@ Baru balik dari Corelle Corningware Warehouse Sale

Friday, December 4, 2009

Ibu baru balik dari Corelle Corningware Warehouse Sale di Atria Shopping Centre. Ibu sampai pukul 10.30pagi sebab jalan jammed dan Ibu dan Ammar bangun lambat. Bila sampai orang dah ramai. Banyak geng makcik-makcik dan aunti-auntie yang borong tak ingat.



Bahagian hadapan periuk dan kuali Pyrex dan ada satu jenama Reno ke Revo. Oklah bagi Ibu murah juga. Kuali yang RM200++ dapat dalam Rm60-70. Itu saiz kecil dan sederhana. Kalu yang besar dalam Rm100 ke RM200 juga.



Kemudian satu section jual Corelle yang warna hitam putih ada jalur-jalur. Dalam RM7 sekeping. Cawan piring dalam RM4-5 satu. Kira murahla. Corak pun simple Ibu Google tak jumpa pula gambarnya.



Kawasan yang paling ramai ialah yang jual loose item. Corak banyak. Satu keping pring dalam RM12, cawan RM20, pinggan RM 30+ dan mangkuk RM35. Kalau yang set agak mahal. Dalam RM500++ (pastu dapat free gift pyrex yang berharga RM200++). Dulu punya RM300++ lebih je. So tak jadi la beli. Corningware pun dalam RM90 ke Rm200++ macam tu.



Ibu cari bekas letak gula/ biskut. Dulu Ibu beli murah. Tapi takde pula. Akhirnya Ibu tak beli apa-apa pun. Mama dan MIL je borong sebab diorang tambah koleksi pingan diorang. Em ni dah kat rumah, semua kepenatan. So sale ni sampai Ahad ni, sempat lagi nak pergi tapi kalau nak pergi better pagi-pagi sebab loose item diorang tak top up. Loose item yang murah sekali. Bawa anak pun ok sebab tak sesak cuma maybe sebab hari ni hari Jumaat. Em klah happy shopping. Maklumat lanjut KLIK SINI.

12 kawan BabyIbu berkata-kata..:

Farah said...

ahahah pinggan mangkuk2 ni memang makcik2 la yang suka..turn kita blom lagi kot yana

eezah said...

yelah geng makcik2 minat la..kita minat jugak tapi bila dah beli macam sayang je nak guna..tu yg buat hsbnd bebel..buat perhiasan je katanya..huhuhu..

mamazana said...

alahai ibu... mama mmg nak sgt g sana. tp apakan daya, perut ku yg boyot ini tidak mengizinkan.... huhuhu....

nieda said...

sales mcm ni mmg rambang mata lah makcik2, rasanya saya blum lagi sampai ke tahap itu..hehe

zue said...

corelle yg dulu tu rm300++ sbb tadek pyrex tu laa yana..heehe..die jd 500++ sbb pyrex tu ..xder maknanye free..hehe..btw, yg jalur2 hitam putih tu bukan corelle tu pinggan2 pyrex..huhu

Oyis said...

kita x suka sgt beli pinggan2, pinggan hadiah kawen pon x abes lg pakai hehe.. tp suka cari bekas kaca pyrex... especially yg bole muat ayam seekor tuh, buat roast chicken yummeh... or mangkuk kaca besar wat isi kuah / sup masa raya.. mmg berbaloi la mahal sket pon, sbb nya bak kata iklan tu, 'from the freezer, to the oven, to the table...' senang keja...

firahadifa said...

kite pon gi gak.. tapi sat jer.. buy periuk vision jer.. tapi mmg warehouse nie antara yg dinanti2kan .. acara tahunan.. kekeke

Elyn said...

selama ni i igt baju2 je ade warehouse sale rupenyer pinggan mangkuk pun ado?? ekekekek

CuTeMiUt78 said...

wah.. ada sale ya.. klu dekat mau g ni..

CuTeMiUt78 said...

wah.. ada sale ya.. klu dekat mau g ni..

رضا رمضان said...

شركة تنظيف بالدمام
شركة تنظيف شقق بالدمام
شركة تنظيف فلل بالدمام
شركة مكافحة حشرات بالدمام
شركة رش مبيدات بالدمام
شركة نقل اثاث بالدمام
شركة تنظيف بالجبيل
شركة تنظيف بالقطيف
شركة تنظيف بالاحساء

Esraa Abbas said...

http://www.prokr.net/2016/09/thermal-insulation-companies-8.html
http://www.prokr.net/2016/09/thermal-insulation-companies-7.html
http://www.prokr.net/2016/09/thermal-insulation-companies-6.html
http://www.prokr.net/2016/09/thermal-insulation-companies-5.html
http://www.prokr.net/2016/09/thermal-insulation-companies-4.html
http://www.prokr.net/2016/09/thermal-insulation-companies-3.html
http://www.prokr.net/2016/09/thermal-insulation-companies-2.html
http://www.prokr.net/2016/09/thermal-insulation-companies.html
http://www.prokr.net/2016/09/thermal-insulation-companies-17.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Widget By Devils Workshop