http://www.alicewonders.com BabyIbu: @ MomBloggersPlanet Cutest Baby in NATURE Contest

@ MomBloggersPlanet Cutest Baby in NATURE Contest

Kali ni nak join contest anjuran MBP sekali lagi. Tema bulan November ialah "Cutest Baby in NATURE". Kebetulan ada gambar Ammar beraktiviti luar maka boleh la join. Gambar yang dipertaruhkan ialah..



Nama: Mohd Ammar Bin Mukhlis
Tarikh Lahir: 23 April 2008

Gambar ni diambil di Tasik Darulaman di Jitra, Kedah. Masa ni Ammmar baru pandai jalan. Bila petang, Ibu bawa Ammar main di taman di sebelah tasik. Ammar tampak riang berlarian-larian mengejar bola, mengutip rumput (hehe) dan mengejar arnab. Walaupun kadang-kadang jatuh, Ammar nampaknya sangat seronok.

Bagi Ibu, kita hendaklah selalu bawa anak kita melakukan aktiviti di luar rumah. Aktiviti di luar rumah yang menarik seperti bermain bola dan sebagainya dapat meningkatkan potensi pembelajaran dan perkembangan otak anak. Aktiviti luar yang melibatkan ‘Nature’ atau alam sekitar dapat memperkenalkan anak anda kepada tumbuhan, haiwan, cuaca dan banyak lagi. Mereka juga dapat bergembira sambil belajar untuk lebih bebas dan berdikari. Tapi jangan lupa, sentiasa pantau aktiviti yang dilakukan si kecil dan pastikan persekitaran anak anda bermain itu selamat.

Terima kasih kepada penganjur dan sponsors:

Related Posts by Categories



3 comments:

eezah November 15, 2009 6:49 PM  

alahai cute nya ammar..harap2 ammar menang ya!!:D

Elyn November 20, 2009 8:28 AM  

gud luck ammar!! sayang wafiq takde gambar camni hehehe

Post a Comment

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP