@ Tips..Kuku

Monday, November 30, 2009

Sekarang ni ramai wanita suka simpan kuku panjang. Ibu tak pernah simpan tapi kadang-kadang terlupa or period pernahla (tapi panjang sikit saje dan itu hanya berlaku paling-paling setahun sekali). Kenapa? Pertama, sebab kuku merupakan antara yang Ibu suka belek bila jumpa orang (especially kuku kaki la). Ini akan menunjukkan tahap kebersihan seseorang tu. Ayah pass dengan cemerlang bab ni (tu Ibu pilih Ayah dulu tu..ecehh).

Kedua, Ibu pernah baca, anak yang diberi makan oleh emaknya yang berkuku panjang biasanya susah menerima ajaran atau ilmu susah nak lekat (akibatnya anak bodoh atau degil). Ini adalah kerana diberi makan bahan kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong, dll. Maka sejak ada Ammar ni, Ibu akan pastikan kuku sentiasa pendek. Lagipun kalau tak nak basuh berak Ammar susah pula.


sumber: Google

Dari segi Islam
Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang, dosanya sama seperti memelihara sekandang
babi, jika kesemua jejari kita menyimpan kuku yang panjang bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung
untuk kesemua babi-babi tersebut.


Dari segi kebersihan

Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri.

Cara Memotong Kuku:
Cara paling baik dalam memotong kuku:
1- Kuku jari kanan bermula jari telunjuk hingga jari kelingking
2- Kuku jari kiri bermula jari kelingking hingga jari telunjuk
3- Kuku ibu jari kanan
4- Kuku ibu jari kiri

Kesimpulannya, jangan simpan kuku panjang walaupun hanya 1 mm atau pun hanya jari kelingking. Potonglah kuku anda.

@ Pregnant While Breastfeeding?


One of the reader ada tanya Ibu..berkenaan breastfeeding semasa mengandung..

Saya mengandung kali kedua semasa masih menyusukan my baby, now insyaallah masuk 13 weeks....my baby pon bru cecah 16 bulan. Production susu mmg drop a bit la...stock pon kalo hitung2 bole thn smpai sebulan je....now ni my baby memang mengamuk tgh2 mlm sbb tk puas menetek agaknya.end up...saya bg dia late dinners...hoping that dia kenyang lama....tdo pon lena.
Saya nk mintak pendapat...when shud i wean my baby frm breastfeeding, eh? plan nk bf dia at least until she reach 2 yrs old...tp pregnant kali ni sangat-sangat memenatkan...maybe nk cater utk 3 org sekaligus....plus my mil dh mula force me to stop bf my baby and top up dgn formula milk which never crossed in my mind bfore.nk choose which formula is good for her pon tktau..kdg2 dlm stress2 mcm ni...opinion kwn2 sgt2 membantu kan?

Hmm..Ibu takde lagi pengalaman macam ni..harap kawan di luar dapat membantu..yang Ibu tahu..

  • Ada kawan yang pregnant juga, Dr suh berhenti breastfeed sebab takut nnti baby dalam perut tak cukup zat dan merbahaya kepada ibu (ini bergantung pada condition Ibu kena consult dengan Dr)
  • Bila baca di Internet, diorang kata ok menyusu while breastfeeding.
  • Mungkin boleh juga top up dengan susu formula maka baby kenyang sikit (cara nak beli-minta sample kat dr (paed) atau beli tin kecil untuk cuba)..sebab ada baby tak tahan dengan sesetengah susu


@ Ucapan Untukmu

Sunday, November 29, 2009

Belum terlambat rasanya nak mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua. Di kesempatan ini juga nak memohon maaf andai ada salah dan silap (terkasar bahasa atau terhutang apa-apa), diharap sudi memaafkan dan andai kata terhutang sudilah memberitahu agar hutang boleh dibayar. 




Beberapa hari tak terupdate sebab balik ke Kuala Pilah pada pagi Khamis, malam tadi baru balik ke sini. Itulah akibatnya bila tiada berukband (Ibu nak cari satula lepas ni, susah pula rasanya bila tiada Internet untuk beberapa hari..huhu). Tapi mana lagi elok ye..Celcom ke Maxis?

Banyak cerita yang nak diupdate tapi tak tahula apa yang Ibu sibuk sangat ni. Rasa macam 24 jam tu tak cukup je. keke. Mungkin masa bujang dulu kita boleh atur masa kita. Bila nak buat kerja, bila nak tidur. Tak makan pun takpe, tak tidur pun takde sape nak kisah. Tapi sekarang ni dah tak boleh, bila mengantuk pun tak boleh tidur dan bila tak mengantuk pun boleh tertidur (ni angkara menyusu Ammar ni). Dah tak boleh nak budget masa betul-betul lagi. Tapi takpelah, Ibu redha dan pasrah, kita ikut flow jelah ye. Hehe. K will update later citer raya. Bubbye. (En Ammar dah menangis)..

@ Memborong di JCard Day One Utama

Wednesday, November 25, 2009

Pagi semalam, bergerak dari rumah dalam pukul 10.30 pagi. Budget mesti parking penuh dan ramai orang. Alhamdullillah masa pergi tu orang sedang-sedang saja (mungkin sebab orang kerja, JCard Day buat 2 hari, gaji tak masuk lagi). Masuk-masuk saja..wahh pening Ibu tengok. Banyak betul salesnya. Meh sini Ibu cerita by department.



