@ Gegarrr...

Wednesday, September 30, 2009

Petang tadi dalam pukul 5.30..Ayah dan Ammar keluar..pergi joging..time ni la..Ibu curi-curi masa nak siapkan kerja..ada satu paper nak kena submit asap..

Tengah dok asyik mengedit..(lebih kurang 6.20 macam tu)..tiba-tiba Ibu rasa macam gegar..eh Ibu ni pening ke? nak kata tak cukup tido..baru tadi tido petang ngan Ammar (heh)..

Ibu pun berdiri..dan tenung kerusi meja betul-betul..ha ah..bergegar..dinding perabot suma Ibu nampak bergegar..eh bangunan ni nak runtuh ke..kelam-kabut Ibu keluar..Ibu tengok takde orang keluar pun..Ibu call Ayah..cakap macam rumah bergegar..Ayah kata Ibu tak sihat kot..suruh Ibu rehat..

Isyy..tapi betul Ibu rasa nampak semua bergegar..takkan la dinding semua boleh bergegarkan..pastu bila Ibu check balik (tampar-tampar pipi skit)..baru semua macam ok..tapi rasa frame macam gerak je..huhu

Sekali bila tengok berita..haa..memang ada gempa bumi di Sumatera Barat..7.6 skala Richter..yang berlaku pada pukul 17.16 petang di 0.84 Lintang Selatan dan 99.65 Bujur Timur..


Hmm..memang confirm gegar gempa bumi ni..uishh takut la..alhamdullilah kita kat Malaysia takde bencana alam macam gempa bumi..Ya Allah jauhkan lah dan lindungilah kami dari sebarang bencana dan selamatkanlah mereka di sana...Aminnn

@ MySuperKids Special Aidilfitri Giveaway

MySuperKids telah menganjurkan Special Aidilfitri Giveaway yang akan tamat tengah malam ni..(hehe..Ibu memang sokmo last minite..huhu)

mysuperkids giveaway


Hadiah-hadiahnya:

1st:
PETRONAS fuel voucher worth RM70
Special blog review by MySuperKids

2nd:
PETRONAS fuel voucher worth RM50

3rd:
PETRONAS fuel voucher worth RM30

5 Consolation Prizes:
Mystery Gifts sponsored by LailaSani

Special Token
UK Anti-Virus Formula Bio-Tech Herbal sponsored by Miela77


Nak tahu lebih lanjut tentang syarat contest KLIK SINI

@ Accepted!!

Alhamdullilah..dua paper conference Ibu dah diterima..percubaan untuk fully write the paper berjaya..satu kat Singapore..satu kat UKM..sebenarnya tidaklah susah sangat menulis paper ni..cuma focus dan komitmen tu penting..

Hehe..mesti korang pelik..apa la yang best sangat hantar paper conference..bagi yang dalam bidang akademik..this is a must..kalau kat UM die tak nak conference dah..nak jurnal tau..jurnal ISI pula tu..

Apa beza paper conference dan jurnal? Paper conference ni sikit je muka surat nya (5-6 pages), yuran kena bayar (bergantung kepada tempat tapi selalunya RM500 ke atas la) dan kita kena pergi present..jurnal pula tak payah present tapi tebalnya dalam 15 hingga 20 pages..perlukan banyak literature review..so banyak la sikit kerjanya..

Apa pula ISI tu? tu indexed bagi jurnal-jurnal ni..kira level la..ada INSPEC, SCOPUS, ISI..kalau UM die kira ISI je..level paling tinggi..tapi susah jurnal nak diacceptla..kira high quality journal..

Haha..boring eh dengar Ibu bebel..nanti Ibu akan upload guidance nak tulis paper conference dan jurnal (ni Ibu dapat hasil pergi workshop dengan Amanda Spink)..oklah..bulan ni aim tulis jurnal pula..yee haaaa...

Ammar posing kat workstation Ibu kat rumah..

@ Apa Hadiah Misterinya?

Tuesday, September 29, 2009

Seperti yang diwarwarkan dalam contest Si Comel Berbaju Raya..ada satu hadiah misteri..nak tahu apa hadiahnya..inilah dia..jeng..jeng..jeng..

