@ Google Desktop

Thursday, July 30, 2009

Apa tu Google Desktop?

Google Desktop merupakan aplikasi carian desktop (means dalam PC/Laptop kita). Ia boleh mencari email, fail komputer, muzik, gambar, chat, laman web yang dilawati dan lain-lain.

Selain tu, Google desktop juga menyediakan aplikasi gadgets dan sidebar di mana kita boleh letak di desktop (tempat paling mudah nak lihat..betul tak?) yang dipanggil Google Gadgets. Google Gadget boleh diletak di mana-mana dalam desktop untuk tunjuk emel terkini, cuaca, gambar, gtalk dan banyak lagi la. Banyak aplikasi yang disediakan..just klik add gadget dan anda boleh pilih dari situ.

Napa Ibu promote? Because it is very useful..lebih-lebih lagi kalau anda seorang yang suka buat Things To Do hari-hari macam Ibu..ekeke..ni Ibu punya Desktop..bagus tau..tak payah diary/memo bagai..asal on laptop je..taraaa..keje yang tak siap lagi bersusun2..huhu..yang paling best sebab boleh tgk slideshow gambar Ammar..kadang-kadang bila tgk gambar Ammar time tecit2..tersenyum sorang-sorang..best2..hilang stress buat keje..



Maklumat lanjut..KLIK SINI

Nak install? KLIK SINI

P/s: Slideshow bergerak2..sekali tersave yang gambo sensored pula..kenala cover skit..

P/s2: Kak iela..kami tak dapat lagi la..

@ Blogger List

Ibu nak buat blogger list..

Sekarang guna yang auto generate..

Tapi macam tak best..

Diharap semua sudi tinggalkan link blog anda di komen entri ini..

Jadi Ibu boleh add blog anda di blogger list BabyIbu..

Senang Ibu nak blog hoping nanti..

Tq in advanced..

@ UMCares CAR-BOOT SALE

UMCares,in collaboration with University of Malaya UNESCO Club, and MPMUM, is proud to invite you to be a part of


UMCares CAR-BOOT SALE FOR THE ENVIRONMENT

This is the very 1st time ever an event as such is held in University of Malaya.

UMCares is a group that serves and leads the way of University of Malaya's purpose of being environmental friendly.

Details of the event are as follows:

Date : 1st August 2009 (Saturday)
Time : 10am till 5pm
Venue : KPS Open Parking Space in UM
Limits: Available for 1st 50 Cars (1st come, 1st serve basis)
Rental: RM30 per lot (2 parking lots)-only ONE car per lot (lunch for two included)

ConditionS :ONLY used goods/items that are usable



P/s: Sapa yang dekat-dekat situ leh la terjah tengok apa ada..Ibu nak ajak FIL pergila..kot-kot ada barang baby..

@ How many journals can you digest in one day?

Wednesday, July 29, 2009

Macam tag je bunyi..

Ha kalau korang berapa?

Ibu hari ni masuk 15 journal..

Nak muntah rasa..

Mata dah pinau-pinau..

Satu journal puluh-puluh muka surat pulak tu..

Huhu..

Semua gara-gara nak kena submit report Jumaat ni..

Sempatkah?

Tidaakkkkkk...


P/s: Update di pukul 6 pagi..


P/s: Rasa macam nak upah RA instead of Bibik..haha

@ Swimming Class?

Tuesday, July 28, 2009

Dari dulu teringin nak belajar swimming tapi tadak kesempatan..(sebenarnya dari kecik abah dah bawa swimming tapi memang bebal takde bakat berenang..huhu)..kalu g swimming pool rendam-rendam jelah..jalan2 dalam air sambil kuak-kuak (konon cam berenang)..huhu..

Balik Kedah ritu bawa Ammar g swimming..siap beli pelampung bagai..yang dudukla..yang kat tangan la..sekali rupanya anak terunaku ni penakut air..baru letak skit..meraung-raung..waa..satu hotel dengar rasanya..nak letak gambar kat sini tapi ada gambar Ibu yang tak berapa nak sesuwai pulak..hehe..jadi ni jelah..


Dalam gambo ni Ammar kontrol hensem..kalau gambar lain suma tengah nangis sambil peluk Ibu..apala Ammar..tapi rasanya sebba sejuk kot..sebab malam tu hujan..hehe..

Ingat nak cari le tempat belajar swimming..Ibu n Ammar sekali pergi..bagus tau swimming ni..macam senaman..kat UM ada tapi start lepas maghrib..camno Ibu nak pergi..huhu..ni ada satu baju swimming Ibu amik gambo kat rumah jiran (die jual baju ni ha..ada tiga jenis tapi harga dalam RM200 camtu kot)..ingat nak beli tapi pikir dengan pergi swimming setahun sekali dan erkk setakat selam2 dua tiga round..pakai jelah baju apa ada..:P

Pakai jalan pun boleh..hehe

@ Baby Warehouse Sales July-August 2009

Untuk bakal Ibu2..ini adalah dua warehouse sales yang tak boleh tak pergi..


Maklumat lanjut..klik sini..



Maklumat lanjut..klik sini..

