@ MANDI WILADAH... especially utk org pompuan nih

Thursday, July 9, 2009

(just nak share dengan semua..dapat dari email)

Salam... sebarkan.. maybe ramai yg x tahu.. Moga ILMU ini dimanfaatkan
bersama...........Insya- ALLLAH..

Memang betul kenyataan tentang "Mandi Wiladah" itu..... kami telah
bertanyakan hal ini kepada ustazah kita orang last month. MasyaALLAH ,
betapalah jahilnya kita ini.... tapi according to Ustazah ini , kita
memang kena niat dlm hati mandi wajib itu adalah Mandi Wiladah dan tidak
boleh kira overall saja.

Sapa-sapa yg lepas bersalin dan belum lagi mengangkat Mandi Wiladah ini
maka segala solat & puasanya selama ini tidak akan diterima oleh
ALLAH...Nahuzubillah'minzaliq. ..Wallahua' lam

Oleh itu kita kenalah meminta ampun dari ALLAH S.W.T kerana tidak
mengetahui akan perkara ini , kerana sesungguhnya ALLAH Maha Pengampun
Lagi Maha Mengetahui. Utk pengetahuan semua, perkara ini telah diajukan
oleh saudari kita Ernie Shamsudin semasa sessi mengaji Quran tempoh hari
dan disaksikan oleh saya & juga Anisah Ghazi.....

Wajib atas kita untuk memberitahu saudara-saudari kita yg langsung tidak
tahu akan hal ini.....

Perkara penting yang most women ignored...to tell you the truth..I've
talked to several ladies...and kebanyakkannya semua tak tahu yang there
exists mandi after bersalin nie...bukan mandi after darah nifas kering
tapi mandi after bersalin..a separate hadas besar...reason being sekiranya
ajal menjemput sebelum darah nifas kita kering, kita sudah berada di dalam
keadaan bersuci...

Sewaktu dalam sembang-sembang kecil saya merasa agak terperanjat apabila
ada diantara ibu-ibu yang mengatakan mereka tak tahu yang mereka wajib
mandi hadas selepas melahirkan anak. Ini kerana ada yang confuse, mereka

ingat mandi hadas hanya selepas darah nifas habis. Para bapa langsung la
sebab mereka kata, bukan mereka yang beranak... MasyaAllah. Kan ke tugas
suami tu membimbing isteri..ini perkara Feqah yang wajib diketahui oleh
semua orang.

Ada lagi yang kata sebab masa berpantang tak boleh basah rambut, takut
masuk angin.

Saya terfikir balik, selama ini saya take for granted dan assume semua
orang tahu. kadang-kadang timbul rasa bersalah kerana tidak ambil
inisiatif untuk mengingatkan para bapa/ bakal bapa dan para ibu/bakal ibu.
Jadi di sini saya nak ambil kesempatan supaya kita ingat mengingati dan
kebetulan ramai juga para netters yang sedang menanti kelahiran cahaya
mata.

Perkara Wajib mandi hadas besar;

Bagi lelaki 2 perkara:

1. keluar air mani
2. berjimak, waimah berjimak kerana berzina pun kena juga mandi. Tak
keluar mani pun kena mandi juga..

Bagi perempuan:

1, Haid
2. Wiladah (melahirkan anak)
3. Nifas
4. Bermijimak, waimah berjimak kerana berzina pun kena juga mandi.


Rasanya setakat mandi selepas haid dan berjimak tu semua orang tahu. Yang
selalu wanita confuse (apatah lagi lelaki) ialah berkaitan dengan
kelahiran. Selepas melahirkan anak setiap wanita ISLAM kena mandi:

1. Mandi hadas kerana melahirkan (WILADAH. Yakni, sebaik sahaja kepala
bayi keluar..
2. Mandi hadas habis nifas (darah yang keluar selepas bersalin) maka
diwajibkan mandi hadas.

menurut ustazah, niat mandi boleh pakai satu sahaja, tak perlu spesifik.
Cuma niatkan:
"Sahaja aku mandi hadas besar ke atas tubuhku yang diwajibkan ke atas ku
kerana Allah Taala".

Tula saya teringat orang tua-tua kita tak kasi org dalam pantang tu mandi
basahkan kepala, takut masuk anginla, sejukla... saya terfikir balik,
takkan suruhan agama sanggup diketepikan semata-mata nak jaga pantang.
Lagipun mandi wajib selepas melahirkan tu SEKALI je setiap
kelhairan..katalah anda seorang yang betul-betul kuat berpantang.. dalam
masa 40/60 hari tu, cuma sekali je mandi basah rambut, bukan tiap-tiap
hari Mandilah dengan air panas... kita tak suruh mandi dgn air sejuk cuma
pastikan air tu tak jadi air musta'mal. Itu sahaja.

