@ TOP TEN yang ditunggu..

Friday, October 30, 2009

Inilah senarai TOP TEN..Tahniah kepada TOP TEN!! Pemilihan ini adalah berdasarkan pilihan juri-juri..senarai pemenang akan diumumkan minggu depan..Tahniah sekali lagi!!








P/s: Gambar tidak mengikut sebarang turutan..

@ Jundeco Stickers Contest..

MomBloggersPlanet dan Jundeco Stickers telah menganjurkan satu pertandingan yang akan berakhir esok 31 Oktober 2009..maklumat lanjut..KLIK SINI..


Memandangkan Ibu nak pindah rumah baru..teringin juga nak deko..deko..deko..yelah rumah sewa tak leh buat lelebih kan..emm Ibu nak deko sikit bahagian ni..macam kosong ja..

Setelah membelek-belek design-design di Jundeco Stickers (semua sangat cantik dan menarik..waa..geram)..Ibu pilih ni..err cantik tak Ayah? Ibu pilih ni sebab design ni nampak simple, moden dan kebetulan sesuai dengan cat rumah Ibu warna coklat..hehe..oh ye..sticker cantik-cantik ni kita boleh lekat hias di rumah kita..macam wall paper la konsepnya..


Korang berkenan juga dengan sticker ni..masukla sini..harganya pun berpatutan..



Terima kasih kepada penganjur:
Jundeco Stickers

@ Berdodoi sayang..

Thursday, October 29, 2009

Apa tabiat tidur anak anda?

Kalau Ammar nak tidur..satu..haruslah menyusu badan..sampai senget tulang belakang Ibu die..penangan menyusu satu malam..huhu..kedua..kena tutup semua lampu or semua orang kena tidur..tidak boleh ada orang yang masih berjaga ketika Ammar sudah kena tidur (ni ayat Ammar..haha)..

Ketiga..kalau tak larat menyusu..kena usap belakang die..ala-ala sapu ke garu..uish..mau sejam juga tau..kadang-kadang sampai terlelap..kena sound ngan Ammar..sorry2..Ibu usap balik..haihh..

Kadang-kadang pikir tak leh jadi ni..larat nak tidur macam tu tiap-tiap malam..Ayah pun dah tensen..asyik berbunyi je..susah betul nak tidur..tapi nak buat macam mana..kalau tak usap..memang die akan menangis meraung..huhu..Ammar..Ammar..budak lain ada yang bagi susu botol..pas menyusu..bum terus pengsan sampai pagi..bila la Ammar nak macam tu ye sayang? Boleh Ibu mimpi indah-indah..ni baru nak terlelap dah uwaa..adehh..takpelah anak punya pasal..



Kalau kat rumah Grandma Ammar..lepas usap-usap Ammar akan ditidurkan dalam ni..siap ikat semua..ala-ala buaian la cam gini..

@ Hadiah Untuk Anda

Yeayy..hadiah untuk tempat ke 4 hingga ke sepuluh dah sampai ke tangan Ibu..Ibu preview sikit...


Eh..salah..ni bukan..ni Ibu punya..jangan mara aa..ini baru hadiahnya..

Wristlet untuk tempat ke 7 hingga ke 10..jutaan terima kasih kepada ToteBoutique..

P/s: Maaf ye kalau sesiapa Ibu termiss hari tu..maklumla banyak sangat....harap dimaafkan ye..yang last minute update Ibu direct kasi kat juri..tak tambah gambar kat post ye..harap maklum..sekarang dalam sesi pemilihan Top Ten...insyallah esok akan diumumkan..terima kasih...

@ Anda setuju?

Wednesday, October 28, 2009

Wanita tak suka apabila lelaki...

Suka menyampuk
Apabila mendengar sesuatu cerita, menjadi cepat bosan, hilang sabar dan suka menyampuk. Cerita tidak didengar dengan tekun.

Memerintah
Apabila memerlukan sesuatu, dia seakan-akan memberi perintah dan bukan suatu permintaan. Misalnya, 'buka pintu', 'buat kopi', 'angkat kasut' dan tidak bermula dengan pertanyaan yang lebih elok seperti 'boleh tolong buatkan kopi...' dan 'tolong buka pintu tu...'.

Bergurau kasar
Gurauan yang kasar tidak sesuai dengan keperibadian wanita yang lembut sekali gus memperkecilkan wanita apatah lagi jika menggunakan humour yang berbaur sexist. Apabila wanita menunjukkan rasa jengkel, lelaki marah pula dan berkata 'gurau pun tak boleh.'