A fun digital camera cum small pouch to carry your small items. The pouch is padded all over to protect your digital camera. Just sling it around your wrist!

Hadiah ni tajaan Ibu tau..emm macam mana nak dapat?

Untuk kategori hadiah misteri..Ibu akan adili berdasarkan referrer tertinggi..maksudnya blog mana yang mengrefer (adeh rosak bahasa) ke BabyIbu paling banyak sepanjang contest..Ibu akan guna Google Analytics untuk pilih pemenang..mudah je kan? So apa lagi..berbaloi-baloi..


P/s: Ibu akan cuba update referrer tertinggi yang terkini setiap hari..

@ Pakai Helmet Itu Penting

Ingat tak post Ibu pasal projek Ammar dan Ayah? Disebabkan Ammar sangat suka naik motor (which Ibu sangat la tak berkenan)..terpaksala cari helmet kat die..bahaya tau tak pakai helmet..kan Ammar kan..

Ayah dah cari satu KD tapi tak jumpa..akhirnya masa balik Jitra..kami pun pusing2 kedai kat Jitra..alhamdullilah akhirnya jumpa..nanti Ibu post pasal kedai tu..banyak gila barang die..(gambar dalam handset tak transfer lagi)..so inilah helmet baru Ammar...


Ammar pakai ke mana saja..dalam rumah..time main..dalam keta pun nak pakai..adehh..takpela Ammar..demi keselamatan..pakai jelah..heh

@ Fuh Fuh

Monday, September 28, 2009

Fuh..fuh..bersawang blog Ibu ni..dah seminggu sunyi jer..Ibu balik daripada Kedah pagi Sabtu..kemudian sibuk beraya di Kota Damansara ni pulak..so tak sempat nak on laptop pun..huhu..rasa penat pun tak abis lagi..masih dalam mood raya ni..tu yang liat semacam..huhu..btw banyak citer nak update..tunggu yee...dan pada semua peserta contest Si Comel Berbaju Raya..akan Ibu serbu satu persatu..wachaaaa...

@ Salam Aidilfitri..

Wednesday, September 23, 2009


Akhirnya baru boleh online..di kesempatan ini..walaupun dah hari raya keempat (still hari raya kan)..kami sekeluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan di kesempatan ini juga kami ingin memohon maaf andai ada salah dan silap..terasa hari di mana-mana..semoga semua bergembira di hari raya...

@ Kami dah balik..

Friday, September 18, 2009

Semalam tak sempat nak berblog..sibuk sesangat..pagi-pagi pergi UM..pegi uruskan biasiswa UM tu..ade ka patut..email hari Isnin..hari Selasa pergi ambil..alih-alih minta suruh hantar sebelum Jumaat depan..dahla Ibu still kat Kedah time tu..sebabnya ialah surat itu bertarikh minggu lepas..maka dalam 2 minggu kena hantar balik..haihh kalau habaq awal-awal kan minggu ni leh settle semua..

Nasib baik Pak Lang aka adik Ibu ada..so dia lah tolong hantar uruskan semua..banyak la juga..x-ray la..duti stamped la..dan alhamdullilah Allah pemudahkan urusan..semuanya mudah je..cepat dan pantas..(mungkin ramai dah balik kampung so tak ramai orang)..

Balik pada UM dalam pukul 1 tengah hari macam tu..Ibu terus balik rumah..Ammar biarkan dulu kat rumah MIL..Ibu packing barang untuk balik kampung dan kemas-kemas rumah..kalau Ammar ada tak jadi keje..die lagi sibuk nak mengemas..ingat lepas kemas nak berblog pasal contest Ibu ni..sekali Ayah bagitahu nak gerak balik kampung pukul 4 petang..adehh..kelam-kabut Ibu..

Dalam 4.15 petang kami pun keluar rumah..pergi hantar toto kat dobi dan terus pergi ambil Ammar dan toknya (tok ikut sampai Ipoh)..asalnya nak gerak malam tapi takut jammed..makanya itu yang tukar plan..alhamdullilah tak banyak kereta..tapi hujan sangat lebat..maka tak boleh bawa laju..

