@ Senarai Pemenang Neo Geo Hanging Basket

Monday, August 31, 2009

Dan pemenangnya adalah..



Semua pemenang akan menerima satu Neo Geo Hanging Basket


Dan special prize untuk Shaparin (pemenang pilihan juri)

Sebuah beg untuk kid yang sangat kiut..

Envirosax tubby bernilai RM24.90..

Terima Kasih Bebanyak pada Sponsor kita


Semua pemenang sila emel nama penuh, nama pena dan blog, alamat penuh & no. phone ke info@leanalittleshop.com

@ BEAUTIFUL BABY SEARCH CONTEST

Kali ni nak masuk contest BEAUTIFUL BABY SEARCH CONTEST "Looking for Beautiful Prince and Princess" pula.. last minute entry..


Syarat2 utk join contest ni:



  1. Jd follower Mommy_Zara - Done
  2. Sila add banner di atas pada sidebar - Done
  3. Buat special entry utk contest ini dan sertakan sekali satu picture baby uols yg comey! dan satu picture baby bersama mommy atau daddy! kedua2 gambar akan diambil markah - Done
  4. Sile nyatakan skali nama baby dan umur baby - Done
  5. Sila nyatakan bila gambar diambil - Done
  6. Link kn blog Mommy_Zara - Done
  7. Sila tinggalkn comment bila dh siapkn entry k - Done

Ok ini gambarnya..details:



Nama: Mohd Ammar b Mukhlis



Umur: Setahun 4 Bulan 1 Minggu (Lahir pada 23/4/2008)



Gambar diambil: 10 June 2009


Go Ammar

Ammar n Ayah

More info: KLIK SINI!!

@ More Contest

Sunday, August 30, 2009

Ibu tengah nak organize satu contest..

Sempena hari raya..

Tapi sabar dulu ya..

Tengah carikan sponsor..

Kalau ada sesiapa yang nak sponsor for this contest..

Sangat Ibu alu-alukan..

Just contact Ibu ok..(dekat contact me to)..

Murah rezeki semua di bulan Ramadhan ni..

P/s: Neo Geo Basket Giveaway akan tamat esok..mari sertai..KLIK SINI

P/s2: Ramai lagi pemenang tak emel Ibu untuk amik voucher code..sila emel secepat ye..

P/s3: Me n de alisha..hadiah anda akan dipos Selasa ni ye..tq semua

@ Candid Giveaway Contest

Saturday, August 29, 2009


Sibuk dok blog hoping Ibu terjumpa dengan Candid Giveaway Contest ni..anjuran Zieha..



Ibu pun godek dan cari gambar candid..isy tak berapa pandai nak mendefinisikan candid tu..harap ini betul lah ye..gambar ni diambil oleh Ayah tanpa Ammar sedar..sebab Ammar dok asyik tolong Ibu menumbuk bawang (ada bawang tau dalam tu..huhu)..alkisahnya Ammar asyik nangis kat pagar tu maka bawa la die masuk ke dapur..kasi air coklat nak kasi die dok baik-baik..alih2 die sibuk lak nak menolong..adehhh...ni ha gambonya..multitasking..haha



So pada yang lain sempat lagi ni nak masuk contest ni..syarat-syarat untuk contest ni adalah:


  1. Copy gambar banner & uploadkan kat dlm N3 dan sidebar blog

  2. Wajib jadi followers kat sidebar di blog zieha n list kan blog zieha pada bloglist

  3. Uploadkan satu (1) gambar yang boleh dikategorikan candid habis atau yang paling happening,lucu,sedih,gembira, terkejutss yang pernah u olls amik..

  4. Bila dah dapat gambar candid tu,tinggalkan N3 di link ini sahaja

  5. Pemilihan gambar berdasarkan gambar yang betul2 menarik dan mesti di amik gambar candid

  6. Hadiahnya..adalah SURPRISED....kalau bagi tahu..tak besh la kan...hehehehe
    kalau nak tahu hadiahnya..jom la join giveaway contest nie

  7. Contest bermula pada 16 Ogos 2009-31 Ogos 2009.. Kalau rasa nak dilanjutkan ..akan diberitahu kemudian

  8. Keputusan pemenang bloggers bertuah akan diberitahu 1 minggu selepas tarikh tamat
    contest tersebut...

More info..klik sini

@ V untuk Vitagen

Thursday, August 27, 2009

Ibu paling suka minum Vitagen..tapi cuma vitagen ungu saja..perisa grape..dulu masa kecil-kecil..ayah angkat Ibu aka suami pengasuh Ibu mesti belikan kat Ibu satu setiap hari lepas balik jual kuih..kira dah jadi favourite la..sampai ke besar panjang ni pun selalu berebut dengan adik-adik kalau bab vitagen ni..hehe..yelah beli sepeket 5 botol..adik beradik 4 orang..yang last tu berebut..tapi selalu Ibu menang sebab guna kuasa veto..melainkan Tok Abah pun nak..Ibu kalah la camtu..huhu

