@ Bila jadi mak bapak..

Sunday, November 15, 2009

Tadi kami pergi One Utama..saje round-round tengok kedai langsir kat situ..kemudian lalu depan MPH..ada orang buat promotion bagi belon kat Ammar..Ammar pun apa lagi suka le..kemudian kami jalan-jalan lagi..sepanjang jalan rasanya dekat 5-6 orang berhenti tanya Ibu..

"Kak. mana dapat belon tu?"

"Tumpang tanya, kat mana boelh minta belon tu?"

Semuanya mestilah ibu bapa yang ada anak kecil. Emm bila fikir buat Ibu tersenyum. Ibu pun kadang-kadang ada perasaan yang sama. Kalau nampak ada budak-budak pegang belon ke apa (ala-ala macam free gift), leher mesti tercangak-cangak, apa la promotion tengah buat dapat benda tu. Hehe.



Last week Ibu dan Ayah pergi buka akaun kat Bank Rakyat. Teruja sebab nak tabung (boleh ke cam gitu?). Nak simpan duit syiling Ammar kat sini la kononnya. Masa tengah queue orang tu proses, ada 4-5 orang juga datang tanya..

"Macam mana nak dapat tabung tu ye?"

"Saya nak buka akaun yang dapat tabung macam kat depan tu"

Tapi nak dapat tabung tu kena simpan RM150, sedih Ibu tengok beberapa ibu bapa yang pulang kehampaan. Mereka buka akaun RM20 dan tanya nanti bila dah cukup boleh minta tabung tu. Sekarang baru faham perasaan jadi mak ayah kita yang sentiasa nak terbaik untuk kita. Cuma mungkin kadang-kadang ada kekangan ekonomi dan sebagainya yang memaksa mereka berkorban. Kita je dulu yang tak faham.

Kesimpulannya di sini, betapa kita sebagai ibu bapa nak yang terbaik untuk anak kita. Walaupun even simple things seperti belon dan tabung tu. Nak beli baju yang tercantik, nak beli permainan yang terbaik, bagi pelajaran yang terbaik dan kalau boleh nak sediakan kehidupan yang paling selesa untuk anak kita. Semoga Allah murahkan rezeki dan permudahkan urusan kita semua. Aminnnnnnn.

10 kawan BabyIbu berkata-kata..:

MaJoRiTy MaMa said...

adoi..tersentuh la pula baca post ibu ammar yg ni.. mmg kadang2 tak semua benda kita nak kita mampu beri kat anak kita. Tapi bila jadi mak ayah ni, apa-apa pun kita sanggup korbankan.

unlisted_one said...

sobs...memang betul pun. Kenapa la masa kecik2 dulu tak nak faham kdg2mak dgn ayh tak nak bg bukan sbb diaorg tak nak, tapi tak mampu.
sekrg bila dh jadi ibu, baru faham, mcm mana seboleh2nya kita nak sedia semua yg terbaik utk anak kita.

eezah said...

terharu baca citer yana ni..betul tu kita kalu boleh nak yang terbaik untuk anak2 cuma kadang kala kewangan yg terhad buat kita tak mampu nak sediakan..

dah jadi ibu ni baru tau..dulu masa kecik2 tau mintak je bila tak dapat ku terus merajuk..hehe

Oyis said...

sedih la plak baca entry kali ni. ye la, masa kita kecik2 mmg kita kuat minta mcm2 ngan parents, kalo x dpt mula la muncung. dah jadi ibu baru rasa kan? kdg bila beli baju murah2 sket ke (utk wat baju basahan kat rumah), or lampin murah sket ke, hati mmg rasa hiba. tp suami la kuat bg nasihat, jgn diikutkan sgt hati nak beli yg branded atau mahal semua, biar budak tu tahu susah dari kecik, n bkn nya duit jatuh dari langit. but still... kalo mampu mmg dah bg kan?

e.l.i.s.s.m.i.e said...

btol laa..mak bapak nak buat yg terbaik utk anak2 dier..hrp2 anak2 pun nanti buat terbaik utk kita..Amin

Ma...ma..... said...

wowee...kena bukak acc utk hadif gak ni...mama mmg dh lama nk bukak acc bank rakyat utk hadif tp dok tertangguh jer...minimum rm150 ye yana?kalu masuk lg banyak,ada dpt hadiah lain2 tak?

mama pun ahli kelab nuri(time kecik2 dulu la0...anak pun harus la jd ahli gak...hehe

Elyn said...

bile dh jadi parents ni br i perasan... i pun nk bg yg terbaik je tuk wafiq!!

fazilzura said...

now mmg , kalau ada duit lebih skit .. mmg zr akan simpan dlm akaun akil...
akil pun dh ada ASD .. leps ni nk bukak tabung haji plak ..
duit2 dia dpt dari bby smp skang ni mmg akan di simpan ( tp ado jgk yg ibu dgn ayah nye pinjam kahhh )...

CuTeMiUt78 said...

yup betul tu.. memang kadang pun ada rasa camtu gak..

MarDiah said...

Yang terbaik tu tak semestinya kite perlu ada apa yang orang lain ada. Bila kita terapkan mcm tu kat anak2, mereka akan faham.

"terima kasih ibu kerana mengasuh ku untuk bersyukur dan redha dgn apa yang ku ada."

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Widget By Devils Workshop