@ Breast Cancer Awareness: Gin &Jacqie “Bag Print Design” Contest 2009

Friday, May 29, 2009


How?


When?

• Submissions are open from 15th May – 30th June, 2009.
• Followed by online voting, from 1st July – 20th July, 2009
• Winners will be announced: 31st July, 2009.

Entry forms can be submitted online at: www.emmagem.com/bagprintdesign


Prizes include:


• One (1) Grand Prize: RM1,000 Estee Lauder products, Artmakr.com Oil Painting Kit and Cziplee Vouchers worth up to RM500, RM500 gin & Jacqie Voucher , Printing of the winner’s design on the bag for sale
• One (1) First Prize: RM500 Bobbi Brown products, Artmakr.com Oil Painting Kit and Cziplee Vouchers worth up to RM300
• One (1) Second Prize: RM500 Clinique products, Artmakr.com Oil Painting Kit and Cziplee Vouchers worth up to RM200
• 25 Consolation prizes: 2 TGV tickets
• First 50 entries receive a limited edition camisole by Inner Secrets

For more information, log on to: www.emmagem.com or http://www.ginjacqie.com/

@ Merap

Thursday, May 28, 2009

Merap? Apa tu merap? Merap tu means manja..mengada..

Mulai semalam..Ibu ada kelas malam..sampai minggu depan..nak dijadikan cerita..semalam Ibu pergi kerja pukul 7 pagi..Ammar still tidur..bila Ibu balik pukul 10.30 malam..Ammar dah tidur..kiranya satu hari tak jumpa..

Masa tidur..banyak kali Ammar menangis dalam tidur..pastu panggil mak..mak..kesian sangat rasa...Ibu peluk Ammar rapat-rapat..bila Ammar bangun tidur..Ammar senyum tengok Ibu ada..peluk-peluk Ibu..dan sampai la Ibu hantar pergi umah MIL tengah hari tadi (masuk opis lambat sebab keje malam lagi ni)..asyik merap je..tak lepas pegang seluar Ibu..takut Ibu hilang agaknya..

Semua ni..betul-betul buat Ibu nak berenti kerja..priority Ibu adalah keluarga..tapi apa nak buat..buat masa ni nak guna banyak pulus sebab nak pindah rumah..huhu..kerja malam pun sebab dapat duit tambahan..kalu ikut hati takdenya Ibu nak pergi keje2 malam ni..kesian kat Ammar...

Tapi nak buat macam mana..tahan sikit lagi ye Ammar..settle rumah ni Ibu akan tukar status..sebulan je lagi..then..I'm fully yours...mmuahhh

@ Baby and Kids Warehouse Sales

Wednesday, May 27, 2009

Terdapat beberapa warehouse minggu ni...


Poney Warehouse Sales - 28 May to 1 June 2009

Ibu baru pergi bulan lepas..ada baju untuk baby dan kids..sangat berbaloi pergi..klik sini..

Maklumat lanjut: Rujuk sini

Kiko Warehouse Sale - 1 to 7 June 2009

Tak pernah pergi..tapi ini untuk budak 7 tahun ke atas..jadi Ibu memang tak pergi la kot..heh

Maklumat lanjut: Rujuk sini

Adidas Clearance Sales - 29 to 31 May 2009

Ayah pernah pergi dulu..klik sini..tapi tak sempat cerita Ayah beli apa..hehe..kata Ayah berbaloi pergi..banyak discount la dr harga asal..tapi orangnya ramai teramat..huhu..Ayah banyak borong t-shirt untuk Ayah dan baju untuk Ammar..tapi saiz baby kurang..banyak setahun ke atas..ni baju Ammar...


Ni je gambar yang ada dalam simpanan Ibu

Maklumat lanjut: Rujuk sini

P/s: Ibu tak tengok warehouse untuk Ammar..sibuk belek warehouse untuk barang rumah..chalo-chalo...heh

@ Poney Warehouse Sales

Ibu memang suka baju jenama Poney ni..kalu perasan banyak t-shirt Ammar brand Poney..Ibu suka sebab kain die lembut dan serap peluh disamping designnya yang cun menawan..seluar die pun cantik..kain lembut..sesuai la kalau baby nak melaram pakai jeans Poney..kalau jeans lain macam kasar..kesian baby nak merangkak/ meniarap..