Lepas hantar Tok kat Ipoh..kami teruskan perjalanan..buka puasa air masak dan karipap Ibu goreng je..sampai Juru baru makan kat Autocity..hmmm takut gerak dalam hujan lebat..nasib baik kereta belum banyak..

Akhirnya dalam pukul 11 malam kami pun sampai..penat betul..yelah dulu balik Ammar 8 kg..sekarang dah 10kg lebih..Ibu pula 40kg je..huhu..tapi takpe yang penting..kami dah sampai Jitra...yeayyyyy....

P/s: Akan Ibu curi masa untuk post about the contest before raya..kat umah streamix dah tak pakai..so kena tunggu turn guna berukband..huhu

@ Haa..buat apa tu!!

Wednesday, September 16, 2009

Situasi: Ibu dan Ayah di bilik study..Ammar main sorang-sorang kat ruang tamu..Ibu baru masuk bilik study 5 minit..selalu dalam 5 minit mesti cari Ibu..tapi malam tu senyap je..Ayah pun berkata..Ammar diam je..mesti ada projek..Ibu pun jengok..huh?..uwaaa...ya betul..100 markah untuk Ayah..


Rupanya AMmar pun tengah sibuk membersihkan tikar (guna bedak-habis sebotol)..haihh..



Ayah sergah.."Haa..buat apa tu!!" Mencicit AMmar lari..


Ammar tak sengaja la ayah..(buat muka kesian)..tapi kena puk juga..


Lepas nangis seround..minum air..dahaga agaknya..

Rupa-rupanya..charge bateri..


Ammar nak tolong Ayah bersihkan tikar ni plak ye..



Ayah sound lagi " Haa..buat apa tu!!"

Ammar pun mencicit lari...sekali lagi..

Huhu...Tak makan saman betul..

Kesimpulannya: Maka jadila aktiviti mengelap dan mengetuk tikar di malam hari..huhu

@ Kedai Lampu dan Kipas Murah

Tuesday, September 15, 2009

Akhirnya berjaya juga Ibu post pasal lampu kipas ni..cari gambar tak jumpa-jumpa..rupanya dok dalam phone memory..

Ibu dan Ayah banyak gak survey kedai lampu dan kipas ni..kat Area Kota Damansara banyak kedai tapi harganya boleh tahanla..kemudian bos Ayah ada mencadangkan beberapa kedai lampu dan kipas yang murah di Puchong..kami pun apa lagi..jalan-jalan cari lampu dan kipas la..

Nama kedai ni Houses Lightings..kedai ni dekat bukit puchong, dekat flying-over batu 14 puchong nak ke putra perdan.. kedai lampu tu betul2 sebelah kanan menghadap jalan besar kalo kita dari puchong/ shah alam nak ke tol puchong ke putrajaya/ kajang..alamat penuhnya: No.33 & 35, Jalan BPU6, Bandar Puchong Utama (Tel: 012-2663790)..



Bagi Ibu..inilah kedai termurah yang jumpa setakat ni..banyak orang Melayu shopping sini..harganya murah dan boleh tawar-tawar..Ibu banyak ambil lampu bawah RM100 je (yelah rumah bukan banglo ke villa ke kan..hehe)..jadilah asal nampak ada design sikit..harga pun cantik..Ibu beli lampu cantik untuk ruang tamu, ruang makan, dapur, tangga dan porch..yang lain pakai lampu panjang dan pendek yang biasa tu..harga lampu biasa tu RM19..

Pasal kipas pula..orang cakap kipas yang elok dan tahan lama ialah KDK dan Pensonic (ke Panasonic - confuse jap)..so ini pun Ibu borong kat sini juga..Ibu beli kipas biasa (RM117), kipas dinding (RM192) dan kipas remote (RM248)..ha satu lagi Ibu beli doorbell RM45...kira oklah puas hati..penuh satu kereta bawa balik barang-barang ni..ni Ibu tunjuk skit lampu ibu beli lepas siap pasang..


Ada satu kedai lagi kat Puchong..namanya Top Ten..lagi banyak choices tapi harga tak boleh lawan..lagi murah kedai Houses Lightings ni..satu lagi ibu dengar (dengar je tapi tak pergi pun)..kat jalan Ipoh..situ pun orang kata murah..so kalu rajin survey bolehla pergi...