Ammar pun suka sangat..Ibu bagi rasa sikit mula-mula..tapi sekarang pantang nampak menangis nak..or tunjuk peti ais cakap nak..tapi Ibu selalu pikir..bolehka baby (baby ka? dah toddler ni) minum vitagen? Yelah rasanya manis..sure banyak gula..Ibu pernah tanya Dr Chua..katanya boleh minum tapi semingu sekali dua okla..jangan tiap-tiap hari..ni Ammar dengan bangganya tengah minum Vitagen..


Ni Ammar punya


Siap bersimpuh tau (sila abaikan pemandangan di belakang tu ye)



Ni Ibu dapat dari Internet..tak pasti betul ka idak..tapi Ibu just kasi Ammar sebotol seminggu..cukuplakan sayang..(sekali hirup boleh abis tau Ammar ni..kalau hari-hari mampuih)

Soalan-soalan yang berkaitan dengan kanak-kanak.

Adakah Vitagen sesuai diberi kepada bayi-bayi yang berumur satu tahun?

Ya. Vitagen boleh diberi kepada bayi-bayi yang berumur satu tahun atau kepada bayi-bayi telah dilahir beberapa bulan bergantung kepada kesihatan bayi-bayi dan keadaan najisnya. Mula dengan sedikit Vitagen yang dicairkan dengan air suam (sebagai contoh: satu sudu Vitagen dicairkan dengan dua sudu air suam).

Tujuan memberikan Vitagen kepada bayi-bayi adalah untuk membekalkan mereka dengan laktobasilus yang hidup dan bukan untuk mengganti susu ibu atau susu formula/rumusan.

Bimbang dengan kanak-kanak minum minuman sejuk ?

Ibubapa yang bimbang dengan anak-anak mereka minum minuman sejuk, boleh mengeluarkan Vitagen daripada peti sejuk sebelum anak-anak mereka makan. Apabila anak-anak mereka habis makan, suhu Vitagen sudah hampir sama dengan suhu bilik.

Bimbang dengan kanak-kanak yang sedang batuk ?

Ibubapa yang bimbang dengan anak-anak mereka yang sedang batuk, adalah dinasihati bahawa semua jenis minuman sejuk tidak sesuai diminum. Akan tetapi Vitagen boleh diminum apabila sudah diambil keluar daripada peti sejuk selama ½ jam

Adakah Vitagen Cuma untuk kanak-kanak ?

Setiap orang tidak kira umurnya boleh menikmati manafaat Vitagen. Ia adalah minuman berkhasiat untuk sekeluarga.

Tempoh hayat / Hayat simpanan

Berapa lamakah Vitagen boleh disimpan pada suhu bilik selepas dibuka ?
Tidak lebih daripada 2 hingga 3 jam.

Berapa lamakah Vitagen boleh disimpan pada suhu bilik selepas dibeli daripada pasaraya sebelum disimpan didalam peti sejuk ?
Tidak lebih daripada 2 hingga 3 jam.

Corak meminum


Berapa botol Vitagen boleh seorang minum dalam satu hari ?
Sekurang-kurangnya satu botol sehari untuk membekalkan badan dengan bakteria yang baik diperlukan sehari. Akan tetapi kalau ada simptom ketidakselesaan usus seperti sembelit, cirit-birit. Ulser/bisul. Keletihan/fatig, mengembung, sedawa, nafas yang berbau, pedih hulu hati ataupun rasa mual, dengan minum lebih daripada satu botol Vitagen boleh mengurangkan ketidakselesaan tersebut.

Bilakah masa yang paling sesuai untuk minum Vitagen ?
Vitagen paling sesuai diminum selepas makan apabila keasidan di dalam perut adalah kurang daripada keasidan sebelum makan. Keasidan yang kurang di dalam perut boleh menolong laktobasilus di dalam Vitagen sampai ke dalam usus dalam keadaan hidup.

@ Persiapan Raya

Wednesday, August 26, 2009

Persiapan raya? em tahun ni tak beriya sangat..sederhana je..maklumlah poket pun sederhana..huhu..tapi yang penting..tahun ni balik Jitra..yeyyy...