Tapi..dah nama pun menawan maka harganya pun tertawan jugala..sebab tu Ibu selalu tunggu butik Poney buat 50% discount baru beli..lama-lama design tu je ada..adeh..heh..

Last month (citer basi..hehe)..Ibu pergi Poney Warehouse sales kat Shah Alam..kawan Ibu ajak..lari jap masa office..masa Ibu pergi last day..pukul 10 dah terpacak kat situ..waaahhh banyak giler baju..semua baju cantik dan elok (baru keluar dari bungkusan)..orangnya ramai tak tercakap la..

Baju die dari 50% hingga 70%..yang paling best..ada yang die lelong..RM5 inggit je..tapi banyak baju gurls la..baju boys banyak 70%..apa lagi..abis Ibu dan kekawan memborong..macam tak hengat dunia..pastu baru Ibu teringat..cash bukan bawa banyak pun (sebab pergi tak plan awal-awal)..kad pelastik pula memang Ibu tadak..huhu..makanya terpaksala menapis pula baju-baju yang Ibu amik..huhu..mengalahkan nak pilih tajuk thesis tau..sempat termenung dok renung-renung mana baju nak amik ni..huhu..kan best kalau Ayah ada..kan Ayah kan..huhu..

Ibu borang banyak t-shirt tuk Ammar..seluar jeans selai je sebab discount tak banyak..kawan-kawan Ibu berguni diborongnya..haha..balik tu amik gambar baju dibeli tapi tah mana pula ilang gambar tu..jadi Ibu tempek gmbar tempat kejadian jelah eh..


Tempat kejadian di mana duit Ibu melayang-layang..

Bukti baju Poney baru Ammar

Ingat nak pakai raya..tapi tak tahan tengok..pakai jelah Ammar..raya Ibu cari lain..hehe..em rasanya nanti Poney buat lagi warehouse sales..tapi kat South City Plaza, Seri Kembangan (28/5-1/6)..tak dapet la Ibu pergi..jauh..apa-apa pun bagi yang dekat..boleh la pergi..berbaloi nak beli baju raya anak..happy shopping...

@ Ammar Jalan

Tuesday, May 26, 2009

Atas permintaan..ni gambar Ammar jalan..tapi sorry senget..tak reti nak rotatekan die..huhu..telengla skit nak tengok..huhu

video

@ Penat

Monday, May 25, 2009

Fuh..fuh..bersawang blog BabyIbu ni..Ibu baru balik dari Kedah..rasa penat satu badan tak hilang lagi..riba Ammar dari Kedah ke KL..tak kira time die buat lembik lagi..huhu..nasib baik adik sudi hantar naik kereta..kalau naik bas..mau menangis Ibu..huhu

Banyak cite nak diupdate..slow-slow eh..cari kabel hdset tak jumpa pula..tak boleh nak copy gambar dari hdset...

Esok update ya..:P

P/s: Tahniah Mummy Lyna kerana menang Supermummy Amazing Blogger..

P/s2: Seperti dijanjikan Ibu akan share hadiah dari menang Top Ten Supermummy Amazing Blogger..nanti Ibu umumkan k..

@ Nak?

Monday, May 18, 2009

Minggu depan Ammar dan setahun sebulan..sekejap je..Ammar sekarang dah pandai jalan..dah tak nak dukung-dukung lagi..ingat dah pandai jalan lega sikit..tapi..lagi penat rupanya..mana taknya..jalan setapak dua..nak menyinggah tengok itu ini..jalan setapak dua..nak tengok itu ini pula..adehh..

Satu lagi..Ammar dah pandai sebuk "nak"..kalau die nak apa-apa..Ammar akan tunjuk barang tu sambil sebut.."nak"..nak air la apa la..sikit2.."nak"..comelnya suara..tapi kadang-kadang Ayah tensen..semua die nak..hehe..

Btw..Ibu nak balik Kedah minggu ni..yeyey..nak pergi library UUM..kalau nak cari buku..library UUM la paling best..lengkap gila koleksi buku-bukunya..(semangat tgh membara la katakan)..

Ammar posing di boat depan Giant KD

@ Final Round: Top 10 Supermummy Award

Saturday, May 16, 2009

Sticky mode ni.. Please scroll down for the latest entry!!

