tunggu 2010 la baru leh cerita banyak..huhu

P/s: kepada readers yang nak buat tag ni..silakan eh..boleh mengimbau kenangan time mengandung dulu..best juga..

@ Jusco Baby Fair 2009

Thursday, February 19, 2009

Dia mai lagi..hehe..ini Ibu rekemen korang pergi..dulu Ibu borang sakan sini..tak percaya baca ni..shopping at Jaya Jusco dan ini..selain daripada beli di warehouse..beli barang baby time ni antara paling berbaloi..selain tu ada contest lagi..JUSCO Funniest Baby Contest..joinla..


P/s: isyk..isyk..minggu depan ada JCard pula..adehh..nak pergi..nak pergi..nakkk...(inila orang kata meroyan..meroyan nak shopping..haha)

@ Banyak keje?

Wednesday, February 18, 2009

Ingat Ibu sorang banyak keje?..Ammar pun banyak keje tau..sekarang Ibu dah tak bagi Ammar main laptop Ibu..kenapa? Last week Ammar main laptop Ayah..selepas 5 minit 'menaip' laptop ayah terus kaput aka hancus musnah..tak tau la apa yang ditekannya..terus tak dapat on lagi..disebabkan itu Ibu ambil langkah untuk menjauhkan Ammar dari laptop Ibu..yelah Ayah bolehla minta laptop baru dari company..Ibu..sape nak belikan? huhu..ni kenangan Ammar dengan laptop Ibu..heh

@ Cute's Blogger Award

My first award..hehe..ni untuk blog kiut ke..tukang tulis blog yang kiut ni..haha..



Peraturan untuk menerima award ini ialah:

1. Copy badge "2008 Cute's 3logger Award" di atas untuk diletakkan di blog anda.

Done

2. Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda.

Airyn aka Mama Aqish..kenal daripda blog BabyIbu..sampaila tukar email dan tukar no tepon..jumpa je belum lagik..hehe..

3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta / hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya.

1. Fakta: Ibu penakut bawa kereta..lesen dah 7 tahun tapi gantung je..huhu

2. Fakta: Ibu ada banyak fobia..fobia dengan tempat tinggi, fobia dengan tempat sempit..pendek kata kalau masuk Fear Factor konpem pengsan..haha

3. Fakta: Ibu suka warna biru..semua barang Ibu nak beli mesti warna biru..tapi baju je kurang sebab Ibu rasa tak matching dengan kulit Ibu yang 'cerah' ni..haha

4. Fakta: Ibu ni drama queen (aha mengaku akhirnya)..Ibu memang suka buat drama sikit..kalau Ammar jatuh sikit..Ibu jerit macam Ammar tu terguling-guling padahal baru nak jatuh je..peace Ayah!!

5. Fakta: Ibu seorang yang garang..ramai rasa Ibu ni lembut orangnya (ceh perasan!!) tapi deep down Ibu ni garang tau..kalaua marah hangin satu badan..tak percaya boleh tanya adik2 Ibu..(even Ayah pun jarang nampak that side of Ibu)

6. Hobi: Ibu suka tulis, update blog..dah jadi macam ketagih pula..tak tulis sehari termimpi-mimpi..

7. Hobi: Ibu suka shopping..window shopping, online shopping..apa2 yang ada perkataan shopping tu Ibu sukaaa...

8. Hobi: Ibu suka tengok tv..semua cerita dari tamil, hindustan, filipina, sepanyol semua Ibu belasah..sampaia kalau setakat cerita Hindustan dan Filipina tu..takde sari kata pun Ibu paham..haha

9. Hobi: Ibu suka karaoke..tapi dulu la (dah lama tak pergi..uhuk)..bila menyanyi tu rasa cam artis (ehem!) eh bukan rasa macam release semua tensen..kadang-kadang masa mengajar (kat kelas Ibu mengajar guna mic)..Ibu rasa macam nak menyanyi seround..ketagih..kuang-kuang..

10. Hobi: Ibu suka guling-guling dengan Ammar..rindu sangat dok umah peluk Ammar sepanjang hari..sekarang malam jelah..Ammar pun dah makin pandai..tapi nasib baik still manja dengan Ibu..still nak peluk-peluk Ibu..