Baju
Tema tahun ni kaler hijau lumut..Ayah dan Ammar sedondon la kan..baju melayu Johor..Ibu pula beli kain kat Jalan TAR dulu..bajunyer dah siap tapi tak leh tunjuk la kan..rahsia (eheh..macam mahal je baju nak rahsia..maleh amik gambo sebenarnya..huhu)..ni je gambar ada..baju Melayu Ammar..tempah jahit kat Auntie Rumija..


Untuk Ibu..ada sepasang lagi baju kebaya beli dari Bandung..tu jela..yang lain pakai je yang ada..untuk Ammar..pakai baju beli Sydney dulu dan hadiah orang bagi..cuma maybe kalau sempat Ibu nak cari singlet aka baju tanpa lengan untuk Ammar..maklumlah kat Kedah tu panas skit..kang naik balik ruam Ammar..


Emm satu lagi kasut raya..Tok Mama dah kasi hadiah kat Ibu (haha dah kahwin pun Mama belikan kasut lagi)..Ammar pula pakai kasut beli kat Sydney dulu..Ayah? Ayah pakai mana ada je eh Ayah..(haha..Ayah ada banyak stok baju baru tak pakai lagi)..



Kuih-muih
Tahun ni confirm tak buat kuih..kalau buat pun mungkin kat Jitra nantila..nak buat camne dengan Ammar tu ada..kang ada yang hangus..huhu..Ibu just tempah kuih dua bekas (ni pun sbb mak sedara jual) dan kek coklat (untuk Mama dan Mak Tok)..

Duit raya
Ini dah pun disediakan..tukar siap-siap..maklumlah kat kampung nun berderet sepupu sepapat yang kecik-kecik..takde rezeki nak bagi banyak..bagi sikit pun jadi la kan..yang penting kita bagi..



Rumah
Erkk? Mula-mula ingat nak masuk rumah baru before raya..tapi nampaknya takde gaya lagi..kawasan rumah tu tak ramai orang..takut pula nak pindah..tunggu ramai sikit kot baru masuk..jadi makanya..takdele pape budget untuk rumah..rumah lama? pun tak buat pape..pakai je mana ada..

Apa lagi ye? Ada lagi ke yang Ibu tertinggal..haa kena cari kopiah/songkok untuk Ammar..tu jela kot so far..so yang lain macam mana? Dah siap prepare tuk raya?

@ Topeng Muka

Tuesday, August 25, 2009


Ibu sekarang amik langkah berjaga-jaga..takutlah dengan H1N1..dah jarang bawa Ammar pergi tempat ramai orang..tapi sejak-sejak puasa ni..Ayah asyik nak bawa Ammar pergi PARAM (Pasar Ramadhan)..Ibu tak bagi tapi Ayah kata kesian Ammar tak jalan-jalan..emm kesian la pulak..tapi Ibu risau..pastu tengok muka Ammar cedih ja nak ikut Ayah..Ibu kata boleh dengan syarat Ammar pakai topeng..

Mula-mula Ammar tak nak..nagis-nangis sambil abis ditariknya topeng..yelah topeng tu kan besar..Ibu ada nampak ada orang pakai topeng kecil gambar kartun kat baby die..tapi tak tau mana nak cari..maka terpaksala pakai je topeng ni..Ayah kata kat Ammar..kalau Ammar tak nak pakai Ammar kena tinggal..hehe..terus baik Ammar pakai topeng..dari rumah sampai balik baiikk je..nak jalan punya pasal..

Tapi..pakai topeng pakai juga..elak la tempat ramai orang dan elakkan dekat dengan orang selsema/batuk ni..Ya Allah..lindungilah kami dari sebarang penyakit..Aminnn..

@ Tunjuk Perasaan?


Ammar sekarang dah pandai demand..bila petang je..Ammar akan tarik tudung Ibu (Ibu selalu sangkut satu tudung untuk keluar kat tepi playpen)..kasi kat Ibu..pastu tarik tangan Ibu ajak keluar..kalau Ibu buat tak tau..mesti Ammar hentak-hentak kaki nangis..adehh budak ni dah pandai pula tunjuk perasaan..

Atok cakap jangan ikut sangat..nanti Ammar ingat die boleh dapat apa die nak..asal nangis skit je dapat..makanya bila Ammar ajak Ibu keluar memang Ibu buat tak tau..alihkan perhatian die dengan buku ke mainan lain ke..so far okla..takdelah Ammar akan menangis meraung selagi tak keluar..

Agaknya bila dah makin besar diorang ni dah pandai tunjuk perasaan..Ibu perasan la kebelakangan ni..kalau Ammar nak apa-apa Ibu tak bagi..die akan merengek-rengek sikit..tapi Ibu buat tak tahu je..Ibu takut kalau Ibu layankan nanti sampai ke tahap nangis guling-guling kat pasaraya nak mainan..mampus..