Cepat naik berang
Sifat lelaki yang cepat berang, suka mengutuk, mengkritik dan meninggikan suara membuat wanita berjauh hati. Lebih baik berkongsi pendapat dengan kaum wanita yang lebih memahami.

Cakap besar
Sikap lelaki yang suka 'syok sendiri' membosankan. Bermegah-megah dengan pencapaian dan kebaikan diri seakan-akan dirinya sahaja yang paling baik.

Suka mengawal
Jika wanita datang dengan sesuatu masalah misalnya berselisih pendapat dengan teman, keluhan tidak didengar secara empati tetapi dengan cepat diberitahu apa yang sepatutnya dilakukan dan bagaimana sesuatu patut dikatakan. Memberi huraian yang tidak dipinta.

Ego sebesar gajah
Sukar meminta maaf walaupun sedar akan kesilapan, sukar mengakui kesilapan dan tidak mahu meminta pertolongan. Tidak mahu merendahkan diri.

Tidak suka meluah emosi
Walaupun ada sesuatu yang mengganggu fikiran, lelaki lebih suka diam membatu lalu membuat wanita tertanya-tanya dan rasa terasing dan terabai.

Buat wanita rasa bersalah
Jika wanita menimbulkan sesuatu perkara yang menimbulkan perasaan kurang senang, lelaki menganggap wanita itulah yang bertanggungjawab membangkitkan perasaan negatif pada dirinya dan bukan terhadap perkara yang disebutkan itu.

Lokek beri pujian
Lelaki suka dipuji tetapi berat memberi pujian sama ada jika masakan sedap atau pakaian isteri yang cantik. Mereka seolah-olah tidak perasan sebarang perubahan. Buat penat masak sehari suntuk dan berdandan untuknya.

Pengotor
Tiada wanita yang tahan dengan lelaki bersifat pengotor sama ada dalam soal kebersihan diri atau yang suka mengotorkan ruang sekitaran.

Lupa hari-hari istimewa
Wanita yang bersifat nostalgik dan romantis memang senang diberi hadiah yang bermakna pada hari-hari istimewa. Lelaki yang 'buat dak' terhadap keinginan begini bersiap sedialah apabila cik adik merajuk.

Tidak tunjuk rasa kasih
Wanita ingin dibelai dan dimanjakan dan tentunya akan berasa tidak disayangi apabila lelaki bersifat seperti robot, tiada luahan kasih sayang dalam bentuk senyuman, gurauan, berkongsi masalah dan dakapan.

Dari itu, jika lelaki peka akan pantang kaum wanita, rasanya banyak peperangan mulut, perang dingin dan kes mogok dan merajuk dapat dielakkan. So macam mana..anda setuju? hehe..(kena suh Ayah baca ni)..

@ Cirit Birit

First time Ammar kena cirit birit..Ammar masih aktif..minum makan pun suma ok..cuma dari malam tadi dah dekat 6 kali cirit-birit..kesian anak Ibu..tidur semalaman pun peluk Ibu..ayah pula ada keje..tunggu Ayah balik baru nak bawa pergi klinik ni..ada sesiapa ada petua/nasihat pasal cirit birit ni? TQ

Ammar sakit perut la Ibu

@ Semakan Terakhir Senarai Peserta

Last call..ini senarai peserta..kalau still ada miss lagi..sila inform Ibu sebelum 12 tengah hari..28 Oktober 2009 (hari ni la)..kami nak mulakan sesi pengadilan..kalau semuanya ok..Ibu akan announce TOP TEN pada hari Jumaat dan WINNER pada hari Selasa minggu depan..(kenapa lambat? Jumaat sampai Ahad Ibu pergi Cameron Highland..takut tak sempat Isnin tu)..
Note: To Ibu Ayu..saya tak jumpa post contest tu..sila bagi direct link ya..tq

































Comel-comel semuanya..gud luck ye pada semua!

@ SENYUMAN CERIA SI COMEL

Tuesday, October 27, 2009


Contest ini anjuran SMILEYKIDZ..hadiahnya merupakan outdoor fotografi selama satu jam..emm ini gambar taruhan..




Mohd Ammar bin Mukhlis


1 Tahun 6 Bulan


Tarikh Tamat 31 Oktober 2009..maklumat lanjut..KLIK SINI

@ Beli Satu Percuma Satu

PURCHASE ONE ORGANIZE JACQ AND GET THE MINI ORGANIZE JACQ FOR FREE AT THE PRICE OF RM49.90!!







*Prices as marked. Offer valid at http://www.ginjacqie.com/index.html only. This is a limited time offer and may expire at any time without notice.

@ Macam Nak Perang..