4. Anda perlu memilih 10 penerima award seterusnya dan menyatakan nama mereka di blog anda.
Ibu nak bagi pada semua blog reader Ibu yang belum dapat lagi award ni..sama-sama kita rasa kiut eh..eh salah bukan kita..blog yang kiut..

@ Tidur di Giant?

Tuesday, February 17, 2009

Eh Ibu bukan sengaja tau..karang orang ingat Ibu dera anak pula..huhu..malam tu pergi Giant sebab Tok Abah pesan suruh beli bateri handset..Giant tu 5 minit je dari rumah..jadi lepas maghrib kami pun keluar sekejap..stroller tak bawa sebab sekarang stroller tinggal rumah MIL..

Sekali dalam kereta..Ammar merengek nak habuan die..isap2..sekali tidur pula..kesian Ibu tengok..bila sampai Giant..ingat nak tunggu dalam kereta..tapi lepas tu nak beli barang lain sekali..maka bawa la Ammar keluar..selalu kalau Ammar sedar die kat luar..die akan jaga..

Lepas tu ambil la stroller..lapik dengan sweater ayah dan bantal bagai..kasi Ammar baring situ..Ammar terjaga sekejap..ingat nk bangun..sekali die pusing badan tidur meniarap pula..kasi selimut sikit kami pun jalan..sekali agaknya memang penat sangat kot..sepanjang kat Giant tu ditidurya..yelah troli tu gerak2 macam atas kereta agaknya..tak sedar apa pun..Ibu siap check nadi apa bagai pasal seriau Ammar tidur nyenyak sangat..huhu...(bak kata Ayah Ibu kan dramatic sikit)..

Orang lalu lalang semua datang jenguk Ammar..segan pula Ibu..kesian anak Ibu..kena beli stroller satu lagi la macam ni..yang buggy punya tu..kan Ayah kan..kan? kan? (isy tak paham2 ke lagi??)...

P/s: Dah nak keluar Giant baru Ammar sedar..muka Ammar macam kata.." kat mana aku ni? isykk..rugi ni tidur tadi.."..haha..memandai je Ibu..

@ Passport Malaysia

Seperti yang diketahui, hari Rabu minggu lepas Ibu pergi buat passport untuk Ibu dan Ammar. Pagi-pagi lagi dah gerak..Ammar tak mandi pun cuma salin diaper je..yelah gerak pukul 6.45 pagi..kena gerak awal sebab Ibu ada kelas pukul 1pm..nak mandikan kesian pula dia..

Konon nak sampai Jabatan Imigresen sebelum pukul 7.30 pagi..sekali jammed pula kat area Subang Bestari tu..dalam pukul 8 pagi baru sampai..kami buat passport kat Terminal 3, airport Subang lama tu..

Sampai-sampai..Ayah beratur dengan Ammar nak fotostat kad pengenalan, MIL beratur untuk ambil gambar dan Ibu pula ditugaskan mengisi borang-borang yang sepatutnya..selagi semua tak complete kita tak dibenarkan ambil no giliran..

Dalam 10 minit semua siap..cuma nak ambil gambar Ammar tu kelakar sikit..tempat ambil gambar tu ala-ala mesin ambil gambar kat supermarket tu kan..Ammar tak nak berdiri elok-elok sebab dia sibuk nak tekan button2..adeh..penat Ibu kena sound dengan mamat yang jaga tu..tepi sikit puan..nampak muka puan ni..ye la..sikit lagi dah nak jatuh dari kerusi ni..Ammar pula buat 'ulat' dia aka buat lembik..adehh...ni gambar yang terhasil..


Tok Mama kata..sitap betul mata time ni..dah la pakai baju tidur je..hehe..belasah je la..janji ada gambar nak buat passport..

Lepas ambil no giliran kami pun tunggu la..nasib baik tak ramai orang sangat..MIL kata kalau cuti sekolah menangisla nak menunggu..dalam pul 8.50 am..sampaila giliran kami..sekejap je pun nak prosesnya...lepas tu kami kena datang balik lagi dua jam untuk ambil passport..

