@ Ammar sayang..

Thursday, March 19, 2009

Semalam Ibu ada kelas sampai pukul 9 malam..dalam pukul 10 malam baru sampai rumah..Ammar dah mengantuk..die nampak Ibu terus panggil..Ibu kasi nyusu terus tidur..kesian Ammar..

Pagi-pagi tadi macam biasa Ibu bangun pukul 6 pagi..bila Ibu bangun Ammar pun bangun juga..Ibu pergi bilik air..dengar Ammar nangis-nangis..Ayah letak Ammar dalam walker pastu sambung tidur..Ibu pun pergila dekat Ammar..Ibu dapat tengok Ammar tengok Ibu dengan muka bahagia (walaupun muka penuh dengan linangan air matanya)..tersenyum-senyum sambil pegang muka ibu..pastu peluk-peluk Ibu..

Kesian anak Ibu..rindu agaknya semalam tak sempat nak main-main..peluk-peluk..Ibu kata kat Ayah..Ibu nak pergi kerja lambat la hari ni..kesian kat Ammar..Ayah kata ok..Ibu pun baring dengan Ammar..Ammar pegang je badan Ibu..kiss2 Ibu..senyum-senyum sambil bercakap-cakap (me..me..ta ta..)..

Ya Allah rasa tersentuh naluri keibuan..kesian anakku ditinggalkan..huhu..benda macam ni buat Ibu terpikir nak duduk rumah balik macam dulu..tapi kalau duduk rumah balik..benda lain pula muncul..emm Ibu kata kat Ayah..Ibu tengok dulu setahun ni macam mana..Ibu kesian la kat Ammar..tengok la muka die menangis ni..



@ Sisterhood Award

Wednesday, March 18, 2009

Dapat award dari Airyn Mama Aqish..akhirnya blognya boleh dibuka semula..kalau tak asyik aborted sahaja..


The rules:

  • Place the award logo on your blog.
  • Nominate 10 other blogs which show "Attitude and/or Gratitude"

Hehe..ada lagi dua rules tapi sebab Ibu bz..Ibu abaikan..boleh tak Airyn..hehe..Ibu memberi anugerah ini kepada semua pembaca blog ini..nama pun Sisterhood Award kan..

@ Enjoy Breastfeed..

Ammar dari dulu hingga sekarang minum campur..susu formula+susu badan..kenapa? (persoalan yang harus orang tanya)..sebab susu Ibu tak cukup..huhu..ada satu masa tu Ammar fully breastfeed (die tak nak minum botol)..terus badan kurus kering..kesian Ibu tengok..


Ibu rasa kalau boleh semua Ibu di dunia ni nak fully breastfeed anak mereka..kita pun sedia maklumkan kebaikan breastfeed ni..tapi yelah..kadang-kadang kita kena faham..tak semua sebertuah itu..kadang-kadang Allah bagi dugaan..susu tak cukup, susu tak sesuai (macam kena jaundice) dan sebagainya..macam Ammar dari lahir dah disumbat susu botol (nursery kat spital Ammar jauh..Ibu yang kena pergi menyusu kat situ..since c-sect lepas dua hari baru jumpa Ammar)..


Ada sesetengah Ibu yang fully breastfeed ni selalu persoalkan kepada Ibu yang tak full breastfeed ni..kenapa tak susukan bayi sendiri la..tak tahu ke kebaikan breastfeed ni..kenapa tak belajar macam mana nak breastfeed la..bla..bla..


Walaupun Ibu ni kategori tengah-tengah tapi Ibu rasa tak berapa patutla macam tu kan..kita sebagai Ibu mestilah nak yang terbaik untuk anak kita..dah susu takde..nak buat macam mana..lebih-lebih kalau first baby..kita kurang pengetahuan, kurang peka..masih nak belajar lagi..kecik hati tau kalau cakap2 mcam tu..macam la kita tak sayang anak sendiri..


Heh..pagi-pagi dah melalut..tak berapa sihat sikit ni tu yang otak weng..entri ni tak ditujukan kepada sesapa..cuma ini yang Ibu nampak dari pengamatan Ibu..


Kesimpulannya..kepada yang tak fully breastfeed..nanti anak seterusnya kita tambah ilmu dan cuba lagi..kepada yang fully breastfeed..bagilah sokongan moral kepada kawan-kawan lain..setiap perkara yang berlaku ada sebabnya..


Em alang-alang dah sentuh pasal breastfeeding ni..ni ada sales barang-barang breastfeed kat sini..emm botol, warmer dan lain-lain pun ada..check this out..