Alhamdullillah..berkat sokongan anda semua..blog BabyIbu terpilih ke Top Ten Supermummy Amazing Blogger Award..Jutaan terima kasih kepada yang sudi klik banner kat blog Ibu. Tapi tak habis lagi..baru masuk Top Ten..ada satu lagi pusingan kena vote. Ibu harap korang semua sudi vote Ibu lagi ya..(Ibu teringin nak menang pula..asyik anjur contest..tak boleh menang hadiah..:P)

Macam mana?
Untuk pusingan ni..sila vote di Malaysian Supermummy blog..klik SINI!! Ada poll di bahagian atas belah kanan.

Hari terakhir vote ialah 15 Mei 2009
Thank you in advance..luv u all..muahh2..
P/s: Sesiapa yang vote..beritahu di ruangan comment ya..ada hadiah Ibu nak share
(lucky draw ye)

@ Hari pertama di Sydney..

Friday, May 15, 2009

Sambungan Dari Kuala Lumpur ke Sydney..

Dalam pukul 9 pagi (beza masa Malaysia dan Sydney ialah 3 jam..kiranya kami sampai pukul 6 pagi la waktu Malaysia) kami pun sampai..Ammar mengantuk lagi..bangun pun tak nak..lepas keluar dari flight terus nak pergi ambil barang..MIL pergi toilet..Ayah pergi ambil stroller kat Gate 6..tiba-tiba Ibu dengar satu announcement..announcement apa? Emm Ibu tak dengar pun..sibuk dok layan Ammar..huh

Ada sorang mat saleh tepi Ibu tanya..awak dengar tak announcement tu..err Ibu cakap sorry..Ibu tak perasan..kenapa? Ibu tanya..katanya pekerja di Sydney Airport mulakan mogok..tiada beg akan dikeluarkan..sila isi borang senarai beg dan serahkan pada petugas..HAAAAA? Biar betik..isy macam tak percaya pun ada..buat lawak apa depa ni..barang-barang Ibu Ayah tak kisah sangat..barang-barang Ammar tu..dalam beg..adehhh..

Ibu nampak Ayah datang..Ayah kata takde pun stroller..orang pun takde (stroller gate lain..beg gate lain)..bila Ibu bagitau Ayah..Ayah pun pergi ke kaunter..hmm..memang ye..diorang mogok..beg takkan diuruskan..kena bagi alamat hotel dan a few others info..katanya nanti diorang hantar beg ke hotel..

Erkk..Ibu tak boleh fikir apa-apa..macam blur-blur pun ada..nasib baik la banyak barang Ammar dalam back pack..at least basic things macam toiletries, ubat, baju/pampers untuk dua hari tu ada la..masalah cuma makanan jelah..adehhh...kesian la anak Ibu..dah la tengah tak berapa sihat time tu.. yang confirm Ibu, Ayah and grandma memang betul-betul sehelai sepinggang..huhu

Kemudian..ada satu pasangan student dari Malaysia datang (satu flight dengan kami..tadi sembang dengan kaunter passport masa beratur)..Azri dan isteri..mereka offer datang rumah mereka di Bankstown..nak mandi ke apa..Alhamdullilah ada juga orang prihatin..kami pun pergi rumah mereka..tumpang mandikan Ammar tukar lampin semua..lepas tu diorang bawa ke pasaraya ala-ala Giant Tesco la..murah skit kata mereka..BIGW namanya..

Kat situ kami beli baju seorang sepasang (amik yang paling murah tau..10 dollar - 25 hinggit duit kita)..belikan Ammar susu (nasib baik ada jenama S26 kat sini cuma harganya dua kali ganda la) dan food skit..kat situ je dah abis 200 dollar (abisla budget soping Ibu..huhu)..

Ni la tempat kami beli barang..

Ammar sempat main-main kat keta..eksyen je..Ibu tak letak duit pun..hehe..sep..


Inilah rumah keluarga Azri..terima kasih banyak-banyak..jasamu dikenang..


Setelah soping skit..kami pun singgah beli makanan..kami tapau je sebab lepas ni Ayah nak pergi survey tempat exam pula..oh lupa nak bagitau..kami pergi Sydney sebab Ayah ada exam..disebabkan MAS buat tambang murah..dapatla Ibu, AMmar dan Grandma tumpang sekaki..emm berbalik pada makanan..kami beli 3 bungkus nasi goreng..reganya 9 dollar sebungkus..(aiyakk..gila mahai)..