P/s: Ibu tak tau la pergi ke tak..sibuk la minggu ni..kena submit report..huhu

@ Update di hujung Julai

Ibu, Ayah dan Ammar

Ayah dah balik dr Hong Kong..sekarang kami tengah bercuti di rumah..dan pada masa yang sama tengah mencari pengasuh untuk Ammar (erkk Ayah dah banned pengambilan bibik)..

Contest

BabyIbu Giveaway: Top Commentator dah nak sampai ke penghujung..pastikan yang Top Ten sila tampal banner ye (mengikut syarat dan peraturan ye)..kalau tak Ibu akan bagi hadiah pada next person..
Rumah

Ada banyak gambo dan info nak upload..insyaallah minggu ni ye..

@ Durian

Ramai minta Ibu tunjuk gambo durian merah..sori sangat..bukan apa..bila jumpa je..semua serbu makan..alih-alih lupa amik gambaq..huhu..gambo durian kampung adala..durian beli kat area Merbuk (time hantar my sis ke UITM Merbuk)..

Ayah tunjuk skill

Ni pun dah tinggal separuh baru ingat nak ambik gambar..


Ammar pun nakk..


@ FAMILY

Friday, July 24, 2009

Baca pelan- pelan dan penuh penghayatan.

Aku terlanggar seorang asing semasa berjalan,
"Oh maafkan saya, saya tak perasan"

Katanya "Maafkan saya juga,
Saya tak nampak saudara"

Kami amat bersopan dan saling menghormati,
Kami saling melambai sambil berlalu pergi,

Tetapi di rumah lain pula ceritanya,
Bagaimana kita melayan orang tersayang, tua dan muda,

Lewat petang, tika memasak makan malam,
Anak lelaki kecilku berdiri di dapur secara diam-diam,

Bila berpaling aku hampir melanggarnya jatuh,
Jerkahku, "Jangan buat kacau di sini, pergi main jauh-jauh"

Dia berlalu pergi, hatinya hancur luluh dan beku,
Aku tak sedar, bertapa kasarnya kata-kataku,

Sedangku berbaring di katil mendengar musik,
Terdengar suara halus datang membisik,

"Bila bersama orang tak dikenali,
Begitu bersopan dan merendah diri,
Tetapi ahli keluarga tersayang, sering dimarah dan dicaci",

"Cubalah kau pergi lihat di lantai dapur,
Kan kau temui bunga-bungaan berterabur",

"Itu adalah bunga-bunga dibawanya untuk kamu,
Dia memetiknya sendiri, kuning, biru dan unggu",

"Dia berdiri senyap agar jadi kejutan buat kamu,
Kamu tak pernah sedar airmatanya yang datang bertamu",

Pada tika ini, aku merasa amat kecil sekali,
Airmataku mencurah ibarat air di kali,

Senyap-senyap ku kebiliknya, dan melutut di katil,
"Bangunlah, anakku, bangunlah si kecil"

"Apakah bunga-bunga ini dipetik untuk mak?
Dia tersenyum, "Adik terjumpanya belakang rumah di semak"

"Adik memetiknya kerana ia cantik seperti ibu,
ibu tentu suka terutama yang unggu,

"Maafkan ibu, atas sikap ibu hari ini,
Ibu tak harus menjerkah kamu, sebegini,

Katanya,"Oh, ibu, itu tak mengapa,
Saya tetap sayang ibu melebihi segala,

Bisikku, "Anakku, ibu pun sayang kamu,
dan ibu suka bunga itu, terutama yang unggu,


FAMILY

Adakah kamu sedar, sekiranya kita mati hari ini,
syarikat tempat kita berkerja akan senang-senang mendapat pengganti,
dalam hanya beberapa hari?

Tetapi keluarga yang kita tinggalkan,
akan merasa kehilangan kita sepanjang hayat.

Dan sedarlah, sekiranya kita menghabiskan masa kita kepada kerja,
Melebihi keluarga kita, adalah merupakan suatu pelaburan yang tidak bijak.
Bukankah begitu?

Jadi apakah maksud yang tersirat?

Tahukah anda makna "FAMILY"?
FAMILY = (F)ATHER (A)ND (M)OTHER (I) (L)OVE (Y)OU


" HARGAILAH KELUARGA ANDA

#credit to dLa

@ Hari yang mendung

Pagi tadi cuaca mendung..

Hati Ibu pun rasa mendung..

Rasa sayu je..

Pernah tak korang bangun tidur dan rasa macam cuaca yang mendung?

Rasa takde mood..

Adakah sebab Ayah jauh nun di Hong Kong?

Atau sebab semalam Ammar jatuh kena botol susu mata lebam pastu menangis-nangis sepanjang malam?

Or sebab Ibu tak cukup tidur..?

Entahla..

Yang Ibu tahu..

Hati Ibu hari ni semendung cuaca di luar..

huhu..



Penawar hati Ibu..

Luv u both soooo muchh..

@ Emel dari Hong Kong

Salam ibu and ammar,

ni gambar ayah kat hong kong..


yang dengan uncle tu kat kedai Wai Kee. nama uncle tu Omar..

specialty dia roasted duck dengan lamb curry..


yang gambar ayah tapau tu, roasted duck rice dengan kuah lamb curry..

satu lagi tu cafe dekat tingkat 5 masjid ammar..



masjid Ammar..

dua2 dekat area wan chai road..


yang durian tu dekat pasar malam wan chai road jugak..

bnyk jual benda2 fresh..

seafood semua hidup2..

sayuran n buah-buahan semua fresh..



