@ MSK Get-2-Gather V 2

Thursday, June 25, 2009

Another gathering? dan Ibu miss lagi..waaaa...Ibu dapat tahu dari Mommy Lyna..tapi nak buat macam mana..tiket flight balik kampung dah beli..huhu..takde rezeki lagi nampaknya..kepada yang free hujung minggu ni..p lah memeriahkan majlis..boleh jumpa kenalan bloggers..details:

Date
28 Jun 2009 (Hari Ahad)

Venue
SARAKIDS Boutique, 42-1,
1st Floor, Jalan Opera L U2/L,
Tmn TTDI Jaya, Seksyen U2, 40150,
Shah Alam, Selangor

Time
2.30 – 6.00 p.m.

Theme
White & Pink

More details: Klik here

@ Terima Kasih Firefly

Wednesday, June 24, 2009

Bunyi macam dapat hadiah je kan..hehe..takdelah..sebenarnya Ibu balik kampung malam ni naik Firefly..bulan 3 hari tu kan ada promotion..tiket RM30 (campur tax Rm60 jugala)..balik nak habiskan cuti dan sempena musim buah..tak sabar nak melantak durian..yey..



Balik ni banyak agenda nak buat:

  • Pergi library UUM (asyik pinjam buku..baca tak juga..huhu)
  • Pergi bercuti di Penang (kalau sempat Yana contact Dila ye..makan nasi kandaq kat Hamadeyah..camtu ke eja?)
  • Makan durian di Balik Pulau (tak tahan dengar Mas bercerita pasal durian merah di Balik Pulau)
  • Hantar my sis ke UITM Merbuk

Ni nak balik awal..nak packing..kalau budak kecik tu ada..tak dapatnya..penat je lebih..nanti kita blogging dari Kedah ye..yeyyy...

@ TOTE BOUTIQUE GIVEAWAY

Satu hari Ibu terjumpa laman web ni..Tote Boutique..banyak beg yang cantik-cantik dijual di sini..harganya pun dalam RM30-RM35 sahaja..Ibu terpesona..selain itu ada pensel case dan beg untuk syiling..antara beg-beg yang dijual..


Hehe..Cantikkan? Kak As, tuan punya blog ini menganjurkan the first giveaway..hadiah die menarik sangat-sangat..tu yang Ibu join ni..

Ibu perlukan bag ni untuk letak telekung dan toiletries untuk sembahyang di pejabat dan nak pergi terawih nanti..sekarang buh dalam plastik je tau..harap-harap adalah rezeki Ibu..Kenapa Ibu suka beg hasil tangan Kak As ni? Sebabnya ialah
  • Designnya yang praktikal
  • Warnanya yang menarik
  • Harganya yang murah
  • Pendek kata..Ibu jatuh cinta...

TQ bebanyak Kak As anjurkan contest ni..

Nak sertai TOTE BOUTIQUE Giveaway just klik sini...

Giveaway period (14th June 2009-24th June 2009) - RESULT 26th June 2009

P/s: Last minute entri..emm Ibu dah order satu bag daripada Kak As..tungguuuuu..

@ Alkisah Masuk Rumah Baru

Mempunyai rumah sendiri memang impian..alhamdullilah rezeki Ammar..kami dapat beli rumah kat Kota Damansara..rumah dibeli pada tahun 2007 (kira lepas kahwin) dan siap pada hujung tahun 2008..lepas dapat kunci awal tahun hari tu kami pun mula berkira-kira nak renovate rumah..

Waahh..rupa-rupanya onkos nak renovate rumah ni sangatla tinggi..kalah nak kenduri kahwin..huhu..memangla boleh kalau masuk je rumah tanpa renovate tapi Ibu dah pernah ada pengalaman duduk dalam rumah yang tengah renovate..huhu..bayangkan dulu (ini rumah Ibu di Kedah)..kami pernah beraya di rumah tanpa pintu dan tidur dalam satu bilik sahaja sebab kawasan lain tengah renovate..dengan semak..habuk..bising..waa bila ingat tu Ibu tak sanggup..Ibu sanggup korek ASB tu..janji Ibu nak renovate before masuk..