Ni la rupa nasi yang berharga..

Daripada situ, kami pun naik train ke bandar Sydney..nama stationnya Museum..kena 16 dollar..Ibu heran nape mahal betul..rupa-rupanya orang tu main bagi je return tiket padahal kita tak minta..Ayah nak tukar die tak bagi..emm malas nak cakap banyak sebab kami semua letih, penat dan lapar..naik jelah...

Ni gambar dalam train..sori gambar tah apa-apa..itu je gambar yang ada..takde mood amik gambar hari tu..sebab very frustrated dan penat..lapar pun tak cakapla..rasa macam pening-pening lalat..huhu..eh dah panjang pun..nanti Ibu sambung lagi ye..

@ Nak anak berapa?

Thursday, May 14, 2009

Kali ini nak buat tag dari Mama Aqish

1. Anda sudah mempunyai berapa orang anak & nyatakan Girl or Boy?
Baru seorang..boy..

2. Bila perancangan anda untuk menambah anak?
Lagi setahun..insyaallah..

3. Nyatakan nama anak anda & ape makna nama anak anda dalam islam?
Mohd Ammar
Mohd : Yang terpuji
Ammar : Yang memakmurkan, yang kuat iman

3. Siapakah yang memberikan nama anak anda?
Pilihan Ibu dan Ayah

4. Darimana tercetus idea memberikan nama anak anda?
Daripada senarai nama Islam Ibu download dari Internet..buku? lagi dua hari nak bersalin baru Ayah sibuk nak beli..huhu

5. Sekiranya anda dikurniakan seorang lagi cahaya mata...apakah nama yang akan anda beri?
Kalo Girl.... Nur Arina
Kalo Boy....Mohd Ameir

6. Berapa perancangan anak yang anda mahu & nyatakan berapa girl & berapa boy?
4 orang..2 girl & 2 boy....

7. Bagi yang sudah mempunyai anak lebih dari seorang...nyatakan berapa jarak beza umur anak anda?
Err..ni tak yah jawab kan..heh

8. Untuk kelahiran anak anda yang akan datang....anda nak girl @ boy?nyatakan sebabnyer?
InsyaAllah kalau ada rezki nak girl pula..tak tahan tengok baju baby girl cantik-cantik kat kedai tu..tapi ramai cakap adik Ammar nanti lelaki juga sebab nipple Ammar dua-dua timbul..huhu

9. Ape ciri2 persamaan anda & anak Anda?
Cembeng..sikit2 nak nangis..ni Ayah yang cakap..tapi Ammar tak leh la nangis je..Ammar kat hero..

10. Upload gambar anak anda untuk tontotan semua rakan blogger.

Ya..Ibu still hutang cerita g Sydney..insyaallah esok Ibu upload..


11. Tag seberapa ramai yang boleh untuk jawab tag ni:

Semua follower Ibu sila jawab tag ini yer..

Ini pula award dari Mama Aqish juga..Tq Airyn...

@ PhD Journey Begins..

Wednesday, May 13, 2009

Yaa..Ibu sudah mula start buat research for PhD..dalam sebulan dua ni dah kumpul-kumpul bahan..minggu ni baru mula nak baca-baca..waahhh..berat gila kepala..adakah otak Ibu ini sudah berkarat? Or adakah benar orang kata bila bersalin tu ada wayar-wayar yang putus?

Rasanya masa buat Master dulu senang je..tapi kali ni..semangat kena double..usaha kena beratus kali ganda..huhu..dulu boleh stay up all night buat kerja..pastu siang bantai tido..sekarang tak dapet de..tengah sesuaikan diri n cari mood yang sesuai..

Ya Allah kuatkanlah semangatku dan mudahkanlah perjalananku dalam melalui ranjau yang satu ni..harap semua doakan ye..

