@ MomBloggersPlanet Cutest Baby in STROLLER Contest

Thursday, October 15, 2009

Untuk bulan Oktober ni..MomBloggersPlanet menganjurkan pertandingan Cutest Baby in STROLLER..hadiah-hadiahnya sangat menarik tajaan PhotoBookMalaysia dan AliceWonders (waahh Ibu suka ni)..so inilah pertaruhan Ibu..my baby..


Mohd Ammar b Mukhlis

23 April 2008


Alkisahnya..awal tahun hari tu..kami sekeluarga pergi ke Sydney, Australia..memandang stroller Ammar yang sedia ada sangat bulky (Graco)..kami pun pinjam stroller sepupu..umbrella stroller yang sangat comey..maka Ammar pun naikla stroller pink itu..dan ya..umbrella stroller ni sangat ringan, mudah digunakan dan amat sesuai untuk dibawa travel (tapi hanya sesuai untuk bayi 6 bulan ke atas)..tapi tu la..bak kata seorang blogger..baby boy in pink stroller (sungguh tak macho kata Ayah)..hehe..so inilah gambarnya..

Setibanya di Sydney..kami diberitahu yang semua pekerja airport tengah mogok..makanya semua barang kami tak dapat dikeluarkan..semua baju, makanan dan juga stroller pink di atas masih di airport..nasib baik benda-benda penting seperti ubat Ammar -die tak sihat masa tu, toiletries dan baju Ammar ada dalam backpack..setelah hampir tiga hari di sana..barang kami dari airport belum juga sampai..Ibu dan Ayah dan lenguh-lenguh tangan mendukung Ammar ke sana-sini..akhirnya kami buat keputusan membeli stroller ini..walaupun bukan umbrella stroller tapi stroller ni direkabentuk untuk travel..ringan, lebih selesa berbanding umbrella stroller (ada padding), ada cover hujan, tayar yang besar yang memudahkan pergerakan dalam segala situasi dan ciri-ciri keselamatan yang sungguh praktikal..hmm..barulah macho anak Ayah sorang ni..Ammar pun suka dengan strollernya..posing sikit Ammar..



Alhamdullilah kami dapat balik stroller pink tu pada hari balik (Ayah pergi cari di warehouse airport)..tapi..sudah ditakdirkan takde rezeki..stroller hitam ni pula hilang dalam perjalanan..bila tuntut..mereka tak dapat kesan kat mana stroller tu (kemungkinan besar masih di airport Sydney)..huhu..sampai sekarang tak dengar cerita tau..sedihh..sayang dengan stroller ni..


Pendapat Ibu pasal penggunaan stroller

Stroller adalah antara benda yang wajib dimiliki oleh ibu bapa..tidak kisah apa harga, jenis dan rekabentuknya asalkan ia memenuhi keperluan anak kita (contohnya bayi perlukan stroller yang lebih kukuh dan selesa manakala umbrella stroller boleh digunakan untuk anak yang lebih besar dan untuk perjalanan yang pendek)..bagi Ibu..stroller penting demi keselesaan dan keselamatan bayi serta memudahkan pergerakan sekeluarga.

Hari ni last day..nak maklumat lanjut..KLIK SINI


Thanks to organizer and sponsor this contest:


4 kawan BabyIbu berkata-kata..:

zh-ena said...

gud luck

Elyn said...

sayangnyer stroller itam tu ilang..... tak de rezeki kot...

BabyIbu said...

zh-ena--tq

Elyn--tu le..takde rezki Ammar..huhu..

CuTeMiUt78 said...

hik..hik..hik..betul tu.. cam tak kena boy in pink kan.. good luck k

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Widget By Devils Workshop