Bahagian lelaki, banyak sales baju kemeja, seluar slack, tshirt dan dalam-dalaman pun murah juga. Ayah lama juga lepak mencari seluar kerja. Ayah beli 3 seluar kerja 70% off. Puas hati la kata Ayah. Untuk barangan household, yang paling banyak sale cadar dan comforter. Samapi 80% juga. Wah mahal-mahal rupanya cadar-cadar ni. Memang kena tunggu sales baru boleh beli rupanya. Ibu capai juga satu set comforter. Satu set comforter+set cadar+free bantal (Dapat dalam RM99 selepas 70% dan time Happy Hour). Berbaloi-baloila.

Emm masa Ibu pergi banyak betul diorang buat Happy Hour. Kira kalau dengar announcement happy hour ni Ibu pun pergi la jengok mana tau ada barang berbaloi nak beli. Ibu tak borong sangat. Beli yang perlu sahaja (eceh padahal setiap kali nampak barang nak capai tapi lepas tu pikir 5-6 kali..adakah aku perlu benda ni? haha)

Bahagian ladies pula, handbag, kasut, baju dan dalaman memang sales kaw-kaw punya. Ibu beli kasut satu (kasut raya la kononnya). Nak cari seluar tapi seluar Ibu nak takde saiz. Ibu beli t-shirt RM10 nak pakai di rumah dan kemudian nursing bra. Disebabkan barangan Scarlet (Ibu standard Scarlet je..huhu), beli lebih RM50 dapat free gift makanya Ibu pun beli la sampai RM50 (kuang-kuang-dasar terpengaruh).



Em last sekali (saje letak last sebab ni part paling best), bahagian baju anak. Waahhh..dulu pergi JCard dekat Klang tu bahagian Baby tak sales sangat. Setakat 30% je. Tapi kali ni, semua 70% off. Ibu beli baju Poney dua tiga helai untuk Ammar (harga macam warehouse sales tu) dan seluar jeans Peter Rabbit (dapat dalam RM20 sehelai). Mamipoko pun promotion, ramai yang borong. Tapi Ibu tak tengok pula harganya since dah borong Pet Pet kat Giant minggu lepas.

Tapi kan, kena hati-hati juga. Masa Ayah dok pilih baju untuk Ammar. Brand Anakku-Ayah tengok harganya RM80 lepas tu mereka lupa buang tag lama (yang harganya hanya RM40!!)-kemudian dibuat 70% off. Hampeh je. Terus Ayah tak tengok lagi. Makanya bila bershopping tu kena tau juga la range harga sebenar. Kalau tak tertipu nanti. Macam Poney tu Ibu memang suka dan selalu usha makanya dah tau standard harganya (selalu RM36 ke atas) jadi bila dapat RM14 sehelai kira dah murah la dan cantik-cantik pula tu.

Kesimpulannya, kita kena bershopping secara berhemat (eceh). Hehe. Hemat tak hemat pun satu troli Ibu belasah semalam. Huhu. Tapi Ibu beli semua yang 70% off saje..hehe. Kepada korang yang nak pergi. Sempat lagi ni. Sampai malam ni pukul 10 malam. Hari ni katanya ada handbag fair lagi. Jadi..pergilah serbu.


Errkk ni shopping untuk tahun depan sekali ni..hehe

@ JCard Day di One Utama

Tuesday, November 24, 2009

Nak pergi JCard Day. Di One Utama. Ada hari ni sampai esok (Dari 9 pagi hingga 10 malam). Esok ada fair handbag lagi. Jom serbu. (Dah lambat ni tah ada parking ke tak..huhu).


@ Dia ada..

Kita selalu kata..eii bestnya..

Dia ni cantik, semua orang suka die.
Dia senangnya dapat kerja, aku ni liat betul nak dapat kerja.
Dia kerja besar dan dapat gaji besar, mesti best boleh shopping selalu.
Dia senang dapat boyfriend, boyfriend handsome dan kaya pulak tu.
Dia kahwin cepat, aku ni tak tentu hala lagi.
Dia senang dapat anak, aku ni dah macam-macam cara cuba tak boleh juga.

Tapi kita tak tahu..

Dia ada masalah keluarga, keluarganya asyik bergaduh.
Die ada tanggungan keluarga, nak kena bayar hutang keluarga.
Die jodoh berat, nak jumpa yang serasi sangat la susah.
Dia ada masalah dengan mentua, asal jumpa je gaduh.
Dia ada penyakit, selalu kena pergi hospital.
Dia tiada kawan, semua orang sisihkan dia.

Kesimpulannya..

Setiap orang ada kelebihan dan kekurangan. Sekiranya kita lebih bahagian A, kurangla sikt bahagian B kita. Sekiranya kerjaya kita cemerlang, ada la dugaan di tempat lain. Sekiranya kita ada masalah kewangan, ada la kebahagian di tempat lain. Jadi kita harusla bersyukur dan jangan banding-membanding. Allah itu Maha Kaya dan Maha Adil. Bila kita bersyukur, kita akan lebih menghargai apa yang kita ada dan hidup kita kan lebih bahagia. Amin.


Cartoon by Nicholson from "The Australian" newspaper: www.nicholsoncartoons.com.au

@ Peace Yo!

Monday, November 23, 2009

Ammar dah pandai melaram sekarang. Semalam Ibu nak pakaikan die tshirt tapi sibuk pegang kemeja baru (Pak Lang Ammar hadiahkan)..tik..tik..katanya. Nak tak nak pakai jelah (budget nak pakai raya ni..huhu). Emm ni Ammar kasi peace kat semua!!



P/s: Jangan tiru aksi Ammar merempit ni ye....

