@ Happy Mothers Day

Monday, May 11, 2009

Warkah untuk Mama!

Semalam adalah Hari Ibu (10/5/2009)..kali ni Yana tak sempat sent kad untuk Mama..hanya msg je pengganti diri..

Selama Hari Ibu, Mama!
Terima kasih di atas segala pengorbananmu..
kami sayang sangat mama..muah2..
- Yana, Mukhlis dan Ammar..

Walaupun ringkas..Yana harap Mama mengerti betapa besar ertinya peranan Mama dalam hidup Yana..tanpa Mama..Yana mungkin bukan Yana pada hari ini..bila sudah menjadi Ibu..baru Yana sedar betapa besarnya pengorbanan seorang yang bergelar Ibu..demi anak..seorang Ibu sanggup korbankan segalanya..ingat lagi kecil-kecil selalu buat perangai nak itu nak ini..tak dapat nanti menangis..suka lawan cakap Mama..emm..kalaulah time tu Yana sedar betapa semua tu akan sakitkan hati Mama..memang Yana tak akan buat..untuk itu Yana minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki..

Yana ingat lagi..tiap-tiap kali periksa..Mama selalu amik cuti..duduk rumah..masak dan sediakan semua..supaya Yana boleh fokus nak periksa..Yana pula..akan bersungguh-sungguh nak score..bukan untuk kepuasan diri..bukan untuk nak lawan dengan kawan-kawan sapa dapat no 1..tapi untuk gembirakan Mama..Yana tak nak Mama sedih bila result Yana teruk..dan mungkin sebab itu Yana berjaya menjadi Yana pada hari ini..terima kasih Mama!!

Sempena Hari Ibu..Yana nak kasi award kat Mama (sebab Mama takde blog..Mama save kat desktop pun boleh)..luv u Ma..always..muuahhh!!

P/s: Award ni juga pada semua Ibu-ibu blogger...Selamat Hari Ibu semua!! Thanks Ibu Arifa..

7 kawan BabyIbu berkata-kata..:

Zuhaini said...

tq! hepi mother's day to u too! :)

www.my-alia.com

isabelle said...

happy mother's day!
harap2 kita dpt menjadi ibu yg baik kpd anak kita.

Sherry said...

mother's day mmg special

Mama Safiyyah said...

terharu....

miela77 said...

Wah syantiknya award tu...

Zanna_MamaBatrice said...

mmg besar pengorbanan seorng IBU Kan

Mama_Aqish said...

cantik kalung award tu...memang sesuai untuk semua para ibu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Widget By Devils Workshop