@ Google Adsense

Monday, September 14, 2009

Apa itu Google Adsense? Ala macam Nuffnang juga..cuma choice lagi banyak..ada untuk content..ada untuk search..ada untuk domain..tapi adehh siksa nak bergerak duitnya..dahla kena kumpul sampai USD100 baru boleh cash out..macam menanti buah tak jatuh gitu..huhu..takpa-takpa..kita tunggu..skittt lagi ye Ammar..dah setahun lebih..dok camni la ha..

@ Senarai Sponsor Untuk Contest Baru

Sunday, September 13, 2009

Alhamdullilah..rezeki di bulan mulia..banyak sponsor kali ni..Ibu akan umumkan contest tu sebelum hari Khamis..jadi tunggu ye..

Dan jangan lupa suruh si comel suma posing-posing maut..dengan baju raya diorang..erkk baju Raya tu maksudnya Baju Melayu dan Baju Kurung saja tau..t-shirt dan skirt tak dikira..hehe..

Klah..here are the list of our sponsors..



Haa..banyak tak? hadiahnya apa? tungguuu..apa-apa pun jutaan terima kasih pada sponsor-sponsor kita..semoga sentiasa dimurahkan rezeki..

P/s: Sesiapa nak sponsor lagi just contact Ibu..TQ..muahh

@ Sakit Perut

Friday, September 11, 2009

Dari semalam perut memulas..
Tak tahula makan apa yang salah ni..
10 minit sekali menyerang..
Macam nak beranak dah sakitnya..
Huhu..
Rasa menggigil satu badan..
Cepatla baik..Aminn..
Adehh..

P/s: Kang perut ok skit Ibu kasi senarai sponsor untuk contest baru..

@ Wonder Pets Versi Melayu

Thursday, September 10, 2009


Apa yang penting?
Kerjasama...
Apa yang penting?
Kerjasama...
Familiar dengan ayat tu? Haa sekarang lagu ni dah jadi lagu feberet Ammar.. Hari hari nak tengok citer dan video clip die..pukul 2.30 di TV9..Ayah dan ibu pun dah hafal..lagi best versi Melayu dari Inggeris lagunya.. cerita ni bagus untuk budak-budak.. dia ajar pasal haiwan dan habitatnya..hehe.. Ok Ammar.. Layannn....

Wonder Pets..Wonder Pets
Kami datang..
Membantu Anak Haiwan Yang Kesusahan..
Kami Tak Besar dan Kami Tak Kuat..
Bila Bekerjasama..
Semua jadi Mudah..
Yeayyy..(Ammar angkat tangan time ni)..
Wonderpets..


@ Sabun Eumora

Wednesday, September 9, 2009

Ibu kan ada komplen pasal masalah muka Ibu..so mak cik Ibu rekemen guna satu sabun ni..Eumora namanya..pernah dengar? Ramai kawan-kawan mak cik Ibu dan MIL sendiri guna sabun ni..ada hasil..itu yang Ibu berani cuba..dah sebulan Ibu pakai alhamdullilah rasa sesuai..takdela macam pakai produk yang mengakis kulit..lagi satu tak perlu lagi pakai toner bagai..

Tapi satu je..harganya mak ai..boleh menahan..jadi kat sini Ibu nak tanya..ada sesiapa berminat nak share beli dengan Ibu? Satu buku tu selalu jual dalam harga RM95-RM100..kalau beli sekotak (ada 4 buku)..dapat murah..Ibu nak beli sekotak tu tak mampu la plak kan..maklumlah dah nak raya ni..in case sesiapa berminat nak share ngan Ibu..contact Ibu ye..

P/s: Ibu bukan dealer ka agen ka..tapi beli kat kawan mak cik..kalau beli banyak die kasi murah skit..ada sesiapa berminat..sabun Ibu dah abis dah ni..huhu

Haa..inilah rupanya sabun tu..

Ni Ibu sertakan info pasal sabun ni in case ada nak tahu:

Apa itu SABUN EUMORA?