Gambar sensored itu hari..Ibu dah cover skit..haha

@ Chess Anyone?

Tuesday, March 17, 2009

Alkisah satu petang di ofis..

Kring..kring..

Ibu: "Hello.."
Brian: "Hi Yana..you pandai main chess?"
Ibu:"Erkk..tak pandai.."
Brian: "Aiyak..main chess pun tak tau ka?"
Ibu: "Brian..I tau main tapi tak pandai la"
Brian: "Nak minta tolong you, we need a female member in our chess team, if not our team will be disqualified..you join team kitaorang eh?"
Ibu: "Tapi I tak pandai main la Brian..nanti kalah"
Brian"Its ok..kita boleh training..we desperate nak female member ni..boleh la yana?"
Ibu: "Okla-okla..tapi kalau I kalah you jangan marah..I dah lama tak main..last main time sekolah dulu.."
Brian: "Tatak marah punya..yang penting dua member lelaki menang sudah cukup..sudah boleh layak"
Ibu: "Em macam tu oklah..tapi janji tau kena training I"
Brian: "ok2..tq yana..email me your details"

Itulah satu perbualan yang menambah satu lagi kerja Ibu..dah nak kena belajar main chess pulak dah..huhu..Ibu tahu la main..means tahu la nak gerak buah-buah catur tu..tapi nak menang..haha..masuk bertanding? haha..lawak2..

Ibu sedar skill logik Ibu kureng sikit..huhu..haritu ajak Ayah g Tesco beli chess..Ayah kata belajar online je..tapi cam tak best tak real rasa..ni Ibu kena belajar online..lawan komputer..adehh..

Sumber


Apa kaitan gambar ni?..awek cun ini adalah Alexandra Kosteniuk..chess grandmasters (perempuan yang ke sepuluh dapat title ni)..hebat kan? eceh..jangan la korang ingat Ibu berangan jadi cam die le..tak dapett de..kalau menang satu game pun dah besar tuah..haha

p/s: wish me luck..huhu..

@ Anak Ibu yang rajin..

Monday, March 16, 2009

Macam biasa..hujung minggu merupakan masa mengemas rumah..Ibu akan ditugaskan mengemas rumah (susun barang..lap habuk..kemas dapur..susun kain) manakala Ayah pula kena vacum dan mop lantai..tapi nampaknya lepas ni keje Ayah makin ringan sebab dah ada assistant..nak tau sapa? Sapa lagi..Mohd Ammar..jeng jeng..





Ayah ralit (alpa) sikit terus Ammar dengan lajunya mencapai mop..tersengih-sengih dapat pegang mop tu..nak tolong ye sayang? nanti dah besar sikit bolehla..sekarang ni tak dapet de..tolong banyakkan kerja Ibu memang ye..huhu

@ Alkisah Ayah

Thursday, March 12, 2009

Nak buat tagged dari Airyn..tapi takleh buka blog Airyn pula..nape ye Airyn? ok nak buat tag dari Kak Eina..

Rules:
Here’s a chance to see how well you really know your husband/boyfriend/lover.
Cut, paste and fill in the answers, then shoot, you know what to do. The real challenge is to send it to your husband/boyfriend/lover to see how right you really are.

1. He’s sitting in front of the TV, what is on the screen?
Sport News/Football Match

2. You’re out to eat; what kind of dressing does he get on his salad?
erkk salad? ulam-ulaman adala

3. What’s one food he doesn’t like?
Nasi lembik

4. You go out to eat and have a drink. What does he order?
Teh O panas

5. Where did he go to high school?
Sek Men Sultan Abdul Samad

6. What size shoes does he wear?
10..kot..heh (tak pernah pula belek saiz)

7. If he was to collect anything, what would it be?
Watch (Ada ka suh saya beli Tag Heuir (tgk nak eja pun tak reti))

8. What is his favorite type of sandwich?
erkk..tak pernah pula bersandwich..selalu Ayah makan oat je..

9. What would this person eat every day if he could?
Any kind of masak lemak..orang negorila katakan..

10. What is his favorite cereal?
muesli

11. What would he never wear?
emm..topi..

12. What is his favorite sports team?
Arsenal

13. Who did he vote for?
err tau tapi..undi adalah rahsia..haha

14. Who is his best friend?
Gerard..(kawan sekolah lama..bla tanya nama..jawabnya Jerat Percintaan)

15. What is something you do that he wishes you wouldn’t do?
Working

16. What is his heritage?
melayu

17. What is his favourite colour?
blue..biru..heh

18. What is his habit?
kuntut (peace Ayah jangan marah..haha)

19. What is he proud of?
his son

20. Lastly, do you think he will read this?
maybe yes..maybe not..Ayah tengah bz nak exam..chayok2..



Nak tag..Airyn, Dila, Yus, Zue, Mirah, Nana..dan sapa-sapa rajin nak buat..