Haa satu lagi..kalau dulu anak boleh tumpang passport Ibu sekarang dah tak boleh ya..pandai betul la buat duit..tadi dahla kena caj borang singgit..Kiraya kalau kita kena RM300..untuk Ammar kena RM150..separuh harga la konon..Ayah bebel kata apa la buat asing-asing..bukannya baby tu reti travel sorang-sorang pun..saje je diorang ni nak duit lebih..huhu


Lepas tu kami makan kat cafe di aTerminal 3 tu (sangat tak sedap nasib baik lapar..telan jelah)..kemudian pergi lepak rumah Mak Long kat Subang Bestari kejap..mandikan Ammar..kasi makan dulu..sempat le Ammar jatuh kena meja sampai berdarah gigi..huhu..tensen Ibu..diorang ingat Ammar dah besar...biar main sorang-soramg kat meja..tak tahu budak ni lesen L..berdiri pun goyang-goyang lagi..yakin diri je lebih..huhu

Dalam pukul 11am kami pun bergerak ke Terminal 3 untuk ambil passport..kena ambil nombor lagi..dalam pukul 12pm baru dapat passport..lepas tu hantar MIL dan Ammar ke rumah..kemudian Ibu dan Ayah terus rempit ke office..aiyakk..penat...

Ini Ibu sertakan sedikit maklumat untuk buat passport untuk anak:

Bayaran Separuh Harga

32 mukasurat RM150.00
64 mukasurat RM300.00

Kelayakan Bayaran Separuh Harga:

1. Bagi kategori kanak-kanak yang belum mencapai usia 12 tahun semasa mengemukakan permohonan
2. Remaja yang belum mencapai usia 21 tahun yang akan dan dapat menunjukkan bukti telah menerima tawaran melanjutkan pelajaran di institusi penggajian tinggi di luar negara SEMASA mengemukakan permohonan.

Maklumat Am
1. Tiada lagi kemudahan memasukkan butir-butir kanak-kanak dalam pasport ibu atau bapa.

2. Kanak-kanak (termasuk bayi yang baru dilahirkan) perlu memohon secara berasingan dan ibu bapa boleh memohon untuk menukar gambar setelah bayi meningkat usia 2 tahun ke atas dengan mengisi borang Permohonan Pasport (Im.42 - Pin 1/97) disertai dengan 2 keping gambar terbaru berukuran pasport, Sijil Lahir (asal dan salinan) dan hadir di Pejabat Imigresen.

3. Berdasarkan Akta Penjagaan Kanak-Kanak (Guardianship Act 1961- Pind 1999), ibu kini boleh seperti bapa membuat pengesahan bagi permohonan anak bawah 18 tahun.

Cara Memohon
Pemohon perlu mematuhi prosedur berikut:

1. Hadir di Pejabat Imigresen atau Pejabat Pewakilan di luar negara

2. Lengkapkan borang permohonan Pasport Malaysia IM.42

3. 2 keping gambar terbaru berukuran 3.5 x 5sm

4. Kemukakan dokumen asal dan salinan berikut :
- Mykad/ Kad Pengenalan (KPT)/ Kad Pengenalan Sementara JPN. KPPK09/ KPPK11 (jika berumur 12 tahun ke atas)
- Sijil Lahir
- Mykad/ KPT bapa/ ibu/ penjaga sah (ibu atau bapa perlu hadir sama)

Untuk maklumat lanjut, klik sini

P/s: Nak pergi kalau boleh fotostat semua dan ambil gambar siap-siap..cepat sikit..

@ Pergi mana?

Monday, February 16, 2009

Dah 4 hari tak update blog..bukan malas..bukan takde benda nak tulis..tapi penat..rasa penat sangat..takde mood nak pilih gambar untuk tempek kat blog..masih banyak hutang blog yang belum dilangsai
  • Cerita pergi Mamypoko (sampai dah basi dah cerita..huhu)
  • Hutang tag ada 3
  • Hutang award ada 2
  • Cerita member kahwin..adeh la..
  • Info pun dah lama tak buat research
  • Komen tak tereply
  • Chatting box kat tepi tu pun tak terreply(maaf kalau ada yang tanya soalan tapi tak sempat/terlupa nak jawab..huhu)
  • dan banyak lagi....huhu..kena belajar manage masa lagi la ni..
Emm kejap lagi ada kelas..sebagai preview dan menjawab persoalan hari tu..jeng-jeng...details nanti ya..muah2..