Kadang-kadang kat pasar malam..Ammar tunjuk juga mainan..tapi bila Ibu cakap No ini bukan Ammar punya..Ammar akan nangis la skit bila tarik mainan dari tangan die tapi itujelah..nangis sesaat..Ibu berusaha keraskan hati tak nak manjakan Ammar sangat dari segi tu..yelah takut nanti terbiasa..asal nangis je dapat..

Tapi ammar memang suka nangis la..cembeng kata Ayah..sikit-sikit nangis..manja betul..padahal takdela Ibu manjakan snagat pun..Ayah kata maybe sebab masa pregnant dulu Ibu cembeng suka nangis (Ibu nak buat macam mana..time tuu emosi terlebih..huhu)..korang ada petua kasi Ammar kurang nangis? Bagi yang pregnant jangan kuat nangis sangat tau..nanti baby kuat nangis..huhu


Ni nangis depan bilik study..

Nangis sebab nak ajak Ibu lepak-lepak atas toto sambil peluk-peluk

(adeh ini macam bila nak siap PhD? huhu)

@ Asia Pacific Blog Awards

Monday, August 24, 2009

Nuffnang dan sponsornya, Pringles buat pertama kalinya menganjurkan Asia Pacific Blog Awards yang bakal diadakan di Singapore. Penerima-penerima award tu nanti datang dari pencalonan blogger-blogger dari kawasan Asia Pacific.

Bagaimana? Mudah je..blogger perlulah mencalonkan mana-mana blogger daripada kawasan Asia Pacific. Contohnya korang bolehla calonkan BabyIbu untuk Best Parenting Blog (eceh..hehe). Kita juga boleh calonkan blogger yang sama untuk beberapa kategori. Setiap kategori akan ada 5 finalist yang akan dipilih oleh panel yang diiktiraf yang akan diumumkan pada 23 September 2009.


Part paling best ialah siapa yang paling banyak mencalonkan (bukan pencalonan tau) boleh mendapat hadiah-hadiah istimewa. Sebenarnya banyak lagilah yang best pasal Asia Pacific Blog Awards ni..untuk maklumat lanjut..KLIK SINI..haa..nak start mencalon..klik bawah ni..


@ Pengumuman

Neo Geo Hanging Basket Giveaway Contest

akan dilanjutkan sehingga

31 Ogos 2009

Jom sertai..dapat menang hanging basket yang kiut-miut..

KLIK SINI

@ FarmVille

Sunday, August 23, 2009

Inilah aktiviti lagha yang Ayah dan Ibu mengadap semenjak dua menjak ni..

Apa benda? Sila rujuk Facebook..hehe



P/s: Korang janganlah terlibat ye..nanti terbabas..

P/s: Ya Allah ya tuhanku..kuatkanlah semangatku untuk study..Aminnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn (kena panjang skit..huhu)..

@ Salam Ramadhan

Thursday, August 20, 2009

Salam..

Sempena Ramadhan yang mulia ini..kami sekeluarga ingin memohon maaf andai ada salah dan silap..bersama-samalah kita menghayati Ramadhan ini..




@ Mandi wajib yg betul

Wednesday, August 19, 2009

Berkongsi sedikit ilmu... dari JAKIM.

Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanahair kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.

Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.

Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Uztaz Haji Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini.

'Akibatnya, mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul,' tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur.

Mandi wajib yang juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yang mlakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah.

Rukun mandi wajib ada 3 perkara. Pertama, niat. Kedua, menghilangkan najis di badan. Ketiga, meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.

Niat mandi wajib: 'Sahaja aku mengangkat hasar besar kerana Allah Taala.'

Atau ' Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.'

Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota badan.

Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah: ' Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala.' Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: ' Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala'.

Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.

Mengenai rukun mandi wajib yang ke2, iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan, menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.

Sementara rukun mandi wajib yang ke3, iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir, meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu2 yang jarang atau lebat. Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu2 dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu2 di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh.

Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.

Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, inilah yang merumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah. Oleh itu, seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu. Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana?..

Inilah yang rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.

Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.

Tetapi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah. Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.

Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.

Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula, Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani, keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja, iaitu keluar darah haid, nifas dan melahirkan anak(wiladah) .

Mandi wajib boleh dilakukan di mana2 dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik.

Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula, mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat. Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam, jika tidak mahu mandi wajib, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.

Panduan Tambahan

1. Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minima 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdo'a.

2. Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah 'olahraga'. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh.. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do'a.

3. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan 'kata kunci', 'Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii' (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlaqku). (HR Ahmad).- DOA TENGOK CERMIN

4. Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur.

5. Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.

6. Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.

@ Voucher Code from MiaFichita

Ibu sudah terima voucher code dari Mia Fichita

Kepada pemenang Top Commentator

Sila emel Ibu yer..