Ibu renovate apa? Em tambah dapur (wet kitchen) dan balcony atas Ibu tambah jadikan bilik study..memang dari dulu Ibu idam nak bilik study khas..ala-ala library kecil gitu..hehe..lagipun takde makna Ibu nak sapu dan mop balcony tu hari-hari..hukhuk..untuk renovate tu..Ibu upah kontraktor kawan Ayah..okla..die tak berkira sangat..siap tolong pasang tiles depan umah free lagi (baru Ibu tau upah pasang tiles tu beribu..huhu)..kira semua cecah 30k la juga (bengkok Ibu dibuatnya tau)..tapi kalau kat kontarktor Cina diorang minta dekat 50k..hukhuk..

Berdasarkan checklist Ibu..banyak nak kena beli..adeh pening rupanya nak masuk rumah ni..dari grill, tiles, cat, peralatan dapur..boleh tahan sakit kepala..tu memang Ibu tak fikir pasal perabot lagi..memang kami nanti masuk rumah kosong..tak mampu nak beli perabot lagi..huhu

Nasib baik Ibu tahu pasal Homedec..dapat a few things dengan harga murah..Ibu beli set dapur Rinnai (hood, hob, oven) dengan harga RM3100, kabinet (dapur dan untuk 4 bilik) dalam 10k dan voucher dari Floor Depot dapat 50%..kira berbaloi la..nanti bulan 10 ada lagi Homedec..time tu boleh la pergi usha perabot pula..(harap-harapnya..aminnn)..



Kemudian Ibu dan Ayah banyak pergi warehouse sales untuk beli benda kecil-kecil (tapi mahal reganya huhu) macam barang-barang bilik air dan dapur. Untuk lampu dan kipas kitaorang jumpa satu kedai yang murah..nanti Ibu post lain kali pasal kedai tu..walaupun jauh tapi berbaloi pergi..

Menariknya dari pengalaman ni adalah Ibu sekarang dah tau sikit-sebanyak pasal hal rumah ni..jenis-jenis lampu, kabinet apa semua..kira bila g kedai dah boleh tahu harga tu murah atau mahal..kira ilmu baru la juga..hehe..ok nanti Ibu post pasal pengalaman membeli barang-barang untuk rumah pula..till then..

    @ Pos jangan tak pos

    Monday, June 22, 2009

    Pagi-pagi masuk opis..Ibu sibuk uruskan surat dan hadiah..sebenarnya niat nak hantar sekaligus..tapi Ibu still tak dapat lagi alamat daripada Miezaniera..memandangkan one of the hadiah dah nak dekat dateline (Ibu baru perasan..huhu)..Ibu pos dulu la ye..dah macam kerani pejabat pos dah ni..dengan setem la..ketas pos laju..papepun enjoy your gift..

    (Sumber)


    P/s: Miezaniera kasi alamat ye..nak pos hadiah..lama-lama kang Ammar tak tahan..die dok geram tengok dari jauh..hehe

    @ Nak sambung Masters?

    Ramai yang tanya Ibu pasal nak sambung belajar..meh Ibu explain sikit daripada pengalaman Ibu..Ibu amik course Science Computer so maybe vary skit la kalau yang course lain..

    Part Time versus Full Time

    Part Time
    Kebanyakan kelas part time dibuat sama ada hujung minggu atau malam hari bergantung pada universiti..sesuai untuk orang yang bekerja (mungkin nak amik masters in Business bagi nak masuk pengurusan atau cikgu cikgi)..
    Pro: Tugasan lebih ringan (sebab buat sambil bekerja maka lec pun consider sikit)
    Cons: Masa untuk siapkan Masters lebih lama kerana satu semester tak banyak subjek boleh amik..