P/s: Ammar buat passport nak pergi sini la Aunties...

@ Kidz Branded Outlet

Ini bukan Branded Outlet (BO) yang dekat The Curve tu tau..ini dekat Giant Kota Damansara..Ibu pergi Giant shopping barang dapur last two weeks..pusing-punya pusing Ibu masuk kedai ni..walaupun kedainya kecil (tak sebesar BO tu)..tapi barangnya banyak..semua ada..dari kasut sampailah ke baju, selimut..bla-bla..paling geram tengok baju untuk gurls..

Ibu macam biasalah..kalau masuk kedai tak beli barang..bukan Ibulah namanya tu..hehe..Ibu beli apa untuk Ammar? Ibu beli sweater!..Ammar dah besar..kadang-kadang Ayah bawa naik motor..jadi kena pakai sweater takut sejuk..(kuat tak alasan Ibu..haha)..

Ammar posing sikit sweater baru Ammar..murah je..Rm 20 lebih (tak ingat pulak exact harga sebab Ayah yang bayar)..hehe

@ High chair

Wednesday, February 11, 2009

Secara umumnya, high chair atau kerusii tnggi adalah untuk anak berusia 6-36 bulan dengan berat badan maksima 15 kg. Jangan menggunakan high chair sekiranya anak anda belum boleh duduk tegak tanpa.

High chair Antilop From Ikea (RM49) + Tray (Rm15)

Tip memilih

  • Kedudukan high chair harus benar-benar stabil.
  • High chair yang boleh dibuka pasang.
  • High chair yang boleh ditukar ketinggiannya.
Tip menggunakan
  • Letakkan high chair di atas permukaan yang rata.
  • Jauhkan dari sumber api, meja, atau dinding.
  • Pastikan high chair dipasang dengan betul sebelum memasukkan anak.
  • Jika tidak digunakan, simpan di tempat yang selamat.
  • Jangan biarkan anak mendekati atau memanjat untuk duduk tanpa diawasi.
  • Secara berkala, periksa keadaan high chair.
  • Gantikan komponen yang rosak/hilang.


P/s: Jangan letak anak dekat dengan dinding macam Ammar tu tau..itu Ammar posing saje..kalau betul-betul..bahaya..sekali ditolaknya dinding tu..ini hanya lakonan semata-mata untuk Ibu tempek di blog..(pesanan penaja)..

@ Ops..

Tuesday, February 10, 2009

Firstly..Ibu baru perasan yang ada gambar sensored rupanya pagi tadi..huhu..(pagi tadi main tempek je kan)..haha..makanya harusla gambar itu ditarik balik..kuang-kuang..bak kata Auntie Zue..18sx..terlepas pandang pula..nampak Ammar je tak nampak pula apa yang Ammar tengah buat..hukhuk..

Kedua..esok pagi Ibu dan Ammar nak pergi buat..



Hehe..buat apa? pergi mana? tungguuuu...

P/s: Ibu tak suka hari Rabu..huhu..kenapa Ibu tak suka? Sebab ada kelas malam..maknanya lewat balik jemput Ammar..kesian sayang..

@ MAMYPOKO PERADUAN KIRA & JIMAT




1st Prize : Maybank Yippie-i RM 1,000 savings account
Weekly Prizes: Maybank Yippie-i RM 100 savings account

Tarikh Tamat
15 Mar’09

Maklumat
Langkah 1: Beli sebarang produk MamyPoko
Langkah 2: Jawab satu soalan Matematik yang senang
Langkah 3: Sertai melalui:

A) Laman web MamyPoko Club
B) SMS - Sila rujuk kepada borang penyertaan.

Untuk maklumat lanjut, klik sini..

@ Salah Makan?