@ Our New House..

Em ini rumah baru Ammar..baru dapat kunci last week..adehh rumah ni siap cepat dari jangkaan..ingat ujung tahun..kopak Ayah membayar..nampak gaya budget shopping Ibu akan dibekukan..Ibu kena save untuk nak renovate and nak beli perabot bagai (maklumla rumah sekarang kosong jek)..



Takpela Ammar..biar takde duit sekarang..yang penting kita kena ada rumah..Ibu tengok dari sekeliling (sedara-mara)..bila apa-apa jadi di masa hadapan (mintak simpanglah kan) contohnya kena buang kerja ke..business merudum ke..penting sangat kena ada rumah sendiri..biar kecil pun takpe janji rumah kita..at least walaupun susah..anak-anak kita ada tempat berteduh..kesian tengok anak-anak terpaksa berpindah-randah dan menumpang rumah orang..


Biar pun sekarang Ayah terpaksa memendam impian untuk beli kereta idaman..kami pakai kereta FIL je..huhu..tapi kita dahulukan yang penting..after settle rumah baru beli kereta dan sebagainya..sikit-sikit la kan..ape-ape pun sekadar peringatan..sekarang dah jadi parent kena beringat tuk masa depan anak-anak..betul tak?

@ Hubungi Ibu

Wednesday, March 11, 2009


Contact Form










 
Web forms generated by 123ContactForm


@ Dan pemenangnya adalah..

Tuesday, March 10, 2009

First of all ampun maaf dipinta atas kelewatan pengumuman..petang tadi Internet sangat teruk tak dapat nak upload..ni kena tunggu Ammar tidur baru boleh online kat umah (demi korang Ibu buat overtime ni..heh)..ok enough Ibu bebel..

Terdapat 44 penyertaan yang layak dipertimbangkan..pemenang dipilih berdasarkan kekreatifan dan kesungguhan para peserta..pemenang juga dipilih berdasarkan beg yang dipilih oleh peserta..kira macam kategori la..lagi ramai pilih beg tu lagi ramai competitorsnya..untuk pengetahuan semua..bukan Ibu yang pilih tau pemenang ni..juri-juri yang layak telah dilantik untuk memilih.setelah hampir seminggu juri-juri bertungkus lumus memilih pemenang (susah weii pilih pemenang ni)...and the winners of BabyIbu Giveaway: Win Gin & Jacqie Baby Bag ialah..jeng..jeng..



Pemilik Baru Luna baby bag






Pemilik Baru Emily & Emma baby bag




Pemilik Baru Stylish Elaine...




Tahniah kepada para pemenang..kepada yang tidak berjaya tunggu Ibu punya next contest k..jangan mengalah..bak kata kata Vince..tiada pengalah semua pemenang..
Kepada pemenang..sila contact Ibu untuk urusan penghantaran hadiah eh..dan sekali lagi..terima kasih gin & Jacqie yang telah sudi menaja hadiah untuk BabyIbu Giveaway kali ni..Till then..muah2

@ Update 10/3/2009

Salam Maulidur Rasul buat semua..

Cuti kali ni tak buat pape..just dok rumah je..ingat nak balik kampung tapi..tapi..huhu tak nak ceritale..cedihh..emm update minggu ni..


Handset Ayah rosak

Ini adalah saat-saat terakhir handset Ayah..lepas Ammar main aka main denga air liur..handset Ayah terus nazak..keypad rosak..

Tak leh comment?

Ibu baca chat kata tak leh nak komen..kang petang-petang sikit akan Ibu edit..Internet trouble le skrang..huhu..

Cek dari Nuffnang

Akhirnya cek daripada Nuffnang sampai..kira terbukti Nuffnang memang bayar ahlinya..TQ Nuffnang..muahhh

Pemenang BabyIbu Giveaway

Mesti korang tak sabar kan..Ibu pun tak sabar..terdapat 44 penyertaan..juling mata juri-juri memilih..pemenangnya adalah..jeng-jeng..akan diumumkan petang nanti..:P

New contest

Akan ada contest baru untuk semua..akan diumumkan dalam minggu ni juga..hadiahnya best tau..jangan lupa join k..tunguuu!!