SABUN EUMORA adalah SABUN KECANTIKAN yang begitu unik dan diperbuat dari bahan
yang bermutu tingi, sesuai untuk semua jenis kulit dan untuk kegunaan harian. Sabun EUMORA merupakan sabun ALL IN ONE yang memang ajaib. Hanya 3 minit sahaja anda akan dapat melihat perubahannya. 30 minit wajah anda akan bertambah cantik dan berseri. EUMORA adalah 100% semulajadi.

Bahan - Bahan Kandungan Eumora
1) -Hma - Algae yg kaya dengan antioksida, vitamin dan mineral dari Europe untuk mengembalikan keremajaan dan menyembuhkan kulit.
2) Heilmoor Clay – Terdiri daripada beratus herba, bahan organic, antibiotic yang semulajadi, hormon tumbuhan dan banyak lagi. EUMORA Miracle Bar 100%Semulajadi


CARA MENGGUNAKAN EUMORA

TIPS
Rehatkan kulit anda dari sebarang bahan kosmetik untuk tempoh 12 jam atau lebih untuk membolehkan kulit anda berada dalam kedaan natural sebelum menggunakan EUMORA.

BERSIHKAN MAKEUP DARI MUKA ANDA DAHULU
SEBELUM MENGGUNAKAN EUMORA.

  1. Basahkan tapak tangan anda - (buangkan air berlebihan)
  2. Gosokkan sabun di tapak tangan untuk mendapatkan buih
  3. Ratakan buih.
    (Cadangan: Gosok dengan lembut dalam 10 saat untuk memastikan buih meresap ke dalam kulit.)
  4. Biarkan selama lebih kurang 3 minit dan bilas.
  5. Jangan lap dan biarkan kering sendiri.

Kekerapan : 2 kali sehari

PERINGATAN :
TIDAK PERLU GUNA CLEANSER & TONER LAGI.
MOISTURISER, SUNBLOCK & FOUNDATION BOLEH. (yang tidak mengandungi AHA/bleach)

Lain-lain

  • Sabun ini boleh mencerahkan kawasan yang gelap seperti celah ketiak, peha dan leher. Pada bahagian badan boleh dibiarkan lebih dari 3 minit sebelum cuci.
  • Boleh juga digunakan sebagai shampoo (Tak perlu guna shampoo dan conditioner lain lagi). Caranya adalah:-
    1. basahkan rambut kemudian keluarkan buih pada tapak tangan dan gosok seluruh kepala dan rambut.
    2. Tidak perlu buih yang banyak seperti shampoo yang lain. Rambut akan lebih lembut, bersinar, hitam, lebat dan Insyaallah tiada kelumumur.

HANYA 3 MINIT SAHAJA !!! 2X SEHARI DAN ANDA AKAN DAPATI KULIT BERSIH BERSERI INSYAALLAH IBARAT SELEPAS MEMBUAT RAWATAN FACIAL...

Kebaikan menggunakan SABUN EUMORA

  • mengecilkan pori-pori
  • mengawal blackheads and whiteheads
  • mengawal keseimbangan pH pada kulit
  • mengawal masalah jerawat dan kulit sensitif
  • mengurangkan kesan parut pada kulit
  • mengurangkan pigmentasi dan mengawal masalah jeragat
  • mampu mengurangkan garis-garis halus / kedut pada wajah
  • mengawal masalah penyakit kulit, eczema, psoriasis, stretchmarks, kesan selulit dan sebagainya
  • kulit kelihatan 1 tona lebih cerah kerana proses exfoliation
  • kulit kelihatan lebih kemerahan secara semulajadi dan berseri-seri
  • meningkatkan keupayaan kitaran sel kulit, menjadikan kulit sentiasa anjal,sihat dan berseri
  • sangat sesuai dan selamat digunakan kepada bayi dan kanak-kanak
  • mengurangkan noda-noda hitam dan sel mati pada keliling leher, celah ketiak dan bikini line
  • untuk menghilangkan kehitaman di celah peha dan ketiak….
  • bagus untuk mengekalkan keseimbangan minyak pada kulit kepala
  • melembutkan rambut dan menyihatkannnya
  • mematikan jerawat muka @ badan
  • kurangkan kedut muka, facelift up, eyebag, dark circles, jeragat, pigmentation
    menegangkan muka dan menaikkan seri kulit muka
  • boleh dijadikan syampu untuk menjadikan rambut lebih sihat, berkilat dan lembut.