Em cuti 3 hari ni semua kerja tak jalan..blog pun tak larat nk update..huhu..sebab apa? sebab 3 hari sakit perut..adehh..agaknya hari Jumaat tu ada makan koeytiow beli di pasar malam...perut tak tahan kot..takde le c****-b**** pun cuma memulas je..huhu..sakitnya macam kena contraction nak bersalin..huhu..

Mula-mula Ibu tahankan je..ingat nanti baikla tu..lagipun tengok Ammar ok je..tak jangkit sakit perut daripada Ibu..tapi dah masuk hari Isnin masih sakit..tak boleh jadi..Selasa dah kerja..nak tak nak kena le jumpa Dr juga..



Dr kata memang salah makan..so bagi ubat pun namanya salah makan..hehe..


Pastu alang-alang dah pergi klinik Ibu minta ubat multivitamin dan kalsium untuk Ibu..yelah bila menyusu semua zat dah diambil Ammar..dah la Ibu ni jenis kurang makan..Dr bagi ubat Prenavit (multivitamin + kalsium untuk ibu-ibu yang menyusu)..

P/s: Harap hari ni dah tak sakit..

@ Koleksi Ibu

Friday, February 6, 2009

Ibu pernah beritahu yang Ibu ada tiga beg gin&jacqie. Well itu bukan omong kosong tau..satu daripada beg tu Ibu hadiahkan kat my mum..lagi dua Ibu guna..ni Ibu tunjuk sikit beg-beg Ibu..bag pertama Ibu beli ialah beg kerja..maklumlah..Ibu kena usung fail sana sini..daripada nak bawa dua beg (satu handbag dan satu bag untuk barang-barang lain)..Ibu beli beg ni..beg ni sebenarnya beg laptop..Ibu sumbat semua barang Ibu dalam tu..yang bestnya..beg ni banyak compartment dan muat laptop DEll 15 inci IIbu tu..hehe..nama beg ni..Sleek Maria..detail klik sini..


Beg kedua merupakan baby bag aka handbag Ibu..hehe..beg ni Ibu beli sendiri ye..takde dapat mana-mana sponsor..so bagi 3 pemenang baby nanti..korang sangat-sangatt bertuah tau..nama beg ni Stripy Alison..klik sini untuk details..

Ibu beli yang ada sale jelah..bijak berbelanja la kononnya..huhu..btw this beg memang best..banyak compartment (well this is why Ibu like gin&jacqie) dan sangat cantik..

Berita baik..selain sales..gin&jacqie juga tengah buat valentines promotion..so jenguk-jenguklah ye..dan jangan lupa untuk join BabyIbu Giveaway: Win Gin & Jacqie Baby Bag..ok chaloh..nak g UKM..


@ My Dear Warehouse Sales 2009

Thursday, February 5, 2009

Dia mai dah..dia mai dah..hehe..kali ni macam nak pergi sebab Ammar dah boleh main mainan yang besar-besar sikit..nak cari tricyle ke..kereta bateri ke..tak gitu Ayah? hehe..

Maklumat lanjut:


My Dear Warehouse Sales


Tarikh

26 Februari hingga 8 Mac 2009

Masa

9 pagi hingga 7 malam

Produk

Baby & Children Products
Baby Carrier
Baby Pram
Baby Stroller
Car Seat
Hammock Spring Cradle
High Chair
Safety Gate
Children Slides
Tricycle
and more

Tempat
No 34 Jalan Meranti Jaya 10
Meranti Jaya Industrial Park
47100 Puchong
Selangor (Tel 603 8060 0093)
http://www.mydear.com.my/

GoogleMap



P/: Ibu pernah pergi dulu..nilah first time jumpa Mama Emily..klik sini

@ Ammar Baca Buku

Em alkisah satu hari Ibu pergi lunch dengan Kak Ifa (student PhD)..Kak Ifa bawa buku anak die..buku tadika..pergi bind sebab dah hancur..katanya anaknya suka sangat buku ni..Ibu pun belek-belek buku tu..buku mewarna dan ada macam A for Ant..B for Baby..

Ibu pun sebut..A for Ant..B for Baby..kemudian Kak Ifa kata..actually ini semua macam lagu..for example:

A for Ant..Aa..Aa..Aa...
B for Baby..Be..Be..Be..
C for Chick..Ci..Ci..Ci..