Last week bawa Ammar potong rambut..rambut dah panjang sangat..berpeluh-peluh kalau time tidur..sampai basah tilam..masalahnya..Ammar ni penakut betul potong rambut ni..kalau dulu Atuk yang tolong potong guna mesin kat rumah..tapi sejak besar ni kami bawa kedai mamak..cepat sikit..maklumlah kalau Atuk potong asyik berhenti kesiankan Ammar dok meraung..kalau mamak..die belasah je sampai siap..tengok gambar Ammar ni..



Ayah pegang Ammar..Ibu sempat snap skit..kesian sangat tengok..kena peluk die..tangan dok geleng-geleng (suh finish la tu maknanya)..aii macam nak perang...


Ok la..kena caj Rm5..pening mamak kalau semua budak meraung macam Ammar..huhu..ni baru potong rambut Ammar..tak potong tut lagi..(teringat iklan..dah potong?..heh).. Ada petua kasi anak tak nangis time potong rambut? Ibu dah abis psiko dah..tapi asal nampak mesin tu je meraung..huhu

@ Cutest Baby In Walker Contest

Meh kita join contest Cutest Baby In Walker anjuran ometomei..


Mohd Ammar Bin Mukhlis

Satu Tahun 6 Bulan


Pendapat mengenai walker ni:
  • Masa membeli kena tengok kekukuhan dan kestabilan walker (kalau ringan sangat takut nanti mudah terbalik) dan ciri-ciri tambahan seperti penahan kat bawah walker (perlu time nak suh anak dok diam-diam dalam tu), boleh tukar ketinggian walker dan mainan di atas dashboard bagi merangsang pembelajaran anak (Ammar punya walker RM30 jadi mainan sikit maka selalu Ibu ikat je mainan kat walker tu..hehe)
  • Kebaikan walker ni..sangat baik untuk bayi gunakan sebagai alat belajar berjalan (lebih selamat)..kaki mereka akan lebih kuat dan mempercepatkan mereka belajar berjalan..untuk para Ibu pula..walker ni sangat berguna untuk mengawal anak supaya tidak merayau merata-rata di dalam rumah terutama semasa nak sembahyang, mandi dan masak (juga seperti kes di dalam gambar di atas)..
  • Keburukan..menyekat kebebasan anak untuk meneroka ruang-ruang baru dan agak merbahaya bagi anak yang lasak (ada kes walker terbalik)..

Contest tamat 31 Oktober 2009..maklumat lanjut KLIK SINI..

@ GIN & JACQIE CHARITY BAG

Monday, October 26, 2009

Sempena Bulan Kesedaran Kanser Payudara..Gin & Jacqie telah pun menganjurkan satu pertandingan mereka beg yang bertema 'Bag the awareness'..pertandingan telah berlangsung dengan jayanya dan telah disertai oleh 180 orang peserta..



Beg rekaan pemenang pertama pertandingan ini, Zuhaili Akmal Ismail yang bertema "Love + faith" telahpun mula dijual dengan hanya RM18 sahaja di Isetan KLCC, Isetan The Gardens , Tangs Pavilion dan secara online di GIN & JACQIE ..




Dengan hanya membeli beg ini (ya yang hanya berharga RM18)..anda secara tidak langsung telah melakukan kerja amal dalam membantu dan menyokong Breast Cancer Welfare Association..ini adalah kerana 100% keuntungan daripada penjualan beg ini akan didermakan kepada persatuan tersebut..oleh itu..apa tunggu lagi..jom shopping sambil menderma..Klik SINI..

@ Di mana jual susu murah?

Em soalan ini ataupun entri ini adalah permintaan khas daripada Menteri Kewangan keluarga kami aka Ayah..walaupun Ammar BF + FM..namun banyak juga le Ammar punya keperluan FM..sejak-sejak semakin besar ni..seminggu dekat nak dua tin la juga..

Ammar minum Progress Gold (Wyeth)..selalunya kami beli di Speedmart..harganya lebih murah dari Tesco ke Giant ke..cuma kalau tempat lain ada promotion baru le beli..tapi tempat setia kami Speedmartla..





Tapi sejak bulan lepas..harga susu kat Speedmart pun dah naik..daripada 32++ dah naik 34++ sekotak..tu tak kira pakai tin lagi tu..huhu..jadi adakah sesiapa tahu di kedai mana jual susu murah? (Pernah dengar susu murah kat pasaraya Hero..tapi tak tau le betul ke tak)..

P/s: Oh ye..jangan le bagi cadangan suruh full BF je (Ibu dah cuba tapi tak mampu) atau tukar susu lagi murah ye (since susu dah sangat serasi dengan Ammar)..hehe...

@ Got Boobies?

