@ Memborong di JCard Day One Utama

Wednesday, November 25, 2009

Pagi semalam, bergerak dari rumah dalam pukul 10.30 pagi. Budget mesti parking penuh dan ramai orang. Alhamdullillah masa pergi tu orang sedang-sedang saja (mungkin sebab orang kerja, JCard Day buat 2 hari, gaji tak masuk lagi). Masuk-masuk saja..wahh pening Ibu tengok. Banyak betul salesnya. Meh sini Ibu cerita by department.



Bahagian lelaki, banyak sales baju kemeja, seluar slack, tshirt dan dalam-dalaman pun murah juga. Ayah lama juga lepak mencari seluar kerja. Ayah beli 3 seluar kerja 70% off. Puas hati la kata Ayah. Untuk barangan household, yang paling banyak sale cadar dan comforter. Samapi 80% juga. Wah mahal-mahal rupanya cadar-cadar ni. Memang kena tunggu sales baru boleh beli rupanya. Ibu capai juga satu set comforter. Satu set comforter+set cadar+free bantal (Dapat dalam RM99 selepas 70% dan time Happy Hour). Berbaloi-baloila.

Emm masa Ibu pergi banyak betul diorang buat Happy Hour. Kira kalau dengar announcement happy hour ni Ibu pun pergi la jengok mana tau ada barang berbaloi nak beli. Ibu tak borong sangat. Beli yang perlu sahaja (eceh padahal setiap kali nampak barang nak capai tapi lepas tu pikir 5-6 kali..adakah aku perlu benda ni? haha)

Bahagian ladies pula, handbag, kasut, baju dan dalaman memang sales kaw-kaw punya. Ibu beli kasut satu (kasut raya la kononnya). Nak cari seluar tapi seluar Ibu nak takde saiz. Ibu beli t-shirt RM10 nak pakai di rumah dan kemudian nursing bra. Disebabkan barangan Scarlet (Ibu standard Scarlet je..huhu), beli lebih RM50 dapat free gift makanya Ibu pun beli la sampai RM50 (kuang-kuang-dasar terpengaruh).



Em last sekali (saje letak last sebab ni part paling best), bahagian baju anak. Waahhh..dulu pergi JCard dekat Klang tu bahagian Baby tak sales sangat. Setakat 30% je. Tapi kali ni, semua 70% off. Ibu beli baju Poney dua tiga helai untuk Ammar (harga macam warehouse sales tu) dan seluar jeans Peter Rabbit (dapat dalam RM20 sehelai). Mamipoko pun promotion, ramai yang borong. Tapi Ibu tak tengok pula harganya since dah borong Pet Pet kat Giant minggu lepas.

Tapi kan, kena hati-hati juga. Masa Ayah dok pilih baju untuk Ammar. Brand Anakku-Ayah tengok harganya RM80 lepas tu mereka lupa buang tag lama (yang harganya hanya RM40!!)-kemudian dibuat 70% off. Hampeh je. Terus Ayah tak tengok lagi. Makanya bila bershopping tu kena tau juga la range harga sebenar. Kalau tak tertipu nanti. Macam Poney tu Ibu memang suka dan selalu usha makanya dah tau standard harganya (selalu RM36 ke atas) jadi bila dapat RM14 sehelai kira dah murah la dan cantik-cantik pula tu.

Kesimpulannya, kita kena bershopping secara berhemat (eceh). Hehe. Hemat tak hemat pun satu troli Ibu belasah semalam. Huhu. Tapi Ibu beli semua yang 70% off saje..hehe. Kepada korang yang nak pergi. Sempat lagi ni. Sampai malam ni pukul 10 malam. Hari ni katanya ada handbag fair lagi. Jadi..pergilah serbu.


Errkk ni shopping untuk tahun depan sekali ni..hehe

14 kawan BabyIbu berkata-kata..:

Mama_Aqish said...

wah...bestnyer shopping...banyak tol beli

eiNa said...

mukhlis tu mc ke EL tu? kekekee semata2 nk p sopping ek..

BabyIbu said...

mama-aqish..shopping mmg best..poket je tak best..keke

kak eina..mukhlis cuti ganti sbb malam sebelum tu die keje site..hehe

Manjakusayang said...

Betl tu Ibu. Kalo gi mana2 sale ker.. ummi memang berkira2..betul ker harga dia cam ni... Kalo rasa was2 jer, cari yang lain! Lagi 1 ummi suka kalo time2 cam ni, ummi akan cari branded sikit! Coz, yg tu memang untung kalo beli. Kalo yang biasa2 cam anakku, rugi sikit! Tu pandangan ummi ler... Bestnya shoping...

eezah said...

bestnya gi shopping! biasa bila ujumg2 tahun ni byk sale la..

Drama Mama said...

hamboi!penuh satu troli ya. betul ka untuk tahun depan skali ni, kang tahun depan kalau ada sale harus la terjah lagi, mesti tak tahan punya betul tak yana? hahaha

Asmahani said...

Good. Pembelian berhemah di situ. :-)
psst.. sempat juga snap gambar orang ramai2 memborong ye..hehe..

mama tisya said...

sy pn pegi smlm ..mmg suka soping time jcard sebab dpt voucher:-) pelik jugak ek 1st time dgr jcard kt klang 30% je diskaun sebab dh byk kali pegi mmg smua smp 70% and kalo happy hour dpt up to 80% tp tktau la kt jj klang camtu...

pg td ada opismates ajk lg pegi arini cz smlm die tk sempt pegi..mentang2 ler opis dkt ngan jusco ou leh la kuar kejap kn...tp arini tkmau dh pegi..okla wat 2hari tkde la sesak2 sgt

Nazuha said...

eh troli jusco tu hangkut bwk balik skali ke? nampak troli kat paking motor bwh tadi.. ;P

lama tak nampak yana+ammar. salu dgr bunyi kete je.

miemiey said...

wah banyak tul barang yg di borongnya..tu tak termasuk barangan dapur lagi...hihi...takpe setahun sekali sales besar palk tu

ada jugak penipuan pasal harga ye...
jualan murah ni kl tak hati2 mmg mengaburi mata kita..

Elyn said...

hamboi borong beli u yana..... beli time sales mmg berbaloi2!!

Sherry said...

wah great haul, x pergi pun. :(

asmaa said...

bestnya dpt shoping time sale...time camnie nak beli sepuas-puasnya ye... penuh satu troli lagi...hehehe

AiNeRzA said...

pergh...x hingatnyer shopping...wallahhhh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Widget By Devils Workshop