Till then..

@ Anakku Warehouse Sale

Thursday, July 23, 2009

Ini bukan announcement ye..tapi pertanyaan..

Ibu dapat sumber kata ada anakku warehouse sale..

pada 31/7-2/8 di padang jawa,klang..

betulke?

kot-kot sapa rumah dekat2 leh bagi confirmation..

kalau ada nak g serbu..

mana tau kalau ada lagi baju singgit..

hehe..

P/s: Pureen warehouse sales pun 1-2 Ogos..

@ Weng..weng

Wednesday, July 22, 2009

Hari ni takde mood nak menulis..

Dah seminggu stay up malam..

Otak dah jadi weng dah..

Lagipun pagi tadi Ayah dah berangkat..

Pergi out station sampai Sabtu..

Dah rindu kat Ayah..

Ayah pergi mana?

Taraa..ni Ibu ambil gambo duit ketasnya..



Ammar geram nak ambil duit tu..

Ibu kasi duit singgit baru senyap..

Kang koyak 500 tu mampuih..

Huhu..

@ Neo Geo Hanging Basket Giveaway

Tuesday, July 21, 2009

Seperti yang dijanjikan..

Nama Contest

Neo Geo Hanging Basket Giveaway

Cara Penyertaan
  • Letak banner di sidebar blog anda dengan link ke entri ini
  • Membuat review mengenai contest ini diblog anda dengan tajuk Neo Geo Hanging Basket Giveaway
  • Dalam entri anda, berikan cadangan untuk meningkatkan website dan servis mengenai leanalittleshop.com (rujuk banner untuk maklumat lanjut)
  • Dalam entri itu pastikan anda mention dan link ke BabyIbu dan leanalittleshop.com (no link back will be disqualified)
  • Bila dah siap, tinggalkan komen di entri ini.

Hadiah

Hadiahnya ialah Neo Geo Hanging Basket untuk 7 pemenang
Pemenang akan dipilih oleh sponsor ye:)

Tempoh Masa

21/7 /2009 - 21/8/ 2009
dilanjutkan sehingga 31/08/2009


Sponsor by

leanalittleshop.com

@ Bayi + Bahasa

Dapat dari my mak cik..penguasaan bahasa bayi..tapi ini depends pada bayi juga..lain bayi lain progressnya..jangan paksa die pula kalau tak mencapai level tertentu..bayi kan perlu their own time to adapt..ini just sebagai rujukan..

Perkembangan Penguasaan Bahasa

0 Bulan
Biasanya menangis

1 Bulan
Menghasilkan bunyi berlainan ketika lapar atau sakit.

1 – 2 Bulan
Menghasilkan vokal seperti ‘ah’

2 – 4 Bulan
Berupaya menghala ke sumber bunyi manusia.

4 – 6 Bulan
Menghasilkan bunyi seperi ma, da.

6 – 9 Bulan
Berupaya mengabungkan bunyi yang sama dan mengulangnya seperti mama..mama...papa..papa..baba..baba..

9 - 10 Bulan
Gemar meniru bunyi orang lain.

11 -15 Bulan
Berupaya meniru suku kata yang senang.

12 Bulan
Berupaya menyebut dua perkataan berlainan.

13 – 18 Bulan
Berupaya menyebut tiga perkataan berlainan.

17 – 24 Bulan
Berupaya menamakan objek biasa yang terdapat dalam gambar.

18 -21 Bulan
Berupaya mengabungkan perkataan-perkataan mudah menjadi frasa.

23 -24 Bulan
Berupaya menggunakanfrasa atau ayat-ayat yang mudah

@ Satu lagi Giveaway

Ibu akan umumkan satu lagi Giveaway..

yang menawarkan hadiah yang menarik..

yang akan bermula pada..

:


:


:


:


:


:


HARI NI!!

Saje kasi korang suprise..

Petang-petang sikit Ibu update ye..

Tungguu!!

@ Bertimbun-timbun


Sekarang pukul 2.30 pagi..

Atas meja Ibu ada setimbun journal yang perlu direview..





Hari Jumaat ni nak kena submit..

Sempatkah Ibu..?

Susah nak cari masa berkualiti..

Tak boleh nak fokus macam dulu..

Setakat nak baca ok tapi nak writing..

Uwaa..

Jangan Yana..

Kena semangat..

Ni tunjuk sikit work plan Ibu..



Erkk dah tersasar..

P/s: Tapi asal update blog je tak payah susah2 kan..

semangat je memanjang..huhu

@ Avent For Sale

Monday, July 20, 2009

Kawan Ibu nak let go barang avent die..antaranya..

Philips Avent: Express Electric Steam Steriliser

Philips Avent: Express Electric Steam Steriliser
RM
359.90-50% = RM179.95


Philips Avent: Express Bottle & Babyfood Warmer 3-pin

Philips Avent: Express Bottle & Babyfood Warmer 3-pin
RM
277.90-50% = RM138.95

Philips Avent: VIA Breast Milk Containers 10 x 180ml - BPA FREE

VIA Breast Milk Containers 10 x 180ml - BPA FREE
RM65.90-50% = RM32.95

Philips Avent: ISIS Comfort Breast Shell Set 2 pairs

Philips Avent: Ultra Comfort Disposable Breast Pads 50's

NEW! Ultra Comfort Disposable Breast Pads 50's
RM
49.90-20% = RM39.92


Sapa berminat..KLIK SINI..

