@ Anda setuju?

Wednesday, October 28, 2009

Wanita tak suka apabila lelaki...

Suka menyampuk
Apabila mendengar sesuatu cerita, menjadi cepat bosan, hilang sabar dan suka menyampuk. Cerita tidak didengar dengan tekun.

Memerintah
Apabila memerlukan sesuatu, dia seakan-akan memberi perintah dan bukan suatu permintaan. Misalnya, 'buka pintu', 'buat kopi', 'angkat kasut' dan tidak bermula dengan pertanyaan yang lebih elok seperti 'boleh tolong buatkan kopi...' dan 'tolong buka pintu tu...'.

Bergurau kasar
Gurauan yang kasar tidak sesuai dengan keperibadian wanita yang lembut sekali gus memperkecilkan wanita apatah lagi jika menggunakan humour yang berbaur sexist. Apabila wanita menunjukkan rasa jengkel, lelaki marah pula dan berkata 'gurau pun tak boleh.'

Cepat naik berang
Sifat lelaki yang cepat berang, suka mengutuk, mengkritik dan meninggikan suara membuat wanita berjauh hati. Lebih baik berkongsi pendapat dengan kaum wanita yang lebih memahami.

Cakap besar
Sikap lelaki yang suka 'syok sendiri' membosankan. Bermegah-megah dengan pencapaian dan kebaikan diri seakan-akan dirinya sahaja yang paling baik.

Suka mengawal
Jika wanita datang dengan sesuatu masalah misalnya berselisih pendapat dengan teman, keluhan tidak didengar secara empati tetapi dengan cepat diberitahu apa yang sepatutnya dilakukan dan bagaimana sesuatu patut dikatakan. Memberi huraian yang tidak dipinta.

Ego sebesar gajah
Sukar meminta maaf walaupun sedar akan kesilapan, sukar mengakui kesilapan dan tidak mahu meminta pertolongan. Tidak mahu merendahkan diri.

Tidak suka meluah emosi
Walaupun ada sesuatu yang mengganggu fikiran, lelaki lebih suka diam membatu lalu membuat wanita tertanya-tanya dan rasa terasing dan terabai.

Buat wanita rasa bersalah
Jika wanita menimbulkan sesuatu perkara yang menimbulkan perasaan kurang senang, lelaki menganggap wanita itulah yang bertanggungjawab membangkitkan perasaan negatif pada dirinya dan bukan terhadap perkara yang disebutkan itu.

Lokek beri pujian
Lelaki suka dipuji tetapi berat memberi pujian sama ada jika masakan sedap atau pakaian isteri yang cantik. Mereka seolah-olah tidak perasan sebarang perubahan. Buat penat masak sehari suntuk dan berdandan untuknya.

Pengotor
Tiada wanita yang tahan dengan lelaki bersifat pengotor sama ada dalam soal kebersihan diri atau yang suka mengotorkan ruang sekitaran.

Lupa hari-hari istimewa
Wanita yang bersifat nostalgik dan romantis memang senang diberi hadiah yang bermakna pada hari-hari istimewa. Lelaki yang 'buat dak' terhadap keinginan begini bersiap sedialah apabila cik adik merajuk.

Tidak tunjuk rasa kasih
Wanita ingin dibelai dan dimanjakan dan tentunya akan berasa tidak disayangi apabila lelaki bersifat seperti robot, tiada luahan kasih sayang dalam bentuk senyuman, gurauan, berkongsi masalah dan dakapan.

Dari itu, jika lelaki peka akan pantang kaum wanita, rasanya banyak peperangan mulut, perang dingin dan kes mogok dan merajuk dapat dielakkan. So macam mana..anda setuju? hehe..(kena suh Ayah baca ni)..

18 kawan BabyIbu berkata-kata..:

eezah said...

setuju dengan suma yang ada di dalam senarai tu..paling tak suka yang cepat marah..

isabelle said...

saya setujuuuuuuuuu.... (sambil angkat tangan tinggi2)

hehehe.tapi most of the things, mrhubby x buat dah sbb dia tau kalo dia buat gak, makberuang dia ni leh jadi hijau.

fazilzura said...

STUJUUUUUUUUUUUUUUUUUU..

tp kalau kasi lelaki baca pun sure diorg x ngakuu

CuTeMiUt78 said...

yup... betul..betul.. setuju sesangat.. :D

MaJoRiTy MaMa said...

sy sangatlah setuju...especally yg suka mengawal tu...sometimes bila kiter citer masalah kita just nak someone to listen..not someone to fixed the problem 4 us..
paper pun.. ku ttp sayang hubby ku itu..

umminabilah said...

emm..betul3x..saya pun setuju..

MamaDamia a.k.a Haiza said...

setuju bebenor...nak kompemkan yang lelaki ni memang ego...cuba bagi laki baca semua ni...sure terserlah ego dia pastu...

Elyn said...

dam dam... ketuk meja ... hehe saya setuju yg ariff

Hanz said...

Tiada yg x setuju melainkan setuju belaka...my hubby lokek bagi pujian sampai kena pancing pujian..waaa...

Ada Ayrissa said...

setuju sgt sgt sgtttttttt!!!
mmphh, kenapalahhhhh....

d i d a said...

plg tak suka baran dan pengotor. eh, smua2 la..hehe

PUTERA2PUTERI said...

ieta setuju dengan semua tu....tp yg paling x suka tu...lelaki yg suka memerintah,cepat marah,...dia ingat kita ni org gaji ke wapun dibayaq gaji tp2 bulan...heheheeh tp alhamdulilah boss x macam tu...

Drama Mama said...

mostly camtu la tapi bila dah kawin ni, ada yang dia boleh ubah ada yang memang buat camna pun takleh ubah. so kalau yang takleh ubah (ego esp) ermmm nak buat camna terpaksa sebagai isteri mithali, menerima ja keadaan nya itu. hahaha

unlisted_one said...

Eh,..itu bukan nature diaorg ke? haha..

BoeyJoey said...

Setuju setuju... so ineteresting :-)

Btw, I'm hosting a monthly giveaway of $200 US cash at http://boeyjoey.blogspot.com/2009/10/im-wishing-for-something-sparkly-for-my.html. Very easy to participate; go check it out!

zh-ena said...

setuju

iEfa said...

tumbs up !!!

MAS said...

yup..setuju sesangatla..especially tang ego sebesar gajah tue..sokong 200%

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Widget By Devils Workshop