@ Bila nak menulis blog..

Monday, December 21, 2009

Ada blogger tanya pada Ibu..macam mana kita nak cari idea untuk blogging? Em sebenarnya banyak. Kita boleh cerita kisah harian, tempat jalan-jalan, pandangan kita tentang sesuatu dan macam-macam lagi. Tengok aje sekeliling mesti dapat idea nak tulis. Bila pergi mana-mana kita boleh cerita apa yang berlaku pada kita atau situasi di situ, mungkin juga cerita pasal produk tertentu atau juga pasal pendapat kita pasal event tu.

Bagi Ibu, Ibu takde masalah takde idea. Berlambak-lambak cerita nak dikongsi tapi masalahnya sekarang ni takde masa. Huhu. Yelah nak menulis kena karang elok-elok, kena semak betul ke info kita bagi, kena edit gambar lagi part ni yang lemah ni dan pastu kena edit lagi. Eceh sibuk mengalah nak karang bab dalam tesis. Tapi ya..prosedur die sama je. Still ada element research.

Satu lagi masalah yang Ibu hadapi ialah selalu lupa ambil gambar bila pergi mana-mana. Dah on the way balik baru teringat. Memangla tak boleh jadi blogger yang tegar macam ni. huhu. Yelah kalau menulis takde gambar macam tak best. Betul tak? Tapi nak buat macam mana. Macam sekarang kat Jitra lupa bawa balik wayar kamera apa semua, kan dah susah nak buat entri. Internet lembab susah nak upload gambar itu yang ada review tak boleh buat lagi ni. Nasibla kan. Itu yang Ibu nak apply broadband ni. Baru boleh jadi blogger on the go. Cheewahh..

Apa-apa pun kalau tak tulis sehari rasa tak lengkap hidup ni. Oklah nak sambung buat tesis ni. Next week dah nak balik KL. Takde assistant boleh jaga Ammar lagi dah. So kena pulun sikit.

P/s: Next week Ibu ada interview..wish me all the best k..:)

9 kawan BabyIbu berkata-kata..:

Oyis said...

same here BabyIbu. Plenty to blog about, no time to do so (tp update jg hari2 -- but wishing tht i have more time to write about more quality stuff!)

Sari said...

salam babyibu,
kaksari pun minat tulih menulih ni cuma bila nk stat tu msti pk memcm sbb buat blog ni pun memulanya utk bisnes online n info yg general jer..xreti nk citer personal life bagai...cuma tabik spring kat babyibu ble copup buat mcm2 menda dlm 1 masa.. tgok follower pun bkn main rmai lagik..ble bg tips skit x?hihi

Elyn said...

i kalo suh merepek ok je tp suh load pic ngan nak edt hmm berjinggut rasenyer!!

miemiey said...

saya lebih suka story about my son n family..ada gak ckit2 cari n share info berguna..

AshAnas said...

yana kat jitra lg ek... bl blk kl? bl free, jom jumpe... call shira ek... shira tinggalkan phone no kt entry yg de gmbr gunung keriang tu...

~~@lyci@~~ said...

alycia pulak idea kat kepala mcm2 nak tulis... tp bila time nak tulis jer jd malas..

Momma Mia said...

good luck Ibu for ur interview.

CuTeMiUt78 said...

eemmm betul tu.. kadang kan.. lupa nak snap gambo bagai kan.. dah takde memory kat blog.. memang kan.. nak menulis blog ni.. blh dpt idea dari sekeliling.. kadang perkara kecik pun blh jd citer..

Rugby rules said...

All posts are very informative. i am so impressed to see your blog....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Widget By Devils Workshop