@ Resipi Ikan Tenggiri

Friday, March 6, 2009

Bahan-bahan
Beras segenggam
Ubi kentang sebiji (diparut kasar)
Ikan tenggiri (1/4 daripada seketul)

Caranya
Masak beras dan ubi kentang
Bila beras dah menjadi bubur masukkan ikan tenggiri (lerai-leraikan sikit)
Then..taraa...



Makanan favourite Ammar..Ayah kata beli ikan mahal (ikan tenggiri sekarang 1kg harganya RM20)..nasib baik Ammar guna sepotong je untuk seminggu..hehe

Em yang bawah ni saja je selingan..gulai ikan kegemaranku..sedappp (saja nak tunjuk Ibu reti masak tau..hehe-selalu Ayah masak..Ibu tukang potong je..haha)

@ Akhirnya..

Akhirnya dapat juga ambil gambar gigi Ammar..walaupun kurang jelas tapi ini je antara gambar Ammar buka mulut..Ammar tengah seronok dapat stering keta..terlupa nak kontrol ensem..

Masa ni badan Ammar susut sikit..maklumlah..duduk tak nak diam..budak baiklah katakan (ayah Ayah ni..hehe)..minggu ni badan dah naik sikit..mana taknya..malam-malam minum susu sampai 10 oz..2 kali juga Ayah bangun buat susu..itu baru susu botol..susu badan pun ongoing juga..makan pun dah lalu..oo jap g Ibu upload resipi baru Ammar..Ammar suka betul makan..

Satu lagi..seperti yang diketahui..10 Mac akan diumumkan pemenang BabyIbu Giveaway..dan berita best untuk semua..BabyIbu akan anjurkan satu lagi Giveaway..BabyIbu Giveaway March nama die..hadiah die apa?..tungguuuu!! Next week lepas umum pemenang baru boleh umum contest baru..satu-satu kasi settle dulu..

P/s: Seronok boleh dapatkan sponsor untuk hadiah korang..seronok lagila kalau Ibu dapat hadiah free..oohh mungkinkah..hukhuk

@ Anugerah

Thursday, March 5, 2009

Tajuk macam anugerah skrin pula..hehe..just nak share awards Kak Eina bagi..tq Kak Eina..bila kita nk gather2 ni..rindu kat Aira la..



Caring blogger ke caring cat blogger? Kalau caring cat Ibu tak boleh amik sebab Ibu takut kucin (ini cara orang kedah sebut kucing)..hehe


Ini can-can eh? Ibu sayang semua kawan Ibu...

Ini pun can-can..


P/s: Ibu passing award ni pada semua follower blog BabyIbu ini..terimalah Anugerah Blogger..yeyyyy...

@ F.I.V.E

Tagged by Nana: Five


1. What were you doing five years ago?

Kat UTM..tengah final year dan tengah ronggeng2..wahh rindunya saat itu..teringat naik motor tiga orang sebab nak g cafe tengok AF (masa tu AF2..zahiid bestt..ahai!!)

2. What were the 5 things on your to do list today?

  • Siapkan soalan final (lagi susah nak buat soalan dari jawab soalan..huhu)
  • Draf paper (Dah bersawang papernya..bila tah nak siap)
  • Kemas meja (Meja cinonet; jadi kena kemas sehari dua kali..kalau tak takde tempat nak letak barang..)
  • Brunch (lapar nih)
  • Marks paper student (Borinkkkk!!)


3. What are 5 snacks that you enjoy?

  • Twisties
  • Pringles
  • Keropok (keropok ikan biasa)
  • Kentang goreng
  • Kit Kat
    (Yes..Ibu adalah peminat makanan ringan..ayah dah warning suruh stop takut nanti Ammar ikut perangai Ibu..kat rumah dah berenti tapi kat opis makan skit2 (peace Ayah!!))



4. What are 5 jobs you've had?

  • Pembantu Exam (1999
  • Freelance Web Developer (Canggih bunyinya..haha)
  • Freelance buat assignment untuk cikgu yang sambung belajar (sekarang dah terror bab psikologi, sejarah, sains, kaedah mengajar budak..hehe)
  • RA (2005; 2007-2008)
  • Surirumah yang tak berapa berjaya (2008)


5. Tag 5 person and who are they?
- Mama Aqish
- Azza
- Kak Eina
- Elyn
- Tiara
- Anasdila
- lagi..eh terlebih sudah..sesiapa nak silakan..