    Full Time
    Kelas macam biasa..subjek ala-ala macam subjek final year..banyak research nak kena buat..sesuai bagi yang betul-betul nak masuk bidang akademik..
    Pro: Akan habis on time or lagi cepat
    Cons: Tugasan banyak ya amat..huhu..

    Full Course versus Mixed Mode Versus Full Research

    Full Course
    Full Course ni maknanya macam kita degree dulu..semua kelas je..kalau bidang Sains Komputer nanti adala kelas projek (ala-ala projek fnal year)
    Pro: Banyak belajar ilmu baru (sangat sesuai untuk yang nak tukar course atau cikgu-cikgi)
    Cons: Tugasan banyakkk..dan kurang skill research

    Mixed Mode
    Mixed mode ni die campur..separuh kelas separuh buat research..(contoh 18 kredit kelas dan 18 kredit research)
    Pro: Boleh belajar dua-dua..belajar ilmu baru dalam kelas dan belajar buat research
    Cons: Mungkin amik masa lama sebab kena habiskan kelas lepas tu kena buat research

    Full Research
    Ini sesuai untuk yang dah ada tajuk untuk buat research..selalunya RA ke senang amik full research sebab dah tau nak buat apa..
    Pro: Banyak skill research belajar dan master lebih valuable
    Cons: Akan amik masa yang sangat lama kalau kurang skill research or tak paham tajuk..satu lagi kita akan specific satu tajuk sahaja..tak dapat ilmu area lain..

    Semua bergantung kepada kehendak dan keperluan masing-masing..dan kena check juga..
    • Universiti mana nak pohon (lain universiti lain caranya - pengkhususan ada di universiti mana)
    • Kedudukan kewangan (Full Time or Part Time)
    • Kalau yang buat research..carilah Supervisor yang baik dan bagus..ni akan banyak membantu..
    • Semangat kena tinggi (lebh-lebih lagi kalau yang dah berkeluarga)

    Apa-apa pun Ibu having a very good times masa amik Masters kat UKM dulu..belajar banyak sangat ilmu baru..rindu sangat nak belajar sana lagi..Sha, Zen, Ani, Izan, Mai, Nurul, Anis..antara rakan seperjuangan dulu..miss u all so much..chayookkk!!!

    P/s: Sangat rasa bezanya belajar zaman bujang dan lepas dah berkeluarga ni..chayok kena triple..huhu..cayyoookkkkkkkkkk!!!! Mari kita sama-sama berjuang..

    @ Nursery Area Subang Jaya

    Thursday, June 18, 2009

    Permintaan daripada my best friend merangkap Pengerusi Camaraderie..

    Kawan Ibu ni baru habis pantang dan mula bekerja..masih tercari-cari tempat untuk menjaga babynya..jadi di kesempatan ini nak mintak bantuan daripada Ibu-ibu di area Subang Jaya..ada sesiapa tahu kat mana nak hantar baby?..tak kisah nursery ataupun jaga di rumah..kalau boleh yang korang paling recommend sekali la..

    Thanks in advanced

    Inilah baby Iman Amani yang kiut miut..bila nak jumpa lagi ni..abang Ammar nak ajar jalan..heh

    @ Maaf & ASAP

    Salam

    Maaf dipinta..Ibu belum sempat nak pos barang-barang hadiah dan giveaway..
    sangat sibuk lately..
    insyaallah Ibu cuba pos ASAP k..
    .
    .
    .
    .
    .

    bila sebut ASAP..teringat satu kisah masa tahun satu di UTM dulu..
    alkisahnya one of Ibu bestfriend dapat msg yang berbunyi
    "Please call abang segera..ASAP"
    dengan segeranya kawan Ibu ni terus call " ello abang ASAP..nak apa ye"..
    adehh...Ibu dengar tapi tak sempat nak menyelamatkan keadaan..
    ASAP tu maksudnya As Soon As Possibble..
    Sampai hari ni Ibu nak gelak kalau teringat..hehe..peace!
    (sambung keje balik)

    @ Cara Atasi / Kurangkan Ruam Panas

    Terima kasih banyak-banyak pada yang sudi memberi petua-petua untuk atasi ruam panas..Ibu akan cuba..tak tahan tengok Ammar asyik garu je..huhu..ini Ibu compilekan semua petua hilangkan ruam panas untuk pengetahuan semua..