@ Cute Baby Legging

Sebenarnya dah lama Ibu minat legging style ni. Dah lama cari akhirnya ketemu jua. Dipersembahkan..



Sangat comel kan? Ibu beli ni di SnoringKidz. Kat SnoringKidz bukan setakat ada legging dan romper malah baju dan gaun-gaun pun comel-conel belaka.




Ok jom Ammar test drive sikit..tak tahulah mak tak menyempat ke anak yang tak menyempat ni..huhu..


Ammar tunggu penuh sabar nak pakai seluar cute ni


Ammar..posing sikit..tunjuk bontot..

Tara..nampak kecik je anak Ibu ni..nasib baik legging ni very very cute..emm sesiapa yang berminat bolehla kunjungi..SnoringKidz ye..happy shopping!!

@ Malaysia Year End Sale 2009

Sunday, November 22, 2009

Malaysia Year End Sale 2009 dah datang. Malaysia Year End Sale, atau pun YES akan berlangsung daripada 21 November 2009 sehingga 3 January 2010. Semalam pergi The Curve dan Ikano, merata-rata sales. Muahaha. Duit je tak berapa nak menyokong..huhu. Aussino, Macy, Barang-barang, Primavera, Padini, Anakku, Mothercare..isyy pendek kata hampir 90% kedai tengah buat sales.  Nanti Ibu cerita apa Ibu shopping ya. Nak pergi masak Ikan Kerapu 3 Rasa ni (Resipi cedok dari Internet). Selamat bershopping.



@ Cordless vacuum cleaner

Friday, November 20, 2009

Siapa pernah guna cordless vacuum cleaner? Ibu ingat nak beli la. Ibu tak larat menyapu sampah setiap hari. Banyak betul rambut gugur plus habuk dan sampah yang terbang masuk dari luar tingkap tu (maklumlah rumah tinggi). Kadang-kadang bulu burung pun ada tau.

Kat rumah dah ada vacuum cleaner biasa tetapi selalu Ayah je guna bila kemas rumah hujung minggu. Ibu tak suka nak guna sebab tak larat nak hangkut sana sini dan cabut pasang plug tu. Itu yang rela menyapu sampah dua tiga kali sehari. Err berbalik pada cordless vacuum cleaner..ada sesiapa pernah guna boleh kongsi pengalaman?

Ibu dah Google. Ada jumpa dua ni. Tapi perghh harga boleh tahan. Ingat hujung minggu ni bolehla pergi survey lepas pergi Pureen Warehouse Sales (sape pergi jumpa di sana ye..kalau nampak Ibu tegurla..hehe)




Electrolux Vacuum Cleaner ZB2811 - RM519




Black & Decker 18-Volt Cordless Pivoting Vacuum Cleaner

@ Minggu depan sampai Insyaallah..

Hadiah pemenang Si Comel Berbaju Raya sudah dipos pagi tadi dan voucher code sudah pun diemel..ada 3 orang lagi belum bagi alamat..


Pack dah seminggu ni


Dah tempek alamat..

Senarai pemenang yang belum dipos hadiahnya kerana tiada alamat (Ibu dah roger tuan punya blog tapi masih belum ada jawapan):


P/s: Orang pejabat pos tanya, meniaga apa ni kak? Hehe..macam berniaga pula kan..memgusung sampul bnayak-banyak..apa-apa pun tahniah kepada pemenang dan terima kasih pada sponsors yang terlibat..

@ Bila duduk apartment..

Thursday, November 19, 2009

Masalah bila duduk apartment..

  • Duduk tingkat tinggi-tinggi dan kemudian lif rosak. Paling best ialah bila lif rosak hari nak pindah rumah..huhu (ni pengalaman Ibu ni).
  • Orang bawah masak bau naik sampai rumah. Kalau sedap boleh juga melayan tapi kadang-kadang sampai terbatuk bersin dibuatnya.
  • Bila ada yang bergaduh, sampai ke rumah boleh dengar. Orang atas rumah Ibu selalu bergaduh kaw kaw punya (sampai tahap jerit-jerit dan baling perabot), tapi nasib baik Cina maka tak paham..hehe.
  • Paling tak tahan bila ada orang ambil parking orang lain, nanti tuan punya kereta selalu hon-hon. Bising tau. Consider la sikit kita yang ada anak kecil. Lebih-lebih lagi time Ammar baru nak tidur..huhu.

Tapi yang bestnya

  • Dari segi sekuriti Ibu rasa selamat. Tak risau orang masuk rumah.
  • Ibu suka rumah sekarang, walaupun kecil tapi selesa (langkah setapak sampai dapur, langkah dua tapak sampai bilik air..senang..hehe)
  • Komuniti kat sini rapat (siap ada persatuan bagai).

Emm tu yang buat Ibu dan Ayah macam sayang nak pindah ke rumah baru tu..tapi bila teringat kabinet kat rumah baru tu..semangat balik nak pindah..haha..


Err ini bukan apartment Ibu, hanya hiasan semata.

@ Error ni

Maaf dipinta..coding untuk TOP 10 Members salah tadi..huhu..ni baru Ibu perasan dan update..sekarang baru betul..so Good Luck semua!!

Pengumuman
Sesiapa nak voucher AliceWonders (dapat diskaun 30%) boleh komen..NAK VOUCHER..first come first serve ye..(Ibu tak jadi beli sebab tarikh akhir guna 22 November 2009-elaun tak masuk lagi..haih)..

@ BabyIbu Giveaway: TOP 10 Members

Apa ni? Ini bukan contest. Cuma giveaway kecil-kecilan. Tak susah pun. Macam mana nak sertai? Cuba tengok sidebar Ibu. Ada ini kan?



