@ Enam pesanan khusus untuk wanita

Wednesday, June 10, 2009

Dapat dari Ernie..just nak share dengan korang semua sebagai seorang isteri dan Ibu..


1. Jaga solat pada awal waktu. Kalau datang haid sekalipun jika tidak dapat solat, kena duduk atas tikar sembahyang supaya anak tidak lihat kita meninggal( kan ) solat.

2. Hidupkan Bacaan Hadis Nabi saw di rumah dengan keluarga. Di anjur baca Hadis Fadhilat Amal. Ini amalan sahabiah zaman Nabi saw sehingga dari rumah kita keluar anak-anak yang soleh yang mendoakan kesejahteraan kedua ibubapa dunia/akhirat.

3. Baca Al Quran setiap hari walaupun hanya 8 ayat. Kalau tak mampu nak baca kerana terlalu sibuk, cukup dengan mencium Al Quran dan muhasabah 'Ya Allah, apa dosa saya hingga saya tak dapat nak baca kitab Mu pada hari ini."

4. Mendidik anak secara Islam. Mengajar anak-anak dari kecil bermula dengan doa-doa masnun.Iaitu doa seharian Nabi saw saperti doa tidur, bangun tidur, makan dan sebagainya.

5. Hidup sederhana dengan tidak membebankan suami. Setiap hari malaikat akan menghantar 500 jambangan bunga dari syurga untuk wanita yang hidup sederhana. Setiap titisan air masakan dan basuhan mereka akan menjadi zikir mohon keampunan kepada Allah swt atas wanita tersebut.

6. Galak suami untuk bermujahadah atas Agama Allah. Seorang isteri yang menggalakkan suaminya untuk solat berjemaah di Masjid/Surau akan dapat pahala berjemaah suaminya termasuk solat dia sendiri.

Mudahan-mudahan ulasan ringkas ini bermanfaat. Muzakarahlah bersama teman wanita lain supaya hakikat amalan ini masuk dalam hati kita dan mudah nak amalkan.

15 kawan BabyIbu berkata-kata..:

~ As ~ said...

thanks..peringatan utk diri ku..

zh-ena said...

peringatan yg berguna

oli said...

thanks...good info!!!

Mama Safiyyah said...

thank you kak.....sangat bermanfaat.......

Mama Safiyyah said...

teringat pulak.....masa saya period, kalau nampak baba dia semayang, kak yayah akan tanya...."mama tak ayang?".....semoga dia terus menjadi anak yg solehah dan ingat tiang agamanya......

oli said...

kita merupakan teladan kepada anak-anak kecil kan!!!

miela77 said...

Insyaallah, akan daku jadikan panduan sebagai teladan kepada anak2 ku...

miela77 said...

Teringat Amira, kalau bab sembahyang, memang tak miss.... kengkadang dia ingatkan daku dr terleka...syukur alhamdulillah

Zanna_MamaBatrice said...

sharing is caring

Zanna_MamaBatrice said...

sama2 kita jadi muslimah sejati

Zanna_MamaBatrice said...

lepas nie kita terapkan plak pada anak2 pompuan kita....

me n de alisha said...

panduan yang sangat berguna...semoga kita dapat jadikan panduan hidup...

me n de alisha said...

yer, catatan ini sangat berfaedah dan terima kasih diatas kesudian untuk berkongsi sesama kita.

Mama_Aqish said...

pesanan ni sangat bagus untuk semua...harus di sharing bersama sama

juesyqa said...

salam... mohom share yer ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Widget By Devils Workshop