    1. Sapu tepung ubi
    2. Bedak merah Agnesia
    3. Sebamed
    4. Bedak cornstach pureen
    5. Calamine lotion
    6. Earth Mama Bottom Balm (BebeHaus One Utama or thelilcaliph online store)
    7. Krim ELOMET
    8. Mandikan dengan daun bayam berduri
    9. Pasang Aircond


    Emm sebenarnya last week dah nak beli bedak Agnesia tu tapi Ayah silap beli..beli Aiken..jadi pakai jelah dulu..petang ni Ibu nak cuba petua no satu tu dulu (petua paling murah..hehe..ekonomi meleset ni)..kalau tak menjadi baru buat yang lain..

    Masa Ibu bawa Ammar jumpa Dr..Dr bagi nasihat suruh pakaikan Ammar baju singlet/nipis dan tidurkan dalam aircond (tapi rumah Ibu tadak aircond..camne..huhu)..Dr bagi dua cream (tak tulis pula nama apa)..tapi dah 3 minggu tak hilang juga ruam..huhu..jadi terima kasih sekali lagi pada semua..boleh try petua-petua yang ada..

    P/s: Ammar cakap tenkiu to Auntie semua..mmuahhh

    @ Ruam Panas

    Wednesday, June 17, 2009

    Sekarang ni musim panas..badan Ammar naik ruam..mula-mula sikit..lepas tu menjadi-jadi..dah ambil ubat kat Dr..tapi macam tak berkesan..Ibu selalu letak bedak jelah..kasi kurang gatal..kesian garu-garu..nak tidur pn Ibu kena usap-usap badan sebab gatal..ada sesiapa ada petua hilangkan ruam?

    @ Pemenang BabyIbu Giveaway: leanalittleshop.com

    Tuesday, June 16, 2009


    Pemenang bagi BabyIbu Giveaway: leanalittleshop.com adalah..

    ...

    jeng..jeng..

    Pemenang pertama

    Miezaniera dengan hadiahnya...

    Pemenang kedua

    Mama Aqish dengan hadiahnya..


    Tahniah untuk pemenang..pemenang dipilih secara adil dan saksama guna Random.org..sila hubungi Ibu di Contact Me..nak alamat..nak pos hadiah..Tahniahhh!!
    p/s: Terima kasih kepada leanalittleshop.com atas penajaannya..muaahhh

    @ Tunggu Sekejap..

    Monday, June 15, 2009

    Tunggu sekejap..wahai kasihh..

    kerana hujan masih renyai..eceh..bukan salah hujan..huhu

    Ibu akan cuba umumkan pemenang BabyIbu Giveaway hari ini..

    Hari Jumaat Ibu demam..semalam pula Internet down kat opis..adeh...

    Bila Internet mati..nak buat kerja pun tak boleh..

    Malam tadi pula asyik layankan Ammar sampai tetido..

    Sabar eh..doakan Internet kat UM ada hari ni..huhu..

    @ MomBloggersPlanet Cutest Baby in Red Contest

    First time nak masuk contest anjuran MomBloggersPlanet..ni pun last minute..the theme for this month is “Cutest Baby in Red“..actually Ammar hanya ada sehelai baju in RED..ini pun penat Ibu gali-gali cari Ammar in RED...tapi disebabkan hadiah best tajaan PhotoBookMalaysia and AliceWonders punya pasal..Ibu masuk juga..go AMMAR...


    The only RED shirt Ammar have

    Is this count as Baby in RED? Ammar likes this RED sunglasses..