Tahniah dan terima kasih!!

Terima kasih banyak2 kepada Mia Fichita

@ Weblog Popular 1Malaysia

Tuesday, August 18, 2009

Sibuk dok blog hoping Ibu baca satu contest yang menarikk..kenapa menarik? sebab hadiahnya sangat lumayan..wang tunai dari Rm250 sehingga RM1000 menjadi pertaruhan..contest ini dianjurkan oleh Denaihati dalam pencariannya mencari Weblog Popular 1Malaysia..

Bagaimana nak sertai? Ini syarat-syaratnya..

Syarat-syarat

  1. Hanya terbuka kepada Rakyat Malaysia dan Weblog Malaysia sahaja samada berbahasa Melayu atau English.
  2. Buat satu posting di weblog ANDA dengan memilih satu blog yang paling ANDA sukai dan tuliskan apa bestnya weblog tersebut.
  3. Dalam posting Anda wajib ada perkataan Weblog Popular 1Malaysia dan saya tahu contest Weblog Popular 1Malaysia dari blog contoh saya tahu contest Weblog Popular 1Malaysia dari blog http://babyibu.blogspot.com/.
  4. Dalam posting Anda wajib ada nama-nama sponsor dan tolong update bila ada sponsor baru.
  5. Dalam posting wajib ada backlink kepada Denaihati.
  6. Tinggalkan komen dan link posting anda di posting contest Weblog Popular 1Malaysia di blog Yang Terbuku Di Hati.
  7. Peserta wajib subscribe blog ini melalui email dan diaktifkan.
  8. Setiap peserta yang mencalonkan wajib letakkan banner Weblog Popular 1Malaysia dimana-mana yang boleh kelihatan di weblog anda.
  9. Contest ini bermula pada 1/7/2009 dan tamat jam 12.00 am pada 30/9/2009.
  10. Minimum pencalonan untuk Weblog Popular 1Malaysia adalah 100 pencalonan.
  11. Minimum reference atau rujukan untuk hadiah 2,3 dan 4 adalah sekurang-kurangnya 50 peserta lain.
  12. 1 blog hanya layak mencalonkan 1 Weblog Popular 1Malaysia sahaja.
  13. Untuk hadiah ke 5 hanya weblog sahaja dikira, website forum dan website umum tidak dikira, seandainya bukan weblog maka peserta seterusnya akan dikira sebagai pemenang. Hanya 4 weblog teratas dikira sebagai pemenang.
  14. Penganjur berhak mengubah atau update syarat-syarat mengikut kesesuaian pada bila-bila masa.

HADIAH

1. RM1,000.00 : 1 Weblog yang mendapat pencalonan terbanyak dari teman-teman blogger akan dinobatkan sebagai Weblog Popular 1Malaysia.
2. RM1,500.00 : Weblog yang paling banyak menjadi reference atau rujukan peserta contest Weblog Popular 1Malaysia.
3. RM1,000.00 : Weblog kedua paling banyak menjadi reference atau rujukan peserta contest Weblog Popular 1Malaysia.
4. RM500.00 : Weblog ketiga paling banyak menjadi reference atau rujukan peserta contest Weblog Popular 1Malaysia.
5. 4 x RM250.00 : Hadiah khas - Ranking no 1- 4 di google.com.my dengan keywords "Weblog Popular 1Malaysia" pada jam 12.00 am 30/9/2009.

Terima Kasih Kepada Sponsor yang HEBAT :

SAUDACARE dan ANISHA ONLINE MALL


Keputusan
Pemenang akan diumumkan 2 minggu selepas tarikh tamat contest.


P/s: Lumayan-lumayan..Ibu nak joinlah..
P/s: Kalau korang masuk jangan lupa refer Ibu ok..tq bebeh..muah2

@ Tiger Aum Aum

Inilah tiger aum aum Ibu..

Tiger yang chumel..
Tiger yang garang..
Tiger lenggang kangkong..
Tiger beraksi..hiyahh..
Tiger dengan trademarknya "mulut muncung"

P/s: Baju ni pinjam Farees punya..nanti Ibu story mory pasal besday Farees..

P/s: Ibu lipat elok2 Ammar sibuk nak pakai..

@ Penyangkut Tudung di IKEA

Last weekend Ibu dan Ayah pergi IKEA..Ammar kena tinggal..yelah takut lak kat IKEA ramai-ramai orang..H1N1 pun makin serious sekarang ni..pukul 10 pagi kami gerak..hantar Ammar pergi rumah MIL lepas tu pergi rumah ukur tingkap..oh ye..tujuan pergi IKEA ialah untuk membeli blind untuk tingkap dapur (yelah hood, hob dan oven suma dah pasang..kang kena curi kang..huhu)..