@ Renovate Rumah - 1

Rumah baru dah mula direnovate (hancus betul bahasa..haha)..so far alhamdullillah..puas hati dengan kontraktor..kontraktor ni orang Melayu dan merupakan kawan Ayah (itu pasal murah kot..hehe)..tapi harga yang diberi sangatla jauh lebih murah dengan harga yang diquote kontraktor cina..huhu..cekik darah..

Untuk rumah ni..apa yang Ibu buat?
  • Besarkan dapur asal (jadi dry kitchen)
  • Tambah wet kitchen
  • Tambah balcony jadi bilik study
  • Tambah cornice

Nanti Ibu letak lagi banyak gambar dan details eh..lupa pulak bawa kabel telefon..hehe

Dapur asal ditambah lagi

Bilik study idaman hati

Balcony dah jadi bilik..yeye

@ Facebook

Dah lama cuba elak..

Bukan tak minat..

Takut sangkut..

Kang dok gila mengadap ini je..

Tapi apa kan daya..

Semalam terbabas jua..

Facebook..terimalah daku..


P/s: Rumi..aku surrender..

P/s2: add la Ibu..Liyana Shuib..peace!!!

P/s3: Tengah godek2 tapi dah siap main game tau..haha..

@ Bidadari

Friday, July 17, 2009

Setelah mempertimbangkan semua cadangan dari post Supplement hari tu..Ibu pilih nak cuba Bidadari ni dulu..Ibu order dari Elyn (promote sikit)..

Harga die RM53..keistimewaan Bidadari ni ialah

  • Membantu masalah keputihan yang sering dihadapi oleh wanita remaja dan dewasa.
  • Membantu mengatasi masalah senggugut.
  • Membina rahim.
  • Mengecutkan rahim (bagi wanita lepas bersalin)
  • Menyegarkan otot faraj.
  • Menyempitkan faraj.
  • Meningkatkan nafsu dan tenaga seksual dan memberi impak positif kepada pasangan (suami) semasa perhubungan kelamin.
  • Menambah kolegen dalam badan.
  • Mencantikkan kulit dan menaikkan seri wajah.
  • Membantu menghilangkan bau badan dan mulut.
  • Melegakan panas badan.
  • Menyegar, menegang dan mengindahkan payudara.
  • Membekalkan tenaga segera.
  • Membantu merawat luka dalam perut dan pembedahan. Oleh itu ia sangat baik dan seolah-olah ia dirumus khas untuk wanita lepas bersalin.

Ha..kan bagus tu..walau Ibu tak suka sangat rasa die (rasa macam madu+kurma - erk Ibu ni mmg cerewet bab rasa-rasa ni)..tapi Ibu telan jua demi kesihatan diri..ecehh..tapi okla..sekarang Ibu dah boleh stay up malam tau dan rasa bertenaga sikit..hehe..so yang tak cuba lagi..cubala..just contact Elyn..terus pos ke rumah..

P/s: Ayah suka tema die..:P

@ Tidur dan Susu

Dari kecil lagi Ammar tidur sambil menyusu..asal tersedar di waktu malam mesti cari Ibu untuk menyusu..kadang-kadang Ibu pun tertidur dalam keadaan menyusukan Ammar..nak ajar tidur dalam play pen..Ibu tak sampai hati dan tak sanggup pula asyik nak bangun pergi ke play pen..menyusu dan tidur balik..

Sehingga sekarang dah jadi habit pula..selagi Ibu tak menyusukan..selagi tu la dok eh eh..tarik Ibu tidur ngan Ammar..Ibu ada baca..tabiat ni actually bukanla tabiat yang buruk..malah sangat baik dalam membentuk hubungan Ibu dan anak..dan Ibu baca juga yang..pada satu masa tertentu..diorang akan berhenti sendiri perlahan-lahan bila mereka dah sedia..

Sumber

Tapi ada beberapa masalah yang timbul..

  • Ibu tak cukup tidur..sebab Ammar akan asyik jaga dua jam sekali untuk menyusu..tapi ni Ibu dah boleh handle..dah lali kata orang..(Ayah akan kasi susu botol tiap kali bangun..tapi lepas dapat botol mesti cari Ibu balik..huhu)
  • Tak leh nak buat kerja lain..kalau tidur siang..nak Ibu dok menyusu die sampai lena..last2 Ibu yang terlena..bila Ibu bangun..Ammar pun bangun sekali..adeh..
  • Ni paling tak tahan..sakit pinggang..yelah..menyusu sambil mengiring..sakit tau badan ni..sengal-sengal..hari tu pergi check kat Dr..Dr kata tulang belakang dah senget skit..mampuih den..huhu..kena banyakkan senaman kata Dr..