Top 10 Members ini adalah berdasarkan siapa paling rajin masuk blog Ibu. Tak kisahla korang nak tolong promote giveaway ni atau korang rajin nak masuk baca post Ibu lama-lama. Yang penting ranking tu adalah berdasarkan siapa paling rajin melawat. Tarikh tamat giveaway ini ialah: 31 Disember 2009.

Hadiahnya Ibu tengah fikir lagi. Nanti Ibu umumkan. Sesiapa yang sudi nak sponsor just email Ibu di babyibu at gmail dot com. TQ.

@ Cepat-cepat..

Wednesday, November 18, 2009

Sape minat AliceWonders beg. Kalau berminat isi survey ni dan berpeluang dapat discount. Ibu dapat dah, 30% discount. Hehe. apa lagi klik bawah ni..





P/s: Ibu nak beli bag lap top la..hehe.
P/s2:Ibu tengah bz buat survey lagi. Nanti Ibu kasi tips pasal survey ni.
P/s3: Kepada pemenang contest Si Comel Berbaju Raya sila kasi alamat ye, Ibu nak pos esok (penat semalam membalut)

@ Survey lagi..

Tuesday, November 17, 2009

Hari ni sibuk buat survey..tapi bukan survey langsir ke perabot ke (yang tu survey best). Ini survey untuk my PhD. Susah no rupanya. Maklumla ni first time nak buat questionnaire. Nak pastikan soalan yang diberi itu berkualiti, menepati objektif dan difahami oleh responden (kang tak faham macam mana nak jawab..huhu). Lepas ni kena buat pre-test dan pilot study. lepas tu baru la all out. Hehe pening-pening. Ibu nak masuk kelas quantitative research la. Belajar betul-betul pasal nak buat soalan, nak analisa data dan guna SPSS. Kurang ilmu ni lambat sikit buat kerja.



Em maaf kalau ada yang tak suka Ibu bercerita pasal study kat sini. Ayah tak approve buat blog baru. Katanya nanti bertambah sibuk pula nak update sampai dua blog. Hehe. So Ibu menurut perintah la ni. Takple Ibu share sikit-sikit kat sini my journey so sesiapa yang nak sambung or sedang sambung belajar boleh sama-sama share experience. Kepada yang sudah berpencen belajar, bolehla turunkan ilmu yang ada pada anak-anak. Tak gitu?

P/s: Sekarang senang boleh guna online survey, tak payah nak edar kertas macam dulu. Hantar by email je.

@ Study Room

Monday, November 16, 2009

Emm ada pertanyaan pasal study room..study room idaman Ibu mestilah mempunyai banyak rak buku (Ibu suka beli buku dan susun ala-ala macam kat library tu). Lepas tu kena ada tempat untuk printing, tempat stationary (Ibu paling suka pergi kedai stationary..macam heaven), fax dan sebagainya (ala-ala ofis kecil) dan mestilah ada board untuk tampal notis atau things to do.


Ofis kecil


 
Kalau dapat macam ni..waaa best...


Kalau di IKEA..banyak pilihan menarik untuk peralatan bilik study ni terutamanya rak bukunya..


Billy BookCase

Tapi kos die pun bolehla menahan berbanding kedai di luar cuma kelebihannya kita bolek ekjas rak tu ikut keperluan kita..untuk bilik study Ibu di rumah baru, kemungkinan Ibu beli ini kot (dah survey kat buku IKEA yang baru)..



Harganya dalam RM500++

Tapi bagi yang di luar KL, jauh la juga klau nak beli rak kat IKEA. Anda boleh survey di kedai perabot. Rasanya lagi murah dari IKEA ni cuma selalunya fixed la (tak boleh nak ekjas ketinggian antara shelf dan sebagainya).



Isy..mesti semangat kalau boleh study di bilik study yang proper macam tu..ni tak sabar nak pindah ni..

@ An email from Alice Wonders..


Good day to you!
You have been chosen to be the winner by the Mad Hatter =)
No idea what we’re talking about?
Remember AliceWonders.com?
www.alicewonders.com
Remember the GOT BOOBIES” blogging contest? *wink
YES THAT CONTEST!
You are officially the winner for Monday(9th Nov)
You’ve won yourself a pursehook! *Applause

Haa..tepuk-tepuk..keke. Lama tak menang apa-apa dari blog ni. Walaupun tak menang bag tapi pursehook pun alhamdullillah. Ibu pilih yang ni..





@ MomBloggersPlanet Cutest Baby in NATURE Contest

Sunday, November 15, 2009

Kali ni nak join contest anjuran MBP sekali lagi. Tema bulan November ialah "Cutest Baby in NATURE". Kebetulan ada gambar Ammar beraktiviti luar maka boleh la join. Gambar yang dipertaruhkan ialah..



Nama: Mohd Ammar Bin Mukhlis
Tarikh Lahir: 23 April 2008

Gambar ni diambil di Tasik Darulaman di Jitra, Kedah. Masa ni Ammmar baru pandai jalan. Bila petang, Ibu bawa Ammar main di taman di sebelah tasik. Ammar tampak riang berlarian-larian mengejar bola, mengutip rumput (hehe) dan mengejar arnab. Walaupun kadang-kadang jatuh, Ammar nampaknya sangat seronok.