@ Sales: 4/3/09

Wednesday, March 4, 2009

Update sikit sales2 yang ada..

1. Anakku Clearance Bonanza

Tarikh: 2 - 15 Mac 2009

Promosi: Up to 50% Off; From RM5

Jenama: Anakku, Anakku Junior, Disney Baby, Disney Mickey Mouse & Friends

Lokasi: 5Floor Event Hall, KL Sogo

2. MyBBStore Sale

Tarikh: 3 Mac - 5 April 2009

Promosi: Save up to RM200

Produk: Baby Stroller, Pram, Baby Carrier, Breast Pump, Electric Sterilizer, Play Pen, and more

Layari MyBBStore.com now

P/s: Pemenang bagi BabyIbu Giveaway akan diumumkan pada 10 Mac 2009. Kenapa lambat? Sebab banyak sangat penyertaan maka perlu banyak tapisan dan juri-jurinya. Terima Kasih.

@ Sejuk ke panas?

Ibu selalu confuse sama ada Ammar panas ke sejuk ke..kalau panas Ammar berpeluh-peluh jadi bolehla agak..tapi kalau sejuk macam mana? Bila Ammar tidur Ibu akan selimutkan Ammar..tapi selalu tak sampai 15 min selimut tu dah kemana-mana..Ammar tidur berpusing-pusing..kami tidur menegak..alih-alih nanti Ammar tidur melintang..(selalu makan space katil – Ayah bebel)..hehe..

Terdapat beberapa tips yang Ibu dapat..selain dari guna thermometer la kan..:

  • Periksa belakang leher (Ibu selalu amalkan yang ini)
  • Periksa dada/perut dalam baju
  • Jangan rasa tangan atau kaki kerana ia lebih sejuk daripada bahagian badan yang lain
  • Sekiranya bayi tidur nyenyak dan minum ok makanya suhunya sesuai tapi jika bayi asyik meragam atau terjaga maka bayi mungkin panas atau sejuk (mungkin juga lapar atau kembung perut..heh)

@ From Nuffnang With Love

Tuesday, March 3, 2009

Dapat email dari HSBC..heran juga tak pernah-pernah kuguna itu HSBC..minta hutang ke apa ni..sekali..rupa-rupanya..Nuffnang kasi payment..yeye..(seronok macam dapat banyak je..haha)..just nak buktikan Nuffnang memang bayar le ads die tu..bukan sekadar memeriahkan blog kita sahaja..



I like...

@ Hari ini 2/3/09

Monday, March 2, 2009

First of all..BabyIbu Giveaway: Win Gin & Jacqie Baby Bags..dah pun sampai penamatnya..minggu ini akan berlakunya proses pemilihan pemenang..pastikan semua cukup syarat ya..Ibu pun tak tahan asyik kerling-kerling bag korang tu..huhu..

Kedua..Happy Besday Tok Abah..semoga panjang umur dan murah rezeki..Ibu rindu nak balik Kedah la..homesick pula rasa (dah tua-tua pun homesick lagi..huhu)..dua tiga hari ni rindu sangat nak balik rumah..huhu..

Ketiga..pejam pelik pejam pelik (bak kata Iza :p)..Ammar dah pun 10 bulan..dah pandai memanjat meja, mengemas semua barang2..suka gigit Ibu (dari dulu nak amik gambar gigi Ammar tak dapat-dapat)..tang gigit time menyusu tak tahan tu..meraung Ibu dibuatnya..huhu..yang paling best Ammar dah pandai kiss Ibu pagi-pagi..bangun tidur je Ammar akan kiss Ibu..waahh time ni rasa terharu sangat..sayang Ammar...


Keempat..semalam Atuk bawa Ammar g jalan-jalan..pastu hujan turun dengan lebatnya..maka Atuk n Ammar basah kuyup..huhu..Ammar seronok main hujan kata Atuk..tergelak-gelak main hujan (Ammar dalam stroller time tu tapi Atuk tak pandai pasang bumbung stroller tu..huhu)..Alhamdullillah Ammat tak demam ke apa..Ammar kan kuat kan sayang..


Kelima..Ibu nak kena belajar manage masa..supaya Ibu balik rumah fokus Ammar je..keje hanya di ofis..Ingat Ibu..Ibu punya fokus pada Ammar dan Ayah..kerja dan PhD hanya sampingan..(cakap pada diri sendiri ni)..

Keenam..dah-dah la memlalut..nak buat kerja..semangat membara..tapi hati nak balik rumahhhhhhh..mama...rindu nak balik...huhu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Widget By Devils Workshop