Jadi..apakah penyelesaian yang terbaik ye? Biar die berhenti sendiri or kita train die supaya berhenti menyusu untuk tidur? Mengikut pembacaan Ibu..benda ni bole ubah dengan train Ammar supaya mendapat sleep habit yang baik..tapi Ibu tak sampai hati la tengok Ammar nangis sambil pegang baju Ibu..huhu

Interesting quote (kalaula Ammar faham..hehe)..

"You are not a pacifier; you are a Mom. You are the sun, the moon, the earth, you are liquid love, you are warmth, you are security, you are comfort in the very deepest aspect of the meaning of comfort.... but you are not a pacifier!" -- Paula Yount

@ TOTE BOUTIQUE GIVEAWAY 2

Thursday, July 16, 2009

Giveaway dari Tote Boutique lagi..

Bila?

Katanya bila-bila masa saja mungkin ditutup..so cepaaatt...

Caranya?
  • Cuba teka berapa banyak manik dalam bekas ni ?
  • Lain-lain rules..Rujuk sini
HINT: Tinggi : 10cm Diameter atas : 12cm Diameter bawah : 8cm Diameter manik : 1cm

Jawapan Ibu: 777 Biji

Hadiah?

Ni Ibu suka ni..taraaa...




NISA' DIAPER BAG

Nak sertai?..Klik sini

@ 2 IN 1

Apa yang 2 In 1?
2 Giveaway In 1 Time..
Haa? Betulke..
Betul!
Rezeki korang..
Ada sponsor untuk contest..
Nanti kita cite panjang lebar no..
Ada yang tengah menangis macam pelakon drama cina ni..
(keluar airmata..air liur..air hidung..suma ada..huhu)
Adios..

@ Hadiah untuk Top Commentator

Seperti yang dijanjikan..ini adalah hadiah-hadiahnya..

  1. Hadiah misteri (tote bag dari US)
  2. Voucher RM 50 for Brand New stroller
  3. Voucher RM 30 for preloved strollers
  4. Voucher RM 25 for preloved carseats
  5. Voucher RM 15 for Brand New Leapfrog and Leappad and V-Tech items (excluding cartridges, leappad books, smartridges)
  6. Voucher RM 15 for Brand New Leapfrog and Leappad and V-Tech items (excluding cartridges, leappad books, smartridges)
  7. Voucher RM 15 for Brand New Leapfrog and Leappad and V-Tech items (excluding cartridges, leappad books, smartridges)
  8. Voucher RM 5 (general) utk everything
  9. Voucher RM 5 (general) utk everything
  10. Voucher RM 5 (general) utk everything

Kesemua voucher adalah sponsor daripada Mia Fichita Store ..


Thanks a lot for da sponsor..muah2

@ JOHNSON’S® Baby ‘Baby of the Year’

Jom join ramai-ramai..


Macam mana nak join?


For more info..click HERE

@ Gardening..

Wednesday, July 15, 2009

Sapa suka berkebun?

Perlukan assistant?

Ni ada sorang kat rumah..

Sangat rajin..

Upah?

Free je..no charges..

so bila En Ammar berkebun..

Ibu boleh buat kerja..

huhu..

Ammar tengah tolong Grandma


P/s: Will post about the sponsor petang ni..Insyaallah..kena tunggu budak tecik ni tidur dulu..semalam Ibu budak tecik yang pengsan dulu..budak tecik syok main cu cak sorang-sorang..huhu..

@ At Home 2

Tuesday, July 14, 2009

Hari ni kat rumah lagi..

Banyak emel tak berbalas..

Apa nak buat Ammar pun sibuk nak taip sekali..

Semalam mengemas..

Hari ni sibuk tolong Ibu masak pula..

Tong tang tong tang diketuknya..

Huhu..Ibu tak leh cakap bnayak2..

Dah ada yang tarik seluar sambil meraung..

Adios

@ Practice Jalan

Kawan-kawan nak tahu macam mana Ammar practice jalan?

jeng..jeng..

inilah die..

tiap-tiap petang Ammar practice..

tolak stroller sendiri..

iyeahhh...

Anak Ibu yang gigih

Ni ada video Ayah amik..

sampai terpeleot la seronok main..


video

@ At Home

Monday, July 13, 2009

Hari ni Ibu kat rumah..

MIL ada kerja..

So Ibu kat rumah jaga aka lawan berkejar dengan Ammar..

Huhu penat..

Tapi best..

Rasa macam hari-hari nak berguling dengan Ammar..

Tapi confirm PhD tak siap-siap la cam gitu..

Huhu..




Ammar tengah 'mengemas'

P/s: Nanti Ibu post pasal sponsor..tak boleh nak concentrate..ni Ammar pun sibuk menaip atas riba..karang-karang eh..adios (nak tido petang..la..la..la)

@ Memories

Godek-godek gambar..

jumpa gambar ni..

sekolah lama Ibu time form 1 hingga form 3..

Sek Men Kebangsaan Jitra..

di sinilah tempat Ibu mula mengorak lakaran hidup..

mula-mula belajar mengenal kehidupan..

mula-mula faham erti pahit manis dunia ni..

mula-mula kenal cinta monyet (haha)..

I wish I stay here until SPM..

kenapa?

Biarlah Rahsia..




P/s: Rindu member-member kat sini..dah banyak lost contact..huhu...