Bagi Ibu, kita hendaklah selalu bawa anak kita melakukan aktiviti di luar rumah. Aktiviti di luar rumah yang menarik seperti bermain bola dan sebagainya dapat meningkatkan potensi pembelajaran dan perkembangan otak anak. Aktiviti luar yang melibatkan ‘Nature’ atau alam sekitar dapat memperkenalkan anak anda kepada tumbuhan, haiwan, cuaca dan banyak lagi. Mereka juga dapat bergembira sambil belajar untuk lebih bebas dan berdikari. Tapi jangan lupa, sentiasa pantau aktiviti yang dilakukan si kecil dan pastikan persekitaran anak anda bermain itu selamat.

Terima kasih kepada penganjur dan sponsors:

@ Bila jadi mak bapak..

Tadi kami pergi One Utama..saje round-round tengok kedai langsir kat situ..kemudian lalu depan MPH..ada orang buat promotion bagi belon kat Ammar..Ammar pun apa lagi suka le..kemudian kami jalan-jalan lagi..sepanjang jalan rasanya dekat 5-6 orang berhenti tanya Ibu..

"Kak. mana dapat belon tu?"

"Tumpang tanya, kat mana boelh minta belon tu?"

Semuanya mestilah ibu bapa yang ada anak kecil. Emm bila fikir buat Ibu tersenyum. Ibu pun kadang-kadang ada perasaan yang sama. Kalau nampak ada budak-budak pegang belon ke apa (ala-ala macam free gift), leher mesti tercangak-cangak, apa la promotion tengah buat dapat benda tu. Hehe.



Last week Ibu dan Ayah pergi buka akaun kat Bank Rakyat. Teruja sebab nak tabung (boleh ke cam gitu?). Nak simpan duit syiling Ammar kat sini la kononnya. Masa tengah queue orang tu proses, ada 4-5 orang juga datang tanya..

"Macam mana nak dapat tabung tu ye?"

"Saya nak buka akaun yang dapat tabung macam kat depan tu"

Tapi nak dapat tabung tu kena simpan RM150, sedih Ibu tengok beberapa ibu bapa yang pulang kehampaan. Mereka buka akaun RM20 dan tanya nanti bila dah cukup boleh minta tabung tu. Sekarang baru faham perasaan jadi mak ayah kita yang sentiasa nak terbaik untuk kita. Cuma mungkin kadang-kadang ada kekangan ekonomi dan sebagainya yang memaksa mereka berkorban. Kita je dulu yang tak faham.

Kesimpulannya di sini, betapa kita sebagai ibu bapa nak yang terbaik untuk anak kita. Walaupun even simple things seperti belon dan tabung tu. Nak beli baju yang tercantik, nak beli permainan yang terbaik, bagi pelajaran yang terbaik dan kalau boleh nak sediakan kehidupan yang paling selesa untuk anak kita. Semoga Allah murahkan rezeki dan permudahkan urusan kita semua. Aminnnnnnn.

@ Survey langsir..

Saturday, November 14, 2009

Lama tak cerita pasal deko deko rumah baru. Aktiviti tergendala sekejap atas sebab-sebab tertentu (eceh). Esok nak pergi survey langsir. Ibu ni dah la tak pandai nak tengok kain (buta kain..keke). Tapi takpe kita pergi belajar. Banyak juga nak kena tahu pasal langsir. Jenis kain (untuk siang la untuk malam la), jenis heading dan macam-macam lagi la. Tapi yang Ibu confirm, ukuran kena betul sebab banyak kes tempah (ni kes tempah tau bukan beli yang siap dah - satu kat Jakel dan satu kat Ikea) tersilap buat. Singkat dan tak muat dengan panel tingkap. Tak ke haru..huhu.

Kalau kat rumah dulu panggil orang datang, die ukur, die design, die pasang dan dielah pilih kain. Tapi kosnya tinggila kan kalau macam tu. Kami ni berkos tak berapa tinggi makanya kami ukur, kami pilih kain dan kami pasang. Hehe. Ibu berkenan design simple-simple macam kat bawah ni:


.
Sesuai letak kat bilik..dinding sama kaler ni..



Kalau buat sliding door kaler cam gini ok ke Ayah?

Ada cadangan atau pendapat anda pasal langsir? Tadi pergi dengan Jue dekat Elyza dan apa tah satu lagi kat area Dataran Sunway ni. Tapi harganya boleh tahan. Ada satu tu cantik dekat RM100 semeter. Mampuih la. Ibu nak cari yang RM10 semeter je (sep) Orang kata kat Nilai murah tapi jauh no. Mesti Ayah tak approve. Takpe kita survey area sini dulu. Jom kita serbu.

@ Layan video di petang Jumaat..

Friday, November 13, 2009

Kisah Ammar makan oren...dah tinggal tulang anak Ibu ni sejak cirit-birit dan muntah..huhu..




P/s: Untuk rujukan (teh = terima kasih, angkat tangan = assalammualaikum)

@ Checklist..

Last week Ibu terima satu lagi parcel hadiah..jeng..jeng...




Hadiah daripada SherryTHMia dan Niko..Thanks a lot dears..





So inilah semua hadiah-hadiah yang nak dipos. tengah tunggu alamat daripada pemenang ni.Kepada pemenang, sila semak senarai di bawah. Pemenang yang bertanda ** sila hantar nama, alamat dan no telefon keada Ibu dengan segera di Contact Me di atas. Terima kasih.