Ooo..menarik bukan? Jadi balik rumah..Ibu pun practice kat Ammar..Ibu buka buku ABC Ammar..(tapi Ibu suka reka-reka sendiri since buku Ammar tu ada yang susah Ibu nak buat bunyinya..haha)..contoh Ibu ajar Ammar...

A for Ammar..Aa..Aa..Aa..
La for Lala..La..La..La..


Dan yang paling menarik..baru hari kedua..Ammar dah pandai sebut..ta..ta..ta..la..la..la..sekarang Ibu tengah ajar D for Daddy..DaDaDa..dan M for Mummy..MaMaMa..(since Bu susah sikit nak sebut)...Alhamdullilah ada hasil rupanya..thanks a lot Kak Ifa..muah2..

P/s: Sejak botak..Pak Long Ammar suka ajar Ammar..B for Botak..Bo..Bo..Bo..hehe

@ Bo bo Botak

Wednesday, February 4, 2009

Ammar dibotakkan lagi..makin besar makin susah nak potong rambut Ammar..kali ni 6 orang kena jaga Ammar..4 orang tu tukang pujuk..tu pun menangis melalak2..agaknya Ammar takut mesin tu panas kat kepala Ammar agaknya..kesian anak Ibu..tapi kena la potong sayang..rambut Ammar panjang sangat..
Tengok gambar Mak Su ambil..sedih betul nak potong rambut..Ibu memang dok jauh sikit..tak sampai hati tengok Ammar menangis macam tu..huhu..

P/s: Hari ni mengantuk sangat..semalam Ammar buat peel tak nak tidur..huk

@ Stor Banjir

Stor rumah Ibu merupakan bilik air master bedroom..since kami dua orang je (Ammar tak kira sebab dia mandi kat dapur..hehe)..bilik air itu dijadikan stor..alKisahnya 2 minggu lepas..masa Ibu susun-susun barang kat stor..sekali perasan macam berair je bawah kotak-kotak..

Waa..apa lagi Ibu kelam-kabut menjerit panggil Ayah..yelah banyak harta karun kesayangan Ibu dalam stor tu..hadiah kahwin, baju-baju yang tak boleh dipakai (disimpan dengan harapan boleh pakai balik), barang Ammar dan yang paling penting kotak-kotak yang mengandungi bahan-bahan tesis master Ibu..

Rupa-rupanya paip air terbuka..so air mengalir..slow je tapi mungkin dah lama mengalir..kami tak perasan..yang paling sayu sekali..kotak buku Ibu berada di bawah paip itu..Ayah dah ikat paipnya mungkin ada benda tertolak ke apa..habis semua buku-buku/jurnal/paper Ibu kembang semangkuk..Ibu sidai kasi kering..tapi tak boleh guna sebab dah hancur dan berbau (agaknya dah lama sangat air tu bersarang dalam kotak buku)..huhu..sedih tau..dahla laptop kena format..
Kotak buku kesayangan Ibu

Satu-satunya benda yang dapat diselamatkan ialah name tag Ibu masa di SMSPP..emm teringat balik zaman dulu-dulu..



P/s: Moral of the story: Jangan jadikan bilik air anda sebagai stor..hukhuk

@ Thanks To Our Sponsor: gin & Jacqie

Tuesday, February 3, 2009

First of all..Selamat Tahun Baru Cina dan Selamat Hari Wilayah. Hehe..biasala Ibu selalu ketinggalan keretapi. Lambat sikit update..hehe..emm semalam Ibu cuti jadi Ayah pun ambil cuti..petangnya kami keluar pergi bankla apa la..biasala urusan-urusan keluarga..kemudian..kami pergi..hehe..pergi..cuba tengok gambar bawah ni...jeng..jeng..jeng..tau tak apa die?

Inilah hadiah-hadiah korang!! Semalam Ibu pergi ambil hadiah yang disponsor oleh gin & Jacqie. Ibu pergi ke office mereka tapi tak sempat nak naik office dan ambil gambar pun sebab nak cepat time tu. Jacqueline aka tuan punya gin & Jacqie sangat cantik orangnya..macam model gitu. And the bags are..very-very marvellous..sangat cantik (errk Ibu skodeng sikit ye hadiah korang)..sangat roomy, banyak pocket and very stylish.