    My baby's name is Mohd Ammar bin Mukhlis and his birthday is on the 23rd April 2008. Ammar should grab the title “Cutest Baby in Red“ because

    R - R is for Ammar's robot walk..:P
    E - E is for never ending energy that Ammar have..
    D - D is for Ammar's Dad..Happy Father's Day!

    and Ammar is the Cutest Baby in Red because Ammar is alwayz the cutest baby in Ibu's heart..Ibu luv you Ammar..mmuahhhh

    @ Damia dan Ammar

    Thursday, June 11, 2009

    Last month Ibu balik kampung..jumpa bestfriend Ibu, Pn. Donat aka Diyana..jumpa Damia..waahhh geram tengok rambut Damia..unik..comel sangat..Damia asyik nak pegang rambut Ammar..senget-senget Ammar dibuatnya..tapi Ammar cool je tahan..hehe

    P/s: Ibu bz skit hari ni..kena submit paper..huhu

    @ Enam pesanan khusus untuk wanita

    Wednesday, June 10, 2009

    Dapat dari Ernie..just nak share dengan korang semua sebagai seorang isteri dan Ibu..


    1. Jaga solat pada awal waktu. Kalau datang haid sekalipun jika tidak dapat solat, kena duduk atas tikar sembahyang supaya anak tidak lihat kita meninggal( kan ) solat.

    2. Hidupkan Bacaan Hadis Nabi saw di rumah dengan keluarga. Di anjur baca Hadis Fadhilat Amal. Ini amalan sahabiah zaman Nabi saw sehingga dari rumah kita keluar anak-anak yang soleh yang mendoakan kesejahteraan kedua ibubapa dunia/akhirat.

    3. Baca Al Quran setiap hari walaupun hanya 8 ayat. Kalau tak mampu nak baca kerana terlalu sibuk, cukup dengan mencium Al Quran dan muhasabah 'Ya Allah, apa dosa saya hingga saya tak dapat nak baca kitab Mu pada hari ini."

    4. Mendidik anak secara Islam. Mengajar anak-anak dari kecil bermula dengan doa-doa masnun.Iaitu doa seharian Nabi saw saperti doa tidur, bangun tidur, makan dan sebagainya.

    5. Hidup sederhana dengan tidak membebankan suami. Setiap hari malaikat akan menghantar 500 jambangan bunga dari syurga untuk wanita yang hidup sederhana. Setiap titisan air masakan dan basuhan mereka akan menjadi zikir mohon keampunan kepada Allah swt atas wanita tersebut.

    6. Galak suami untuk bermujahadah atas Agama Allah. Seorang isteri yang menggalakkan suaminya untuk solat berjemaah di Masjid/Surau akan dapat pahala berjemaah suaminya termasuk solat dia sendiri.

    Mudahan-mudahan ulasan ringkas ini bermanfaat. Muzakarahlah bersama teman wanita lain supaya hakikat amalan ini masuk dalam hati kita dan mudah nak amalkan.

    @ Baby Fair June 2009

    Untuk yang nak beli barang baby..

    Parkson Baby Fair 2009
    Parkson Gurney plaza, Subang Parade, One UtamaSunway Pyramid, KLCC and Pavillion
    29 May till 29 June 2009

    MyDear Warehouse Sales June 2009
    25 June to 5 July 2009
    Time : 9am to 7pm
    Rujuk sini

    Ibu nak pergi MyDear..cari barang untuk Ammar..lamat tak pergi..kena pergi first day baru best..ni pengalaman Ibu pergi dulu..klik sini ..

    P/s: BabyIbu Giveaway dah abis..Winner will be announce at the end of this week..tunggguu..

    @ Sepetang bersama Ammar dan playpennya

    Tuesday, June 9, 2009

    Isy..ada apa dalam tu..?? Ibu takde..leh tengok ni..hehe..


    Isyy tinggi pula..tak sampai nak panjat..uhuk huk..gigih memanjat..


    Eh..kantoi..ada kamera pulak..