SESUAI UNTUK SEMUA JENIS KULIT : BERMINYAK, SENSITIF, KERING,NORMAL, BERJERAWAT, BERSISIK, BERPARUT DSBNYA MALAH SANGAT SESUAI UNTUK KULIT BAYI TERUTAMA YANG MEMPUNYAI MASALAH ECZEMA.

@ Contest Hari Raya

Seperti yang diketahui..

Ibu nak anjurkan satu contest..

Sempena bulan Syawal yang mulia..

Sponsors dah dapat..

Hadiah memang best-best belaka..

Korang tunggu ye..

Minggu depan Ibu umumkan..

Contest macam mana?

Ibu bagi klue..

Temanya..

Si Comel Berbaju Raya!!

Hehe..Tungguuuuu!!!!

@ Tips Penjagaan Gigi Anak

Tuesday, September 8, 2009

Last week masa pergi Giant..Ibu, Ayah dan MIL join Oral B Promotion..die ada buat check plak (ala yang check gigi keluar warna biru macam kat tv tu)..lepas tu die ajar macam mana gosok gigi dan kemudian boleh buat free check gigi..Ayah dapat good..tapi Ibu banyak gigi tunggang terbalik..huhu..tu la dulu suh buat braces tak nak..tapi Ibu takut..yelah kalau nak gigi cantik..Ibu punya siong tu kena tarik ke bawah dan gigi geraham belakang kena buang..waa..macam horror je..so biarlah tak cantik..huhu




Booth Oral B..dapat free berus gigi lagi..


K..berbalik pada tajuk..orang kat situ banyak la bagi tips untuk memberus gigi baby ni..antaranya ialah:

  • sebaik ada gigi..guna lampin atau kain lembut untuk gosok gusi dan gigi anak
  • bila besar skit (kira dah pandai pegang tu)..mula ajar gunakan berus gigi untuk bayi..caranya ialah biar die tengok kita berus gigi dan masa mandi tu bagi die pegang dan main berus gigi (confirm diorang akan masukkan dalam mulut)
  • kalau gunakan ubat gigi..pastikan yang untuk bayi dan pastikan anak kumur selepas tu (ammar tak reti lagi ni)
  • pastikan anak minum air masak selepas menyusu susu formula kerana susu akan sebabkan karies

Ammar pun nak satu



P/s: dulu ada reader yang request pasal berus gigi ni..sori..lambat reply..agak bz sekarang..huhu

@ Huggies HuggaBABY contest

Huggies menganjurkan satu contest yang menarik dan menawarkan hadiah yang best..so bagi sesiapa yang ada baby 1-3 bulan leh la join..Ammar dah toddler..tengok jelah..hehe..contest ini dinamakan Huggies HuggaBABY contest..akan berlangsung dari 7 September sehingga 9 November 2009..



Hadiah utamnya ialah Huggies Ultra diapers dan hadiah bernilai RM1200..banyak tu..so mehla ramai-ramai join..more info? KLIK SINI

@ Bisnes Hari Raya

Ramai kawan Ibu yang berbisnes di hari Raya ni..Ibu dari dulu teringin juga nak berbisnes..lebih-lebih berbisnes online..yelah boleh tambah pendapatan kan..silap-silap tak payah kerja lagi..just dok umah dan berbisnes dari umah..waaa macam best kan..tapi masalahnya..tak tau nak jual apa..nak cari supplier kat mana..huhu..satu lagi keta tak reti bawa..macam susah je nak mengepos apa bagai..haha..

Disebabkan perkara berbangkit di atas..makanya terbantutla cita-cita Ibu nak duit lebih tu..sebaliknya dok umah Ibu shopping online..haha..tunggu barang sampai depan umah..hehe..lagi best..(ni namanya aktiviti perabih duit kak oi..hoho)..di kesempatan ni Ibu kasi link kawan Ibu yang Ibu tau tengah rancak meniaga..

Mirah dan kerepek
Menjual pelbagai kerepek dari Batu Pahat..

Jue dan batik
Menjual batik-batik dari Ganu..