@ Puding oh puding

Sunday, July 12, 2009

Tiba-tiba semalam teringin nak buat puding..

Google kat tenet..

Cari resipi paling mudah..

Pagi tadi sibuk beli susu cair la..tepung kastard la..

Lepas masak untuk lunch..

Ibu pun mula la nak buat puding

Ammar pula asyik nangis time tu..

huhu..tensen Ibu..

sambil cakap dengan Ammar sambil dok kacau..

(Ammar kat luar pagar dapur)

Ibu panggil Ayah suh amik Ammar

(ganggu konsentrasi tau..huhu)

lepas tu..wahh macam jadi jek..

Ibu pun sibuk nak transfer bekas..

tengah tuang tu teringat sesuatu..

eh tak rasa pun cukup manis ke tak..

yelah tadi dok layan budak tecik tu..huhu

tetiba..

prangggg...

tah macam mana..

Ibu terlepas periuk..

sib baik dan melompat..

dipendekkan cerita..

abisla puding suma terterap kat lantai dan dinding dapur..

waaaaaaaaaa...

maka..cita-cita makan puding bertukar jadi operasi lap dapur..

huhu..

sekian terima kasih


P/s: No gambar sebab Ibu tengah kiciwa

P/s2: sape ada resipi puding sedap..share la sini..

@ Berita Ringkas

Friday, July 10, 2009

Salam

Berita ringkas..

BabyIbu Giveaway: Top Commentator dapat sponsor..

Yeeayyyy..

Dari siapa?

Rahsia dulu..

Apa?

Ibu akan bagitau minggu depan..

Soalan paling best..

BERAPA?

Campur yang Ibu bagi..akan ada hadiah untuk
TOP TEN COMMENTATOR
..

waa..

Ibu suka..apa lagi kekawan..cepat comment (tp ikut rules la eh)..

Sekian berita di tengah hari Jumaat

adios

@ Tasik di Jitra

Haha..sebenarnya Ibu lupa la..apa ke nama tasik tu..alkisahnya camni..di Jitra ada sebuah tasik (betui ka ayat ni) yang terletak dekat dengan tempat golf (kronik otak Ibu ni..nama tempat pn lupa..huhu..donat..tolong sikit!!)..tasik ni cantik dan menjadi tempat riadah orang sekitar....dulu zaman anak dara..rajin la g joging (sekali dua jek..hehe) or pergi lepak makan-makan ngan member sambil menikmati pemandangan yang indah (ni selalu la..hehe)..

Mula-mula dulu ada tempat makan je..sekarang ni ada tempat naik bot, naik buggy (ala naik keta golf pusing tasik), playground, dan macam-macam lagila..kalau g weekend lagi la banyak aktiviti..

Aritu bawa Ammar pergi tasik..niat nak ambil gambar outdoor..macam biasa la..PakNgah sponsor..hehe..(Pak Ngah..bila nak hantar gambar yang dah diedit ni?)..ni Ibu tunjuk sikit gambar-gambar yang belum diedit..

Cantik kan tempatnya?

Mula-mula Ammar sibuk main bola..sekali die nampak ada pula orang sewa kereta control untuk budak-budak..means anak naik tapi kita yang control keta tu..apa lagi..kelam kabut kejar keta tu..so Ibu bagi la naik..3 ringgit kot sekali naik..wah Ammar siap betulkan side mirror tau..yakin je macam die yang drive..sengih2..pastu tak nak turun..nangis2..Tok Mama suh naik lagi..tapi Ibu kata cukupla..kang terbiasa..asal nangis je dapat..huhu..

Pastu nampak rabbit pula..ada orang bela bawa rabbit g jalan-jalan..Ammar pun mengejar rabbit dengan jayanya..Ibu ni penakut..rabbit asyik kejar Ibu..huhu..last tu kasi la Ammar dekat sikit..ingat die takut..sekali die g ketuk kepala rabbit tu..ya ampun..ni rabbit bawa pertandingan tau Ammar..mahal..bukan miau miau tepi jalan tu..huhu..


Ammar suka

Dalam kul 7 lebih kami balik..yelah dah gelap..nanti nak datang lagi bawa Ammar naik bot tu pula..sekarang takut Ammar lompat..mampuih den..ingat nak naik buggy tapi ramai pula yang beratur..tak sempat naik..k kita tunggu gambar Pak Ngah edit pula no..


P/s: Sesapa dok belah utara..bolehla contact PakNgah aka Opy kalau nak buat photoshoot untuk anak ke kahwin ke..PakNgah dah dapat keje tetap kat sana..hilang geng Ibu nak g meronggeng..huhu

@ MANDI WILADAH... especially utk org pompuan nih

Thursday, July 9, 2009

(just nak share dengan semua..dapat dari email)

Salam... sebarkan.. maybe ramai yg x tahu.. Moga ILMU ini dimanfaatkan
bersama...........Insya- ALLLAH..

Memang betul kenyataan tentang "Mandi Wiladah" itu..... kami telah
bertanyakan hal ini kepada ustazah kita orang last month. MasyaALLAH ,
betapalah jahilnya kita ini.... tapi according to Ustazah ini , kita
memang kena niat dlm hati mandi wajib itu adalah Mandi Wiladah dan tidak
boleh kira overall saja.