    Stuntman melompat turun..adeh..adeh..

    dengan pantas menerkam kamera..Ayahhh..jangan tunjuk gambar ni kat Ibuu...

    P/s: Ibu: Ammmmmaarrrrrrrr....buat apa tu????

    @ Taman Layang-layang Kota Damansara

    Beria je tajuk..hehe..sebenarnya ini adalah padang sebelah apartment kitaorang..mula-mula ada orang jual layang-layang kat tepi tu..bila sorang dua main..nampak macam best..so makin hari makin ramai..lama-lama dah jadi macam taman layang-layang pula sekarang..setiap hari ramai gila orang main layang-layang..

    Sejak hujung minggu hari tu..kami selalu pergi bawa Ammar jalan-jalan..main bola ke apa..tapi Ammar suka betul kejar basikal budak-budak kat situ..tak padan ngan kecik..kat bawah tu ada gambar Ammar pinjam basikal budak lain..tumpang duduk sambil bunyi broom-broom..kaki tak sampai pun..hehe..



    Semalam..Ammar main bola dengan Ayah..jumpa Adeef baby Zuha..diorang pun beriadah kat situ..ada gambar Adeef dan abahnya..Ibu snap dari jauh..hehe..btw memang best lepak situ..ada orang jual air la rojak le (tu bahagian Ibu best la..haha)..ada playground..so Ammar suka le pergi main papa longsor kat situ..

    Ayah ada tanya..harga layang-layang..yang biasa RM5 kalau yang paling canggih (gambar helang) cecah RM70 la juga..tapi power la tinggi terbangnya..hehe..so bagi sapa-sapa yang duduk area Kota Damansara boleh la datang..bukan selalu ada peluang main layang-layang sekarang ni..tak gitu?

    @ Sapa yang dapat?

    Monday, June 8, 2009

    Emm Ibu nak umumkan sape yang dapat voucher SPA dan Nappikleen..so seperti yang Ibu bagitau..it is based on siapa cepat die dapat..so Ibu dengan mudah tentukan pemenang..


    Nak Tini's SPA

    Penerimanya ialah..zh-ena

    NAK NAPPIKLEEN
    Penerimanya ialah..UmiDAnisH

    Sila email Ibu alamat korang eh..Ibu akan pos bersama dengan hadiah Giveaway nanti..dan ye..tinggal sehari lagi untuk masuk contest Giveaway BabyIbu..jangan lupa sertai..klik sini..

    @ Sapa ada maid?

    Sunday, June 7, 2009

    Nak tanya pendapat korang..yang ada pengalaman ada maid..

    1. Bila makan, adakah korang makan bersama-sama? atau maid makan kemudian?
    2. Bila shopping..adakah korang bawa maid sekali?
    3. Pukul berapa maid bangun dan tidur?
    4. Pasal gaji..adakah korang bayar cash bulan-bulan atau lump sum (betui ka eja ni?)..?
    5. Kalu balik kampung..maid tinggal kat rumah ke bawa sekali?
    6. Maid panggil korang apa? Husband korang?

    Ibu yang baru nak belajar ada maid..huhu..

    @ Good news

    Thursday, June 4, 2009

    Inilah good news yang diwar-warkan..


    Good News 1


    Ibu dah dapat hadiah daripada Supermummy Amazing Blogger Award..Ibu dapat top Ten..seperti yang dijanjikan Ibu akan share hadiah..hadiah yang Ibu nak share ialah..




    Erk bukan pouch tu ye..pouch tu ada yang dah book..kalau orang tu tak berkenan baru boleh kasi korang..hehe..yang Ibu nak share ialah..


    Express facial vouchers from Tini's Spa...tarikh tamat bulan 8..Tini's Spa ni dekat Shah Alam..mula-mula ingat nak kasi random..tapi takut yang dapat tu dok Penang ka..Johor ka..kan ke susah..jadi sesiapa nak voucher ni..just tinggalkan komen k..kira sapa cepat die dapat..cakap Nak Tini's SPA..tapi sape yang tinggalkan komen dulu di Vote BabyIbu akan diutamakan eh..