Dalam pukul 11 pagi sampai..waahh orang dah ramai..maklumlah this week last day sale kat IKEA ni..kitaorang straight terus ke bahagian langsir..tapi Ibu biasalah singgah sini sana..Ayah sorang je straight..haha..mula-mula nak beli rak buku..dari RM1.2k discount RM500 jek..tapi sebab kaler coklat ayah kensel..tema Ayah warna putih..

Ibu beli cermin dan kerusi untuk meja solek Ibu, 2 roman blind untuk dapur dan jeng jeng..penyangkut tudung. Posing skit ayah tengah membayar..sebenarnya dah nak keluar baru teringat nak amik gambo..hukhuk..

Ayah dan hasil belian (selepas dicatu oleh Ayah..hehe)

Sebenarnya dah lama Ibu cari penyangkut tudung ni..nampak dekat satu kedai..cam best je..macam mana rupa die?..Ammar tunjuk skit..

Jap..Ammar check ok ke tak..

Ok2..dah lulus..inilah die..


Ibu dengan tak sabarnya menyangkut tudung-tudung yang ada..sebenarnya kalau tudung bawal or selendang lagi sesuai rasanya..Ibu suka..yeyyy...

@ Another cheque from Nuffnang

Monday, August 17, 2009


Ibu dapat cek dari Nuffnang..


Alhamdullilah..

Rezeki di tengah-tengah gawat ni..

Berapa?

3 kali ganda dari first one..

eceh macam banyak je..

takdele sikit je..

lepasla nak beli susu dan lampin Ammar..

Terima Kasih Nuffnang..

Terima Kasih semua..

@ Rumah Baru Tiang Seribu

Yeayyy..
BabyIbu ada rumah baru..
tapi dalam proses renovate lagi..
banyak lagi tak dilistkan..
satu hari godek semalam sambil main Farmville (rujuk FaceBook)..

P/s: Lagi bising keje tak siap..banyak sungguh laghanya..huhu

P/s2: Kepada yang nak Ibu listkan blog..sila tinggal kat exchange link atas tu eh..tq

@ Senarai Contest

Sunday, August 16, 2009

Contest terkini


Disember


November


P/s: Update la kat sini kalau tau yang da latest..sharing is caring..tq

@ Tukar Rumah

Rasa macam nak tukar rumah la..

Rumah dah rosak..

Tengok gambar blah kiri tu..

Lagipun dah lama guna template ni..



Tapi..malas tul nak set suma lain..

Tengokla..

Kalau rajin BabyIbu akan berumah baru..

Demi semangat baru..

ecehhh...

@ I hate..

Friday, August 14, 2009

I hate blackhead..huhu..bila Ibu tenung-tenung muka Ibu..(sejak ada ammar ni tak sempat nak belek-belek muka)..adeh mak..banyaknyer blackhead..sakit mata dok tengok..nak picik tak reti plus cam sakit je..dulu time anak dara rajin la juga g facial buang blackhead..asal buat je mesti meleleh air mata..sakit woo..

Bab jerawat Ibu tak kisah sebab nanti bila jerawat hilang..parutnya sebulan dua hilang la..tapi blackhead ni degil betui..Ayah suh picit2 je..tapi Ibu tak reti plus tak nak muka makin teruk..huhu..ada ke petua hilang blackhead ni? dulu pakai yang..alah apa kenama tu..yang lekat2 kat hidung pastu tarik nanti die lekat kat pelekat tu..tapi Ibu rasa sebab pakai tu macam makin banyak je..(boleka camtu?)..



Nampak blackhead banyak tu?

saje kasi gambar kecil supaya korang tak nampak..heh:P

@ Parenthood Expo 2009

Thursday, August 13, 2009


The Exhibition :
5th Parenthood Expo 2009

Venue :
Hall 1 & 2, Level 3, Mid Valley Exhibition Centre (MVEC), Kuala Lumpur, Malaysia.
Date :
21st - 23rd August 2009

Time :
10:30am - 9:00pm

Admission :
Entrance is FREE

Major Exhibit :
- Fitness & Slimming Beauty Services
- Maternity & Children's Clothing and Accessories
- Medical Biotechnology & Management of Infertility Services
- Natural Nutrition Food for Weaning Babies & Organic Toddler Formula Products
- Diaper, Furniture and Toy Retailers
- Infant & Toddlers Safety Products
- Breastfeeding & Mommy's Groups
- Early Education Products
- Financial & Insurance Institutions

P/s: Ibu pernah pergi yang tahun lepas punya..sangat berbaloi..ada banyak barangan bayi..breast pump pun sangat murah kat sini (harga sangat berbeza dari luar)..juga boleh dapat banyak free samples (tu yang Ibu suka..hehe)..KLIK SINI

P/s2: Emm tahun ni? maybe tak pergi sebab takde budget dah..huhu..

