@ Ubat Batuk, Selesema Tak Sesuai Untuk Kanak-kanak Bawah Dua Tahun

Tuesday, October 13, 2009

Kebanyakan ubat batuk dan selesema tidak sesuai digunakan bagi kanak-kanak yang berumur di bawah dua tahun, demikian penemuan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD).

Berikutan penemuan kajian semula penggunaan produk ubat batuk dan selesema dalam kalangan kanak-kanak itu, PBKD membuat keputusan untuk mengambil tindakan kawal selia untuk mengehadkan penggunaan produk untuk batuk dan selesema bagi kanak-kanak, kata Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan, Eisah A.Rahman dalam satu kenyataan Rabu.

Beliau berkata amaran keselamatan iaitu "Tidak sesuai digunakan di kalangan kanak-kanak yang berumur di bawah dua tahun" dan "Digunakan dengan berhati-hati dan mengikut nasihat doktor/ahli farmasi bagi kanak-kanak yang berumur di antara 2 hingga 6 tahun", wajib dinyatakan dengan jelas pada label dan sisipan bungkusan produk berkaitan.

Produk-produk yang terlibat adalah sediaan cecair oral yang mengandungi antihistamin (seperti Brompheniramine, Chlorpheniramine, Clemastine, Dexbropheniramine, Diphenhydramine, Pheniramine, Promethazine dan Triprolidine), antitusif (seperti Dextromethorphan dan Diphenhydramine) dan dekongestan (seperti Ephedrine, Phenylephrine dan Pseudoephedrine) yang digunakan untuk rawatan batuk dan selesema.

Eisah berkata produk sedia ada di pasaran berkemungkinan tidak mempunyai kenyataan amaran pada label produk mereka.

Eisah berkata apabila memberi ubat batuk dan selesema kepada kanak-kanak yang berumur lebih dari dua tahun, ibu bapa dan pengguna perlu mengikut aturan pemakanan yang dijelaskan.

Ini kerana pengambilan ubat batuk dan selesema boleh membahayakan sekiranya diberi melebihi dos yang dicadangkan, memberi terlalu kerap atau mengambil lebih daripada satu jenis ubat yang mengandungi bahan aktif yang sama.

"Kebanyakan kandungan dalam persediaan ubat batuk dan selesema mengandungi campuran beberapa bahan ubat dan pemberian lebih daripada satu jenis ubat boleh menyebabkan dos yang berlebihan sekiranya tidak berhati-bati," katanya.

Beliau juga berkata, demam biasa tidak memerlukan rawatan perubatan yang khusus, kerana kebiasaannya batuk dan selesema dalam kalangan kanak-kanak boleh sembuh dengan sendirinya.

"Selesema dari jangkitan viral boleh ditangani dengan rehat, pengambilan air yang mencukupi dan mementingkan keselesaan pesakit," kata Eisah.

Bagaimanapun, katanya, jika simptom berlarutan dan semakin teruk atau tidak menunjukkan tanda-tanda untuk pulih ataupun disertai dengan demam, mukus yang pekat dan kahak, pengguna perlu mendapatkan nasihat doktor.

8 kawan BabyIbu berkata-kata..:

zh-ena said...

tak berani nak beli kat farmasi jea..mesti jumpa doc bila umairah demam ker aper..

Oyis said...

betul tu. kalo kat UK ni, Dr dia selamba je x prescribe ubat apa2... suruh sihat sendiri... mula2 dtg dulu mcm x caya je, but dah itu practice dia kan... kena ikut je la... mmg berdebar la manjangggg nak tunggu anak sihat sendiri... tp Alhamdulillah, mmg usually after 4 days akan kebah... tp lmbt la sket drpd mkn ubat...

Mommy Lyna said...

Dr kerajaan biasa xbg ubat batuk kat bb tp maknye plak memandai2 cakap "apela dr g0men kdekut x bg ubat kat bb.g dr swasta je la!"

Alahai. Yg dr pun satu, explen la nape x bg ubat batuk.

Mama-Miya a.k.a Jedi Hopeful said...

sokong ur opinion.

even ada pead agree kata byk ubat not being designed for kids below 2.

kitorang 1 family kalau flu, we all just ambil vitamins & berjemur kat matahari pagi. mmg la lambat skit baik, tp i rasa lebih selamat gitu.

Miela77 said...

Tq yana for the info.. its useful.. just nak share to your readers.. my produk UK ANTIVIRUS FORMULA BIO-TECH HELBAL boleh membantu baby till org tua sekiranya demam, batuk, selsema, berkahak, asma dan pelbagai masalah pernafasan n penyakit lain, wabak dsb. Boleh refer testimoni di http://miela77.blogspot.com/2009/08/testimoni-pengguna-uk-antivirus-formula.html . Mungkin ia blh bantu mommies. Lagipun ianya diujikaji selama 27thn dan menjalani clinical trial terhadap 5000 pesakit pelbagai penyakit sebelum ianya dipasarkan. Dijamin suci dan halal serta 100% herba. Klu berminat leh order ke Miela.77@gmail.com atau isi borang pesanan di http://miela77shoppe.blogspot.com . Promosi sehingga 16hb nie beli 3 botol 5ml hanya RM55 termasuk poslaju. Cubalah, insyaallah membantu. Sharing is caring. :p

~ As ~ said...

Azam sekarang batuk, bagi makan ubat batuk..mcm mana ni???

Elyn said...

so far kite pun tak amalkan sgt ubat batuk seseme ni. kalo Dr suh bg br kite ikut. kalo tak kite just bg vitamin or buah2 je...

Nana Aziz said...

camne nk wat ni? ank sy tgh selsema & batuk skg, tp dh bg mkn ubt batuk & selsema. Ni mmg ubt yg doktor bg.Siannye ank sy yg br 1 thn 11 bln 2. ade sape2 leh advise cmne nk wat x? buntu r..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Widget By Devils Workshop