    Good News 2

    Hadiah untuk BabyIbu Giveaway: leanalittleshiop.com dah tiba semalam..jeng..jeng inilah hadiahnya..Ammar geram betul nak testing main..tapi Ibu tak kasi..kang abis kena air liur..terpaksa Ibu ganti..huhu..so masih ada 5 hari lagi..jom sertai..klik sini..

    Inilah hadiahnya

    Owner leanalittleshop.com juga bermurah hati..kasi Ammar besday gift..tenkiu Auntie Zana..Ammar luv u..muah2...

    Ni baru Ammar leh main

    Good news 3

    Ibu langgan Mami & Baby..dapat free gift NappiKleen 2 botol dan satu kotak..tapi Ayah malas pergi ambil..kat Taman Mastiara, Jalan Ipoh, Kl..sesiapa nak..sila komen NAK NAPPIKLEEN..nanti Ibu pos surat redeem hadiah..

    @ Good news untuk anda..

    Banyak good news untuk readers BabyIbu..
    jap g Ibu update ye..
    kabel HP kat opis pula..
    Tunggguuuu...

    @ Detik Indah Drypers

    Tuesday, June 2, 2009

    Tadi Ibu ada cerita pasal menang bekalan diapers tu kan..klik sini..sekarang Ibu kasi link kat mana nak sertai..jom sertai ramai-ramai..dapat diapers free..jimat-jimat...




    Cara nak sertai:

    1. Daftar jadi ahli ePass (free je)

    2. Karang detik indah denagn Drypers

    3. Hantar ke borang yang disediakan

    Nak sertai klik sini..

    P/s: Good Luck semua! Emm hadiah Ibu dapat lain dengan yang dipaparkan..tu yang pelik sikit..tapi takpela..Alhamdullilah ada juga rezeki..Amin..

    @ Bekalan diapers free?

    Alkisah petang semalam..

    Kring..krring..panggilan dari no tak dikenali..adeh maleh nak angkat..takut orang promote kredit kad la..membership kad la..tapi mood tengah baik..Ibu angkat juga..

    xxx: Assalammualaikum..
    Ibu: Waalaikummussalam..(cuak je nak menjawab..heh)
    xxx: Saya dari Sinar FM..semalam dengar tak pengumuman di radio?
    Ibu: Huh? (Musykil)..err takde dengar radio semalam..(tv pun tak sempat tengok..huh)
    xxx: Anak puan pakai diapers apa ye? Saiz apa?
    Ibu: (Confuse kejap..mesti ada contest apa-apa aku masuk ni..mana satu ni ha..haa Sinar+Drypers)
    Ibu: Ooo..pakai Drypers..saiz M..
    xxx: Ok tq..
    Ibu: Eh sekejap..saya menang ke (masih blur-blur..maklumlah g keje pun dah petang..huhu)
    xxx: Ye Puan..tahniah Puan menang bekalan diapers untuk 6 bulan..
    Ibu: Ooo..ye ke..terima kasih...
    xxx: Nanti kami akan poskan ke rumah Puan..
    Ibu: Tq..(isy cam tak percaya)

    Alhamdullilah rezeki Ammar..tak sangka sebab Ibu saja-saja je masuk contest tu..senang je pun..just cerita pengalaman pakai diaper..contest apa? Hehe..jap g Ibu post pasal contest tu..still running lagi..mana tau rezeki korang menang Grand Prize ke..

    P/s: tengah-tengah gawat ni lega juga dapat diapers free..

    @ BabyIBu Giveaway..dilanjutkan..

    Monday, June 1, 2009

    Disebabkan saat akhir dapat sambutan..
    BabyIbu Giveaway akan dilanjutkan sehingga 9 Jun 2009..
    mari ramai-ramai sertai..
    Klik Sini..
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
    Widget By Devils Workshop