@ Got Boobies?

Sunday, October 25, 2009

Nampak tak banner kat blog Ibu..yang Got Boobies? Ya..sempena Bulan Kesedaran Kanser Payudara Oktober ini..AliceWonders.com telah melancarkan kempen "GOT BOOBIES?".. misi utama kempen ini adalah untuk mengingatkan semua (perempuan dan juga lelaki) supaya lakukan pemeriksaan sendiri payu dara dengan kerap..



Bagaimana nak lakukan pemeriksaan sendiri? Ini Ibu dapat dari dari SINI..PSP ialah pemeriksaan sendiri payudara mengikut langkah tertentu.


Ia merangkumi 5 langkah

  1. Berdiri di hadapan cermin dan lihat sebarang perubahan pada payudara.
  2. Rasa sebarang perubahan secara berbaring.
  3. Periksa puting untuk sebarang perdarahan atau lelehan.
  4. Rasa sebarang ketulan di bawah ketiak.
  5. Ulangi setiap langkah di atas untuk payudara sebelah lagi.

Berapa kerap seharusnya saya melakukan PSP?

  • PSP seharusnya dibuat sebulan sekali (untuk mereka yang masih mempunyai haid). Waktu yang sesuai ialah 7 - 10 hari selepas haid.
  • Untuk wanita yang telah putus haid, ambil satu tarikh yang mudah diingati dan lakukan setiap bulan sama ada hari pertama atau terakhir bulan tersebut.



Nak lagi info..boleh KLIK sini dan SINI

Kepada bloggers..marilah kita menyokong kempen ini dengan menyebarkan riben merah (seperti di header Ibu tu) dan mempertingkatkan kesedaran tentang kepentingan pemeriksaan sendiri ini..anda boleh dapatkan banner DISINI..ribuan terima kasih kepada AliceWonders.com yang prihatin..

4 kawan BabyIbu berkata-kata..:

unlisted_one said...

Okeh..saya dah join.

iEfa said...

me also tgh menyaport kempem ini...jom mommies2 lain saport yeh..tk mommies pon elok saport tau ;-)

Elyn said...

i'allah akan di joint!

armouris said...

info tentang kanser payudara kat sini - Pengesanan Awal Kanser Payudara.

Update terkini isu-isu semasa kesihatan ada di infokesihatan@twitter.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Widget By Devils Workshop