@ FAMILY

Friday, July 24, 2009

Baca pelan- pelan dan penuh penghayatan.

Aku terlanggar seorang asing semasa berjalan,
"Oh maafkan saya, saya tak perasan"

Katanya "Maafkan saya juga,
Saya tak nampak saudara"

Kami amat bersopan dan saling menghormati,
Kami saling melambai sambil berlalu pergi,

Tetapi di rumah lain pula ceritanya,
Bagaimana kita melayan orang tersayang, tua dan muda,

Lewat petang, tika memasak makan malam,
Anak lelaki kecilku berdiri di dapur secara diam-diam,

Bila berpaling aku hampir melanggarnya jatuh,
Jerkahku, "Jangan buat kacau di sini, pergi main jauh-jauh"

Dia berlalu pergi, hatinya hancur luluh dan beku,
Aku tak sedar, bertapa kasarnya kata-kataku,

Sedangku berbaring di katil mendengar musik,
Terdengar suara halus datang membisik,

"Bila bersama orang tak dikenali,
Begitu bersopan dan merendah diri,
Tetapi ahli keluarga tersayang, sering dimarah dan dicaci",

"Cubalah kau pergi lihat di lantai dapur,
Kan kau temui bunga-bungaan berterabur",

"Itu adalah bunga-bunga dibawanya untuk kamu,
Dia memetiknya sendiri, kuning, biru dan unggu",

"Dia berdiri senyap agar jadi kejutan buat kamu,
Kamu tak pernah sedar airmatanya yang datang bertamu",

Pada tika ini, aku merasa amat kecil sekali,
Airmataku mencurah ibarat air di kali,

Senyap-senyap ku kebiliknya, dan melutut di katil,
"Bangunlah, anakku, bangunlah si kecil"

"Apakah bunga-bunga ini dipetik untuk mak?
Dia tersenyum, "Adik terjumpanya belakang rumah di semak"

"Adik memetiknya kerana ia cantik seperti ibu,
ibu tentu suka terutama yang unggu,

"Maafkan ibu, atas sikap ibu hari ini,
Ibu tak harus menjerkah kamu, sebegini,

Katanya,"Oh, ibu, itu tak mengapa,
Saya tetap sayang ibu melebihi segala,

Bisikku, "Anakku, ibu pun sayang kamu,
dan ibu suka bunga itu, terutama yang unggu,


FAMILY

Adakah kamu sedar, sekiranya kita mati hari ini,
syarikat tempat kita berkerja akan senang-senang mendapat pengganti,
dalam hanya beberapa hari?

Tetapi keluarga yang kita tinggalkan,
akan merasa kehilangan kita sepanjang hayat.

Dan sedarlah, sekiranya kita menghabiskan masa kita kepada kerja,
Melebihi keluarga kita, adalah merupakan suatu pelaburan yang tidak bijak.
Bukankah begitu?

Jadi apakah maksud yang tersirat?

Tahukah anda makna "FAMILY"?
FAMILY = (F)ATHER (A)ND (M)OTHER (I) (L)OVE (Y)OU


" HARGAILAH KELUARGA ANDA

#credit to dLa

14 kawan BabyIbu berkata-kata..:

miela77 said...

Alahai yana, cian Ammar...sememangnya keluarga adalah segalanya... sunyi sepi hidupku tanpa mereka...

Zanna_MamaBatrice said...

hu hu hu
mendalam maksud citer nie yana
yelah...kekadang kita nie alpa kan..
ngan org yg x kenal kemain sopan santun lemah lembut
tp kalau kat rumah..cam singa kelaparan..nak marah sesaja...

terkena batang hidung sendiri

azzamoro said...

yerp.. like this entry..

Mama Safiyyah said...

ibu....bersama2 kita menegur diri kita dan mereka yg terdekat dengan kita......terima kasih ibu.....

Elyn said...

hmm i pun ske entry ni.....

asmaa said...

sedih bila baca...
semoga sama-sama ingat mengingati antara satu sama lain...

terima kasih

zh-ena said...

sedih baca story nie..betul tu kan..bisanya ngan org luar kita akan lembut n bersopan santun ajer tapi dlm family sebaliknya plak

me n de alisha said...

hargailah keluarga kita, selagi ada hayat nya...jangan menyesal di kemudian hari.

mummy_adam said...

huhu.. sgt menarik.. i love my family so much.. :)

Puan Iza said...

sedih baca story nie....sayangilah keluarga kita...

lia said...

rindu pada si kecil d rumah babysitter...

leanalittleshop.com said...

very touching...

Oyis said...

bergenang air mata kita baca ni la. apa x nya, terkenang time2 tinggi kan suara kat anak sendiri kat dapur. aisyah dah pandai berjalan skang, and asyik ke dapur masa org sibuk menggoreng ikan la apa la. paham2 je la, balik opis dah lewat, masak pon cincai boncai. insaf kejap.

bole x kita copy paste poem ni kat blog kita? kita letak link ke blog ni yeh? harap x kisah.

BabyIbu said...

boleh je..sharing is caring:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Widget By Devils Workshop