Sunday, October 25, 2009

Nampak tak banner kat blog Ibu..yang Got Boobies? Ya..sempena Bulan Kesedaran Kanser Payudara Oktober ini..AliceWonders.com telah melancarkan kempen "GOT BOOBIES?".. misi utama kempen ini adalah untuk mengingatkan semua (perempuan dan juga lelaki) supaya lakukan pemeriksaan sendiri payu dara dengan kerap..



Bagaimana nak lakukan pemeriksaan sendiri? Ini Ibu dapat dari dari SINI..PSP ialah pemeriksaan sendiri payudara mengikut langkah tertentu.


Ia merangkumi 5 langkah

  1. Berdiri di hadapan cermin dan lihat sebarang perubahan pada payudara.
  2. Rasa sebarang perubahan secara berbaring.
  3. Periksa puting untuk sebarang perdarahan atau lelehan.
  4. Rasa sebarang ketulan di bawah ketiak.
  5. Ulangi setiap langkah di atas untuk payudara sebelah lagi.

Berapa kerap seharusnya saya melakukan PSP?

  • PSP seharusnya dibuat sebulan sekali (untuk mereka yang masih mempunyai haid). Waktu yang sesuai ialah 7 - 10 hari selepas haid.
  • Untuk wanita yang telah putus haid, ambil satu tarikh yang mudah diingati dan lakukan setiap bulan sama ada hari pertama atau terakhir bulan tersebut.



Nak lagi info..boleh KLIK sini dan SINI

Kepada bloggers..marilah kita menyokong kempen ini dengan menyebarkan riben merah (seperti di header Ibu tu) dan mempertingkatkan kesedaran tentang kepentingan pemeriksaan sendiri ini..anda boleh dapatkan banner DISINI..ribuan terima kasih kepada AliceWonders.com yang prihatin..

@ Mengimbau Kenangan

Seperti yang diketahui..Ibu sekeluarga pergi ke JB..Ayah tiba-tiba kena outstation..Ibu dan Ammar pun apa lagi..ikut ronggeng sekali la..maklumlah..last sekali pergi beberapa tahun lepas..boleh bawa Ammar jalan-jalan..kebetulan pula hari Khamis tu..Ayah tak start keje lagi..kami pun jalan-jalan la kat Taman Universiti dekat UTM..pergi mengimbau kenangan..

Ni rumah sewa Ayah dulu..tak ingat pula Ibu kat taman apa..

Ni Giant baru..dekat dengan Jusco Taman Universiti..ada panggung wayang lagi tau..kalau dulu ada mesti Ibu and the geng pengunjung tetap wayang tu..haha

Ni pulak rumah sewa Ibu..eh salah..rumah sewa kawan-kawan ibu yang selalu Ibu tumpang..hehe..Jalan Kebudayaan nih..


Ni kedai tempat binding tesis..saje amik sebab singgah cari barang..



Lepas jalan-jalan kat Jusco jap..kami pun singgah makna kat kedai Pak ali..kedai favourite Ayah..sebab murah dan sedap..(memang still sedap sampai sekarang)..

Sebagai melengkapkan lagi sesi mengimbau kenangan..malam tu Ibu berjumpa dengan bestriend Ibu..Puan Iza aka roomate first Ibu..sempat jumpa sekejap makan-makan sambil update cerita..anaknya si Ilhan sebaya Ammar (sempena nama pemain bola sepak yang ensemm..Ilhan Mansis..betul tak Iza?)..sekejap je kan besar budak-budak ni..



Wahhh rindu sangat zaman dolu2..okies..pas ni update alkisah UTM pulak..

@ Emergency Outstation

Wednesday, October 21, 2009

Ayah balik tiba-tiba cakap kena pergi JB..Ibu dan Ammar ikut sekali..jadi harap semua tunggu eh senarai peserta tu..banyak pula benda tertangguh...berdoalah kat sana ada Internet..Amin..


P/s: Ibu dah nak gerak ni..macam superman kemas barang

@ Tahniah!

Tahniah to my brother sempena konvonya baru-baru ni..di Uitm Shah Alam..Ibu tak dapat pergi..maklumlah takkan nak usung si Ammar tu pulak kat sana..macam tak sesuai je kan..apa-apa pun tahniah Aiman..dan semoga maju jaya dalam hidup!! Aminn...


Teringat time konvo dulu..

Tahniah pada semua!!

With Mama, Abah dan Opy

Inilah dua ekor kumbang di taman kami..erk campur Ammar jadi tiga..hehe..ada orang kata satu macam Zizan satu macam Nabil..hehe..peace jangan maree aa...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Widget By Devils Workshop