@ Hadiah Misteri


Akhirnya..

Inilah hadiah misteri..

Ibu beli dari US..

Mula-mula beli untuk my sis..

Sekali die tak berkenan pula..

Sebab kaler pink..

(memilih tul jauh tau beli ni)

Sebab Ibu pun tak suka warna pink..

(as a bag)

Ibu pun jadikan hadiah untuk contest yang lalu..

dan..

hadiah yang dimenangi ole me n de alisha..

ialah..


Cul de sac bag

Sila emelkan Ibu alamat ye..

Pada pemenang lain..

Sila tinggalkan emel..

So Ibu boleh emel voucher code..

Tq..

@ Tak Jadi

Sepatutnya hari ni Tok Mama datang..

Tapi tiba-tiba semalam call tak jadi..

Sedih Ibu..

Tapi nak buat macam mana..

Pak Ngah demam..

Tak boleh drive..

Hope Pak Ngah cepat sembuh...

Aminnn..

@ Angkat Tangan

Wednesday, August 12, 2009


Hari Ahad lepas Ibu pergi Tesco..

Ibu nampak ada seorang Ayah ini cubit-cubit anak die..

Kemudian tampar-tampar..

Sebab budak tu meraung-raung..

nak mainan yang kat rak..

Anaknya tu sebaya Ammar..

Terkejut Ibu rasa..

Patutkan kita pukul anak sekecil itu?

Tapi memangla..

Kadang-kadang bila Ammar nangis-nangis ngada nak kuar..

Ibu pula tengah tension tulis report..

or Ibu baru kemas umah..

alih-alih Ammar pergi terbalikkan tong mainan die..

Geram la juga..

Tapi Ibu babap acan-acan je..

just nak kasi die takut..

takdele kuat-kuat..

Ibu pernah baca..

dari seumur bayi sehingga 7 tahun..

kita manja-manjakan..

dari 7 tahun hingga remaja..

masa nila kita nak didik betul-betul..

kasi garang-garang..

dari remaja ke atas..

masa ni kita kena bersahabat dengan anak..

erk apa pendapat korang?

sesuai ke kita pukul anak?

kalau anak sebaya Ammar tu?


Ni bukan nangis kena pukul tau..ni nangis nak ikut Ibu masuk toilet..apala ammar..

@ In Cube Kitchen

Seperti yang Ibu janjikan.. kat sinila Ibu buat kabinet dapur dan baju hari tu..In Cube Kitchen namanya..Ibu jumpa diorang ni masa pergi HOMEDEC hari tu..Ibu google2 dan find out yang diorang ni ok..banyak yang berpuas hati dengan servis diorang..tu yang Ibu pilih..

Masa pergi HOMEDEC tu..Ibu bawa la floor plan..buat quotation on the spot..banyak la juga quotation Ibu buat..dengan Kian Classic, Rowenta dan ada a few lagi tapi harga In Cube Kitchen ni paling best..kalau time tu dia bagi promotion 15% less untuk semua kabinet..untuk dapur Ibu pilih kayu semangkuk (untuk tahan lama) dapat 20% less..so Ibu bayar deposit 10% (untuk locked harga HOMEDEC)..

Last two weeks..baru Ibu contact Mr. Ng (Agen yang Ibu buat quotation)..dia datang rumah ukur-ukur kemudian baru jumpa kat office In Cube kat Mutiara Damansara..untuk tunjukkan design semua..



Office kat Mutiara Damansara


Dari office diorang nila..Ibu pilih kayu kaler cream..macam gambar bawah ni ha..tapi yang ni mahal..sebab lagi besar..Ibu kecil je..


Ibu teringin nak letak kitchen accessories..macam tempat letak sos..letak periuk kat kabinet tepi..tapi adehh..mahal gilos rupanya..satu benda cinonet tu mau tiga ratus ke atas..banyak tu (aka budget pun tadak)..maka Ibu pun tak jadila..buat yang standard jelah..Ayah kata nanti kita beli accessories yang tampal-tampal kat IKEA..huhu

Teringin nak letak..huhu


Lepas buat payment..diorang pun datang pasang kabinet..dalam tiga hari baru siap..tapi bagus la..menepati masa..siap tukang pasang lain..tukang touch up lain pula..hehe..em k pasal payment pula..kat sini boleh bayar full payment (mestila kan sapa tak nak) dan easy payment (takde interest tau)..jadi mudah la..harga pula..yang Ibu punya..(Ibu bagitau ni untuk pengetahuan semua tau bukan niat lain..tq)..