Dan sebagai akibatnya..Ibu pun dah angkat satu itu baby bags (Ibu beli sendiri la kan..tak dapet de nak sponsor..huhu)..nanti Ibu cerita baby bag gin & Jacqie Ibu kat entri lain..bila tengok baby bags tu boleh senyum sorang-sorang..cantik oii..dulu masa pregnant memang Ibu selalu survey baby bags tapi tak jumpa yang berkenan di hati (maksudnya cantik dan murah..hehe)..Apa-apa pun sekali lagi Ibu nak ucap jutaan terima kasih kepada gin & Jacqie kerana sudi menaja contest BabyIbu ini. Korang dah masuk? masukla..untung-untung boleh dapat baby bag ni tau..

Untuk maklumat lanjut mengenai BabyIbu Give Away..sila klik sini..

@ BabyIbu Giveaway: Win Gin & Jacqie Baby Bag!

Sunday, February 1, 2009

Ibu merupakan peminat beg gin & Jacqie. Setakat ini, Ibu dah ada 3 beg gin & Jacqie. gin & Jacqie merupakan brand yang dimiliki oleh rakyat Malaysia kita iaitu Jacqueline Ng. Kenapa Ibu suka beg gin & Jacqie ni? Ibu suka sebab designnya praktikal, stylish, berkualiti dan multifunctional. gin & Jacqie menyediakan pelbagai jenis bag seperti beg Laptop, Baby & Me, Casual & Travel, Limited Edition, Practical Accessories and Photo Bags. gin & Jacqie dijual secara online dan juga di Isetan The Gardens and Isetan KLCC.

Sempena annivessaries babyibu.blogspot.com, Ibu ingin menganjurkan contest aka giveaway untuk semua pembaca BabyIbu. Berita baik untuk anda semua: Pihak gin & Jacqie telah sudi untuk menaja hadiah pertandingan ini. Yeye..contest ini akan bermula mulai 1 Februari 2009 dan akan berakhir pada 1 Mac 2009. Ini merupakan contest pertama blog ini dan sesiapa sahaja yang berminat, boleh menyertai contest ini.

Seperti biasa, setiap contest pasti ada syarat-syarat yang perlu dipatuhi. Syarat2nya adalah seperti berikut:
  1. Add BabyIbu di blogroll/bloglist anda.
  2. Membuat review mengenai contest ini diblog anda dengan tajuk BabyIbu Giveaway: Win Gin & Jacqie Baby Bag (jangan lupa link balik ke entri ini).
  3. Dalam entri anda, nyatakan baby bag gin & Jacqie pilihan anda (rujuk di bawah bahagian hadiah) dan nyatakan kenapa anda sukakannya. Boleh tambah gambar atau sebagainya mengikut kreativiti anda. Entri boleh dalam English atau Malay.
  4. Dalam entri itu pastikan anda mention dan link ke BabyIbu dan gin & Jacqie (no link back will be disqualified).
  5. Bila dah siap, tinggalkan komen di entri ini beserta dengan email address. Ini penting supaya Ibu tahu anda masuk contest ni. Dan ya..boleh hantar entri sebanyak mana yang anda hendak..hehe..
Inilah bahagian yang ditunggu-tunggu..Apakah hadiah yang menanti anda?

Satu daripada produk gin & Jacqie ialah the baby bag. Yang bestnya gin & Jacqie telah sudi menaja 3 baby bags untuk reader BabyIbu iaitu:

Menarik bukan? Ibu pun tak tahan tengok ni..huhu..emm sebarang pertanyaan bolehlah diajukan terus di ruangan komen yang disediakan. Pemenang akan dipilih berdasarkan entri anda. Keputusan pertandingan akan diumumkan pada 05 Mac 2009.

p/s: Special thanks to Gin & Jacqie for the bags!

Apa tunggu lagi?..Sertai sekarang! Good luck semua!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Widget By Devils Workshop