Sapa-sapa yg lepas bersalin dan belum lagi mengangkat Mandi Wiladah ini
maka segala solat & puasanya selama ini tidak akan diterima oleh
ALLAH...Nahuzubillah'minzaliq. ..Wallahua' lam

Oleh itu kita kenalah meminta ampun dari ALLAH S.W.T kerana tidak
mengetahui akan perkara ini , kerana sesungguhnya ALLAH Maha Pengampun
Lagi Maha Mengetahui. Utk pengetahuan semua, perkara ini telah diajukan
oleh saudari kita Ernie Shamsudin semasa sessi mengaji Quran tempoh hari
dan disaksikan oleh saya & juga Anisah Ghazi.....

Wajib atas kita untuk memberitahu saudara-saudari kita yg langsung tidak
tahu akan hal ini.....

Perkara penting yang most women ignored...to tell you the truth..I've
talked to several ladies...and kebanyakkannya semua tak tahu yang there
exists mandi after bersalin nie...bukan mandi after darah nifas kering
tapi mandi after bersalin..a separate hadas besar...reason being sekiranya
ajal menjemput sebelum darah nifas kita kering, kita sudah berada di dalam
keadaan bersuci...

Sewaktu dalam sembang-sembang kecil saya merasa agak terperanjat apabila
ada diantara ibu-ibu yang mengatakan mereka tak tahu yang mereka wajib
mandi hadas selepas melahirkan anak. Ini kerana ada yang confuse, mereka

ingat mandi hadas hanya selepas darah nifas habis. Para bapa langsung la
sebab mereka kata, bukan mereka yang beranak... MasyaAllah. Kan ke tugas
suami tu membimbing isteri..ini perkara Feqah yang wajib diketahui oleh
semua orang.

Ada lagi yang kata sebab masa berpantang tak boleh basah rambut, takut
masuk angin.

Saya terfikir balik, selama ini saya take for granted dan assume semua
orang tahu. kadang-kadang timbul rasa bersalah kerana tidak ambil
inisiatif untuk mengingatkan para bapa/ bakal bapa dan para ibu/bakal ibu.
Jadi di sini saya nak ambil kesempatan supaya kita ingat mengingati dan
kebetulan ramai juga para netters yang sedang menanti kelahiran cahaya
mata.

Perkara Wajib mandi hadas besar;

Bagi lelaki 2 perkara:

1. keluar air mani
2. berjimak, waimah berjimak kerana berzina pun kena juga mandi. Tak
keluar mani pun kena mandi juga..

Bagi perempuan:

1, Haid
2. Wiladah (melahirkan anak)
3. Nifas
4. Bermijimak, waimah berjimak kerana berzina pun kena juga mandi.


Rasanya setakat mandi selepas haid dan berjimak tu semua orang tahu. Yang
selalu wanita confuse (apatah lagi lelaki) ialah berkaitan dengan
kelahiran. Selepas melahirkan anak setiap wanita ISLAM kena mandi:

1. Mandi hadas kerana melahirkan (WILADAH. Yakni, sebaik sahaja kepala
bayi keluar..
2. Mandi hadas habis nifas (darah yang keluar selepas bersalin) maka
diwajibkan mandi hadas.

menurut ustazah, niat mandi boleh pakai satu sahaja, tak perlu spesifik.
Cuma niatkan:
"Sahaja aku mandi hadas besar ke atas tubuhku yang diwajibkan ke atas ku
kerana Allah Taala".

Tula saya teringat orang tua-tua kita tak kasi org dalam pantang tu mandi
basahkan kepala, takut masuk anginla, sejukla... saya terfikir balik,
takkan suruhan agama sanggup diketepikan semata-mata nak jaga pantang.
Lagipun mandi wajib selepas melahirkan tu SEKALI je setiap
kelhairan..katalah anda seorang yang betul-betul kuat berpantang.. dalam
masa 40/60 hari tu, cuma sekali je mandi basah rambut, bukan tiap-tiap
hari Mandilah dengan air panas... kita tak suruh mandi dgn air sejuk cuma
pastikan air tu tak jadi air musta'mal. Itu sahaja.

Jadi, bakal ibu dan bakal bapa, harap tak ambil remeh perkara ini. Yang
lelaki tu ingatkanlah isteri-isteri anda dan adik-adik pompuan. dan yang
pompuan tu ingatkanlah diri anda dan sedara-sedara pompuan yang
lain..InsyaAllah

Mungkin bagi sesetengah orang yang kata ini soal "remeh" (walaupun ini
sebenarnya tak remeh) dapat dikongsi dan diamalkan bersama.

Wallahua'lam.

@ Kamus Bahasa Ammar

Wednesday, July 8, 2009

Koleksi bahasa Ammar setakat ni..

  • Nak - kalau nak apa2
  • No - Kalau tak mau apa2
  • Tu - Nak suh kita tengok apa-apa
  • Jom - Nak ajak pergi mana2
  • Auuummm - Untuk harimau dan binatang yang sejenis (semuanya gara-gara walker yang bunyi aumm bila ditekan gambar binatang)
  • Auum - Untuk horse (sebab selalu baca buku ada gambar horse)
  • Duck -untuk itik di bantalnya
  • Na or Ma - untuk Ibunya ini..adeke panggil Ibu..Na..adehh
  • dan bunyi2 yang takde makna tu banyak la..
Semalam masa menyusu..ajar ammar sebut..su..su..tapi tau apa die sebut...tek..tek..(sambil sengih-sengih nakal)...adehh...