Untuk dapur macam ni..tak ingat pula measurement..kayu jenis semangkuk..dalam RM4.1K..table top tak termasuk sebab Ibu buat yang konkrit (upah kontraktor dan beli tiles kat HAUS)..ha barang dapur (hood, hob dan oven) pun Ibu beli asing..kalau kat In Cube diorang pakai FAGOR..


Untuk almari baju pula Ibu buat 4 biji..satu 8", satu 7" dan dua 5"..guna kayu Melamine (yang biasa je)..harga tu semua ialah RM 7K lebih..ingat nak pasang yang slide tu tapi mahal..maka ini pun oklah..untuk design dalam (rak dan tempat hanger) kita boleh pilih design sendiri..maka semuanya jatuh dekat 12K juga (sakit jantung mau bayar tau..takpe janji puas hati)..

Emm itulah alkisah kabinet..Ibu sangat recommend..jiran Ibu buat lebih kurang Ibu kat Signature Kitchen kena dalam RM26K..so sangat la berbeza harganya..berminat boleh pergi ke cawangan In Cube Kitchen yang berdekatan or tunggu HOMEDEC Oktober ni untuk dapat murah skit..hehe..chao..

@ Second Batch

Tuesday, August 11, 2009


Second batch?

A.k.a anak kedua la..

hehe..

dah ramai batch2 dulu mengandung sekali..

dah pregnant untuk second baby..

donat aka mama damia..nazuha..kinna..

pikir-pikir macam teringin..

lebih-lebih kalau baby gurl..

leh pakai baju cantik-cantik..

tapi bila tengok Ammar..

(lebih-lebih time die cembeng n dok memunggah rumah)

dan mengenangkan PhD yang baru start ni..

KIV dulu la nampaknya..

lagipun Ibu operate..

tempat operate pun kadang2 ngilu lagi..

so tgg lagi setahun la..

P/s: Ayah kata sempat kejar adik Damia..hehe



Gambar Ammar baru potong rambut..


Ni tengah meraung kat sebelah..

Macam mana nak adik ni..huhu..

@ Kabinet Dapur dan Bilik

Monday, August 10, 2009

Akhirnya..

Siap juga kabinet Ibu..

Meh Ibu kasi preview skit..


Ni la dapur Ibu..pandangan dari wet kitchen..

Hob, hood and oven Ibu beli jenama Rinnai dalam 3k..


Pandangan dari ruang makan..

Ni kabinet baju bilik Ibu..

Gambar ni Ayah punya..

Ibu punya besar skit..

Maklumlah..harta karun banyak..hehe..

Ni kabinet baju untuk bilik Ammar dan tetamu..

Saje kasi kaler lain-lain..

Ni konon-konon meja solek..

Untuk bilik Ibu..

Kasi matching ngan kabinet..

Just nak kena beli cermin dan kerusi..

Harga Bape? Buat dengan sape?

Next Post okay..

Tengah bz ni..

@ Neo Geo Hanging Basket

Apa Neo Geo Hanging Basket ni?

Neo Geo Hanging Basket ni boleh buat tempat simpan diapers, mainan, baju dan lain-lain. Ia boleh dilekat di dinding atau dibawa kemana-mana. Design yang cantik dan warnanya yang menarik boleh menarik perhatian kanak-kanak.

Neo Geo Hanging Basket ni diperbuat daripada Polyester & Mesh With Metaldan bersaiz 60L x 40w. Sesuai untuk nak letak dimana-mana pun dalam rumah.


Neo Geo Kids - Ladybird Hanging Basket


Neo Geo Kids - Bee Hanging Basket

Menarik?

Anda boleh beli terus dari leanalittleshop atau dapat free dengan menyertai giveaway yang sedang dianjurkan..KLIK SINI..

Apa lagi jomla join..(Ibu nak join tapi tak boleh la plak..huhu)

@ Pasang Kabinet

Saturday, August 8, 2009

Hari ni orang datang pasang kabinet..

wallaaa...

Ibu suka..

Tak sabar tunggu hasilnya..

Lori angkut kabinet

Untuk kabinet baju

Untuk kabinet dapur


Untuk dapur lagi..

Susah rupanya nak pasang..

Habis berdebu satu rumah..

Sib baik cheq pasang siap-siap..

Tunggu hari Isnin Ibu upload gambar..

jangan kata korang..

Ibu pun tak sabar nak tengok..


P/s: Banyak melabur harap berbaloila ye Mr Ng (Agen Kabinet tu la..hehe)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Widget By Devils Workshop