Kategori A
  1. Muhammad harraz aQeel bin abbashah
  2. Anas bin Ahmad Ashraf
  3. Haziq Haqimie b. Mazlianto
Saguhati

Kategori B
  1. DAMIA FIRDINA BINTI ABDULLAH FAISAL
  2. Athirah Hani Bt Mohd Erly
  3. Maizara Zulaikha bt. Mior Haslem
Saguhati


@ Baby Warehouse Sales November 2009

Thursday, November 12, 2009

Dah lama tak update pasal sales..sebabnya? Ibu sekarang kurang bershopping..hehe..tapi kali ni nak shopping sikit. Sebab baju dan seluar Ammar semua dah singkat dan ketat. Seluar panjang dah jadi 3 suku, baju pun dah ala-ala Salman Khan..hehe. Maka haruslah kena pergi kali ni kan Ammar sayang. Ini antara warehouse bulan ni:

Fabulous Mom Relocation Crazy Clearance Sale (12 - 15 November 2009)
Banyak barang untuk Ibu yang nursing dan juga breastpump
Maklumat lanjut KLIK SINI


JCard Privilege Shopping Day (13 - 22 November 2009)
Dulu Ibu banyak borong barang Ammar kat Jaya Jusco..KLIK SINI
Maklumat lanjut KLIK SINI


Pureen Stock Clearance Promotion (21-22 November 2009)
Ini wajib nak pergi kali ni. Nak cari baju basahan. Ibu dah pergi dua kali KLIK SINI dan SINI
Maklumat lanjut KLIK SINI


Poney Warehouse Sales (6-15 November 2009)
Yang ni pun best..Ibu sangat suka baju Poney..kain die sejuk dan lembut..tapi Ayah tak nak pergi..ada sesiapa sudi bawa Ibu pergi sana..hehe..nak tahu pasal pengalaman Ibu pergi dulu..KLIK SINI
Tempat: SACC Mall, Shah Alam




@ Sila 'save' ye..

Wednesday, November 11, 2009

Setiap kali anda membuat sebarang kerja (tidak kira minit mesyuarat, laporan, blog post atau pun warkah cinta sekalipun) sila SAVE ye. Anda hendaklah membiasakan diri menekan button SAVE setiap 5 minit sekurang-kurangnya. Jika tidak.....


Anda akan menjadi macam SAYA!! Waaaaaaa..sungguh bijak hari ini..selalunya ada autosave tapi tiada tuah kali ni..makanya saya kena buat semua balik..semua gara-gara komputer main suka hati restart dan bila restart tiada history yang boleh dicapai (padan mukaku!!). Sekian terima kasih..nak sambung buat report yang hilang.

P/s: Itula akibat buat report tak SAVE pastu pergi menyembang di luar lab sampai lupa diri..huhu

@ Refresh balik..

Wah..pening kepala..oleh kerana seminggu mc (Ammar tak sihat):
  • Email banyak tak berbaca
  • Blog pun nasib baik banyak entri dalam draft 
  • Farmvile pokok mati (muahaha)
  • Jurnal terlantar keseorangan (nak start balik pening weh)

So..kena start balik refresh semua benda ni..susun atur jadual balik....hari ni bz skit..ada meeting dengan supervisor..nak update (erk tak tahu lagi nak update apa..huhu..)..chayokk..(petang2 skit Ibu update ye pasal list pemenang)..

@ Pantang Larang 44 hari

Tuesday, November 10, 2009

Petua Semasa Berpantang

Bagi Ibu, tempoh berpantang sangat la tak best. Yelah, time tu kan tengah sakit (Ibu kan operate) lepas tu semua makanan dicatu. Itu tak masuk lagi pantang-larang yang diamalkan (Ibu dikawal ketat oleh Mama dan Mak Tok). Memang betul-betul mengira hari la nak habis. Pula tu time tu kat Kedah panas sangat-sangat. tapi bila Ibu masuk bilik yang ada aircond terus rasa seram sejuk..huhu. Antara pantang larang yang Ibu (kena paksa) amalkan ialah (selain daripada bertungku, berurut, bertangkas dan yang wajib-wajib):

  • Tak boleh minum air banyak (gila dahaga masa ni) - sebabnya nanti urat kembang (lebih kurang macam tula)
  • Makan pun hanya dalam kuantiti sedikit - tak boleh tambah (Ibu time ni makan sampai licin..lapor woo)
  • Tak boleh minum ais (sampai setahun juga)
  • Tak boleh makan nasi sejuk/nasi semalam - untuk elak masuk angin
  • Tak boleh duduk direct dengan angin (apatah lagi aircond) - sebabnya nanti badan masuk angin (ni betul kot sebab pernah duduk dalam aircond sekejap terus seram sejuk badan)
  • Kaki kena berstoking - untuk elak masuk angin
  • Ibu jari kena jaga jangan bagi tersadung - sebabnya urat rahim terletak disitu
  • Jangan dukung baby lain semasa berpantang - sebabnya takut turun darah
  • Duduk kena elok-elok (bersimpuh dan tak boleh mengangkang) - supaya tulang punggung tak kembang
  • Tak boleh duduk atas lantai (atas tempat sejuk)
  • Elak makanan yang sejuk dan berangin seperti kekacang, timun, kobis dsb 
  • Elak makanan yang tajam dan berbisa - macam air tebu pun Ibu still pantang
  • Tak boleh membaca, menulis dan menjahit - sebabnya nanti mata cepat rabun
  • Tak boleh keluar rumah sangat 
  • Tak boleh buat benda berat macam angkat baldi penuh berisi air - hanya boleh angkat barang seberat bayi kita
  • Tak boleh makan laksa dan mee kuning (ini Ibu amal sampai setahun) - sebabnya kapur nanti boleh kasi kembang urat
  • Rambut kena ikat tegang-tegang - sebabnya nak elak masuk angin
  • Jangan terlampau stess atau fikir sedih-sedih - takut meroyan
  • Tunggu 100 hari sebelum bersama - sebabnya kasi kuat sikit dalaman tu (tapi yang ni Ibu macam tak cukup sangat..muahaha)
Itula antara yang Ibu ingat. Semua ada sebab (hehe kerana Ibu pasti tanya..pasai pa? sebelum amalkan). Walaupun agak tension masa berpantang tu tapi kesannya lepas tu baru dapat rasa tau. Ada orang kata kalau tak berpantang elok-elok nanti bila usia dah lanjut baru rasa kesannya. Ibu rasa ada betulnya. Maka jomlah kita amalkan apa yang terdaya.