Peace Ibu..:)

@ HUGGIES HuggaMaMa MMS CONTEST

Huggies menganjurkan Huggies HuggaMAMA MMS Contest

How to enter?

Simply MMS your 3rd Trimester picture to Mama@huggies.my from 15 June to 14 August 2009 with no purchase required.

There will be ONE (1) winner weekly for this contest and the winning contestant will win away a Huggies Starter Kits and Huggies NewBorn/Small diaper worth of RM 100

And the grand prizes winner will walk away with Huggies New Arrival package plus 3 month supply of Huggies Newborn/Small diaper worth of RM1200

Closing date of our MMS contest ends on 14 August 2009

Click HERE for more info


P/s: Ibu tak dapet la nak join..hehe..

@ Supplement lagi

Tuesday, July 7, 2009

Oo..lupa nak bagitau..

Ibu tak nak supplement tambah berat..

Nak cari supplement tambah tenaga..

Sebab hari-hari flat..keletihan..

Ada cadangan kawan-kawan?

@ Supplement untuk Ibu?

Ibu rasa Ibu kena cari supplement la..

Badan Ibu dah makin ringan..

Timbang hari tu..41kg je..

Bukan setakat underweight..dah kronik..

kalu rendah okle..orang panggil kecil molek..

ni tinggi 165cm..namanya kurus keding tau..

dengan Ammar menyusu badan tak berenti..

dan tak duduk diam ke sana sini..

pulak tu Ibu ni jenis makan sikit..

makan pun ala-ala makanan hospital..(lauk sejenis..kaler putih2)..

tu kata kawan Ibu la..huhu..

ada kawan Ibu suggest Bidadari..

kalau breastfeed boleh ke?

ke ada supplement lain lagi bagus?

ada cadangan?

tengok..macam mana Ibu tak makin kurus..mengejar Ammar jek..

@ Fabulous Mom Stock Clearance Sale

Discounts Up to 75%

Products Offered

Nursing Bras - from RM10

Nursing Tops - from RM15

JA Breastmilk Storage Bags - 40%

Sacred Tea - 40%


TERMS

Payment mode: Cash or Credit Card


Locations


Puchong branch is the MAIN LOCATION with more designs/stocks:

2A Jalan TK2/1C

Taman Kinrara, Seksyen 2

47100 Puchong, Selangor

Malaysia

Tel 603 80765262

Time : 10am to 6pm


TTDI branch

136A, Jalan Burhanuddin Helmi

Taman Tun Dr. Ismail

60000 Kuala Lumpur

Tel 603-77296088

Time : 10am to 9pm


www.fabulousmom.com


P/s: Kalau sempat g cari nursing bra best gak ni..selalu beli kat Jusco pun RM 20 ke atas..


@ Pemenang Nippon Paint Giveaway

Monday, July 6, 2009

Pemenangnya ialah

Tahniah!!

Sila contact Ibu untuk penghantaran voucher ye..

Nak kena cepat sebab tarikh akhir voucher 31/7/2009

Terima kasih

@ Demam

Sunday, July 5, 2009

Ammar kena demam selsema..cembeng je satu hari..sian anak Ibu ni..ni gambar semalam..muka sedih je..tapi tangan tu pegang kepit kuku (die jumpa dalam kereta)..tak nak lepas..konon nak kepit kuku kaki..

Muka Cembeng

Tadi pergi Pusrawi..tak sempat Dr check dah nangis..takut kena cucuk agaknya..meleleh-leleh air mata..Dr kata demam selsema biasa..Ibu cuak juga..sebab ni baru kali kedua Ammar demam jadi pengalaman tu kureng..tadi dah berperang nak kasi ubat..nangis jugak..hero air mata betul la anak Ibu ni..huhu..

Ammar: Auntie2 semua doakan Ammar cepat sembuh ya..Aminn

P/s: Ratusan comment di mailbox..maaf tak sempat nak reply..bnyak sangat..kalau betul-betul nak tahu something just email Ibu di contact me ya..TQ

@ Kedai Chomel Giveaway


Ni betul-betul last minute punya entry..saje masuk nak meyokong Dila..dah lama kenal menerusi blog..jumpa je belum lagi..Dila ni rajin orangnya..ada bakat menjahit..Ibu pernah tempah diaper bag..tahan sampai sekarang..siap usung ke Sydney lagi tau..ni haa rupa beg ni..

Kali ni Dila menganjurkan Kedai Chomel Giveaway..hadiahnya will be..Jusco shopping voucher and Chomel Nursing Cover..tapi..tarikh tamat hari ni (ampun la tak sempat nak buat awal2..huhu)

Handmade by Anasfadilah

So pada bakal-bakal Ibu..bolehla layari Kedai Chomel untuk tempah nursing cover yang sangat menarik dan the boomm...(erkk..Yana takde lagi nursing cover la Dila..:P)..hehe..(senyum ada makna tau)..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Widget By Devils Workshop