Haa apalagi..g la singgah korang..hehe..happy online shopping..owh Ibu ada satu blog direktori online shopping..nanti Ibu citer ye..

@ Projek Ammar dan Ayah

Sunday, September 6, 2009

Inilah adalah projek Ammar dan ayahnya tiap-tiap petang..naik motor pusing-pusing..Ammar suka betul naik motor..kalau naik memang tak nak turunla..huhu..Ibu sebenarnya sangat tak suka kasi Ammar naik motor ni..bahaya tau..tapi Ayah kata ok ja..Ammar tiap kali naik akan pegang side mirror tu kuat-kuat..tapi yelah Ibu risau juga..

Makanya tiap kali Ayah bawa Ammar..memaang Ibu bebel..bawa slow2..korner tu baik2..pegang Ammar tu..huhu..yelah..dahla tak pakai helmet kan..huhu..hari tu Ayah dah pergi cari tapi takde..hanya ada untuk budak 7 tahun macam tu..nak tak kasi bawa terus..kesian lak Ammar asyik tunjuk motor..tu Ibu bagi dengan syarat bawa baik-baik..kadang-kadang Ibu ikut pegang Ammar..huhu..apa nak buat Ayah dan anak geng rempit..huhu

Ammar bergaya dengan motor Ayah..haiihh anak Ibu ni..

@ Memori Seni Silat Cekak Hanafi

Saturday, September 5, 2009

Hari ni ditagged oleh my cousin..en Azizul di Facebook..sekali tengok-tengok gambar masa Ibu join Silat Cekak kat UTM dulu..waaa..kelakar..cuba teka mana Ibu? Hehe..time ni tak pandai lagi bercontact lens..Ibu pakai spek yang cerminnya kaler hijau (ala-ala hijau laut)..jangan main2 no...

Err Ibu masuk sekejap je silat tu..satu sem je kot rasanya..sempat la belajar buah asasnya..huhu..kenapa berenti? Tahla..rasanya sebab masa tu latihan buat Sabtu dan Ahad pukul 5 petang..makanya Ibu and the geng selalu ponteng sebab Sabtu Ahad la time nak pusing2 CS tu kan..huhu..lama-lama berhenti..sungguh hampes Ibu ni..sepupu Ibu ni meneruskan perjuangan sampaila jadi Pengerusi Kelab dan mengahwini Setiausaha Kelab..ekeke..



Kadang-kadang menyesal gak berenti..kalau tak sekarang mesti Ibu dah boleh lawan silat ngan Pak Ngah..eceehhh..belajar buah asas lepas lawan silat ngn Ammar jelah..hehe..jadila kan..kuikui..

P/s: Pn Donat n Pn Iza..adakah masih korang ingat? hehe

@ Rezeki Ibu

Friday, September 4, 2009

Alhamdullilah rezeki sempena bulan puasa ni..Ibu dah dapat biasiswa untuk teruskan perjuangan PhD Ibu..makanya tak payahla Ibu bekerja lagi sambil belajar..sebab sesungguhnya takda makna bekerja sambil belajar (ni untuk Phd je tau)..kalau tgh buat masters and profesional certificate ok je..

Kenapa Ibu cakap camtu? Ini depends masing-masing punya jenis kerjala..memang kita boleh multitasking (bekerja, belajar dan jadi Ibu yang baik)..dan sebenarnya ramai yang dah buat..tapi bagi Ibu..on the way tu salah satu mungkin akan terkorban..dan Ibu tak nak macam tu so Ibu kena la sacrifice salah satu..dalam ranking Ibu..paling penting keluarga..belajar last sekali baru kerjaya..so terpaksala Ibu korbankannya..huhu (tapi hati cedih juga)..

Ini Ibu cakap bagi situasi Ibu..kalau orang lain maybe rangkingnya lain..jadi lainla pilihan hidup..emm berbalik pada masters and pro certificate..kenapa Ibu kata boleh? sebab this things ada milestone..ada dateline dan ada examnya..klaau PhD ni..kita nak kena mereka sesuatu yang takde (huhu)..makanya focus kena lebey..bak kata my FIL..bila nak buat PhD ni sebenarnya kena betul2 fokus..no jalan2..no gathering..no sumalah..kna fokus study je..baru boleh berjaya..

