@ Nak edit template?

Monday, November 9, 2009



Entri ini bagi menjawab beberapa persoalan yang Ibu dapat berkenaan dengan template. Terdapat banyak site yang menyediakan template free sama ada untuk blogspot ataupun wordpress. Terserah pada anda untuk memilih design mana yang berkenan di hati mengikut keperluan dan kehendak anda.Contohnya anda nak design yang simple dan sedap mata memandang atau nak design comel-comel (semua ni bergantung pada content dan hala tuju blog anda..eceh)..dan sama ada anda nak 2 colum ke 3 column ke..8 column pun ada tau (bergantung berapa banyak gadget anda nak tempek kat blog anda).

Antara site yang Ibu pernah guna ialah giselejaquenod..template yang disediakan dalam bentuk animasi, sangat comel dan simple. Tuan punya templat juga bersedia membantu sekiranya ada masalah kat templat anda. Lama juga Ibu guna template dari site ni. Cuma kekurangannya..design die limited la skit..so kita maybe bump to each other..tapi kalau cantik apa salahnya..tak gitu?



Ada satu lagi thecutestblogontheblock..ini Ibu tak pernah guna tapi design die memang cantik-cantik. Siap ada free banner, bling-bling dan button. Kelebihan template dari site ni..die hanya tukar background..jadi semua widget (apa-apa yang anda letak di sidebar anda) terselamat..tak payah nak buat balik semua. Kekurangannya, kalau anda nak tukar ke 3 column (tapi sekarang pakai 2 column) anda kena tukar html code ke 3 column terlebih dahulu.



Kalau anda betul minat nak guna banyak column (macam Ibu - Ibu suka sebab sebab senang nak organized)..boleh la pergi ourblogtemplates . Kat sini ada pelbagai template..dari 2 column sehingga sampai 8 column template. Kelebihan template dari site ni ialah anda boleh ubah suai ikut keperluan anda.



Contohnya..kalau anda pilih template di bawah ni, selepas upload fail di layout anda (ni kalau guna blogspot)..anda boleh tukar warna keseluruhan background (dari warna asas background hingga ke garisan pemisah antara widget) dan juga jenis dan warna tulisan. Header/Banner juga anda boleh ubah letak header lain atau gambar anda sendiri, yang penting cuma perlu ikut saiz yang diberi (dinyatakan dalam arahan mendownload). Taraa..makanya blog anda memang akan lain dari yang lain.



Macam Ibu punya header, Ibu just edit untuk letak gambar Ammar tu guna photo editor iaitu PhotoScape..boleh lihat senarai photo editor DISINI..dan selepas pastikan saiz sama seperti yang dinyatakan..kemudian Ibu upload ke blogspot..maka siaplah header Ibu itu (macam nak tukar header baru animasi comel-comel tapi tak reti nak design..huhu)...

Emm lain-lain site yang menyediakan template ialah blogspottemplate50-most-beautiful-blogger-templatesbtemplates.com dan thecutestsiteontheblock.com. Ok..harap entri ini dapat membantu..selamat menukar template..dan ya..jangan lupa backup blog sebelum edit ye!! Terima kasih.

9 kawan BabyIbu berkata-kata..:

eezah said...

huhu..kita tak reti lagi pasal ni lagi..baru lagi dalam dunia blog ni..kita jadi pembaca jer..huhu..

shuhada said...

salam.
very imformative. nak share.. Kita baru tukar template semalam (hehe). Then kita nak adjust sikit dia punya sidebar dgn header (yg ori kecik, klu letak gambar, nampak separuh je). So, kita g kat ceeramoon tutorial: http://c33ram00n.blogspot.com/2008/09/tutorial-3-column.html

Banyak membantu and senang nak faham. Alhamdulillah sekarang kita dah puashati. hehe..

Elyn said...

rambang mata skang kalo nk pilih template. tp i idamkan template sendir.... hmm dlm planning lagik ni!!

juliana said...

bestnyer info ni...nak try la..tp setiap kali tukar template mesti banyak benda yg hilang...tp takpe nk try dulu..nanti kl ader aper2 saya tanya baby ibu yer..

Ida_Iara said...

waahh..dalam saya kepeningan cubaan menukar template blog..dpt lak info berguna ni dari akak..tq,tq, n tq very much..maklum ler sy org baru dlm blog2 nih..(tunggang langgang jadinyer blog sy skrg..column sidebar dh trn ke bawah)..hopefully sy bleh wat panduan info2 akak tuh..

p.s:tumpang tanya yer..akak ni ex-scipp batch pioneer dl ke?rasa2 saya mcm kenal je akak ni..sy batch 9900.

unlisted_one said...

Thanks!! Very useful info2 ni..:->

sari said...

salam..mmg dah lama godek2 cecara nk wat template..merata blog dah survey cuma xbrani lagik nk cuba..kena set2 btul2 ek supaya widget2 kita x ilang??anyway thx 4 the info..

Rugby rules said...

I downloaded a web design from a site and worked on it in Photoshop when I was done I went to save for Web&Devices. So when I go to open it in Dreamweaver it treats the text like an image.

Rugby rules said...

As far as I know, there is currently no image editor that can do like you were trying to get Photoshop to do.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Widget By Devils Workshop