@ Dia ada..

Tuesday, November 24, 2009

Kita selalu kata..eii bestnya..

Dia ni cantik, semua orang suka die.
Dia senangnya dapat kerja, aku ni liat betul nak dapat kerja.
Dia kerja besar dan dapat gaji besar, mesti best boleh shopping selalu.
Dia senang dapat boyfriend, boyfriend handsome dan kaya pulak tu.
Dia kahwin cepat, aku ni tak tentu hala lagi.
Dia senang dapat anak, aku ni dah macam-macam cara cuba tak boleh juga.

Tapi kita tak tahu..

Dia ada masalah keluarga, keluarganya asyik bergaduh.
Die ada tanggungan keluarga, nak kena bayar hutang keluarga.
Die jodoh berat, nak jumpa yang serasi sangat la susah.
Dia ada masalah dengan mentua, asal jumpa je gaduh.
Dia ada penyakit, selalu kena pergi hospital.
Dia tiada kawan, semua orang sisihkan dia.

Kesimpulannya..

Setiap orang ada kelebihan dan kekurangan. Sekiranya kita lebih bahagian A, kurangla sikt bahagian B kita. Sekiranya kerjaya kita cemerlang, ada la dugaan di tempat lain. Sekiranya kita ada masalah kewangan, ada la kebahagian di tempat lain. Jadi kita harusla bersyukur dan jangan banding-membanding. Allah itu Maha Kaya dan Maha Adil. Bila kita bersyukur, kita akan lebih menghargai apa yang kita ada dan hidup kita kan lebih bahagia. Amin.


Cartoon by Nicholson from "The Australian" newspaper: www.nicholsoncartoons.com.au

11 kawan BabyIbu berkata-kata..:

yatie chomeyl said...

btol3x...setuju sgt2

sari said...

akak pun setuju...jadi bersyukurlah dengan apa yg dianugerahkan pd kita kan...kalaulah semua org boleh pk camtu, aman dunia ye x?

atulhani said...

betul tu.. kadang-kadang kita nampak life orang jauh lebih sempurna, tapi kenapa kita tak tengok life kita yang sebenarnya takde kurang apa-pun..

azura said...

yep. saya pun selalu berpegang pada prinsip hidup ni. saya ada kwn, dia cantik, pakai kereta besar, hidup agak mewah. saya selalu cakap kat husband saya, seronok tengok kawan saya tu ngan husband dia, pakai kereta besar, loving couple. tapi end up diorng bercerai. saya insaf sebentar.

Elyn said...

betul tu yana.... kadang2 kite ni tak bersyukur dengan apa yg kite ada. asik nk compare dengan org lain je.....

Asmahani said...

betul yana, i dah lama sentiasa berusaha untuk tidak compare myself to others. Menambahkan stress! Tapi, jangan pula sampai tak nak improve diri sendiri. Mesti ada improvement, tapi jangan sampai buat sesuatu sebab nak bandingkan diri dengan orang.

adianiez AIDA said...

apa yg aida nak share kat sini... selalu2 la kita tgk org yg lebih kurang @ rendah dari kita. maka, kita akan lebih bersyukur dgn apa yg kita ada. jgn lihat org yg lebih perfect dari kita. sebab kita akan kurang rasa bersyukur dan mengharapkan sesuatu di luar kemampuan...

nurul aziyana said...

btul2, stuju..kesimpulannya bersyukur apa yg kita ada apa yg Tuhan tentukan utk kita

~ZuE~ said...

yezzaaa...aku slalu nmpk mende ni..ader hikmah disebalik segala nikmat n dugaan yg Tuhan bagi..di situ laa kite nmpk benarnye kenyataan Allah itu Maha Adil..ape pon bersyukur dgn rezeki yg dikurniakanNya n sentiasa berdoa agar kita tabah menghadapi dugaanNya..btw, nice reminder tho :)

eezah said...

betul tu yana,kadang2 kita tak bersyukur dgn apa yang ada pada diri kita ni..

husni said...

pinjam (copy n paste) akaknye entry eh..nak kongsi ngan kawan2 lain..
hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Widget By Devils Workshop