@ Tips..Kuku

Monday, November 30, 2009

Sekarang ni ramai wanita suka simpan kuku panjang. Ibu tak pernah simpan tapi kadang-kadang terlupa or period pernahla (tapi panjang sikit saje dan itu hanya berlaku paling-paling setahun sekali). Kenapa? Pertama, sebab kuku merupakan antara yang Ibu suka belek bila jumpa orang (especially kuku kaki la). Ini akan menunjukkan tahap kebersihan seseorang tu. Ayah pass dengan cemerlang bab ni (tu Ibu pilih Ayah dulu tu..ecehh).

Kedua, Ibu pernah baca, anak yang diberi makan oleh emaknya yang berkuku panjang biasanya susah menerima ajaran atau ilmu susah nak lekat (akibatnya anak bodoh atau degil). Ini adalah kerana diberi makan bahan kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong, dll. Maka sejak ada Ammar ni, Ibu akan pastikan kuku sentiasa pendek. Lagipun kalau tak nak basuh berak Ammar susah pula.


sumber: Google

Dari segi Islam
Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang, dosanya sama seperti memelihara sekandang
babi, jika kesemua jejari kita menyimpan kuku yang panjang bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung
untuk kesemua babi-babi tersebut.


Dari segi kebersihan

Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri.

Cara Memotong Kuku:
Cara paling baik dalam memotong kuku:
1- Kuku jari kanan bermula jari telunjuk hingga jari kelingking
2- Kuku jari kiri bermula jari kelingking hingga jari telunjuk
3- Kuku ibu jari kanan
4- Kuku ibu jari kiri

Kesimpulannya, jangan simpan kuku panjang walaupun hanya 1 mm atau pun hanya jari kelingking. Potonglah kuku anda.

9 kawan BabyIbu berkata-kata..:

AiNeRzA said...

x suka...x suka...x suka...dengan kuku panjang~~~minta ampunnnn

nurul aziyana said...

btul tu..penah dgr gak mak yg simpan kuku nnt ank degil..sbnrya masa peod pun blh potong kuku

Elyn said...

mmg tak reti berkuku panjang..... tak selese betui hehehe

mamalieyna said...

ha'a.. tak suka berkuku panjang..rimas lor nk wat keje.. ^_^.. psl larangan dlm Islam tu pun pnh terbca juga.. good info!

eezah said...

ada jugak dgr info ni..kita pun kalu tgk org mesti tgk kuku dia dulu..lagipun susah nak buat keje kalu kuku panjang ni.

cahya said...

setuju! (sambil tepok meja...)

asmaa said...

saya pun x suka anak2 dan orang lain berkuku panjang...selang 2 hari mesti check kuku diorg :)

CuTeMiUt78 said...

ha'ah kan.. ish.. memang jarang bela kuku panjang ni.. lagipun kuku kita memang jenis yg tak blh panjang.. nanti patah sendri.. heh..heh..heh

FaizahMohd said...

sorry kak yana;
to be frank, i extremely do not agree with the statement here.
how about the chinese indian european etc? they do have long nails, they cook for their family, they feed their children. we talk bout the indian, they also eat with their hands like the malay does and have long nails too. WHY DO THEY HAVE SUCH AN INTELLIGENT CHILDREN?
hah! its already a question marks over there ya?

as for me; as long as it has been produced by the mom... it brings the 1000 deeds to the children :)

mengikut hadith Rasulullah s.a.w yang berfirman: "Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi kebajikan"

Persoalan: ADAKAH KITA BODOH KERANA EMAK KITA?
(sorry if its kinda harsh, but that's the fact that we have to think of)

bagaimana pula dengan statement kak yana, yang mana dari segi islam, sebatang jari kuku yang panjang, dosanya seperti memelihara sekandang babi? Sumber hadith yang boleh disandarkan?

sorry again kak yana

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Widget By Devils Workshop