Gambar masa berpantang (time Ammar aqiqah). Time ni rasa sangat gumuk dan tak cantik. Nak senyum pun tak larat. Hehe (sebenarnya tengah tension tengok lauk kenduri sedap-sedap, Ibu makan ikan haruan tu je). 


P/s: Pernah juga dulu google petua semasa mengandung (tak boleh duduk kat tangga, tak boleh makan/minum dari bekas sumbing, tak boleh bunuh haiwan) tapi banyak sangat sampai takut pula nak tahu..hehe


@ Hari Mingguku

Monday, November 9, 2009

Hujung minggu lepas budget nak siapkan Ibu punya literature review. Tapi biasala..asal semangat je mesti ada dugaan. Ammar muntah-muntah dari hari Khamis..mula-mula sikit je. Masuk hari Sabtu makin teruk. Asyik muntah dan badan mula panas. Dr bagi ubat muntah dan angin. Kesian sangat badan sampai lembik. Sampai ke hari ni tak sihat lagi itu yang Ibu tak sempat nak keluarkan list pemenang.

Diharap kepada semua pemenang (termasuk top ten)..sila email Ibu nama, alamat, no telefon, nama anak dan tempat yang dimenangi (no 1 ke top ten ke) DISINI. Hadiah semua dah dapat. Insyaallah bila Ammar dah sembuh Ibu akan uruskan penghantaran. Terima kasih semua dan doakan Ammar cepat baik ye.

@ Nak edit template?



Entri ini bagi menjawab beberapa persoalan yang Ibu dapat berkenaan dengan template. Terdapat banyak site yang menyediakan template free sama ada untuk blogspot ataupun wordpress. Terserah pada anda untuk memilih design mana yang berkenan di hati mengikut keperluan dan kehendak anda.Contohnya anda nak design yang simple dan sedap mata memandang atau nak design comel-comel (semua ni bergantung pada content dan hala tuju blog anda..eceh)..dan sama ada anda nak 2 colum ke 3 column ke..8 column pun ada tau (bergantung berapa banyak gadget anda nak tempek kat blog anda).

Antara site yang Ibu pernah guna ialah giselejaquenod..template yang disediakan dalam bentuk animasi, sangat comel dan simple. Tuan punya templat juga bersedia membantu sekiranya ada masalah kat templat anda. Lama juga Ibu guna template dari site ni. Cuma kekurangannya..design die limited la skit..so kita maybe bump to each other..tapi kalau cantik apa salahnya..tak gitu?



Ada satu lagi thecutestblogontheblock..ini Ibu tak pernah guna tapi design die memang cantik-cantik. Siap ada free banner, bling-bling dan button. Kelebihan template dari site ni..die hanya tukar background..jadi semua widget (apa-apa yang anda letak di sidebar anda) terselamat..tak payah nak buat balik semua. Kekurangannya, kalau anda nak tukar ke 3 column (tapi sekarang pakai 2 column) anda kena tukar html code ke 3 column terlebih dahulu.



Kalau anda betul minat nak guna banyak column (macam Ibu - Ibu suka sebab sebab senang nak organized)..boleh la pergi ourblogtemplates . Kat sini ada pelbagai template..dari 2 column sehingga sampai 8 column template. Kelebihan template dari site ni ialah anda boleh ubah suai ikut keperluan anda.



Contohnya..kalau anda pilih template di bawah ni, selepas upload fail di layout anda (ni kalau guna blogspot)..anda boleh tukar warna keseluruhan background (dari warna asas background hingga ke garisan pemisah antara widget) dan juga jenis dan warna tulisan. Header/Banner juga anda boleh ubah letak header lain atau gambar anda sendiri, yang penting cuma perlu ikut saiz yang diberi (dinyatakan dalam arahan mendownload). Taraa..makanya blog anda memang akan lain dari yang lain.



Macam Ibu punya header, Ibu just edit untuk letak gambar Ammar tu guna photo editor iaitu PhotoScape..boleh lihat senarai photo editor DISINI..dan selepas pastikan saiz sama seperti yang dinyatakan..kemudian Ibu upload ke blogspot..maka siaplah header Ibu itu (macam nak tukar header baru animasi comel-comel tapi tak reti nak design..huhu)...

Emm lain-lain site yang menyediakan template ialah blogspottemplate50-most-beautiful-blogger-templatesbtemplates.com dan thecutestsiteontheblock.com. Ok..harap entri ini dapat membantu..selamat menukar template..dan ya..jangan lupa backup blog sebelum edit ye!! Terima kasih.

@ Nak tanya..Batuk?

Ada satu persoalan yang Ibu nak kongsi bersama..harap ada yang sudi beri pandangan...sharing is caring kan..ini exact words from one of the readers..

