@ Bila mencari bahan

Wednesday, December 16, 2009

Amaran: entri hari ni adalah entri ilmiah..

Dalam proses membuat kajian, tidak kiralah sama ada untuk pelajaran, aktiviti harian ataupun semasa mencari bahan untuk blog, terdapat beberapa langkah yang perlu diketahui. Ini penting untuk mendapatkan maklumat yang berkualiti dan dipercayai berkenaan dengan kajian kita.




Langkah mencari maklumat untuk kajian 
Sebagai contoh, katakan kita hendak membuat kajian mengenai Internet. Anda tidak tahu langsung apakah itu Internet. Apa yang perlu anda buat ialah:
  1. Cari definisi dan penerangan umum melalui ensiklopedia ataupun pergi ke Wikipedia (dari sini anda akan faham secara ringkas apakah itu Internet)
  2. Luaskan pemahaman dengan mencari buku yang menerangkan apakah itu Internet (dari sini anda akan faham jenis Internet yang ada, servis yang disediakan dan lain-lain maklumat terperinci mengenai Internet - maka bolehla nak terangkan kepada penyelia apa itu Internet)
  3. Baca jurnal atau paper conference untuk mengetahui kajian terkini mengenai Internet (dari sini anda boleh tahu apa yang up to date dan mendapat idea mengenai kajian yang bakal anda lakukan)

Bila dah melalui semua langkah ini barulah anda dengan yakin dapat menerangkan apakah itu Internet. Oh ya, bila tulis report, jangan lupa tulis dimana anda ambil maklumat rujukan anda. Kalau tidak anda dikira plagiat!!

7 kawan BabyIbu berkata-kata..:

mummYaeesh said...

rajinnye..nice info!

e.l.i.s.s.m.i.e said...

dulu lecturer eliss kata kalo nak plagiat bleh tapi kena pandai2 la tukar ayat biar nampak bunyi lain sket.hehehe

This is .... said...

huhu, tak sanggup cerita tentang tesis apatah lagi kalau mau sambung belajar lagi... hehe..

Atiqah said...

hmm btol tu kak..
sejak kena tulis tesis ni mmg kena dig byk bhn ilmiah..kat library tu, bhgian journal x penahnye tiqah jejak..tp bila dh final year bru tau nk guna bhgian tu..hehe..
tp 1 je lecturer tiqah forbid bila nk tulis tesis..
jgn guna Wikipedia dan Answer.com utk cri info..sbb nye, Wikipedia open source.anyone can write and edit the things in there..
so, kalo nk wat kajian2 ilmiah ni it is highly recommended utk pakai the latest journal..

Drama Mama said...

wah the life of a PhD student. :-)

BabyIbu said...

mummYaseesh - tq

elissmie - sekarang dah ada software nak check plagiat, Turnitin namanya, memang kena tukar betul-betul..heh

this is..keke..mmg poning..

atiqah..yes correct..wikipedia tu nya utk fahamkan secara general pd phase mula-mula..utk refer better latest journal..cma kalau sesiapa takde knowledge lngsung trus bc latest jurnal maybe confuse..

drama mama..huhuh..

CuTeMiUt78 said...

eemmm betul tu.. ingat dulu masa cari maklumat for my thesis... eemmm macam2 cara nak dpt kan segala maklumat tu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Widget By Devils Workshop