Jadi, bakal ibu dan bakal bapa, harap tak ambil remeh perkara ini. Yang
lelaki tu ingatkanlah isteri-isteri anda dan adik-adik pompuan. dan yang
pompuan tu ingatkanlah diri anda dan sedara-sedara pompuan yang
lain..InsyaAllah

Mungkin bagi sesetengah orang yang kata ini soal "remeh" (walaupun ini
sebenarnya tak remeh) dapat dikongsi dan diamalkan bersama.

Wallahua'lam.

19 kawan BabyIbu berkata-kata..:

miela77 said...

Mmg mandi walidah nie wajib...dulu iela tak tau..memang iela mengakui, agak jahil gak dlm hal2 nie... alhamdulillah, ms bersalin Amira ada kwn gtau ttg nie, kita kena mandi niat walidah dulu baru niat mandi wajib nifas... wallahualam..

Syaz (MamaFarish) said...

haah..masa saya lepas bersalin dalam 3-4 ari lepas tu saya mandi wiladah siap syampoo sume..org tua terkejut..ye la kan dalam pantang mana le main air (part ni saya xpaham nape..mungkin takut sejuk)..then saya explen la ini mandi wiladah...mandi sebelom abis nifas..

PuteriGunungTahan said...

~~ zen baru g kursus kawen..ustaz de cite pasai mandi wiladah nie..hihi..tq yana menguatkan lagi pengetahuan zen..

Rozy said...

kat spital lagi Rozy dah mandi wiladah..
semua orang kat wad tu terkejut.. sebab basah rambut semua..
and sorang pun Rozy tengok xmandi wiladah.. (4 hari woo dok kat spital...so orang bersalin ni in and out laa.so tengok2 laa)
syukur sangat Rozy dapat e-mail ni from opismate lelaki before bersalin..

kambingbujang said...

salam..

misal kata kl kiter tak mndi wiladah..camner kiter nk qadha blk.. xigt la niat wiladah ke tak maser lahirkn amirul tue

nifas mmg ader niat..

liwaniel said...

mula2 wanie tak tau jugak pasal mandi wiladah ni..mujur mak bagitau masa lepas bersalin dulu...

Zanna_MamaBatrice said...

sharing is caring yana
yelah.....kekadang benda2 camnie kita terlepas pandang kan...nak2 ngikut petua org tua2 tak leh kena air time berpantang....lagi ler....

Mama_Aqish said...

bagus ilmu cenggini dikongsi bersama untuk tatapan & teladan semua

c-idah said...

alhamdulillah...
ilmu yg cukup bagus untuk para bakal ibu dan juga untuk yg sudah bergelar ibu..

mandi wiladah nie wajib!!
memang wajib!!

Mama_Aqish said...

info camni harus dipanjangkan kepada semua blogger

zh-ena said...

bagus sgt info nie

Mommy Lyna said...

salam Yana,

kita ada pernah tulis pasal mandi wiladah & kebenaran email sebegitu kat blog:

Mandi Wiladah @MySuperKids


kalau sudi baca my content, kot ada dpt new idea or we can discuss further kan ;)

afterall, this is still perkara khilaf, shud be no issue la nak pegang yang mana satu.

Puan Iza said...

iza pun penah dpt email nie.....

Haah..mandi wiladah nie mmg wajib tapi ramai yg tak tau kan....

Sherry said...

mandi mmg mesti ni.. kalau x macam mana nak tidur

me n de alisha said...

panduan yang berguna.

asmaa said...

panduan yg amat bagus. wlpn bersalin kerap mcm saya tetapi tetap lupa bab2 yg amat penting mcm nie.

tiba masanya,time tulah kalut tanya kat org yg lebih arif.

kena print dan tampal kat rumah nih :)

Elyn said...

mandi ni kite dh buat gak lepas beranak aritu sbb dpt email b4 beranak... thanks for sharing!!!

Mama Safiyyah said...

alhamdulillah....semakin ramai org yg tau pasal mandi wiladah ni....sebenarnya dlm buku2 panduan mengandung, ada yg tulis pasal ni, cuma mungkin kita take for granted.....syabas ibu, kerana mengingatkan semua org termasuklah saya sendiri...

eezah said...

terima kasih sbb saling mengingatkan sesama kita..kadang2 benda mcm ni kita selalu lupa!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Widget By Devils Workshop