Tapi Ibu tak nak le camtu sekali..nak juga enjoy life ni..kena seimbang semuanya..bersederhana kata orang..Ibu selalu pikir..Ibu tak tahu sampai bila hayat Ibu..mungkin sampai petang ni..esok..bulan depan..kita tak tahu..jadi sementara hidup ni kita kena la menghargai apa yang kita ada..betul tak?

Eh melalut tah apa-apa..isi utama nak cakap Ibu dapat biasiswa je ni..biasiswa um namanya..maka UM bayarkan yuran apa semua dan dapat la elaun bulanan untuk Ibu..berapa banyak? (2 pertiga gaji tutor la juga..hehe)..so sekarang Ibu dok umah peluk2 Ammar sambil study la..tapi dugaan tu ada la juga..hehe..kalau hidup takde dugaan apa la makna kan..hehe..adios..

@ Contest Pasangan Seiras

Ibu gila masuk contest lak 2,3 hari ni..(sebenarnya takde mood nak mengarang..huhu..tangan sakit..)..kali ni nak masuk contest Pasangan Seiras pula anjuran Miezaniera..


Sebenarnya takdela seiras mana pun..tapi takpelah meh kita meriahkan majlis kan..mana tahu kot-kot ada rezeki..jeng..jeng..inilah die..

Saya, Liyana Shuib dan pasangan aka suami terchenta Mukhlis Sapiyan..ada juga pernah kata kami nampak seiras (serupa tapi tak sama)..hehe..

Pada sesiapa yang belum sertai sempat lagi..contest tutup pukul 5 petang ni..(memanjang masuk contest last minute)..more info..KLIK SINI

@ My Wedding Card

Wednesday, September 2, 2009

Kawan Ibu minta wedding list Ibu (ala things to do la) time kahwin dulu..abis Ibu godek semua pen drive and cd..alhamdullilah rezeki..ada juga terselit..tapi aisey ada password pula (ada jumlah budget apa semua kat situ)..7-8 kali la juga try password..huhu..nasib baik berjaya buka hehe..btw kat sini bukanla nak share wedding list tu kan..tapi nak share gambar kad kahwin Ibu..jumpa sekali dengan list..ni haa tunjuk skit..



Cinonet pula..ada gambar Ibu, Ayah, Tok Abah dan Tok Mama..Tok Mama tak suka letak gambar..katanya gila glamer..hehe..semua orang kata Ayah happy giler nak kahwin sebab sengih panjang lebar..hehe peace Ayah!!

Sape nak tempah design kad boleh contact adik Ibu (die la yang buat ni) di sofiyuddin@yahoo.com..

@ Hadiah Merdeka

Tuesday, September 1, 2009

Entri ini bukan pasal semangat patriotik jauh lagi nak kena mengena dengan romantik..tapi alkisah malam merdeka Ibu jatuh tergolek dog kat dapur..suma gara-gara tak lepas lompat pagar Ammar kat dapur tu..(yelah pagar murah tadak pintu..kena lompat je)..masa tu Ibu agak kelam-kabut..main lompat je..

Apa lagi..Ibu pun macam nangka busuk kedebung jatuh..tak sempat nak tahan..alih-alih dah kat lantai..nasib baik ada 911 yang sangat pantas (Ayah la tu)..Ammar jadi ambulans..tolong jerit..hehe..kondisi tak teruk tapi badan Ibu tertimpa tangan kiri..tak leh gerak la juga..huhu

Semalam dah pergi buat x-ray..alhamdullillah tak retak..Dr kata maybe otot or urat le tu aka terseliuh..tapi sampai hari ni sakit dan tak boleh angkat barang..Dr kata buat masa ni jangan guna tangan kiri tu sangat..huhu..so susahla Ibu nak angkat Ammar apa semua..harap-harap cepatla baik..ni tangan Ibu yang berbandage (ala-ala orang main tenis kata Ayah)..dan pagar makan tuan itu..huh



P/s: Nasib baik masih mampu menaip kalau tak abisla blog eh PhD Ibu..huhu
..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Widget By Devils Workshop