@ High chair

Wednesday, February 11, 2009

Secara umumnya, high chair atau kerusii tnggi adalah untuk anak berusia 6-36 bulan dengan berat badan maksima 15 kg. Jangan menggunakan high chair sekiranya anak anda belum boleh duduk tegak tanpa.

High chair Antilop From Ikea (RM49) + Tray (Rm15)

Tip memilih

  • Kedudukan high chair harus benar-benar stabil.
  • High chair yang boleh dibuka pasang.
  • High chair yang boleh ditukar ketinggiannya.
Tip menggunakan
  • Letakkan high chair di atas permukaan yang rata.
  • Jauhkan dari sumber api, meja, atau dinding.
  • Pastikan high chair dipasang dengan betul sebelum memasukkan anak.
  • Jika tidak digunakan, simpan di tempat yang selamat.
  • Jangan biarkan anak mendekati atau memanjat untuk duduk tanpa diawasi.
  • Secara berkala, periksa keadaan high chair.
  • Gantikan komponen yang rosak/hilang.


P/s: Jangan letak anak dekat dengan dinding macam Ammar tu tau..itu Ammar posing saje..kalau betul-betul..bahaya..sekali ditolaknya dinding tu..ini hanya lakonan semata-mata untuk Ibu tempek di blog..(pesanan penaja)..

17 kawan BabyIbu berkata-kata..:

Qaseh said...

Bagus tau high chair nih...senang ajar anak-anak makan..x kacau mak ayah makan..heheh..tapi kdg2 kena jaga2..takut anak2 jatuh..

~~ciklinn~~ said...

sennag ada chair nie... kita pun leh mkn dgn selesa kan...

Aku Bukan Bidadari said...

owh.. tiara baru je tulis wish list.. utk beli baby chair nih hi hi hi

PuteriSatu said...

alahai..sebijik high chair Aqilah....hiks...

Elyn said...

wafiq pun dh ade mende ni..... hihih entry schedule esok luse kot br kuar gegegeg

mama zharfan said...

my boy Zharfan, dia punya high chair dapat hadiah from his uncle+auntie, high chair yg boleh convert jd normal chair + study table jugak...so long lasting...boleh guna sampai lah sekarang (now his 4 years old).dulu my adik2 yg bagi present tu beli kat planete enfant the mall, harga dlm rm300 lebih ;)

eiNa said...

Ikea mari ka? k.ina baru duk survey..so far ni jaa kut murahh sket.. ;)

atoyis said...

Yana ok tak high chair tu akak pon ingat nk bli satu utk kimi..rasa2nya tu jer yg rega dia berpatutan dan selamat(jimat jgn tak jimat) heheh..

Ayah said...

ibu terlupa satu benda; pastikan anak anda tak reti nak panjat keluar dari kerusi. cube tengok gambar tu btul2. kaki sebelah ammar dah nak keluar. cam duk dalam walker dia, slalu nak panjat keluar...

oli said...

good info

Mama Safiyyah said...

anak mama tak suka high chair.... :-(

hayatizain said...

high chair memang bagus untuk train anak makan sendiri bersama-sama kita. Tapi kena dibiasakan dari kecil. kalau tidak bila keluar makan di kedai sure dia meraung sebab tak biasa. From mt experience also once anak dah pandai panjat2 simpanla high chair di dalam stor. Saya pernah hampir pitam tgk anak dah ddk di high chair semasa saya ke dapur sekejap je nak ambil air. ntah mcm mana dia pnjat. mujur tak terbalik kerusi tu.

miela77 said...

Ok ke? takut gak nak letak baby qis, bukan apa nanti kakak Amira n Abg Bad yang naik...tp can consider la,,

miela77 said...

Mungkin baby qis setahun nanti leh la survey n beli...

Mama_Aqish said...

bagus kalo ada high chair ni senang nak suap makan budak pun leh dok diam je dalam tu...yana beli kat IKEA ker chair tu??

me n de alisha said...

hehehe Ammar jadi model high chair lah pulak....

Zanna_MamaBatrice said...

zaman sekarang
byk kemudahan utk baby kan...

zana x pernah belikan batrice
dia pun bukan suka sgt duduk dlm tu
kalau gi makan kat luar..
kejap jer...
lagi selesa dia dok atas riba mama dia nie hah ..he he he

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Widget By Devils Workshop