@ V untuk Vitagen

Thursday, August 27, 2009

Ibu paling suka minum Vitagen..tapi cuma vitagen ungu saja..perisa grape..dulu masa kecil-kecil..ayah angkat Ibu aka suami pengasuh Ibu mesti belikan kat Ibu satu setiap hari lepas balik jual kuih..kira dah jadi favourite la..sampai ke besar panjang ni pun selalu berebut dengan adik-adik kalau bab vitagen ni..hehe..yelah beli sepeket 5 botol..adik beradik 4 orang..yang last tu berebut..tapi selalu Ibu menang sebab guna kuasa veto..melainkan Tok Abah pun nak..Ibu kalah la camtu..huhu

Ammar pun suka sangat..Ibu bagi rasa sikit mula-mula..tapi sekarang pantang nampak menangis nak..or tunjuk peti ais cakap nak..tapi Ibu selalu pikir..bolehka baby (baby ka? dah toddler ni) minum vitagen? Yelah rasanya manis..sure banyak gula..Ibu pernah tanya Dr Chua..katanya boleh minum tapi semingu sekali dua okla..jangan tiap-tiap hari..ni Ammar dengan bangganya tengah minum Vitagen..


Ni Ammar punya


Siap bersimpuh tau (sila abaikan pemandangan di belakang tu ye)



Ni Ibu dapat dari Internet..tak pasti betul ka idak..tapi Ibu just kasi Ammar sebotol seminggu..cukuplakan sayang..(sekali hirup boleh abis tau Ammar ni..kalau hari-hari mampuih)

Soalan-soalan yang berkaitan dengan kanak-kanak.

Adakah Vitagen sesuai diberi kepada bayi-bayi yang berumur satu tahun?

Ya. Vitagen boleh diberi kepada bayi-bayi yang berumur satu tahun atau kepada bayi-bayi telah dilahir beberapa bulan bergantung kepada kesihatan bayi-bayi dan keadaan najisnya. Mula dengan sedikit Vitagen yang dicairkan dengan air suam (sebagai contoh: satu sudu Vitagen dicairkan dengan dua sudu air suam).

Tujuan memberikan Vitagen kepada bayi-bayi adalah untuk membekalkan mereka dengan laktobasilus yang hidup dan bukan untuk mengganti susu ibu atau susu formula/rumusan.

Bimbang dengan kanak-kanak minum minuman sejuk ?

Ibubapa yang bimbang dengan anak-anak mereka minum minuman sejuk, boleh mengeluarkan Vitagen daripada peti sejuk sebelum anak-anak mereka makan. Apabila anak-anak mereka habis makan, suhu Vitagen sudah hampir sama dengan suhu bilik.

Bimbang dengan kanak-kanak yang sedang batuk ?

Ibubapa yang bimbang dengan anak-anak mereka yang sedang batuk, adalah dinasihati bahawa semua jenis minuman sejuk tidak sesuai diminum. Akan tetapi Vitagen boleh diminum apabila sudah diambil keluar daripada peti sejuk selama ½ jam

Adakah Vitagen Cuma untuk kanak-kanak ?

Setiap orang tidak kira umurnya boleh menikmati manafaat Vitagen. Ia adalah minuman berkhasiat untuk sekeluarga.

Tempoh hayat / Hayat simpanan

Berapa lamakah Vitagen boleh disimpan pada suhu bilik selepas dibuka ?
Tidak lebih daripada 2 hingga 3 jam.

Berapa lamakah Vitagen boleh disimpan pada suhu bilik selepas dibeli daripada pasaraya sebelum disimpan didalam peti sejuk ?
Tidak lebih daripada 2 hingga 3 jam.

Corak meminum


Berapa botol Vitagen boleh seorang minum dalam satu hari ?
Sekurang-kurangnya satu botol sehari untuk membekalkan badan dengan bakteria yang baik diperlukan sehari. Akan tetapi kalau ada simptom ketidakselesaan usus seperti sembelit, cirit-birit. Ulser/bisul. Keletihan/fatig, mengembung, sedawa, nafas yang berbau, pedih hulu hati ataupun rasa mual, dengan minum lebih daripada satu botol Vitagen boleh mengurangkan ketidakselesaan tersebut.

Bilakah masa yang paling sesuai untuk minum Vitagen ?
Vitagen paling sesuai diminum selepas makan apabila keasidan di dalam perut adalah kurang daripada keasidan sebelum makan. Keasidan yang kurang di dalam perut boleh menolong laktobasilus di dalam Vitagen sampai ke dalam usus dalam keadaan hidup.

11 kawan BabyIbu berkata-kata..:

liana said...

hannah pun suka minum vitagen...tp dia x kisah kaler ape pun sume dia minum.hehehe...kalau g stesen minyak mesti ckp nak air then vitagen yg dicapainya...tp oleh kerana dah tau vitagen tu ok tuk hannah blehlah teruskan minum vitagen...

eezah said...

anak kita pun suka vitagen..kalau gi kedai tau je kat mana nak ambik vitagen tu..anak kita pun suka perasa grape kalu beli perasa lain lambat ckit baru abis..ibu dia tukang abiskan..hehe..:D

Mama Safiyyah said...

mama pun suka vitagen ungu......kak yayah suka semua kaler....tp antara vitagen dgn yakult, kak yayah lg suka yakult...yakult kalau tak silap lagi bagus dr vitagen...ibu pernah cuba tak?

Zimah's Depart said...

saya dan suami pun suka minum vitagen..hehe..satu hari bleh abih 5 botol..

Yusliza said...

Alish adulu suka sgt vitagen.then after masuk hospital bln 5 hari tu, trus paed x bagi minum.sbb dada alisha byk kahak & can leads to pnuemonia.so, now, mmg x bg alisha minum vitagen/yakult/calciyum..kira adik beradik mende2 ni sumer x bg..if nk bagi pon mebi tunggu alisha btol2 dah sihat..last week gi jumpe paed, she said alisha getting better..hehehe...suka!!!!

azzamoro said...

airyll pun suke minum vitagen. perisa oren. tp aku jarang bagila. macam seminggu sekali ker. tu pun aku dah minum separuh..haha

Elyn said...

i ske perisa epal. sedap tul. slalu i beli ngan lisa "pinkjamboo". 3 pek tu rm10 die jual yana.

sebab kan vitagen la wafiq reti nk pakai straw heeheh. tq bg info tu!!

zh-ena said...

ena mmg suka minum vitagen..mmg selalu ader jea stock dlm fridge..
tak btl ke bby blh minum..

Jiey^Mien said...

member jiey plak ckp vitagen tak elok utk toddler.. paed ank dia yg ckp.. ntah la.. since yana dah dapat info tu, ok la kot..

mummy_adam said...

huhu.. ena sgt suka vitagen, dolu2 masa pregnant ari2 nak..hehe.. ena suka vitagen apple, so adam pun ena bg apple.. hehehe.. dia pun suka, tp lebih suka bt main dr minum ;)

FARDHILAH FRANCIS said...

hi/salam mommies,

i am dilla. Vitagen Home delivery Agent Ampang/KL area

free delivery with great price and fresh form factory.

if mommies interested do contact me qeishazara@gmail.com

*p/s: my family love vitagen. we drink it everyday!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Widget By Devils Workshop