P/s: Sebenarnya hari ni sangat bz..tapi otak dah stress..makanya..tulis blog..rasa ringan skit kepala otak..boleh cam gitu?..heh

@ Desperate Housewife

Tuesday, May 12, 2009

Ya..Ibu adalah peminat tegar Desperate Housewives..daripada Season 1 sampailah Season 5..Ibu tak pernah miss..kira Ibu sanggup tahan mata tunggu Desperate Housewife pukul 10.30 mlm hari Selasa kat 8 TV tu..walaupun at the end dah tersengguk-sengguk..



Kenapa Ibu suka tengok? Ibu suka cara bercerita diorang bertukar dari satu plot ke satu plot..dari seorang ke seorang yang lain..begitu smooth sekali..dan bagaimana cerita ini menggambarkan bagaimana hidup seseorang boleh berubah..daripada seorang model yang kaya kepada Ibu anak dua yang struggle nak jalani hidup..daripada seorang wanita berkerjaya kepada surirumah yang gigih besarkan anak..daripada surirumah sepenuh masa kepada wanita yang hebat..

Ibu juga suka tenungkan semua isu-isu yang mereka alamai..sama ada dari segi sosial, keluarga, masalah dalaman dan luaran..kerana itulah sebenarnya yang kita hadapi hari-hari..cuma sama ada kita sedar atau tidak..walaupun Tok Mama tak suka sebab katanya cerita ini 'tak elok'..ala cite ni kan ada seksi seksa sikit..tapi Ibu still love the story telling yang mereka hidangkan..

P/s: Kalau terlepas episod..Ibu akan tengok di SINI(kat panel kanan)...(thanks to Zen)

@ Happy Mothers Day

Monday, May 11, 2009

Warkah untuk Mama!

Semalam adalah Hari Ibu (10/5/2009)..kali ni Yana tak sempat sent kad untuk Mama..hanya msg je pengganti diri..

Selama Hari Ibu, Mama!
Terima kasih di atas segala pengorbananmu..
kami sayang sangat mama..muah2..
- Yana, Mukhlis dan Ammar..

Walaupun ringkas..Yana harap Mama mengerti betapa besar ertinya peranan Mama dalam hidup Yana..tanpa Mama..Yana mungkin bukan Yana pada hari ini..bila sudah menjadi Ibu..baru Yana sedar betapa besarnya pengorbanan seorang yang bergelar Ibu..demi anak..seorang Ibu sanggup korbankan segalanya..ingat lagi kecil-kecil selalu buat perangai nak itu nak ini..tak dapat nanti menangis..suka lawan cakap Mama..emm..kalaulah time tu Yana sedar betapa semua tu akan sakitkan hati Mama..memang Yana tak akan buat..untuk itu Yana minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki..

Yana ingat lagi..tiap-tiap kali periksa..Mama selalu amik cuti..duduk rumah..masak dan sediakan semua..supaya Yana boleh fokus nak periksa..Yana pula..akan bersungguh-sungguh nak score..bukan untuk kepuasan diri..bukan untuk nak lawan dengan kawan-kawan sapa dapat no 1..tapi untuk gembirakan Mama..Yana tak nak Mama sedih bila result Yana teruk..dan mungkin sebab itu Yana berjaya menjadi Yana pada hari ini..terima kasih Mama!!

Sempena Hari Ibu..Yana nak kasi award kat Mama (sebab Mama takde blog..Mama save kat desktop pun boleh)..luv u Ma..always..muuahhh!!

P/s: Award ni juga pada semua Ibu-ibu blogger...Selamat Hari Ibu semua!! Thanks Ibu Arifa..

@ Mencari Maid..

Wednesday, May 6, 2009

Ada sesiapa tahu macam mana Ibu nak dapatkan maid? Ibu tanya kat Agent..mahal gilos..ada yang 7k..6k..paling murah 5k..nak cari ASAP..kalau ada sesiapa ada lubang yang cepat dan murah..harap dapat inform Ibu ya..Tq in advance..muah2..

Jangan lupa sertai BabyIbu Giveaway: leanalittleshop.com..tarikh tamat 30 Mei 2009..

@ Selamat Hari Ibu..

Monday, May 4, 2009

Dapat dari email..