My baby baru 1 month..tp baru2 ni kena batuk..n setiap kali batuk mcm ada bunywheezing sket la but no too bad. i dah bawak jumpa pediatric..dia suggestkan i guna inhaler la..hmmm...she's too small for inhaler. any idea from u mengenai perkara ni...coz i mmg worried. or maybe u ader cara lain /medication yg boleh membantu i dlm perkara ni...

Ammar pernah kena batuk sekali..tapi sikit saje jadi Ibu takde experience sangat..harap Ibu-ibu yang lain sudi membantu..Tq in advanced..

@ Entri Yang Agak Personal..

Friday, November 6, 2009

Ramai tanya kenapa sambung belajar? Yelah..Ibu bukan attached to mana-mana universiti..kalau Ibu nak senang..Ibu boleh duduk rumah, goyang kaki sambil main dengan Ammar sepanjang hari..Ibu dah cuba jadi surirumah..tapi Ibu rasa sungguh tak sesuai..

Bila mula-mula kahwin..Ayah nak Ibu jadi surirumah..jaga keluarga,jaga rumah dan jaga anak. Masters Ibu siap betul-betul lepas kahwin..jadi selepas itu Ibu duduk rumah dan cuba menjadi surirumah yang baik. Walaupun seronok sebab boleh bangun lambat, tengok tv dan rehat-rehat..tapi deep down Ibu rasa kosong. Lebih-lebih lagi bila lihat kawan-kawan semua mengembangkan kerjaya..Ibu rasa kerdil sangat. Kadang-kadang Ibu rasa semua penat lelah Ibu dari kecil untuk mendaki menara gading (eceh)..macam takde maknanya..cita-cita Ibu macam tak tercapai..

Semenjak dari kecil..Ibu dikelilingi dengan buku dan ramai kawan-kawan yang berjuang untuk belajar menjadi yang terbaik..di rumah pun Ibu banyak habiskan masa belajar dan membaca..(belajar buat kerja rumah pun lepas SPM..Abah marah sebab tak pandai masak..huhu)..so buat kerja rumah ni bukan sesuatu yang Ibu suka dan pandai buat..

Ya..Ibu boleh masak, menjahit dan mengemas..tapi tak tahu kenapa..Ibu takdela suka sangat..ye..ada sesetengah orang suka masak (cuba pelbagai resipi setiap hari), ada yang suka kemas rumah (mengemas dan mop setiap masa) ataupun basuh kain (teringat Donat..hehe)..tapi bagi Ibu..Ibu buat semuanya kerana itu tanggungjawab..bukan sebab passion (menantu yang hampeh ni..huhu)..tapi Ibu memang dah cuba yang terbaik..dari mengandungkan Ammar sehingga melahirkan Ammar..Ibu jaga sendiri..didik Ammar..bukan Ibu tak suka duduk rumah jaga Ammar..Ibu suka sangat..tapi macam Ibu kata..deep down Ibu rasa ada yang uncomplish..

Sebab itu..awal tahun ni Ibu kerja..dan ya..rasa sangat bersemangat..Ibu nak jadi yang terbaik..kat situ Ibu punya kekuatan..Ibu tahu kat mana Ibu boleh tunjukkan prestasi yang sebenar..Ibu macam dapat balik semangat Ibu yang dulu..semangat nak dapat no 1..semangat nak jadi yang terbaik..semangat yang menaikkan keyakinan diri (sungguh tak best bila balik kampung orang asyik tanya keja apa..rasa down je)...

Setelah 6 bulan kerja..Ibu dapati..rumah makin terbiar..masa ibu dengan Ammar makin kurang. Ibu punya kerja menuntut Ibu pergi kerja seawal pagi dan kadang-kadang balik malam. Kemudian Ibu sambung belajar (kerja Ibu menuntut untuk sambung PhD) tanpa cuti belajar. Pada waktu ini..Ibu rasa dah macam superwoman..tapi Ibu sedih bila kurang masa untuk keluarga. Setelah berbincang dengan ramai orang, kawan dan keluarga..Ibu mula berfikir untuk berhenti.

My FIL ada cakap..kita tak boleh terlampau ambitious..nanti keluarga yang terkorban. So FIL tanya Ibu. apa yang penting dalam hidup Ibu? Ibu cakap..pertama keluarga, kedua sambung belajar dan ketiga kerjaya. Makanya selepas perbincangan itu..Ibu membuat keputusan untuk mengorbankan salah satu dan tentunya kerjaya (yang juga mengorbankan wang poket tiap-tiap bulan..huhu).

Alhamdullilah..Ibu rasa Ibu ambil keputusan yang betul. Ibu mempunyai banyak masa dengan Ammar dan Ibu belajar dengan lebih tenang (dan alhamdullilah dapat biasiswa  yang memudahkan proses pembelajaran Ibu)... Oh berbalik pada persoalan awal tadi..kenapa Ibu sambung belajar? Kerana dengan sambung belajar..Ibu ada matlamat hidup..something yang buat Ibu maju ke depan. Walaupun susah, Ibu teruskan juga kerana Ibu sedar Ibu tak boleh menjadi surirumah yang baik. Makanya biarlah buat sementara waktu ni Ibu duduk rumah dan pada masa yang sama mencapai sesuatu yang Ibu rasa menolak Ibu untuk maju ke depan...

Isy melalut betul hari ni..kesimpulannya..kita mestilah ada matlamat hidup tetapi jangan abaikan keluarga..kerana at last..keluarga adalah harta yang paling tak ternilai yang kita miliki...adioss...

P/s: Teringat Lynette dalam Desperate Housewife..Ibu paham apa yang die rasa..huhu..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Widget By Devils Workshop