Orang kata aku lahir dari perut mak..
(bukan org kata...memang betul)

Bila dahaga, yang susukan aku....mak
Bila lapar, yang suapkan aku....mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. .mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....Mak
Bila bangun tidur, aku cari....mak
Bila nangis, orang pertama yang datang ....mak
Bila nak bermanja, aku dekati....mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya....mak
Bila nakal, yang memarahi aku....mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma....mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....mak
Bila takut, yang tenangkan aku....mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk....mak
Aku selalu teringatkan ....mak
Bila sedih, aku mesti talipon....mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.....mak
Bila bengang.. aku suka luah pada..mak
Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah....mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga....mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu....mak
Bila ada masalah, yang paling risau.... mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku....mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk.....mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....mak
Yang selalu berleter kat aku...mak
Yang selalu puji aku....mak
Yang selalu nasihat aku....mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.....mak

Aku ada pasangan hidup sendiri....

Bila seronok, aku cari....pasanganku
Bila sedih, aku cari....mak

Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....mak

Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....emakku

Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....mak

Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”

Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. mak ingat kat aku

Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon mak

Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk emak

Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak?
mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".
Berderai air mata jika kita mendengarnya........

Tapi kalau mak sudah tiada..........
MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....

dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:

1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,

"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.
P/s: Miss u Mama..waaa nak balik Kedahhhh....

@ BabyIbu Giveaway: leanalittleshop.com

Contest kedua blog BabyIbu ini dianjurkan sempena Birthday Ammar yang pertama..kali ni contest ini ditaja oleh leanalittleshop.com. Ibu terjumpa website leanalittleshop.com masa mencari-cari cloth book untuk Ammar..website ni banyak menyediakan educational toys untuk baby dan juga toddler..ada cloth book, ada puzzle, ada wooden toys..kira macam-macam la ada..Ibu suka sangat barang-barang yang dijual di sini..

Ok..pasal contest pula..contest ini akan bermula mulai 4 Mei 2009 dan akan berakhir pada 30 Mei 2009..

Seperti biasa, setiap contest pasti ada syarat-syarat yang perlu dipatuhi. Syarat2nya adalah seperti berikut:
  • Add BabyIbu di blogroll/bloglist anda.
  • Membuat review mengenai contest ini diblog anda dengan tajuk BabyIbu Giveaway: leanalittleshop.com (jangan lupa link balik ke entri ini).
  • Dalam entri anda, ceritakan mengenai leanalittleshop.com. Boleh tambah gambar atau sebagainya mengikut kreativiti anda. Entri boleh dalam English atau Malay.
  • Dalam entri itu pastikan anda mention dan link ke BabyIbu dan leanalittleshop.com (no link back will be disqualified).
  • Bila dah siap, tinggalkan komen di entri ini beserta dengan email address. Ini penting supaya Ibu tahu anda masuk contest ni. Dan ya..boleh hantar entri sebanyak mana yang anda hendak..hehe..

Pemenang akan dipilih secara random (ya..ini bermakna sesiapa saja boleh menang..walaupun tak pandai mengarang..:P)

Apakah hadiah yang menanti anda?
Terdapat dua pemenang bertuah yang akan dipilih...hadiahnya ialah...


Sebarang pertanyaan bolehlah diajukan terus di ruangan komen yang disediakan.

p/s: Special thanks to leanalittleshop.com for the toys!

Apa tunggu lagi?..Sertai sekarang! Good luck semua!!

@ Playskool Walk And Ride

Sunday, May 3, 2009

Since Ammar dah boleh jalan (lesen L ye)..Ibu hadiahkan Ammar..jeng-jeng..Playskool Walk And Ride..Ammar boleh naik dan buat tolak-tolak..Ibu beli second hand kat Tia barney..RM60..berbaloi la beli..puas Ammar tolak sana sini..abis dibeleknya tayar apa semua..Ayah kata Ammar boleh jadi mekanik..Grandma marah..kata Grandma..mana boleh cucu grandma jadi mekanik..kena la jadi inginer (engineer la tu)..heh..macam-macam..


Playskool Walk And Ride

Link Barang mainan secondhand:

@ Vote for BabyIbu

Friday, May 1, 2009


Blog BabyIbu telah dicalonkan dalam Supermummy Amazing Blogger Award..setiap kali baca BabyIbu..sudi-sudikanlah klik bawah ni..contest ni kira berapa banyak orang klik daripada 17 April hingga 30 April..jadi sudi-sudikanlah ye..terima kasih in advance..muah2..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Widget By Devils Workshop